Amir dan Hakim duduk disebuah pondok bacaan sambil mengulangkaji pelajaran. Dalam masa yang sama , mereka berdua turut berborak kosong untuk memeriahkan suasana sekeliling mereka.
"Wei mir , asal kau tak terima si Fatin tu. Dia cun kot."
"Cun tapi dah lobos buat apa? Dia tu layak jadi stok pemuas nafsu aku je lah. Hahahahahah!"
"What!? Seriously? Dengan siapa do"
Tanya Hakim terkejut.
"Entah , tapi aku dengar budak sekolah lain yang buat dengan dia tu..."
Kepala Hakim terangguk angguk membawa isyarat kepada ok ok faham. Cantik memang cantik tapi dah kena tebuk memang bukan citarasa aku.
"Er hai korang.."
Sapa Sara. Amir dan Hakim memandang ke arah mereka berdua. Cun.
"Hai...kawan Lia kan?"
Angguk.
"Er boleh duduk?"
Amir angguk seraya terus memberikan ruangan kepada mereka berdua.
"Ok macam ni. Sebenarnya kitorang datang ni sebab nak tanyakan sesuatu dekat korang dua.."
"Apa dia?"
Tanya Hakim.
"Err tentang Arfan dan Lia. Diorang ada apa apa hubungan ke?"
Tanya Sara sambil mata merenung ke arah Hakim.
"Entah la awak , sebab kami pun masih mencari cari jawapan tu.."
"Ooo yakah.. tapi awak berdua dapat rasa sesuatu ke tentang diorang dua tu?"
Tanya Iman pula. Amir merenung Iman.
"Dapat. Memang kami yakin diorang dua ni ada sorokkan sesuatu daripada kita semua."
"Ha kan aku dah kata!!"
Jerit Iman sekaligus memeranjatkan mereka bertiga disitu. Iman menunduk malu lantas meminta maaf atas kelakuannya tadi.
"So , korang dua datang jumpa kitorang ni sebab benda ni jelah?"
Angguk.
"Hmm tak apalah..maaf ganggu. Tapi kalau awak berdua ada apa apa maklumat tentang Lia dan Arfan bagitahu kitorang tau...atas tu nombor saya dan bawah tu nombor Iman. Kami gerak dulu ya..Byee.."
Kata Sara sambil menghulurkan sehelai kertas. Amir tersenyum. Hakim merampas kertas kecil itu.
"Aku nak Sara.."
"Huh aku nak Iman."
Amir tersenyum sendiri. Dia membayangkan bentuk tubuh badan Iman. Mesti ketat. Aku yakin perempuan macam ni tak pernah disentuh mana mana lelaki. Dan aku akan pastikan , aku lelaki pertama sentuh kau Iman.
"Oi..fikir apa tu.."
Sergah Hakim.
"Fikir macam mana aku nak buat Iman tu jatuh ke dalam tangan aku..."
"Cara kasar ah.."
Amir geleng.
"Tak nak. Aku nak guna cara lembut. Aku nak dia gila bayang terhadap aku.."
"Aku tengok diorang tu sama je macam Lia. Liat. Yakin ke kau boleh dapat mir?"
Amir tersenyum sinis. Hatinya sudah bertekad untuk mendapatkan Iman. Dapat ke tak , belakang cerita. Yang aku tahu , Iman kepunyaan aku!
===
MALAM.
Disebuah rumah banglo terbiar , kelihatan sekumpulan lelaki sedang ketawa sakan diluar rumah. Rumah banglo terbiar itu dijadikan tempat untuk menamatkan nyawa seseorang. Terlalu banyak darah manusia yang sudah meresap ke segenap dinding rumah tersebut.
Kerusi merah menjadi tempat utama untuk Lia membelai haiwan haiwan kesayangannya. Disebelah kanannya terdapat seekor Harimau belang berbadan sasa , manakala disebelah kirinya pula terdapat seekor Harimau putih yang badannya lebih besar daripada Harimau belang tadi.
"Hey Ash..miss me?"
Harimau putih itu terus menjilat Lia. Lia tertawa riang.
"How about you , Leo? Do you miss me or not?"
Harimau belang itu bertindak menjilat kepala Lia sebagai tanda , dia turut merindui tuannya itu. Lia tersenyum riang. Dipeluk erat kedua harimau itu.
"Akmal!"
Laung Lia. Tidak lama kemudian , seorang lelaki masuk. Dia menunduk memandang lantai.
"Sam aku dah makan ke belum?"
"Belum...diorang masih siapkan daging untuk mereka."
Lia memandang tajam.
"Mereka!? Ash , Leo pun belum makan!?"
Angguk.
"Kau nak aku bagi daging segar dekat diorang ke macam mana!?"
"Tak nak tak nak...aku pergi tengok..rasanya dah siap tu..sekejap."
Akmal terus berlari keluar meninggalkan ruanga itu. Lia memejamkan mata. Ada je benda nak naikkan darah aku! Sehari kalau tak naikkan memang tak boleh ke sial!?
Pintu gelangsar dibuka , Lia mencapai daging ayam segar itu lantas dicampakkan ke dalam sebuah kolam. Daging ayam tersebut segera disambar oleh seekor buaya tembaga yang sangat besar bernama Sam itu.
"Untuk sementara ni , kau makan daging ayam dulu k. Nanti akan datang aku bagi kau makan daging manusia pula.."
Kata Lia kepada Sam. Akmal yang berada disebelah Lia sedikit menggeletar apabila mendengarkan ayat tersebut.
"Lain kali bagi makan dekat diorang ni on time! Bukan tunggu aku datang baru nak bagi! Sekali lagi kau buat macam ni , memang aku terus campak kau ke dalam kolam Sam tu. Faham!!?"
Angguk.
"Fa-faham...silap aku sebab lupa nak beli makanan diorang tadi."
Lia diam. Kaki diatur keluar dari rumah banglo itu. Mengerling ke arah jam ditangan , Lia menarik nafas sedalamnya. Kenapa laa cepat sangat masa berlalu haish.
"Ingat! Aku tak nak kau ulang lagi kesilapan kau tu. Tapi kalau kau dah malas nak hidup , bagitahu aku. Nanti aku uruskan surat temujanji kau dengan malaikat izrail"
Kata Lia sinis lantas segera meninggalkan tempat itu. Akmal diam tidak menjawab. Hanya anggukkan sebagai balasan.
Share this novel