Arfan mula sedarkan diri dari pengsan. Tengkuknya terasa sakit akibat dipukul kuat dari arah belakang. Dalam kesamaran , Arfan pandang sekeliling. Eh aku dekat mana ni? Kini Arfan baru menyedari yang diri nya telah diikat bersama sama sebuah kerusi kayu disitu.
Arfan meronta ronta dengan harapan agar ikatan terlerai tetapi usahanya mendatangkan hasil yang sia sia.
"Argghhh!!"
Jerit Arfan akibat kegeraman. Tiba tiba pintu dibuka dari luar. Seorang lelaki lingkungan 40 an berjalan ke arahnya. Arfan cuba mengamati wajah itu. Mata membulat.
"Pa-papa??"
Khairi tersenyum senget ke arah Arfan.
"A-apa semua ni pa?"
Tanya Arfan.
"Saja..."
Arfan tercengang. Orang tua ni kata saja? Tengkorak dia saja! Haish. Arfan cuba melepaskan dirinya lagi.
"Kau tak perlu bazirkan tenaga kau! Ikatan tu terlalu kuat , kau tak akan terlepas!"
kata Khairi tegang.
"Kenapa ikat Arfan pa!? Apa salah Arfan!!?"
"Kau tak salah pun...aku cuma jadikan kau sebagai umpan!"
"Umpan?"
"Ya!..umpan kepada Anak haram tu!!!"
Dahi Arfan semakin menebal.
"Anak haram? Siapa pula dia tu pa? Dan apa kaitan dengan Arfan pula ni?"
"Bini kau tu laa!!! Kau nak tahu sebab apa aku panggil bini kau tu , anak haram!? Hahahaha!! Sebab dia bukan anak aku!!"
Arfan terkejut mendengarkan kata kata yang keluar dari mulut Khairi tadi.
"Selama ni mati mati aku percaya yang arwah bini aku tu seorang yang setia...Tapi tak sangka pula , dalam diam dia menduakan aku!"
Sambung Khairi lagi. Mata Arfan semakin membesar. Mama menduakan papa? Biar betik? Macam tak percaya je.
"Tapi tu laa , sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua HAHAHA!! Kau tahu dengan siapa mama bini kau tu curang!?"
Arfan diam , dia menunggu sambungan yang seterusnya.
"Dia curang dengan orang yang sangat aku percaya selama ni!!!! Norman..tentu kau kenal kan dengan nama yang aku sebut ni kan? Tapi tu lah kenyataan nya!! Dalam diam mereka berdua mempunyai hubungan sulit di belakang aku!!"
Suara Khairi bergema.
"Mula mula aku tak percaya , yalah sebab aku sayang sangat dengan arwah bini aku tu kan..aku percaya dia setia! Tapi bila aku dapat gambar tak senonoh mereka tu! Kau tahu apa aku buat selepas tu!?? Aku bunuh dia! HAHAHAHAHA!"
Arfan tergamam.
"Lepas Syirah! Norman pula aku bunuh! Dan sekarang ni! Anak diorang pula...Lia!"
"Pa...to-tolong pa jangan bunuh Lia...Arfan merayu..tolong lepaskan dia.."
Rayu Arfan. Khairi toleh ke belakang. Rambut Arfan ditarik kuat.
"Eh bodoh!! Kalau aku lepaskan dia tu!! Macam mana dendam aku ni nak lunas!!?"
"Ja-jadikan Arfan se-sebagai ganti...."
Khairi ketawa kuat disitu. Dalam diam lelaki yang bersama sama Khairi itu merakam sepenuhnya perbualan Khairi dan Arfan sebentar tadi.
"Kau nak gantikan tempat dia?? Hahahaha! Kau dah tak nak jumpa mama papa kau ke?? Dua sahabat baik kau tu , macam mana pula?"
Arfan diam.
"Tu laa , sebelum berkata kata tu fikir sehabis baik..jangan fikir sebab kau sayang dia..sebab kau tak nak hilang dia..kau sanggup gantikan tempat dia..padahal kau tak sanggup pun kan...kau terpaksa..."
Perli Khairi. Arfan ketap rahang.
"Haish mana bini kau ni! Datang ke tak!"
Khairi melihat ke arah jam di tangan. Matanya pula terarah figura lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Tangan kanannya dibawa ke arah pinggang.
Dang!
Pintu ditendang kuat oleh seseorang. Dua orang lelaki dewasa menghampiri Khairi dan Arfan. Dahi Khairi berlapis.
"Lepaskan Arfan pa!!"
Laung Along dari jauh. Khairi tersenyum senget. Dia menunggu dua anak bujangnya itu datang ke arahnya. Arfan pandang wajah abang abang iparnya itu. Tegang. Tiada segaris senyuman pun dibibir mereka.
"Lepaskan Arfan pa! Dan lupakan semua niat papa untuk balas dendam!!"
Kata Angah pula.
"Apahal pula aku kena lupakan!!!!?"
Tanya Khairi.
"Papa bukan lawan Lia...Lia tu lagi kejam dari apa yang papa sangka!"
kata Angah. Khairi ketawa terbahak bahak.
"Kejam? Budak sekolah tu kejam daripada aku? hahahaha apa yang kau merepek ni!?"
"Kami tak ada masa nak terangkan semua ni...apa yang kami berdua nak , papa lepaskan Arfan..lupakan niat papa tu....sebelum terlambat.."
Pujuk Along.
"Dah! Cukup! Aku tak nak dengar apa apa lagi. kau orang berdua boleh berambus sekarang!!"
Mereka berdua saling berpandangan. Keluhan berat dilepaskan.
"Terpulang la pa...apa yang kitorang boleh sampaikan , papa yang akan mati...bukan Lia..."
Laju kata kata itu keluar dari bibir Angah. Seraya mereka terus mengatur langkah keluar. Khairi diam. Ish tak mungkin laa! aku tengok budak tu lembik je.. tak mungkin tak mungkin. Jangan jangan , dia orang ni saja buat cerita yang bukan bukan untuk takutkan aku kot? Yalah , Adik kesayangan an..tak mustahil dia orang sanggup reka cerita sampah ni semata mata nak adik dia orang selamat..hahaha Ya! Bijak kau Khairi.. Tapi tak semudah itu , ingat aku bodoh ke nak lepaskan budak tu macam tu je.
"Pa , masih ada masa lagi ni...buat solat taubat siap siap..mengucap siap siap..takut nanti tak sempat je...chaww.."
Kata Along kuat
"Jangan kata kami tak ingatkan! kami dah ingatkan papa , tapi papa yang degil. Dan kalau papa ingat kata kata kami tadi main main..atau nak takut takutkan papa..hahahah papa silap! semua tu kenyataan!! Arwah mama latih Lia dalam diam..tanpa pengetahuan papa!! so fikir fikirkan la ya...byee!!"
Celah Angah pula. Lantas batang tubuh dua lelaki dewasa itu menghilang disebalik pintu. Khairi kaku kembali. Kata kata kedua anak bujang nya itu bermain difikirannya. Syirah latih budak tu? latih untuk apa? Khairi picit dahinya.
Sementara Arfan pula sudah kehilangan kata kata. Sungguh dia tergamam akan apa yang didengarinya tadi. Lia yang dia orang cakapkan tu , Isteri aku ke?
Share this novel