TOK!TOK!TOK!
Pintu bilik Aisy diketuk bertalu talu oleh seseorang. Aisy berjalan ke arah pintu.
Klak!
Tersembul wajah Arfan yang berkaca mata hitam itu. Aisy memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Kau nak apa?"
"Lia..."
Sepatah sebagai jawapan.
"Tidur..."
Mata Arfan sedikit membulat. What!? Tidur! Haish perempuan ni! Arfan merempuh masuk. Katil Aisy dinaiki.
"Sayang....."
Hampir tersembur air yang ada dimulut Aisy tatkala perkataan itu keluar. Arfan membelai rambut Lia. Amy dan Zira perhati.
"Oi...selamber badak kau je pegang anak dara orang kan.."
Tegur Amy.
"Dia bini aku...halal untuk aku..."
"WHAT!!??"
Serentak perkataan itu keluar dari mulut mereka bertiga.
"Kau biar betul fan?"
Tanya Aisy.
"Kalau tak percaya..kau tanya ah dia sendiri...kau ingat aku ada masa ke nak reka cerita bodoh ni?"
Aisy , Amy dan Zira diam. Patut ah selama ni , ramai yang cakap diorang ada sorokkan sesuatu. Rupanya ni.
"Sayang....bangun la....semalam dah cakap kan..harini kita balik rumah mama..."
Tutur Arfan lagi. Lia mengeliat kesedapan. Tangan dan kakinya jatuh mengenai batang tubuh Arfan. Lia menyembamkan mukanya ke dalam dada Arfan. Aisy , Amy dan Zira , masing masing memalingkan muka. Tak sanggup untuk melihat adegan seterusnya.
"Lia..."
"Kau nak apa lagi...haish.."
Tanya Lia dalam keadaan mamai dan dalam pelukkan Arfan lagi.
"Jom la siap...mama dah tunggu kita tu.."
"Kau balik la dulu...tengahari nanti aku sampai la..."
Rengek Lia. Haish kacau la. Eh sekejap. Setahu aku , malam tadi telefon aku ada atas meja tu... Ah pishang. Lia meraba dada bidang Arfan. Perlahan mata dibuka.
"Makk ai!!"
Lia terkejut melihat Arfan disebelahnya.
"Siap cepat....."
"Tak...sekarang ni macam mana kau boleh ada dekat sebelah aku?"
"Jangan banyak tanya...siap cepat. Aku tunggu luar.."
Kata Arfan beransur turun dari katil. Lia memandangnya pelik. Apa dah jadi ni? Aku peluk dia? Oo no! Bala!
"Cepatt...ke kau nak aku mandikan kau?"
Pap! Bantal dibaling tepat mengenai batang hidung Arfan. Arfan tergelak kecil.
"Tak ada lah..aku gurau je. Haish pergilah bersihkan diri kau tu..."
"Sabar la..."
Marah Lia. Lia melompat ke bawah. Arfan merenung ke luar. Melihat pemandangan dihadapannya. Aisy , Amy dan Zira memandangnya tak puas hati.
"Asal muka korang macam harimau tercekik biji durian ni? Ok tak?"
"LEPAS KAU BALIK DARIPADA RUMAH MAK MERTUA KAU...AKU NAK KAU CERITA A TO Z TENTANG HUBUNGAN KAU DENGAN ARFAN!"
Kata Aisy geram. Lia terdiam. Mak mertua? Jadi diorang dah tahu la , status hubungan aku dengan jantan tu. Haish apa masalah mamat ni? Selama ni sorok. Tak rela la..jijik la... Sekarang!? Macam ni pula. Mesti dia tengah merancang sesuatu ni.
"Sayang...cepatlah.."
"SABAR AH! kalau kau tak reti sabar sangat. Aku tak mandi..kita terus gerak. Kau nak?"
Ugut Lia. Eeeuu memang tak ah. Kau tu dah ah jijik. Ditambahkan lagi kalau kau tak mandi..fuh mesti melekat bau kampung kau tu nanti.
"Ah tak ada..tak ada..kau pergi mandi sekarang!!"
Lia tersenyum sinis. Arfan bercekak pinggang diluar. Dah ah panas. Haish perempuan kampung ni.
===
"CIS!! TAK GUNA!! BERANI KAU TARIK NYAWA ORANG KANAN AKU!!!"
Marah Tiger. Semua yang berada disitu menunduk memandang lantai. Tangan digenggam membentuk penumbuk.
"HUH BUDAK MACAM KAU..ADA HATI NAK LAWAN AKU!! tapi tak apa...aku akan ikut cara permainan kau. Sampai masa kau akan tahu langit tu tinggi atau rendah!"
Dang!
Tangan dihentak ke atas meja. Geram. Dia sungguh tak sangka , nyawa orang kanan nya itu diambil oleh seorang remaja perempuan.
"Aku nak korang semua cari maklumat tentang budak perempuan tu! Aku nak tahu segalanya. Tak ada yang tertinggal!!!"
"Baik boss!!"
Mereka terus keluar meninggalkan bilik itu. Tiger terus menyandarkan dirinya pada kerusi tersebut. Muka nya berkerut kerut memikirkan sesuatu.
Share this novel