Mereka bertiga keluar dari bilik pengetua. Cikgu cikgu yang berada disitu , memandang ke arah Lia. Renungan mereka seakan mahu menerkam Lia.
Sebelum kaki melangkah keluar , sempat Lia menghadiahkan jelingannya kepada cikgu cikgu disitu. Huh ingat aku tak perasan ke renungan korang tu? aku bukan nak biadap , tapi kadang tu naik menyampah dengan manusia yang jenis menjaga tepi kain orang ni.
"Lia...betul ke apa yang kita buat ni? kau yakin ke yang Amir tu tak akan sebarkan gambar kami berdua??"
Tanya Sara risau. Bibir Lia menguntum senyuman nipis.
"Huh Jangan risau la...dalam dua tiga hari lagi , pihak polis akan datang angkut dua ekor tu..Korang berdua tenang je k..serahkan semuanya pada aku.."
"Tapi kau tak buat apa apa yang pelik kan??"
Giliran Iman bersuara. Lia diam lantas mengatur langkah beredar. Iman dan Sara saling berpandangan. Sah Lia ada rancangan lain selain heret diorang tu ke penjara , tapi apa? Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar. huh lain kali , jangan pernah bermain api dengan aku! Kau tak nak bertanggungjawab kan...so ni makan dia!
Dipertengahan perjalanan , Lia dihalang oleh Ain. Hanis pula sekadar menemani Ain. Ain melutut.
"Lia...kau tolong lepaskan abang aku..aku merayu sangat sangat..lepaskan dia..aku perlukan dia.."
Rayu Ain. Lia menatap kosong. Sara dan Iman pula tak menyangka bahawa Ain akan bertindak sedemikian. Ain menunduk disitu. Ada butiran jernih jatuh menyapa lantai.
"Kenapa kau suruh aku lepaskan abang kau? Aku tak culik dia pun.."
Dalih Lia.
"Aku tahu kau yang culik abang aku....kau nak balas dendam dengan semua rancangan bodoh aku untuk hancurkan kau kan...Ya! Memang aku yang suruh abang aku bunuh kau..aku mengaku tu..sebab aku tak suka kau rapat dengan Arfan...Arfan tu aku punya.."
Mengaku Ain. Lia senyum tipis. Sara dan Iman terkejut mendengarkan pengakuan Ain. Dia suruh abang dia bunuh Lia? Adoi..silap besar la. Entah entah. Sara dan Iman saling berpandangan. Mereka memikirkan hal yang sama. Buaya.
"Tapi aku dah tak kisah sangat tentang Arfan tu...kau nak dia , kau ambil la...tapi tolong , lepaskan abang aku...dia tak salah.."
Sambung Ain lagi. Lia duduk mencangkung disitu. Lia pandang ke dalam mata Ain. Mata dia tak menipu. Sungguh dia merindukan seorang lelaki yang selama ini melindungi dia , mengikuti segala kemahuannya. Tapi aku minta maaf laa , tak boleh.
"Kau ada bukti yang kukuh ke?"
Tanya Lia.
"Memang aku tak ada apa apa bukti...tapi aku tahu kau yang culik...firasat aku mengatakan kau yang ambil abang aku.."
"Firasat? Huh kadang firasat tu boleh menipu..tak semuanya betul..."
Lia bangun ingin beredar. Ain menoleh ke belakangnya.
"Lia...please...aku merayu , lepaskan dia...dia tak salah Lia..aku yang salah..kau ambil aku..aku sanggup ganti tempat Abang aku..please Lia...lepaskan dia...hiks hiks hiks.."
Kata Ain lagi. Lia senyum sinis. Pergi tanpa berkata apa apa kepada Ain. Sara dan Iman hanya membuntuti langkah Lia. Huh kau doa la banyak banyak , moga pintu hati aku ni terbuka untuk lepaskan abang kau tu.
===
"Amacam semalam? Seronok jumpa boss tua?"
Tanya Ridhuan. Masing masing ketawa. Akmal turut ketawa mendengarkan pertanyaan Ridhuan itu.
"Seronok tak seronok juga ah...ada ke patut , dia suruh aku carikan Haikal wei...pening kepala otak aku..."
Kata lelaki itu.
"Laa asal kau tak cakap , Haikal ada je ni dalam perut buaya tu...hahahah!!!"
Kata Akmal.
"Niat tadi memang nak cakap macam tu...tapi bila difikirkan balik...kang terkejut pula orang tua tu..tak pasal pasal kena serangan jantung...tak ke naya aku hahahaha!"
Masing masing berdekah. Lelaki itu bangun dan masuk ke dalam gudang. Akmal pula mengusiknya lagi.
"Nak bagitahu Haikal ke tu? Hahahah!"
Usik Akmal. Ridhuan pula bertindak mengusap perutnya.
"Haikal , bos kau cari ni...hahahahah!!"
"Bodoh la kau...hahah!"
Ridhuan dan lain lain sudah terbahak bahak disitu. Yang khianat dicari..yang tak khianat , kau bunuh. Rabun tahap buta kau ni , Khairi. Nasib la kau ada anak sebijak Lia tu.
===
Arfan membalut luka ditangan. Segala kapas berteraburan diatas lantai dibiarkan. Lia balik memandang ke arahnya.
"Asal tangan tu? Bertumbuk dengan siapa?"
Tanya Lia. Barang barang yang baru dibelinya diletakkan diatas meja.
"Alaa luka sikit je...tak bertumbuk dengan siapa siapa pun..."
Dalih Arfan. Lia diam.
"Banyaknya sayang beli...nak buat kenduri ke?"
Tanya Arfan sambil membuka satu persatu beg plastik itu. Buah ada , sayur sayuran ada. Segala bahan bahan semua lengkap disitu. Daripada basah sehinggalah kering.
"Malam kang along angah nak datang...tu yang kena berperang dekat dapur ni..."
Seloroh Lia sambil memperbetulkan rambutnya.
"Ooo..nak biy tolong apa apa tak?"
Lia memandang Arfan sambil bercekak pinggang.
"Semalam apahal tak balik?? Tidur mana?"
"Ooo err... biy balik rumah mama...Sorry kalau buat sayang risau..."
Diam.
"Sayang....marah biy ke??"
Tanya Arfan tatkala Lia diam tidak menjawab.
"Ehh tak adalah...ok je.."
"Betul ni?"
Lia angguk.
"Ni kau nak tolong kan??"
Arfan pantas mengangguk. Lantas mata Lia menjeling ke arah sofa yang di duduki Arfan tadi.
"Tu...bersihkan..lepas tu kau kemas rumah jap..sapu ke..mop ke..kalau rajin.."
Arah Lia. Arfan angguk faham.
"Baik sayang..."
Arfan terus ke tempat sofa tadi. Segala kapas yang ada calitan darah dikutip satu persatu. Setelah itu dia menyapu diruang tamu dan disekitarnya.
Selang beberapa minit kemudian , segala yang disuruh telah siap dilakukan. Lia pula fokus memotong sayur di dapur.
"Sayang nak masak apa ni?"
"Western..."
"Wahh...mesti sedap...nak biy tolong tak ni?"
"Hmm kau duduk diam jelah. Aku tak suka orang kacau aku masak..nanti tak jadi."
Ujar Lia. Arfan menunduk layu. Hmm baru ingat nak tolong dia. Lia pandang Arfan , bebola matanya dipusingkan.
"Haish , kau sambung la potong sayur ni...lepas tu dah..kau duduk sofa tu..ha tak pun kau basuh pinggan pinggan yang nak digunakan nanti.."
Arfan senyum. Tempat Lia segera diambil alih olehnya. Lia mengelengkan kepala. Aku suruh duduk diam je pun , tu pun tak nak ke? Haish tapi comel pula dia buat muka macam tu hahaha. Ehh Lia...apa kau merepek ni..haish.
"Sayang....pinggan mana yang nak dibasuh ni?"
"Ambil pinggan putih yang empat segi tu...lepas tu , bekas bekas kecil tu basuh sekali..."
Arfan segera mengambil pinggan empat segi yang diperkatakan oleh Lia tadi. Dia membasuh pinggan pinggan itu dengan penuh berhati hati.
"Ada apa apa nak cakap ke?"
Tanya Lia. Arfan pandangnya pelik.
"Cakap apa?"
"Mana la tahu kau...rajin semacam tolong aku...mesti ada sesuatu yang kau nak ni.."
Arfan diam. Lia senyum. Dia meneguk air putih. Dah agak. Mesti dia nak cakap sesuatu ni.
"Biy nak sayang malam ni boleh?"
Kata Arfan. Gelas yang ada ditangan Lia terlepas. Berselerak kaca diatas lantai. Arfan berlari anak menuju ke arah stor.
"Sayang!! Jangan usik!"
Jerit Arfan tatkala dia ternampak Lia mahu menyentuh kaca tersebut. Penyapu ditangan diletakkan ke tepi. Arfan mengangkat Lia menjauhi kaca kaca tersebut.
"Duduk sini diam diam!"
Arah Arfan. Lia akur. Dia hanya memerhati perbuatan Arfan. Penyapu di dinding diambil semula lalu kaca kaca tersebut dibersihkan. Setelah bersih , Lia kembali semula ke ruangan dapur.
"Pukul berapa along angah nak datang?"
"Pukul 9..tapi melayu , jangan percaya.."
Arfan angguk.
"Tentang tadi tu , kau serious ke?"
Ketawa Arfan terhambur dengan pertanyaan Lia. Lia menatap tajam.
"Ok ok.....biy gurau jelah...tapi kalau sayang nak...seribu kali biy ok hahaha.."
"Kalau nak rasa pisau ni terbenam dalam perut kau , aku ok je..."
kata Lia bersahaja. Arfan tertawa kecil.
"Haish yelah. Biy tak paksa kalau sayang tak nak..."
"Ok..."
Arfan duduk merenung Lia. Cantik. Macam mana aku boleh tak perasan yang aku ada isteri secantik dia. Dah la cantik , bijak..fuh full package.
"Kau tak nak selamatkan kawan kawan kau ke?"
Arfan diam. Dia melihat tangannya yang sudah berbalut itu.
"Nak selamatkan macam mana? Sayang dah ada semua bukti kan? Biarkan jelah diorang tu..."
"Aik tak sayang diorang ke? Kata sahabat?"
Perli Lia. Arfan menunduk. Memang aku sayang. Tapi aku tak mampu nak selamatkan diorang. Lagipun diorang tu masih ada mak ayah lagi , so biarkan jelah keluarga diorang yang uruskan.
"Dah la sayang...malas la biy nak cakap pasal ni...biy nak mandi sekejap tau.."
Kata Arfan lantas menghilangkan diri ke dalam bilik tidur. Lia berdecit kecil. Sebenar kau tak nak tengok sahabat kau tu ke dalam kan? Tapi kau tak mampu buat apa apa selain tengok. Aku suruh diorang tanggungjawab tak nak...seorang terkial kial. Seorang lagi langsung tak nak. So salah siapa? Diorang yang tak nak selamatkan diri sendiri bukannya aku tak tolong hahahaha.
Share this novel