Keesokkannya.
Mereka berempat hadir kesekolah dalam keadaan kurang sihat. Masing masing diserang demam secara tiba tiba. Amy hanya tertawa kecil. Huh ni baru sikit tau. Korang belum rasa lagi si Lia ni mengamok , mau kejung korang dekat situ hahah.
"Morning guys..."
Sapa Lia. Mereka berempat terkedu.
"Asal ni? Demam ke? Dah makan ubat?"
Masing masing angguk.
"Kalau tak sihat , asal tak minta balik je?"
"Ehh tak apalah...sikit je ni...esok lusa baik la.."
Kata Aisy. Zira angguk setuju.
"Betul tu...esok lusa baik la demam ni...heheh"
"Ok. Kalau makin teruk pergi klinik tau...tak elok dibiarkan lama lama..sekarang musim demam..bahaya.."
"Baik..."
Lia senyum. Huh! Demam sebab nampak orang aku campak jantan tu ke dalam air tu ke? Hahahaha. Lawak.
Dalam perjalanan menuju ke arah tapak perhimpunan , mereka berenam terserempak dengan Ain. Wajah Ain tampak kurang bermaya akibat hari harinya dihabiskan dengan menangis. Terkadang dia meracau seperti ternampak kelibat abangnya disitu , walhal hanya bayangannya sahaja.
"Weii cer kau tengok Ain tu...kesian kan..abang tiba tiba hilang...adik pulak hampir gila..."
"tu la tu...yang lagi sedihnya , hari hari dia kurung diri dalam bilik tau...tak makan...aunty dia tu jenuh dah buat macam macam cara untuk bagi dia makan tapi tak jalan juga..."
"Ehh yakah...haish kesiannya. Entah dekat mana la abang dia sekarang ni kan..."
"Entah la wei...ramai kata Abang dia dah mati...ada pula yang kata hidup lagi...tak tahu la mana satu yang betul..."
Kata para pelajar yang lalu disitu. Huh? Hampir gila ea? Hahaha siapa suruh cari pasal dengan aku. Aku tak pernah pun usik hidup kau tau...tapi kau? Suka noh usik...so salah siapa? Tapi kau jangan risau la , abang kau hidup lagi.
Tiba ditapak perhimpunan , semua mata ter arah kepada Lia. Lia senyum. Haish Lia macam la kau tak biasa dengan pandangan ni.
"Wei dia tak miskin laa...dia kaya kot. Harta berlambak..tak habis 7 keturunan..."
"Haah wei...rumah dia bapak besar..kalah rumah aku tau....."
Langkah dihentikan. Aik macam pelik je bunyinya.
"Macam tak percaya wei...dia kaya..tapi dia tersangat la sederhana..tak macam kita ni..."
"Ehh seriouslah?? habis yang selama ni ada yang kata dia miskin tu tak betul la??"
"Ya , semua tu palsu..rekaan je..yang pasal dia masuk sekolah ni guna cara kotor tu pun tak betul...haish teruk betul siapa yang reka cerita ni.."
"Ha yakah ni? wei malunya...selama ni kita dok lempar dia macam macam...tapi dia sikit pun tak balas...malah tersenyum je..."
"kan...wei jahat nya kita...kesian dia..tak patut kita buat dia macam tu.."
Lia memandang ke arah langit. Senyum! Huh untuk apa aku nak berasa bongkak? Sedangkan harta ni tak akan pernah kekal lama. Untuk orang yang pernah aniaya aku , aku maafkan.
===
Sebuah kereta vellfire tiba dikawasan rumah agam itu. Pintu dibuka oleh penjaga disitu. Maria keluar dengan wajah yang masam mencuka.
Khairi pula bersusah payah memimpin isterinya itu. Kak Hanum daripada dalam memberikan pandangan yang meluat. Khairi menyerahkan beg kepada Kak Hanum.
"Selamat kembali Puan Maria..."
Kata Kak Hanum terpaksa. Kalau tak kembali terus pun tak apa , Aman sikit rumah ni hahahaha.
"Hanum!"
"Ya?"
"Anak haram tu ada balik sini?"
"Ada...dalam dua tiga hari lepas...datang sebab nak ambil kunci rumah dia.."
"Err yang tu aku tahu! Maksud aku selepas kejadian Puan jatuh..ada dia balik ke?"
"Oo tak ada..."
Khairi angguk. Dia menyuruh Kak Hanum beredar.
"Eh..u nak pergi mana ni?"
"I nak naik..nak rehat.."
"Ok jom.."
Kak Hanum perhati dari tingkat atas. Alololo caringnya dia. Huh tapi bodoh. Tua tua pun kena bodoh dengan dia tu , haish kesian.
"Begnya saya dah letakkan di tepi katil tu..."
"Ok"
"Ada apa apa lagi ke tuan?"
Khairi geleng. Kak Hanum segera menuruni anak tangga. Kau ikut jelah telujuk perempuan sihir tu Khairi. Lama lama nanti kau sendiri akan terduduk. Masa tu aku pasti kau akan menyesal dengan apa yang kau dah buat!
===
"Wah kau..happy nampak?"
Sapa Amir. Arfan tersenyum tanpa berkata kata.
"Tahu laa dah berbaik dengan bini..haish."
Kata Hakim pula.
"Kan...bila dah berbaik dengan bini , kita pun dilupakan. Masa tengah ada masalah , dicarinya balik...hmm sedih."
Kata Amir sambil berpura pura mengelap air mata. Arfan tertawa kecil.
"Hahahah ish korang ni...aku mana boleh lupakan sahabat baik aku ni...korang dua la susah senang bersama dengan aku..."
"Cehh ayat...rasa nak bagi penerajang je..."
Balas Hakim.
"Kan..kaki aku pun rasa ringan ni.."
Kata Amir pula.
"Aku tak perlukan penerajangmu , yang aku mahukan hanya pelukkanmu."
Kata kata Arfan membuatkan bulu roma mereka berdua berdiri.
"Meremang sial."
"Bodoh la fan...haish."
Arfan mendepakan kedua belah tangannya. Kedua rakannya terus mengambil beg lantas beredar. Sewel dah member aku ni. Tatkala Arfan membuka mata , kelibat kedua rakannya telah pun hilang.
"Cis tak guna..diorang tinggalkan aku macam tu je!!"
Arfan terus mengejar mereka berdua. Bahagia yang dinanti telah tiba. Aku pun dah bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik. Demi membahagiakan Lia dan bakal anak anak aku nanti.
Share this novel