BAB 55

Action Completed 78235

PAGI.

Di tanah perkuburan islam , suasana sayu menyelubungi ahli keluarga Amir dan Hakim. Arfan dan Lia turut hadir pada pagi itu. Arfan berasa kasihan terhadap kedua sahabatnya. Sungguh dia bersimpati atas kehilangan papa dan mama mereka berdua.

Amir dan Hakim masih dalam keadaan digari. Mereka berdua duduk sambil memandang ke arah mama dan papa mereka yang dimasukkan ke dalam liang lahad secara perlahan.

Selesai segalanya , Arfan ke arah Amir dan Hakim. Lia ekori.

"Tuan...Saya nak bercakap sebentar dengan diorang berdua boleh ke??"

Arfan meminta izin kepada anggota polis disitu. Anggota polis itu mengangguk. Arfan pandang ke wajah Amir dan Hakim. Dirangkul kuat badan kedua sahabatnya itu.

"Takziah bro....aku harap korang bertabah dengan apa yang berlaku ni.."

Hakim menangis dalam pelukkan Arfan. Sementara Amir pula , pandang Lia tak puas hati. Lia senyum. Setelah itu , anggota polis itu terus membawa mereka berdua pergi. Arfan mengesat air mata yang tersisa.

"Jom..."

Ajak Arfan. Lia diam dan patuh akan apa yang Arfan kata. Mereka berdua turut meninggalkan kawasan perkuburan itu. Sempat Lia menoleh ke arah kubur yang masih merah itu. Uncle , Aunty Maafkan saya..saya terpaksa. Tak dinafikan , Uncle dengan Aunty orang yang baik. Tapi disebabkan perangai anak Uncle dan Aunty tu..saya tak ada pilihan lain. Maafkan saya.

Dalam perjalanan menuju ke rumah , Arfan diam membisu. Matanya hanya fokus ke arah jalan sahaja.

"Balik ni kau nak makan apa?"

Tanya Lia.

"Tak ada selera.."

Sekilas Arfan menjawab.

"Haish makan la sikit...nanti kau pula yang sakit..."

Kata Lia lembut sambil memandang ke arah Arfan.

"AKU SAKIT KE AKU MATI KE...KAU PEDULI KE TENTANG AKU LIA!!? BUKAN KAU LAGI SUKA KALAU AKU NI TAK ADA!?"

Tengking Arfan. Lia berdecit kecil. Huh! Ok. Lantas perjalanan mereka berdua dihiasi bunyi cengkerik.

"Aku tanya , sebab aku peduli...tapi terpulang la...."

Kata Lia seraya terus keluar dari kereta. Arfan terdiam. Dia memandang Lia yang semakin jauh meninggalkannya. Lantas stereng kereta dihentak kuat.

===
Amir dan Hakim ditempatkan disebuah sel. Hakim duduk sambil memeluk lututnya. Amir pula memegang besi besi disitu. Ada api dendam yang sedang membara dalam hatinya.

Kau ambil nyawa papa mama aku , Lia! Jangan harap kau boleh terlepas! Aku akan pastikan , lepas aku jalankan hukuman aku..kau akan mati! Itu janji aku! Gigi diketap rapat.

"Sekarang ni kita nak buat pe mir!? Mama papa kita dah tak ada..siapa nak selamatkan kita sekarang ni??"

Tanya Hakim. Amir duduk disebelah Hakim.

"Kita duduk santai jelah dalam ni...lambat laun , keluar juga kan?"

Kata Amir. Hakim tercengang.

"Santai!? Woi bodoh...ni penjara tau! PENJARA! agak agak kau ah nak santai!"

Marah Hakim.

"Habis tu..kau nak aku buat apa? Menangis? Melolong? Merayu?"

"Apa kata kita minta tolong Arfan..."

Cadang Hakim. Meledak kuat ketawa Amir disitu.

"Kau ingat mamat tu nak tolong kita ke?"

"Kita cuba la dulu..."

Hakim menyakinkan Amir. Amir diam sejenak. Boleh pakai ke idea dia ni?

"Ok...aku nak tengok sejauh mana idea kau ni boleh pergi..."

Kata Amir lantas terus baring dan menutup matanya. Hakim senyum tipis. Arfan , satu satu peluang yang mereka ada sekarang ni. Semoga Arfan terbuka hati nak tolong aku dan Amir.

===

Api dapur dimatikan. Lia melepaskan keluhannya. Fuh penat. Tapi berbaloi hahaha. Air putih diteguk rakus untuk menghilangkan segala kepenatan dan dahaga ditekak.

Mata pandang ke arah bilik Arfan. Aik senyap je. Hidup ke mati ni? Lia ingin mengetuk pintu bilik tetapi niatnya terbantut tatkala kata kata Arfan berlegar legar di fikirannya. Haish lantak dia ah. Lebih baik aku mandi.

Mata Arfan toleh ke arah pintu. Ada bayang yang sedang menunggu didepan pintunya. Tak lama kemudian , bayang itu beredar. Arfan menunduk kembali. Maafkan biy sayang..biy perlukan masa.

Selesai mandi , Lia membawa air yang dibuatnya ke beranda rumah. Lia duduk diluar sambil mengambil angin disitu. Arrghh tenang. Lia membuka telefonnya. Nombor seseorang ditekan.

"Hello..."

"Yes ladyboss.."

Kata Akmal dihujung talian.

"Kau bagi makan tak dekat betina tu?"

"Jangan risau boss..semua lengkap seperti yang boss suruh..."

Lia tersenyum senget. Sabar ya. Sedikit je lagi..hahaha.

"Ok...jaga dia..."

"Al right , my queen.."

Talian dimatikan. Lia melempar telefonnya jauh. Nikmati dulu neraka ciptaan aku ya , sundal. Sikit je lagi , kau akan pergi ke neraka yang sebenar hahahaha.

===

"Wei korang...."

Panggil Zira. Amy dan Aisy mendekatinya. Mata membulat besar membaca berita tersebut.

Empat orang mayat dijumpai di dalam sebuah longkang terbiar , disyaki dibunuh dengan kejam apabila pihak polis menjumpai kesan lebam serta tembakkan di badan badan mangsa. Sehingga kini , pihak polis masih menjejaki suspek.

"Ni kan mama papa Amir dan Hakim kan?"

Tanya Amy. Zira angguk. Walaupun dia tidak mengenali ahli keluarga Amir dan Hakim tapi dia masih ingat muka muka yang datang ke sekolah ini.

"Dah bunuh...lepas tu campak lagi dalam longkang terbiar...gila kejam do..."

Kata Aisy. Amy diam. Dia duduk semula. Mereka berdua memandang ke arah Amy.

"Wei kau asal..ok tak ni?"

Tanya Aisy.

"Ok..."

"Ya ke ni? Macam tak ok je..kau fikir apa ni?"

Tanya Zira pula. Amy mengelengkan kepalanya.

"Tak ada apa lah..aku ok..betul..aku ok.."

Dalih Amy. Walhal dalam fikirannya satu , Lia. Zira dan Aisy mencurigai sesuatu.

"Muka kau tak boleh percaya do...cer cerita..apa masalah"

"Asal muka aku je tak boleh percaya. Habis tu , muka korang ni boleh percaya sangat ke..haish!"

Marah Amy.

"Laa marah pula...nak gurau sikit pun tak boleh.."

Amy membuat muka apabila Aisy berjaya mengusiknya. Mereka berdua berpelukkan. Sesekali Aisy mencuba untuk menciumnya tetapi dihalang keras oleh Amy.

"Jijik bodoh!"

"Ooo dengan aku jijik..dengan pakwe kau , tak jijik pula ea..tak apa..tak apa...."

Rajuk Aisy.

"Pakwe benda kau ni? Merepek jelah..."

"Eleh eleh...padahal ada..."

Kata Aisy tak mahu kalah. Zira terus ketawa melihat mereka berdua bergaduh manja. Setelah keadaan kembali tenang , Amy ditermenung disisi katil. Kes ni ada kaitan dengan Lia ke? Haish tak akan la Lia sanggup ambil nyawa orang tak bersalah kot? Tapi kalau betul ada kaitan dengan Lia , kenapa dia tak lupuskan je bukti dia? Kenapa buang dekat situ. Macam ada yang tak kena je ni.. .

===

Arfan tergesa gesa keluar dari biliknya. Dia terus keluar dari rumah tanpa sedikit pun menoleh ke arah Lia yang berada di ruang tamu. Lia terkedu seketika.

Dia blaa macam tu je nyahhhh? Dah macam aku ni tak wujud ea..tak guna betul. Lia menjeling ke arah lauk yang ada diatas meja. Sehingga sekarang , masih tidak diusik olehnya mahupun Arfan. Penat memasaknya masih terasa. Lia baring disofa. Mata ditutup rapat. Tidur sekejap la.

"Amir...Hakim...ada orang nak jumpa kamu berdua..."

Kata Anggota polis itu. Amir dan Hakim bangun serentak. Mereka berdua dibawa ke dalam sebuah bilik. Sekujur tubuh sedang menunggu kehadiran mereka berdua. Hakim terus berlari mendapatkan Arfan.

"Fan...akhirnya kau datang juga kan..."

Kata Hakim riang. Arfan senyum.

"Macam mana kehidupan korang dekat sini? Ok?"

Tanya Arfan.

"Ehh kau ni , nak tanya soalan bodoh pun agak agak ah..."

"Hahaha gurau je..jangan ambil serious.."

"Terima kasih wei sebab sudi lawat kami..."

Arfan senyum mendengarkan kata kata Hakim itu. Amir pula pandang dia tak puas hati.

"Mana bini kau? Asal tak ikut sama?"

"Dekat rumah...memang aku tak bagi dia ikut aku pun..."

Jawab Arfan.

"Lain kali , nak datang sini bawa sekali bini kau tu!"

Hakim pandang Amir pelik. Dah kenapa pula dia ni.

"Aik...kenapa aku perlu bawa dia mir?"

Tanya Arfan. Mata pandang Hakim. Hakim mengangkat kedua bahunya turun dan naik.

"Saja...rindu nak tengok wajah 'suci' bini kau tu!"

Kata Amir. Perkataan suci sengaja ditekankan. Dahi Arfan semakin berkerut.

"Mir..kau kenapa ni?"

Tanya Hakim risau. Tadi tak macam ni pun.

"Tak ada apa...ha alang alang kau dekat sini....kau boleh tolong kitorang dua ni keluar dari sini tak?"

Tanya Amir. Arfan menunduk. Diam beberapa minit. Amir tersenyum sinis. Dah agak. Mesti tak boleh kan.

"Er aku cuba k...kalau tak lepas..aku minta maaf..tapi nasihat aku...minta maaf dekat Lia...mungkin dengan cara tu dia boleh gugurkan laporan ni..."

Cadang Arfan.

"Minta maaf? Then? Bebas ke? Tak juga kan? Bebas dalam ni je....dekat luar sana? Huh nanti mesti bini kau suruh kitorang ni bertanggungjawab..."

"Tak susah pun Mir...kau tanggungjawab dengan apa yang kau dah buat!"

Amir bangun. Tangan dihentak ke atas meja. Mata pandang Arfan tajam.

"Sebelum dia nak aku bertanggungjawab dengan kawan dia tu.. aku nak dia tanggungjawab dulu dengan apa yang dia dah buat!!!!"

Marah Amir seraya terus masuk ke dalam semula. Hakim menggarukan kepala. Adoi haritu kata ok je. Ikut je cadangan aku. Lepas tu sekarang , macam ni pula. Adoi pening aku dengan Amir ni.

"Woi Mir!!!"

Panggil Arfan. Tatkala itu Hakim juga dibawa masuk semula. Arfan duduk disitu. Tanggungjawab dengan apa yang dia buat? Maksud? Tak akan kematian mama papa kau ada kaitan dengan dia kot? Tapi tak mungkin la Lia sanggup buat jenayah berat macam ni. Haish tak mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience