Kepala terasa berat. Mata dipaksa untuk dibuka. Lia melihat keadaan sekeliling. Ehh aku dekat mana ni? Dia cuba untuk bangun malangnya kaki dan tangannya sudah terikat kemas disebuah kerusi kayu.
"Good morning baby..."
Satu suara menyapanya. Lia memandang ke arah sosok yang menghampirinya.
"ENGKAU!!!?"
"Yes..me , Farid. Kenapa? Terkejut?"
Lia diam tidak berbicara.
"Miss me baby?"
Masih diam. Farid menarik rambut Lia.
"Jawab la!!! Rindu aku ke tak!"
"Huh!untuk apa aku rindukan pengkhianat macam kau!?"
"Haish kau ni!!!"
Farid berjalan ke arah satu meja yang banyak senjata berbahaya. Pisau belati diambil.
"Aku JADI PENGKHIANAT SEBAB KAU LAA! Tak akan tu pun kau tak perasan! Aku separuh mati cintakan kau..sanggup gadaikan nyawa untuk kau. Tapi KAU!!? LEBIH MEMILIH JANTAN JAMBU TU DARI AKU!!"
Luah Farid. Pisau belati dimainkan dipermukaan wajah Lia. Lia diam.
"Sayang.....kalau abang toreh muka awak..boleh tak??"
"Aku buat salah apa ea dekat kau Farid? Sampaikan kau sanggup buat macam ni dekat aku!?"
"Eh sayang tak buat salah apa pun dengan abang. Cuma Abang geram!! Geram sangat sangat!!! Bila kauu pilih jantan tu dibandingkan AKU!!!!"
Zass!
Wajah Lia berdarah. Farid ketawa besar. Lia menunduk. Menahan perit dimuka.
"Kau bodohlah Lia!! Tahu tak kenapa!?? KAU BODOH SEBAB TAK BUNUH AKU!!! HAHAHAHAHAHA!!!"
"Siapa yang hantar kau?"
"Hmm yang tu abang tak boleh bagitahu la. Rahsia."
"Huh Tiger?"
Duga Lia. Farid terkedu. Dia memandang Lia yang menunduk itu.
"Kenapa diam? Betul la kan? Dia suruh kau bunuh aku sebab aku kacau pakwe adik dia? HAHAHAHA!"
"Hahah apa kau merepek ni!? Siapa tiger. Aku tak kenal pun siapa orang yang kau sebut tadi...aku culik kau sebab aku sendiri berdendam dengan kau!"
Dalih Farid. Lia tertawa sinis. Tanpa Farid sedari , Lia sedang memotong sedikit demi sedikit tali yang mengikatnya.
"HAHAHAHAH kau nak menafikan apa lagi?? Aku dah tahu segalanya la!"
"Kau tahu apa!?? Kau tu budak laa!! Tak payah nak acah dah besar!"
Lia diam. Farid memandangnya lagi. Hm lagi pun dia nak mati. Untuk apa aku rahsia kan? Lebih baik aku bagitahu.
"Tentang pertanyaan kau tadi...apa kau cakap..Tiger hantar aku untuk hapuskan kau? Hahaha ya! Memang betul tiger yang hantar aku untuk lenyapkan kau sebab kau ganggu pakwe adik dia!"
"BODOH!! PAKWE ADIK DIA TU SUAMI AKU!!!! siapa yang salah sekarang? Aku atau Adik dia yang bodoh tu!!?"
Farid diam.
"Tapi tak apalah. Seronok bermain dengan korang ni!! Masing masing dah tak sabar nak masuk lubang kubur!"
Sambung Lia lagi. Giliran Farid pula tersenyum sinis.
"Sebelum cakap tu pandang la diri tu dulu. Takut kata kata kau tu memakan diri pula. Hahahahah lawak la. Kau yang nak mati. Bukan kitorang."
"Yakin kau boleh bunuh aku?"
"Hahaha soalan bodoh apa kau ni!! Aku ni bekas orang kanan kau. Macam macam orang dah aku bunuh. Yang lagi kejam pun ada. Setakat kau..yang lemah ni. Yang hanya mengharapkan pertolongan aku...senang sangat la"
Balas Farid angkuh.
"Macam mana kalau selama ni aku hanya berpura pura lemah depan kau"
Dahi Farid bertaut. Apa maksud perempuan ni. Lia memandang Farid. Baju sekolah yang dipakai sudah basah akibat terkena darahnya.
"HAHAHAH KAU TU LEMAH. DULU HINGGA KINI SAMA JE. TAK ADA BEZA!! MASIH JUGA HARAPKAN BANTUAN ORANG LAIN UNTUK LINDUNGI KAU!!"
"Yakin?? Manalah tahu aku dah berubah lepas kau keluar dari kumpulan aku.."
Farid geleng. Dia ketawa semahunya. Baginya kata kata yang dilontarkan oleh Lia tadi hanyalah gurauan semata mata. Abis saja gelak , Farid mendekati Lia kembali. Pisau dimainkan dibaju Lia.
"Hmm memandangkan Lia pun nak mati an...apa kata Lia layan abang..boleh?"
Pisau belatinya terhenti dikolar baju Lia. Farid cuba Membuka untuk melihat. Malangnya ditanduk keras oleh Lia. Lia bangun dari duduknya. Pisau belati yang terjatuh diambil lalu dipotong tali itu.
"Aku dah bosan dengan kau Farid. Apa kata kita tamatkan terus"
Mata Farid terbuntang luas. Dia tidak sangka Lia boleh melepaskan ikatan kemasnya itu. Lia menyuruh Farid bangun. Tidak seronok jika permainan ditamatkan sebegini mudah.
Farid dan Lia berlawan antara satu sama lain. Banyak kali Farid jatuh tersungkur akibat ditendang oleh Lia. Lia pula hanya memberikan reaksi yang tenang.
"LEMAH BUKAN SELAMANYA LEMAH!! ADAKALA AKU SENGAJA TUNJUK LEMAH BIAR AKU TAHU SIAPA YANG JAHAT SIAPA YANG BAIK!"
KRAKKK!!! Lia bertindak mematahkan tulang leher Farid. Batang tubuhnya terus rebah. Silap kau sebab bermain api dengan aku. Sendiri yang gali lubang kubur untuk diri sendiri!!!
"Hello akmal!"
"Ya boss..."
"Korang dah boleh ambil dia..dan terus bagi Sam!! Jangan tangguh tangguh! Dan! Satu perkara , jangan lupa bagi 'barang' tu dekat Tiger."
"Baik!"
Lia memandang mayat Farid. Telefon Farid diambil. Mesej dibaca. Huh kau nak jantung aku?? belum tentu kau dapat laa!! HAHAHAHAHA! Haish kesian kau , muda muda dah masuk neraka. Berehat la k.
Pisau belati diambilnya lagi. Lantas pisau itu dibenamkan ke dalam jantung Farid. Bau darah menjadi semakin kuat apabila Lia membelah dada Farid. Setakat jantung. Apalah sangat. Tapi maaf la. Bukan Jantung Lia hahahahaha!!!
Share this novel