BAB 28

Action Completed 78235

Kereta dihentikan. Lia keluar dari perut kereta. Mata memandang sekeliling. Ni ke tempat yang Amy kata dalam alamat tu? Di hadapan Lia terdapat sebuah gudang besar yang terbiar.

"Arrghhhhh!!!"

Lia terdengar akan jeritan Amy. Dia terus meluru masuk.

"Apa yang kau tak puas hati lagi? Aku dah bagi apa yang kau nak kan...."

Kata Amy sambil menahan kesakitan. Lia memerhati dari celahan lubang.

"Aku nak perempuan tu! Apa nama dia? Lia? Ha..aku nak dia. Tapi mana!!!? "

"Kau tak akan dapat dia laa!!"

"Wahh senang kau cakap ea.. . Kalau aku tak dapat dia. Aku nak nyawa kau..boleh? Dan lepas kau mati..aku akan cari Lia sampai dapat. Amacam?"

Amy geleng. Dia cuba menendang lelaki itu tetapi malangnya jarak diantara Amy dan lelaki itu teramat la jauh. Huh ada hati nak cari aku. Belum sempat kau cari , nyawa kau dah bersepai dulu Hahaha!

Lia kembali semula ke arah keretanya. Dia mengambil sehelai kain untuk menutupi wajahnya. Senjata L diambil lalu disorokkan ke belakang badan.

"Jauh sangat tu dik! HAHAHAHAHAHA!!"

"Cukup cukup laa...aku dah tak nak jadi anjing kau lagi...cukup cukup lah jual anak dara orang dekat luar negara tu..."

Kata Amy tak berdaya.

"CUKUP!!? Eh aku tak akan berhenti selagi orang yang terakhir aku tak dapat!"

"Kau tak akan dapat dia la , Rizal. Tak akan!"

"SEBAB!!? BAGI AKU SERIBU SATU SEBAB KENAPA AKU TAK AKAN DAPAT DIA..."

Tengking Rizal. Amy diam.

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakkan tepat mengenai cctv yang ada disitu. Amy terkejut begitu juga Rizal dan pengikutnya.

"Kenapa kau datang!!! Balik la!!"

Marah Amy. Jari diletakkan dibibir mengisyaratkan supaya Amy diam.

"Eh kau siapa ha? Sesuka suki kau shoot cctv aku! Dah lama hidup ke!"

Marah Rizal.

"Aku? Adik kepada malaikat maut. Tentang cctv tu..maaf la. RIMAS!!"

"Huh!? Tak sekarang ni apa masalah kau!? Kau datang sini sebab nak selamatkan kawan kau ke apa?"

"Tak juga...aku nak tarik nyawa orang....lama aku tak minum darah.."

Kata Lia. Serta merta batang tubuh Amy terus meremang apabila Lia berkata begitu. Rizal berdekah.

" Cik kak...sebelum aku ambil nyawa kau..lebih baik kau berambus!! Geng , tunjukkan cik kak kita ni jalan keluar.."

Bang! Bang!

"Satu kaki...satu tangan. Ngam!..kau pula...hmmm....."

"Eh kawan kau ni gila ke apa ha!!"

Rizal mengundur. Lia mendekat.

"Kenapa jauh?? Meh la dekat sikit..."

Tanya Lia. Amy diam. Dia sudah terkedu dengan tindakkan Lia tadi. Mata Rizal memandang kiri kanannya. shit! Tak akan satu pun tak ada!

Rizal menemui jalan buntu apabila dia terperangkap dihujung gudang itu. Rizal melihat Lia yang semakin menghampiri. Sempat lagi Lia menendang kedua lelaki itu sehingga pengsan.

"To-tolong...jangan bunuh aku...kau kata je berapa kau nak...aku bagi.."

Rayu Rizal.

"Aku tak nak duit...aku nak nyawa kau..."

"Ha tak pun macam ni. Aku janji aku tak akan kacau kau..Amy..Lia..siapa siapa la..aku tak akan kacau. Asalkan kau lepaskan aku.."

Lia ketawa kuat. Bergema satu gudang itu dengan suaranya. Rizal mengigil. Aura yang Lia berikan itu cukup membuatkan lututnya goyang.

Lia membisikkan sesuatu ke telinga Rizal.

"Nyawa tetap nyawa!"

Pap!

Belakang leher Rizal dipukul keras. Telefon dikeluarkan.

"Kau ambil tiga ekor beruk ni sekarang...yang pengsan dekat hujung gudang ni kau bagi sam...hahahahah!"

"Baik!"

Panggilan dimatikan. Lia berjalan ke arah Amy yang membisu itu. Lia membuka ikatan yang mengikatnya.

"A-aku min-minta ma-maaf..aku terpaksa i-ikut a-arahan diorang.."

Lia diam tidak menjawab. Dia membantu Amy untuk bangun. Sebelum beredar mata Lia sempat melihat ke arah gudang tersebut. Tengok tempat memang dah lama diorang jalankan kerja ni. Huh! tapi silap kau sebab jadikan aku orang terakhir HAHAHAHAH!!

===

Tiger menyerahkan sebuah kotak coklat kepada Ain. Ain mengambil dengan kerutan di dahi.

"Apa ni??"

"Benda yang kau nak..."

Ain memandang abangnya. Benda yang aku nak? Kotak dibuka , terserlah jantung manusia di dalam kotak itu lantas Ain terus mencampakkannya ke bawah.

"Eeeuuuuu disgusting!! Siapa punya ni!?"

"Lia..."

"What!? Seriously?"

Angguk. Jantung diambil semula. Digenggam erat dan diramas sehingga hancur berkecai. Puas hatinya apabila Lia telah lenyap. Tiger melihat ke arah adiknya. Dalam diam dia tersenyum nipis apabila melihat Ain yang kembali ceria.

Setiba nya disekolah , Ain terus mencari sahabat karibnya Hanis. Tak sabar untuk dia menceritakan berita gembira itu kepada Hanis.

"Bebb!!!! I ada berita gembira nak share dengan u ni..."

"Apa dia?"

Tanya Hanis.

"Lia dah tak ada!!!!"

Jerit Ain kuat kuat. Semua mata memandangnya. Dan dia , hanya menghiraukan. Kisah pula aku, hahahah.

"Maksud tak ada?"

"Ishhh...dah mati la....tadi masa dalam perjalanan ke sini..abang i bagi i jantung dia...u tahu apa i buat...i ramas bagi hancur berkecai jantung sundal tu..baru puas hati i !!! "

"Wow...seriouslah beb...patut la dua tiga hari ni i tak nampak bayang dia...ingatkan keguguran ke apa..rupanya hahaha"

"Tulah. I pun tak sangka yang abang i buat kerja secepat ni...."

Mereka berdua berpelukkan. Mereka meraikan berita gembira itu di dataran perhimpunan.

"So lepas ni...tak akan ada lagi gangguan hahaha!"

"Of course!! HAHAHAH!"

"err Ain , U tak nak duduk sini ke?? Bilik i ada kosong. and nanti hari hari u boleh usha si Arfan tu..."

Ain memandang Hanis.

"Duduk sini? Eee tak nak ah. I nak katil i..bilik i..."

"Hmm ok..."

"Hei beb...u carilah partner lain. I bukan tak sudi..tapi u tahu kan i ni macam mana...i tak selesa duduk sini...i memerlukan seorang maid untuk menyiapkan segala yang i nak...sorry."

"Hmm tahu...tak apalah. I faham."

Hanis menunduk. Hmm sampai bila aku nak keseorangan. Bosan la tak ada rakan sebilik. Ain pula mula mengasah kukunya.

Arfan pula sengaja menoleh ke arah belakang melihat ke arah barisan kelas Lia. Tetapi batang hidung Lia tidak kelihatan. Dahi bertaut. Dah berapa hari kau tak ada! Kau pergi mana ha! Arfan melihat ke arah telefonnya. Senyap. Tiada sebarang pemberitahuan mesej daripada Lia. Arfan memandang lantai. Sungguh dia risau tentang Lia yang tiba tiba saja menghilangkan diri itu. Moga kau selamat. Hanya doa yang menjadi penutup segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience