Aisy , Amy dan Zira sedang sibuk mengemas pakaiannya untuk dibawa balik pada cuti pertengahan nanti. Lia pula hanya menghabiskan masa dengan laptop dan kerja sekolahnya. Tiada mood untuk balik ke neraka dunia tu semula.
Amy mencuit Zira. Zira pula mencuit Aisy. Masing masing menjuihkan bibir ke arah Lia.
"Wei Lia , kau tak balik ke cuti pertengahan nanti?"
Tanya Aisy.
"Entah."
Jawabnya sepatah. Mereka bertiga terus menghampiri Lia. Kerusi masing masing ditarik menuju ke sebelahnya.
"Kau ada masalah ke?"
Tanya Amy.
"Ada.."
"Masalah apa?? Ke..kau masih fikir tentang teks tu?"
Duga Aisy. Geleng.
"Tentang teks tu , aku tak kisah langsung."
"Seriouslah? Kalau aku jadi kau , aku dah hentak budak yang buat cerita tu..."
Kata Zira pula. Masing masing angguk , setuju dengan kata kata Zira. Lia tersenyum sinis.
"Si pembuat cerita ni , tak kenal siapa aku. Dan mungkin dia buat cerita sampah ni untuk naikkan follower dia..siapa tahu kan??"
"Tak mungkin wei. Aku rasa dia nak jahanamkan kau adalah. Entah entah dia nak buat kau tak bertahan dekat sekolah ni.."
Kata Amy. Kata kata Amy menarik perhatian Lia. Lia diam. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Nak buat aku bla dari sekolah ni? Tu ke rancangan kau Arfan Hareez?
"Maksud kau , dia nak Lia keluar dari sekolah ni?"
Tanya Aisy. Amy angguk.
"Kalau aku dapat tahu siapa yang buat cerita tu , memang lunyai aku kerjakan!"
Kata Amy panas hati. Lia berdecit kecil.
"Setakat buat dia masuk Icu , koma berminggu minggu buat apa?? Lebih baik hantar terus ke tiang dua. Baru syok hahahahah!"
Balas Lia selamber lantas punggung diangkat dan keluar dari bilik itu. Masing masing menelan air liur tatkala mendengarkan percakapan Lia tadi. Dia ni betul betul lain daripada yang lain la. Haish seram!
===
Lengan baju dilipat separas siku. Matanya pula terpandang ke arah kalender. Cuti sekolah? Haish anak haram tu mesti balik sini. Tapi aku harap tak la. Loya tekak aku tengok muka dia tu.
Anak tangga dituruni satu persatu. Mata terus terarah ke arah hidangan diatas meja. Banyak. Cukup istimewa seperti ada kejutan yang dia tak ketahui.
"Lain macam lauk pauk yang u masak hari ini. Ada apa apa ke??"
Tanya Khairi kepada isterinya , Maria. Maria tersenyum manis. Pada hari itu layanannya kepada Khairi teramat amat la berbeza daripada sebelum ni.
"U ok tak ni? Ke u tak sihat?"
Tanya Khairi kerisauan.
"Eh i sihat je. U jangan risau laa.."
Khairi memandang pelik ke arah isternya itu. Haish macam macam la.
Kak Hanum masuk ke ruang makan dengan membawa sebekas mangkuk berisi air untuk mereka mencuci tangan.
"Kau mesej atau call dia , cakap..jangan balik sini. Duduk sana diam diam. Aku tak nak tengok muka dia."
Kata Khairi sekilas. Kak Hanum mengangguk faham. Tanpa disedari , Maria menjerit kegembiraan. Yes! Elok kau duduk sana. Jadi bangkai terus pun tak apalah hahaha.
Kak Hanum mencapai telefonnya. Jari jemari mula menaip. Dalam masa yang sama , perasaan sebak muncul. Suasana dahulu dan sekarang sangat sangat la berbeza selepas kematian arwah Puan Syirah. Khairi pula tidak sedikit pun menanyakan malah risau akan anak perempuannya itu.
Kejam! Bapak tak guna. Sanggup buang darah daging kau sendiri! Kak Hanum kesat air mata. Dia menyambung semula pekerjaannya. Sakit hatinya bila Khairi memperlakukan anak perempuannya sebegitu rupa.
Share this novel