Pagi , Lia mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Langkahnya diperkemas memasuki ruangan hospital. Kaca mata hitam diturunkan sedikit setibanya dikawasan pendaftaran nama pesakit.
"Er nak tanya bilik Maria dekat mana ya?"
"Sekejap ya...saya periksa dulu nama pesakit"
Lia melihat sekeliling. Tak nampak pun kelibat orang tua ni. Huh! Setia betul kau ya dengan perempuan kotor tu.
"Ok cik...bilik dia dekat hujung sana..bilik vvip..."
"Oo ok...Terima kasih.."
"Eh cik...cik ni siapa kepada pesakit ya? Ahli keluarga dia ke?"
Angguk. Lia terus menuju ke arah bilik yang dikatakan oleh kakitangan hospital itu. Dari luar , Lia dapat melihat Papanya sedang tidur disisi Maria.
Klak!!
Maria terjaga. Matanya membulat besar apabila Lia yang datang melawatnya.
"ENGKAU!!! Berani kau tunjukkan muka kau dekat sini ya!!"
Marah Maria. Khairi juga terjaga akibat terdengar suara Maria yang terjerit jerit itu. Lia tersenyum sinis.
"Saja singgah...macam mana...baby ok? or baby...gone...,"
"Sial!!!! KAU KELUAR!!!!"
Tempik Maria kuat. Khairi terus bangun dari duduknya. Lengan Lia ditarik kasar.
"Kau buat apa datang sini!?"
Tanya Khairi.
"Laa....salah ke anak tiri nak melawat mama tiri dia??"
"Kau tak payah nak tunjuk baik dekat sini laa!! Meluat! Lebih baik kau balik sebelum aku naik hantu dekat sini!"
Khairi memberi amaran kepada Lia. Lia memandang ke dalam mata Khairi.
" Eee Tacod nya...HAHAHAHAHAHA!!"
Lia terus beredar. Khairi mengepal penumbuknya.
"Oo ya...sebelum tu...bukan salah aku k kalau anak korang tu mati..kau salahkan minyak yang tumpah dekat dapur tu...muuaahhh..bye.."
Khairi menahan geram. Dinding hospital menjadi sasarannya melepaskan segala amarah. Kau tunggu! Tak lama lagi aku akan hantar kau jumpa mama papa kau dekat sana!
"Hari tu , aku dah bagi amaran kan supaya nikmati dulu kebahagiaan kau tu..kot kot laa sementara..eh tengok tengok betul betul sementara..Hahah KESIAN! Mesti kau tengah sedih kan sebab anak haram kau tu dah tak ada! Makin terkubur la harapan kau nak jadi mem besar dalam rumah tu HAHAHAHA!!"
Enjin kereta dihidupkan. Lia terus meninggalkan kawasan hospital itu. Telefonnya menekan nombor seseorang.
"Hello akmal , macam mana? Dah dapat?"
"Ada dah ni...dia tengah tunggu kau datang.."
"Bagus...setengah jam lagi aku sampai.."
Talian dimatikan. Telefon dilempar ke tepi. Keretanya terus meluncur laju. Wait for me k hahaha!
FLASHBACK!
Beberapa jam sebelum Lia sampai di hospital itu , dia telah pun menyuruh anak buah nya menculik seseorang. 'kenalan' rapat Maria.
"Macam biasa! Lepas korang dapat dia , tunggu arahan aku. Jangan buat sesuka hati macam yang korang buat dekat Tiger hari tu! Faham!!!?"
Mata Lia menatap satu persatu anak buah nya disitu. Masing masing menunduk. Tiada satu pun berani bertentang mata dengannya.
"Faham!"
Lia angguk. Baldi yang berisi daging diambil kasar. Lia membuka pintu yang menghubungkan sangkar haiwan peliharaannya.
"Heyy buddy...are you hungry?"
Dua ekor harimau itu hanya menatap Lia. Lia melempar daging ke arahnya. Mereka meratah daging itu dengan kejam. Lia tersenyum puas.
"Kau makan ayam ni dulu tau...kalau ada rezeki lebih , aku bagi korang makan daging special pulak.."
Baldi kosong diberikan kepada Akmal. Akmal menyambut.
"Sam tak makan lagi kan?"
Akmal geleng.
"Ok. Lebihan daging ayam tu kau simpan balik...aku nak bagi sam makan daging special malam ni."
Akmal angguk. Lia membasuh kedua belah tangannya. Setelah itu , kaca mata hitam diambil lantas dipakai.
"Aku pergi dulu...pastikan kerja korang bersih!"
"Ok boss..."
Lia tersenyum. Lantas terus hilang ke dalam perut keretanya. Anak dah mampos , bapak pun kena la ikut jejak. Tak gitu? HAHAHAH!
END FLASHBACK.
Tiba tiba telefonnya menjerit nyaring. Lia mencapai semula telefonnya. Nama Arfan yang tertera di skrin telefon. Kau lagi. Haish. Butang hijau diseret ke kiri.
"Hmm..."
"Ha angkat pun...punya la payah aku call kau...haish kau pergi mana? Asal tak datang sekolah?"
Dahi Lia berlapis. Kereta dihentikan di bahu jalan.
"Huh? Sejak bila kau kisah fasal aku ni??"
"Aku kisah la sebab kau tu isteri aku! Kang apa apa jadi aku juga yang susah."
Marah Arfan. Lia tertawa kecil.
"Encik Arfan Hareez! Stop care about me k. Yes! Memang aku ni isteri kau...untuk sekarang la...waktu dulu? Masa mula mula nikah...kau cakap apa dengan aku? Buat haluan masing masing kan? So sekarang why!? kenapa kau nak tahu tentang apa yang aku buat!!? selama ni ada ke aku sibuk nak tahu apa kau buat , dengan siapa? Ada ke fan?"
Arfan tersentak. Hilang kata kata untuk menjawab.
"Kenapa diam? Tak tahu nak jawab apa? Hey come on la , kau dengan aku nikah sebab terpaksa an. Bukan sebab cinta. So buat la haluan masing masing. "
"Aku nak jumpa kau...kita bincang tentang ni.."
"Ok baik. Tapi bukan malam ni. Aku ada hal. Nanti aku aturkan semula pertemuan kita k. Bye husband."
Talian segera dimatikan. Lia tersenyum sinis. Tak akan jantan ni dah jatuh cinta dengan aku kot? Ke betul? Tu yang sejak akhir akhir ni dia kisah pasal aku. Ke dia agenda lain. Tapi kalau jatuh cinta hadoi tak boleh terima la. Lawak!!
===
Sara dan Iman sampai di hadapan bilik Aisy. Sara mencuit lengan Iman menyuruhnya untuk ketuk pintu bilik Aisy. Iman kecut perut.
"Jom balik bilik wei...tiba tiba pula perut aku buat hal.."
Dalih Iman. Sara terlunga. Dah separuh jalan wei. Kau boleh bagi alasan macam ni?
"Ishh kau ni!"
Sara menarik tangan Iman. Iman tunduk. Mungkin Sara dapat menghidu pembohongannya tadi. Sara mengetuk pintu bilik Aisy.
"Ha apahal ni?"
Tanya Aisy tatkala pintu dibuka. Sara pandang Iman. Menyuruhnya berkata niat kedatangan mereka berdua ke situ. Iman kunci mulut. Aisy pandang mereka berdua seperti mahu menelan.
"Aku tak sarapan lagi tau...tapi kalau korang dua nak jadi sarapan aku boleh juga..."
Kata Aisy bersahaja. Sara dan Iman tercenggang.
"Err...tak apalah..lain kali..sorry kacau..bye.."
Jawab Iman. Lantas langkah mula diatur beredar tapi dihalang oleh Aisy.
"MASUK!"
Iman pandang Sara. Berkali kali dia geleng tanda tak setuju. Sara menjengilkan matanya lagi.
"Masuk jelah! Bukannya aku nak makan korang pun err."
Aisy bersuara lagi. Pantas mereka berdua masuk ke dalam bilik itu. Pintu pula ditutup semula.
"Ha apahal?"
"Er kak Amy mana?"
"Ooo kau datang ni sebab nak jumpa amy ke?"
Angguk.
"Tak silap aku dia mandi...alang alang ni apahal kau nak jumpa dia?"
"Err nak tanya dia tentang video tu..."
Jelas Sara.
"Apa lagi yang korang nak tahu? Semuanya dah jelas dalam video tu kan..."
Celah Amy tatkala kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu. Daripada luar tadi dia sudah mendengar segalanya.
"Ya tahu. Tapi korang semua tak pelik ke? Sekelip mata dia berubah..."
Kata Iman pula. Amy duduk , pandang Iman tajam.
"Tak pun. Mungkin bagi korang semua pelik la sebab tak pernah nampak dia macam tu atau tak terjadi dekat depan mata korang...."
Amy bangun , dia meletakkan tuala diantara leher dan rambutnya lalu tuala tu digulung seperti perempuan lain lakukan.
"Tapi dari mana dia belajar semua tu?"
Tanya Iman.
"Entah. Yang tu aku tak tahu..."
"Hmm tiap malam kan dia keluar...entah entah dia belajar dalam diam kot..."
Andaian Zira. Semua memandangnya.
"Huh tak juga..."
Balas Amy bersahaja.
"Apa maksud kau?"
Tanya Aisy sekian lama mendiamkan diri. Amy tersenyum sinis.
"Dia dah lama belajar benda benda tu...tiap malam dia keluar bukan sebab nak belatih atau apa pun..."
"Habis tu?"
Tanya mereka semua serentak. Ini gempak! Kalau tiap malam dia keluar bukan sebab nak belatih benda benda ni semua , pasti ada sesuatu yang lebih besar dia sorokkan.
Amy diam tidak menjawab. Dia mengambil maggi cawan di dalam loker nya. Aisy mendekati Amy.
"Amy , terangkanlah.."
"Aku bukan tak nak terangkan. Tapi aku tak tahu macam mana nak terangkan. Benda ni berat tahu tak!"
Kata Amy nada suaranya sedikit tinggi. Aisy diam.
"Ha kak Amy tahu kan tempat yang selalu Lia pergi...apa kata kita pergi situ malam ni...."
Cadang Sara.
"Cadangan yang gila!!!"
Marah Amy.
"Apahal pula gila...haish bawak jelah kitorang ke situ..."
Kata Zira. Aisy turut mengangguk tanda setuju. Amy menunduk. Apa aku nak buat ni. Alasan apa lagi aku nak bagi.
"Haishh bahaya laa..."
"Apa yang bahaya? Ni mesti kau ada sorokkan sesuatu dari kitorang semua kan?"
Tanya Aisy. Amy meletakkan maggi cawannya disitu. Terbantut mood makannya apabila cadangan Sara tadi diterima oleh semua. Haish tak akan aku nak menempah maut kot. Tapi kalau tak pergi , makin serabut kepala otak aku dengan soalan soalan diorang ni. Lagipun diorang sendiri yang desak aku , nak tahu sangat si Lia tu buat apa kan. So , apa salahnya?
"Ok! Terjadi apa apa , sendiri tanggung k."
Kata Amy seraya terus keluar dari dalam bilik itu. Masing masing terdiam. Mereka di dalam bilik memandang antara satu sama lain. Kata kata Amy tadi membuatkan mereka berfikir kedua kalinya. Apa yang Amy maksudkan dengan semua ni? Jadi apa apa sendiri tanggung? Apa yang Amy cuba sampaikan ni? dan Lia , Siapa sebenarnya kau ni? kenapa banyak sangat persoalan yang muncul tentang kau? Haish kusut la kepala otak aku. Bebel Aisy dalam Hati.
* BAB 27 ADA KESALAHAN SIKIT TAU...INTAN TU IMAN. DAN NAMA INTAN TU SEBENARNYA NAMA PENUH SARA HEHEHE. SORRY.
Share this novel