BAB 42

Action Completed 78235

KLAK!

Suasana di dalam bilik gelap. Aik gelap nya. Tak ada orang ke apa ni.

Pap!

Lampu dibuka. Terserlah wajah wajah yang penuh tanda tanya disitu. Aisy , Zira , Amy memandangnya. Begitu juga Sara dan Iman yang diheret bersama sama.

Lia diam. Bagasi nya dikeluarkan. Masing masing masih memandangnya.

"Kau nak pergi mana?"

Tanya Aisy.

"Keluar...aku nak duduk rumah aku.."

Suasana kembali diam.

"Kenapa tiba tiba?"

Sambung Aisy lagi

"Saja..."

"Ke sebab video ni?"

Sua Aisy kepada Lia. Lia menoleh ke belakangnya. Terpapar sebuah video rakaman cctv yang Lia sedang menembak seseorang. Pandangan pula dihalakan ke arah Amy. Amy diam terkaku.

"Betul ke?"

"Huh! Bukan korang dah dapat jawapannya ke?"

Soalan dibalas soalan. Masing masing terdiam.

"Kami nak dengar dari mulut kau sendiri"

Tegas Aisy. Zip bagasi ditutup. Bagasi diheret ke tepi pintu.

"Lia..cerita la..panjang mana pun kitorang sanggup dengar.."

Pujuk Aisy. Lia hiraukan. Ishhh perempuan ni , kau palau aku ya. Nanti kau.

"Diorang jelah , aku tak sanggup..."

Luah Iman. Mereka berempat memandang ke arahnya. Tidak menyangka Iman akan berkata begitu. Lia berdecit kecil.

"Tak apalah , aku gerak dulu..."

Aisy terus mendekat. Bagasi Lia ditarik ke dalam semula. Lia pejam mata. Haish aku tengah tak ada mood tau.

"Cerita dulu...lepas tu kau nak gerak kau gerak..."

Tegas Aisy.

"Nanti nanti la aku cerita..."

"Aku tak nak nanti..aku nak sekarang!"

Paksa Aisy lagi. Haish serabut la aku. Yang nak tahu sangat tentang hidup aku ni dah kenapa!

"Aku dah lambat ni....bagi la balik beg aku tu.."

Minta Lia lembut. Sejahat mana pon , dia masih ada lagi sifat hormat ke atas diri Aisy. Aisy menolak ke arah Zira.

"Aku tak nak cari pasal dengan siapa siapa tau...lebih baik kau bagi beg tu.."

Nada suara bertukar tegang. Beg masih di tangan Zira. Amy pula sudah mengundurkan langkahnya. Dia tidak mahu melihat Lia mengamuk untuk kali yang kedua nya.

"cerita dulu...."

"Huh , kalau aku tak nak!?"

"Kita orang cuma nak tahu perkara sebenar yang datang dari mulut kau sendiri bukan dari mulut orang lain! tu je..."

Tegas Aisy.

"Sama je tak ada beza...apa yang kau dengar tu lah kenyataannya..."

"Hmm kau tetap tak nak cerita?"

"Lebih kurang..."

Aisy mengeluh. Paksa macam mana sekalipun belum tentu dia nak buka mulut. Zira menolak bagasi Lia semula atas arahan Aisy.

"Asal tiba tiba kau nak duduk rumah kau pula? Kita orang ada buat salah ke??"

"Tak pun. Cuma aku nak jauhkan diri dari korang. Aku tak nak orang orang yang aku sayang terlibat dengan apa yang aku buat."

"Jadi betul la? Dalam video tu...kau.."

Hilang kata kata. Aisy tergamam seketika.

"Aku gerak dulu...nanti sampai masa aku cerita segalanya..."

"Ok..hati hati.."

Senyum. Aisy menghantar kepergian Lia. Untuk apa aku ceritakan perkara yang korang sendiri dah dapat jawapannya hahahha. Aku minta maaf! Aku bukan Adelia Syafinaz yang korang kenal dulu. Lia yang dungu , yang naif dah lama tertanam dalam tanah! Yang ada sekarang ni , Lia yang kejam!

===

Dahi berkerut kerut mendengarkan rakaman suara tersebut. Adakala dia terkejut dengan penerangan Sara. Ada kala dia bersikap tenang dihadapan kedua sahabat baiknya itu asbab dia sudah mengetahuinya daripada awal lagi.

Memang tepat apa yang Amir duga. Arfan juga tidak tahu akan kes tersebut. Malah tentang nama Lia dipanggil pengetua pun dia tidak tahu sedangkan dia ketua pelajar disekolah tersebut.

"Hahahaha!!"

"Wei kau asal do. Ok ke tak ni...apahal tiba tiba gelak.."

Tanya Hakim pelik.

"Saja...aku buntu...kadang tu aku rasa macam aku baru je kenal si Lia tu..."

Luah Arfan.

"Haish seram babi , tiba tiba kau gelak. Cuak aku. Sikit lagi nak call ambulans untuk hantar ke hospital gila.."

Geram Hakim.

"Kau nak berdiam diri ke?? Tak nak cari tahu tentang bini kau tu?"

Tanya Amir.

"Bukan sekali mir aku buat....banyak kali!! Kadang tu aku rasa maklumat yang dia bagi tu semua palsu.."

"Palsu? Maksud kau?"

"Segala maklumat tentang dia....keluarga , rumah...apa apa je lah. Semua palsu. Dalam tu dia kata dia anak tunggal. Tup tup masa hari tu aku balik rumah dia...rupanya dia ada dua orang abang. Dan keluarga dia tersangat sangat la lain daripada sebelum aku nikah dengan dia dulu..."

"What the fuck ...motif dia sorokkan kenapa do"

Tanya Hakim. Arfan angkat kedua belah bahunya.

"Atau ,,.. dia sengaja palsukan semua maklumat tu..."

Jelas Amir. Mereka berdua memandangnya.

"Sengaja maksud kau? "

"Sebab dia nak kaburi mata musuh dia..kalau dia letak maklumat dia yang sebenar , memang senang laa musuh nak serang dia..kan?"

Tembak Amir. Arfan terdiam. Betul juga apa yang dikatakan Amir ni. Orang kayangan seperti dia mustahil tiada musuh.

"Wow gempak do kau...macam mana kau boleh tahu semua tu.."

"Aku ikut teori je...Dia anak billionare tak mungkin tak ramai musuh kan? entah musuh papa dia atau musuh dia..."

kata Amir lagi. Hakim angguk tanda setuju.

"Tapi kan....Apa kaitan dengan Abang ain? Tiger?"

Tanya Hakim sambil memandang Arfan dan Amir.

"Laa macam la kau tak tahu Ain tu macam mana...dia punya la tergila gilakan si Arfan ni....dan! apa yang aku tahu , Ain ni kalau dah suka dekat seseorang tu...mana mana perempuan yang mendekat dengan Arfan mesti keesokkan harinya mati..."

"Huh! Betul la tu. Perempuan tu mental dia dah tahap kritikal tu hahahah!"

Celah Arfan pula. Hakim angguk angguk faham. Letih! satu kata yang tak dapat aku luahkan melalui lisan. Letih bukan kerana apa , asbab Lia sahaja. Entah sejak bila hati aku mula terpaut dengan dia. Dan sekarang! satu persatu masalah muncul. Nama dia semakin lama semakin buruk. Macam disengajakan. Apa yang dia tengah rancangkan pun aku tak tahu.

Tiger? Satu nama yang tak asing bagi penduduk sekolah ni. Seorang lelaki berbadan sasa yang selalu mengikut kemahuan adik perempuannya. Tetapi zaman itu sudah berlalu tatkala Lia muncul disekolah ini. Lia bukan lah seorang perempuan yang biasa biasa. Terlihat biasa pada mata kasar tetapi bukan pada dalamannya. Di dalam dirinya tersimpan pelbagai jenis rahsia besar yang tak ada sesiapa pun yang tahu kecuali ahlinya , Along dan Angah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience