BAB 44

Action Completed 78235

Turtt!turrt!!turttt!

"Sorry the number...."

"Fuck! Apa yang payah sangat kau nak angkat call ha!?"

Marah Along. Sudah berpuluh kali dia call Lia tetapi satu pun tidak diangkat. Angah tergelak kecil. Along pandang tajam.

"Kau fikir lawak ke sial !?"

Angah menepuk bahu Along. Cuba menenangkan kemarahan Along nya itu.

"Relax ah. Tak payah nak emo sangat. Adik kau tu tengah ada masalah la tu. Tu yang tak angkat."

"Dia fikir masalah dia je!? Habis tu masalah yang dekat dalam tu macam mana?? Silap haribulan papa tu boleh bunuh dia macam tu je tau!"

"Huh! Yakin? Kau tak rasa ke adik kau tu lagi kejam daripada orang tua dekat dalam tu."

Along terdiam. Hilang kata kata. Air liur yang terasa pahit ditelan keras. Asbab ajaran daripada arwah mama mereka , Lia berubah seratus peratus. Daripada kanak kanak yang ceria , terus bertukar menjadi kanak kanak yang dingin.

" Mana budak tu!!"

Khairi keluar dari ruangan pembedahan.

"Dia tak angkat."

Jujur Along.

"Sial! Dasar anak haram!!"

Marah Khairi. Gigi diketap kuat.

Lia melihat telefon. Lebih enam puluh kali panggilan terlepas daripada Along. Lia membaca chat yang baru saja dihantar oleh Angah.

ANGAH

•Oi datang hospital sekarang. Orang tua ni sikit lagi nak jadi hulk sebab kau gugurkan anak dia..

Lia tersenyum sinis. Ketawanya meledak kuat.

"HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAH!! TEPAT KENA SASARAN!"

Mesej dibiarkan. Telefon dilempar jauh. Lia bangun menuju dapur. Lapar hahaha.

Arfan menghenyak punggungnya diatas kerusi batu. Mukanya kelihatan tegang. Mata pula tak lepas dari melihat ke arah telefon. Amir dan Hakim saling berbalas pandangan.

"Oi kau ok ke tak ni?"

Tegur Amir. Arfan diam. Tangan dan kepala diletakkan diatas meja. Arfan diam seketika.

"Haishh kau kenapa ni? Ada masalah bagitahu..."

Tanya Hakim pula.

"Lia..."

"Huh dah agakk...kenapa pula dengan bini kau tu..."

Duga Hakim.

"Dia dah keluar...duduk rumah dia.."

"Dia keluar je kan...bukannya pindah sekolah pun.."

"Haish memang la...tapi masalahnya kenapa tiba tiba..."

Hakim diam. Arfan meramas rambutnya.

"Apa yang kau nak serabutkan sangat ni? Bukan ni ke yang kau nak??"

Bakar Amir. Hakim geleng kan kepala menyuruh Amir berhenti sebelum keadaan bertambah buruk. Amir endah.

"Tu dulu Mir...sekarang lain...haishh entah la..serabut la kepala otak aku.."

"Cehhh...dahh tangkap cintan la ni...patut la muka macam ibu kucing tengah hilang anak hahah.."

Kata Amir lagi.

"Kau tak pergi rumah dia ke?"

"Dia tak duduk situ...akak tu kata , dia duduk kondo dia sebab tadi dia balik ambil kunci rumah dia.."

Balas Arfan kendur.

"Ha lepas tu..apa yang kau serabutnya..pergi je lah kondo dia.."

Sambung Hakim lagi.

"Masalahnya sekarang! Aku tak tahu kondo dia dekat mana. Aku call berkali kali pun bukannya nak angkat. Chat pun dia baca je..haish.."

Luah Arfan. Terserlah disitu wajah risau Arfan.

"Ooo..hmm esok kalau dia datang kau tanya la dia.."

Cadang Hakim. Arfan diam. Kalau dia datang. Risaunya dia tak datang haish.

===

Iman melihat sara yang sedang fokus akan ulangkaji nya. Dalam diam , dia melihat kembali video yang tular baru baru ini.

Segala gerak geri Lia dalam video itu diperhati. Tembakkannya yang mengenai cctv disitu teramat la tepat. Dari mana perempuan ni belajar semua ni? Kenapa waktu dia masuk sekolah hari tu , dia tak macam dalam video ni? Kenapa masa tu dia lain? Ke dia hanya berpura pura.

Iman terus menerus memikirkan hal tersebut. Tanpa dia sedari , Sara telah pun duduk disisinya. Dia melihat video yang Iman sedang tonton.

"Kenapa kau tengok video tu lagi?? Kau kata dah tak nak ambil tahu tentang Lia..sekarang kenapa kau tengok video tu?"

Tanya Sara sambil kening kirinya diangkat. Iman terjaga dari lamunannya. Pantas telefonnya diterbalikkan.

"Er ma-mana ada aku tengok video dia...merepek la kau ni.."

Elak Iman. Walhal dia sendiri tahu jawapan itu akan menjeratnya. Sara tersengih.

"Aku rabun je tau...belum buta..."

Iman diam. Bukunya ditutup. Dia memalingkan badannya menghadap Sara.

"Ok..sorry. Memang aku tengok video dia lagi...sebab.."

"Sebab?"

"Sebab aku pelik...waktu dia mula mula datang sekolah ni , dia punya laa naif..orang hina ke apa ke..dia diam..kadang tu ada juga la dia balas tapi tak seteruk sekarang..."

"Lepas tu..."

"Haish kau ni...aku pelik la kenapa dia kena jadi diri orang lain? Kenapa dia tak jadi diri sendiri..kenapa dia kena berpura pura...ha.."

"Hmmm mungkin dia ada sebab tersendiri... . Tu la kau! Aku ajak berkawan balik dengan dia kau tak nak..takut la apa la..sekarang? Macam ni pula haish. "

Iman sengih. Sara menjeling. Lantas punggung diangkat menuju meja belajarnya semula. Malas mahu melayan kerenah Iman.

"Er tentang tu nanti aku fikir balik..."

Kata Iman. Sara tidak membalas. Haish kejap tak nak , kejap nak. Mana satu perempuan ni nak pun aku tak tahu! Pening aku dengan dia ni.

* MAAF KALAU JALAN CERITA AGAK MEMENINGKAN SEDIKIT. DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBACA NOVEL YANG TAK BERAPA NOVEL.NI HEHEHE..*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience