"Wei Fann...budak budak ni suruh kau buka bilik wayang malam ni..."
Kata Amir.
"Bilik wayang? Hmmm tengok keadaan.."
Balas Arfan.
"Weii jangan macam tu do..lama gila kau tak buka bilik tu , confirm! Bersawang!"
Kata Hakim pula. Amir mengangguk mempersetujui apa yang dikatakan oleh Hakim tadi.
"Haish yalah yalah...aku buka. Tapi tak sampai pukul 5 pagi...dan korang berdua kena tolong aku kemaskan bilik tu."
Arah Arfan. Kedua dua rakannya itu terus membuat muka apabila disuruh kemas. Huh menyesal aku usulkan cadangan ni. Tak pasal pasal aku kena berperang dengan habuk.
Fikiran Arfan masih teringat lagi tentang kejadian pagi tadi. Kalau betul tu Adelia , macam mana dia boleh masuk sekolah ni? Mana dia dapat duit? Jual badan ke??
"Lia...petang ni kitorang ada latihan bola jaring..kau nak ikut?"
Pelawa Sara.
"Bola jaring ea...hmm boleh juga. Pukul berapa?"
"Pukul 5 petang. Nanti kita orang dua datang bilik kau k.."
Kata Iman pula.
"Ok."
Mereka berdua terus meninggalkan Lia disitu. Sementara Lia pula berencana mahu ke koperasi sekolah untuk membeli sesuatu.
Selesai membeli , tiba tiba pergelangan tangannya ditarik kasar. Badannya dihentak ke arah dinding.
"Kau buat apa dekat sini!"
Tanya Arfan dengan nada yang keras. Lia memandangnya pelik.
"Kenal ke?"
Arfan tergamam dengan soalan yang diajukan.
"Jangan buat buat tak kenal la...aku tanya kau..kau buat apa dekat sini?"
"Tak , sekarang ni aku memang tak kenal kau. Kau siapa? And kita pernah berjumpa ke sebelum ni?"
Tanya Lia. Arfan kegeraman. Lia tersenyum sinis.
"Dah selesaikan? Aku nak balik bilik ni.."
"ADELIA SYAFINAZ!"
Marah Arfan. Lia menoleh ke arahnya semula. Sinis saja memandang ke arah suaminya itu. Langkah mendekati Arfan.
"AKU HANYA TURUTKAN APA YANG KAU NAK..."
Setelah itu Lia beredar. Arfan mengenggam jari jemarinya membentuk penumbuk. Kata katanya dahulu terimbas kembali diingatan.
"Dan lepas ni kalau kita berjumpa..anggap kita tak pernah kenal antara satu sama lain..kau ingat tu."
Dinding menjadi sasarannya. Tangannya yang berdarah dibiarkan. Huh perempuan kampung macam kau tak akan bertahan lama dekat sini. Kita tunggu dan lihat.
===
MALAM.
Semua mata tertumpu ke arah layar besar di hadapan. Sementara Arfan pula mencuri curi pandang ke arah Lia. Lia yang perasan akan ada sepasang mata sedang merenungnya dari jauh. Takala gerangan itu ialah Arfan , jelingan maut diberikan. Huh kau ingat aku takut dengan jelingan kau tu. Dasar kampung!
"Wei kalau aku keluar awal boleh kan?"
Tanya Lia kepada Sara.
"Kau nak pergi mana?"
"Er ada hal sikit.."
"Oo..boleh je. Asalkan kau cakap dengan ketua senior."
Kata Sara.
"Ha ketua senior?"
"Yup. Tu ha Arfan. Ketua senior. Dia yang pegang kunci bilik ni dan dia juga ketua pelajar. So apa apa hal macam kau nak keluar awal dari bilik ni , kau kena minta keizinan daripada dia dulu.."
Terang Sara panjang lebar.
"Kena ke? Kalau tak cakap boleh tak?"
"Er boleh tu boleh tapi takutnya kau kena denda je sebab kau tak bagitahu dia kan.."
Lia diam. Matanya menghala ke arah Arfan. Ahh kesah apa aku. Denda tak denda , aku nak keluar juga! Lia mengikut keras kepalanya. Dia keluar tanpa memberitahu Arfan.
Share this novel