Langkah diatur memasuki perkarangan sekolah itu. Mata memandang ke arah sekeliling , mewah. Beg bagasi berwarna merah darah diheret kasar.
Selesai saja pendaftaran kelas dan bilik asrama , seorang cikgu perempuan membawa Adelia ke ruangan asrama perempuan.
"Ni bilik kamu , dalam ni ada 4 orang termasuk kamu..."
Terang Cikgu suraya tersebut. Lia angguk faham.
"Terima kasih cikgu.."
Senyuman sebagai balasan lantas langkah diatur beredar. Lia membuka pintu bilik. Kemas. Tersusun rapi semuanya. Betul betul warga kayangan hahaha.
Melihat ke arah katil , kulit kepala yang tidak terasa gatal itu digaru perlahan. Mata terarah ke arah meja yang masih kosong. Lia duduk sebentar sambil menunggu rakan sebiliknya sampai.
Klakk!
Pintu dibuka. Lia memandang ke arah tiga orang perempuan itu.
"Pelajar baru?"
Sapa salah seorang dari tiga orang itu. Angguk.
"Aisy."
"Lia.."
Amy dan Zira masuk tanpa berkenalan. Memang begitu sikap mereka berdua jika ada pelajar baru.
"Yang tu Amy dan Zira. Kau jangan ambil hati sangat , perangai diorang memang dingin dengan orang baru.."
Lia angguk faham.
"Katil kau atas aku..."
Adelia terus membawa begnya ke arah katil. Dia menaiki katil dan rebah diatasnya. Ahh letih.
"Kau kelas apa?"
"5 sains 1.."
"Laa junior , mati mati aku ingat kau sebaya kitorang..."
Celah Amy. Lia tersenyum kelat.
"Kau rehat laa dulu. Bersihkan apa yang patut. Kalau kau nak tahu apa apa tanya aku , tak pun kau tanya jelah dua orang ni.."
Kata Aisy lagi setelah itu dia memasuki bilik air untuk membersihkan diri. Lia memejamkan matanya sebentar. Sekurang kurangnya aku dah bebas dari neraka dunia tu. Senyuman sinis dipamerkan.
===
Malam.
Aisy , Amy dan Zira sedang duduk santai di depan bilik mereka. Rancak bertukar tukar cerita sambil melihat pemandangan diluar.
"Lia....jom la lepak sini.."
Ajak Aisy. Lia menggeleng. Dia masih belum selesa dengan suasana di sekolah ini. Bagi dia masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah itu.
"Hadoi lemau la budak ni...bosan."
Kata Zira.
"Baru lagi kan..dia masih tak biasa dengan sekolah ni..nanti nanti dia biasa la tu.."
Pujuk Aisy. Zira diam. Amy pula hanya fokus dengan game ditelefonnya. Sesekali Aisy menoleh ke belakang memerhati Lia yang duduk diatas meja itu. Aku harap kau bertahan dekat bilik ni.
Kini aku bebas! bebas dari Neraka Dunia! kedatangan aku ditempat baru bukanlah sesuatu yang indah. Diam bukan kerana lemah. Aku memerhati mangsa sebelum memakannya. Wajah ayu hanya diluaran , sedangkan di dalam hanya kekejaman yang tiada belas kasihan.
Share this novel