BAB 33

Action Completed 78235

Berita tentang Lia hidup kembali telah sampai ke telinga Ain. Cis tak guna! Ain menuju ke kelas dalam keadaan marah. Wajah Lia dipandang benci olehnya. Lia pula hanya mempamerkan wajah sinis.

"Kenapa pandang aku macam tu? Terkejut sebab aku hidup balik? hmm Agak agak la kan....jantung siapa yang kau hancurkan tu ea HAHAHAHAH!!"

Ain tergamam. Ma-macam mana dia tahu yang aku hancurkan jantung tu? Daripada riuh terus menjadi senyap sunyi apabila ketawa Lia meledak. Masing masing memandangnya. Sara dan Iman pula hanya diam disisi.

"grr!Tak guna!"

"Eh...aku berguna je. Kau tu ha yang tak berguna..kau..dengan abang kau...sama je. Dua dua bodoh!!"

Kata Lia berani.

"Eh perempuan kampung , sesedap cili padi kau je kata Ain ni bodoh kan. Kau tahu tak siapa abang dia ni..."

Selar Aiman. Ain pula tersenyum sinis apabila Aiman datang membelanya.

Pap!

Tepat mengenai sasaran , sebilah pisau belati terbenam kemas ditapak tangan milik Aiman. Aiman merintih kesakitan. Mata Ain membulat. Sara dan Iman terkejut. Masing masing mula terfikir fikir , entah datang dari mana pisau itu datang.

"Woi tolong la aku...sakit ni!.."

Rintih Aiman. Punggung terasa digam. Kaki pula terasa dipaku ke lantai. Masing masing tidak bergerak walaupun seinci.

"Lain kali JANGAN MENYIBUK! Hari ni baru tangan...entah esok lusa jantung kau pula hahaha!"

Kata Lia kepada Aiman. Bulu roma Aiman berdiri tegak. Cukup meremang apabila Lia berkata begitu. Pisau belati ditarik selamber. Aiman meluru keluar dengan tergesa gesa.

Lia melihat darah yang ada dipisau itu. Dia menghidu bau darah yang masih segar itu. Perbuatannya itu membuatkan rakan sekelasnya tercenggang.

Ain mengundurkan diri apabila Lia datang kepadanya.

"eh asal undur....tacod ea HAHAHAHAHAH!!"

Rahang Ain dicengkam kuat. Lia melihat ke dalam mata Ain. Ingat berani sangat , baru usik macam ni dah kecut huh! kata adik gangster. puii!

"Balik ni...kau kirim salam dekat abang kau tau...kata ke dia...lain kali hantar orang yang berguna sikit , BUKAN PENGKHIANAT MACAM JANTAN TU!"

Kata Lia seraya terus menolak batang tubuh Ain. Lia keluar dari kelas , entah kemana pula hala tujunya diketika itu. Beberapa minit berselang , penghuni dikelas mula menarik nafas lega. Tetapi kejadian tadi membuatkan mereka semua terkaku. Sungguh tidak menyangka bahawa Lia boleh bertindak sedemikian rupa.

Sara dan Iman saling pandang antara satu sama lain. Terasa ingin menampar diri masing masing. Alangkah indah jika semua ini hanya mimpi semata mata tapi malangnya ianya realiti.

===

Sebuah kereta jaguar hitam berhenti ditepi kaki lima. Tanpa menoleh kiri dan kanan , Lia meluru masuk.

"Hal apa yang kau nak sampaikan ni?"

"Tentang betina tu..."

"Kenapa?"

"Aku dengar dia pregnant...."

Kata Angah.

"Wah..akhirnya. sekian lama buat anak , baru sekarang ada hasil."

"Haish bodoh la kau ni.."

"Dah berapa bulan?"

"Yang tu aku tak pasti. Aku dapat tahu ni pun sebab aunty Nisa yang bagitahu.."

Lia mengangguk angguk. Tubuhnya dipeluk. Huh , sementara masih sempat..kau nikmati dulu kebahagian kau tu.

"Ni je kan?"

"Er lagi satu....orang tua tu suruh kau balik dengan suami kau.. Esok...mungkin dia nak umumkan berita gembira tu..."

Esok? Hahah boleh. Lia terus keluar dari perut kereta. Angahnya memandangnya pelik. Macam tak ok je minah ni. Moody semacam je. Haish period la kot. Fikir Angah positif.

Tiba dipenghujung tangga. Arfan menunggu Lia disitu. pandanganya tak ubah seperti Harimau ingin menerkam mangsanya. Lia meneruskan langkah tanpa menghiraukan kehadiran Arfan.

"Jantan tu ke sugar daddy kau?"

Tanya Arfan tatkala Lia melepasi bahunya.

"Siapa?"

"Siapa kau tanya!? Boleh tak , bila aku tanya kau terus jawab bukan tanya balik.."

"Ooo yang tadi tu ke..."

"huh!Sugar daddy?"

"Yup!..."

Kata Lia sengaja. Badan Lia dihempas ke arah dinding , lantas segala pergerakkannya dikunci

"Dia nak apa!? Nak booking kau ke!?"

"Haah. Booking untuk majlis esok. Boleh?"

Mata Arfan membulat besar. Kalau dah miskin tu memang kena murah ke!! Arghh fade up nya aku dengan perempuan ni!! Arfan berlalu pergi tanpa berkata apa apa. laa , macam tu je? hmm orang tua tua kata , kalau diam tu tanda setuju , so maknanya dia izinkan aku la ni hahahah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience