Tok!tok!tok!
"Masuk!"
"Yes , boss. Ada apa panggil saya?"
Tanya Farid. Lelaki itu memandangnya.
"Aku ada kerja untuk kau."
"Nyawa lagi?"
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia melemparkan sekeling gambar kepada Farid.
"Hapuskan!"
Farid mengambil gambar tersebut. ADELIA SYAFINAZ?
"Lembut atau kasar?"
"Terpulang pada kau. Yang penting , perempuan ni lenyap!"
"Ok. Boleh. Tapi habuan , saya nak lebih..boleh?"
"Apa apa je untuk kau. Aku tunaikan. Asalkan kau buat kerja kau!"
Farid tersenyum. Akhirnya , kau jatuh juga dalam genggaman aku Lia. Dulu sombong sangat kan! Aku nak kau tapi kau jual mahal. Sekarang! Kau tunggu nasib kau!
Farid keluar dengan membawa gambar Lia. Mereka semua tidak menyedari yang mereka akan berdepan dengan malaikat maut. Apa yang mereka tahu , mangsa mereka ialah seorang remaja perempuan yang lemah hahah.
===
Lia berjalan seorang diri di dalam pasaraya besar itu. Matanya hanya memerhati kedai yang ada disitu. Tidak sedikit pun menarik minatnya untuk membeli.
Dalam pada masa yang sama , gerak gerinya diekori oleh seseorang. Lia menyedarinya tetapi dia berpura pura tidak sedar agar apa yang dia rancang berjalan dengan lancar.
Lia mencari tempat untuk duduk. Segelas minuman dipesan untuk membasahi tekak yang kian mengering. Nombor telefon seseorang di tekan.
"Hello Akmal...aku nak kau bersiap sedia dengan apa yang kita rancang semalam."
"Baik...segalanya aku telah persiapkan. Tinggal menunggu mangsa masuk ke dalam perangkap."
"Bagus! Pastikan berjaya. Aku tak nak ada berlaku sebarang kecacatan!"
Kata Lia dihujung talian. Talian segera dimatikan. Air jus oren dihirup. Huh!ada hati nak tarik nyawa aku. Kau ingat aku ni perempuan cikai ke yang senang senang kau nak bunuh!?
FLASHBACK
Selepas pintu dihempas , Lia mengambil peluang untuk berjumpa orang kanannya ditempat biasa.
"So? Farid join geng tiger untuk balas dendam?"
Akmal angguk. Lia ketawa besar. Bergema suatu ruangan itu dengan suaranya.
"Dan satu lagi. Tiger tu merupakan abang kepada Ain...rakan sekelas kau."
Lia terdiam. Wah lagi menarik.
"Hmm menarik! Kita tengok siapa yang masuk kubur dulu..aku atau diorang!"
"So...kau nak aku buat apa?"
"Hanya sediakan satu sangkar. Perempuan tu , kemudian. Aku nak bermain api dulu dengan dia."
Jelas Lia sinis. Akmal mengangguk faham. Lia menyuruh Akmal keluar. Dia ingin bersendirian disitu. Aku sangat sangat kehausan darah. Tapi tak mengapa. Tak lama lagi , aku dapat darah segar.
ENDFLASHBACK
Share this novel