BAB 37

Action Completed 78235

Lia duduk bersandar di atas katil sambil membaca sebuah buku motivasi. Arfan pandang Isterinya. Haih macam mana aku nak mula ni.

"Kalau tak sayang mata tu , pandang la lagi!!"

Lia memberi amaran kepada Arfan. Sungguh dia tidak menyukai akan pandangan seperti itu. Cukup tidak selesa. Arfan bangun dan duduk dibirai katil.

"Lia..."

Sepi tanpa sahutan. Nampak Lia tidak berminat untuk berborak. Arfan merampas bukunya.

"Ishhh apa kau ni! Bagi ah balik!!"

Marah Lia.

"Lepas aku cakap , aku bagi balik buku ni..."

Kata Arfan.

"Ha cakap ah..."

"Err...aku...aku nak minta maaf.."

"Sebab?"

"Atas segalanya..."

"Kenapa?"

"Yalah , aku dah tuduh kau macam macam kot sampai nama kau dah buruk dekat sekolah tu...."

"Contoh??"

"Haishh tak akan kau tak ingat yang aku cakap kau ni perempuan murahan...lepastu kau masuk sekolah tu sebab sugar daddy kau. Dan macam macam lagi...."

Cermin mata dibuka dan diletakkan diatas meja. Lia pandang Arfan semula. Dagunya diraih.

"Bukan betul ke?"

"TAK! kau tak murah Lia"

Kata Arfan perlahan. Lia tersenyum sinis.

"Yakin??"

Diam.

"Hmm kau tak rasa ke yang aku ni dah banyak kali tidur dengan jantan lain??"

"Ha? Apa kau merepek ni?"

Tidur dengan lelaki lain? Tapi malam tu...haish.

"Dah ah Fan...kalau kau minta maaf sebab kau dah tahu status aku , lebih baik kau lupakan..benda tak akan ubah apa apa pon kalau aku maafkan kau...nama aku tetap busuk dekat sekolah tu..."

Buku dirampas kembali. Arfan terkaku disitu. Lia terus keluar dari dalam biliknya. Dia mengambil keputusan untuk membaca buku dipondok rumahnya.

"Oi , kau buat benda dekat sini?"

"Tengah goreng mi , asal?"

Kepalanya diketuk oleh Angah.

"Aku tanya betul betul ni...haish. "

"Kau nampak kan yang aku tengah buat apa...tu pun nak tanya ke?"

"Haish bukan tu la. Aku nampak je kau tengah baca buku. Tapi waktu macam ni kot...laki kau? Kau tak layan ke?"

"Kenapa dengan dia??"

Angah tepuk dahi. Dia terus duduk disebelah Lia.

"Ish kau ni! Tu suami kau kan.."

"So?"

"Pergilah tanya dia...dia nak apa apa tak..entah dia lapar ke apa...kau tak kesian ke dengan dia?"

Pap! Buku ditutup kasar. Kesian!? Huh masa dia hina aku...baling aku macam macam..malukan aku dekat satu sekolah..ada dia kesian!? Haishh stress la aku. Dalam bilik kena ganggu , ingatkan sini jumpa la ketenangan tu. Rupanya tak juga. Arrghh rimas!

"Ha nak pergi mana pula tu!"

"Keluar!!!"

"Dah minta izin ke belum?"

Lia terus masuk ke dalam perut kereta tanpa menjawab pertanyaan Angah. Angah mengelengkan kepalanya. haish degil.

"Dia nak ke mana tu ngah?"

Tanya Arfan yang baru sampai di kawasan itu.

"Keluar."

Arfan angguk faham. Tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Kau ada cakap apa apa dengan dia ke??"

Geleng.

"Kenapa Ngah?"

"Takde apalah...kau pergi la tidur. Tak payah tunggu dia. Dia tak akan balik...angah masuk dulu ya.."

Arfan diam. Cuba memahami kata kata yang disampaikan oleh angah. Dia tak akan balik? Habis tu dia tidur mana?

Ya!Memang dia suami aku yang sah! Tapi suami jenis apa yang sanggup hina isteri dia sendiri depan khalayak ramai!! hina sangat ke orang MISKIN dimata korang!!? Kaya sangat ke kau! Harta ni pinjaman! tak akan kekal!! haish fade up aku dengan manusia bodoh kaya macam korang ni.

===

Aisy , Zira dan Amy seperti biasa menghabiskan masa mereka dengan melepak. Aisy mengunyah kuaci yang dibeli oleh Zira petang tadi. Zira pula meneguk air yang dibuat oleh Amy. Fuh lega.

Amy pula senyap. Tidak mengunyah mahu pun minum. Dia hanya termenung.

"Oi ,kau kenapa?"

Tanya Aisy yang perasan akan perubahan sikap Amy. Amy geleng kepala.

"Kalau ada masalah cuba cerita..bukan pendam. Pendam tak jadi apa ah..kau juga yang sakit!"

"Er...aku mana de pendam apa apa...."

Dalih Amy.

"Huh! Kau ingat aku kenal kau baru 5 saat yang lepas ke! Haish cerita jelah..."

"Betul...aku ok. Aku tak ada masalah apa apa..."

"Tak ada masalah apa apa ea?? Amy yang aku kenal bukan macam ni tau...dia tu seorang yang riuh. Bukan yang macam sekarang...SENDU! Aku perasan sikap kau berubah lepas kau balik dengan Lia tempoh hari. Asal ea? Apa jadi?"

Tanya Aisy lagi dan lagi. Amy terketar ketar. Mampos aku. Macam mana aku nak cakap ni.

"AMY!!"

Bahu Amy sedikit terhenjut akibat jerkahan Aisy. Amy tunduk.

"Err tentang tu....aku....em aku tak boleh nak kata apa..."

"SEBAB!?"

Aisy dan Zira pandang Amy yang serba serbi tak kena itu. Dia tunduk dan jari jemarinya dimainkan. Mencari ayat yang sesuai sebelum bercakap.

"Err...tak ada apalah. Cuma satu je aku nak cakap...hati hati dengan Lia..tu je...aku masuk dulu..."

Kata Amy lantas terus menghilangkan diri ke dalam biliknya. Aisy dan Zira memandang antara satu sama lain. Maksud!? Macam tengah sorokkan sesuatu je ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience