Khairi sedang duduk berseorangan disatu meja makan di sebuah hotel ternama. Jam dilihat. Haish lambat!
Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki berkaca mata hitam. Tanpa disuruh , lelaki itu terus duduk dihadapan Khairi.
"Kau dah dapat apa yang aku nak?"
Tanya Khairi dalam nada yang serious. Sampul surat kecil diberikan kepada Khairi.
"Semua yang kau nak ada dalam tu."
Khairi mencurigainya.
"Terpulang pada kau nak percaya ke tak..yang penting aku dah buat kerja aku. Sekarang ni aku nak upah."
Kata lelaki itu. Check diserahkan kepada lelaki tersebut.
"Ingat! Kalau palsu , kau tak akan selamat!"
Khairi memberi amaran kepadanya. Lelaki itu mengangguk lantas tersenyum. Khairi mengeluarkan isi yang ada disampul tersebut. Betul ke semua bukti ada dalam ni?
Setibanya di pejabat , komputer riba segera diambil. Pendrive yang diberikan tadi disambungkan. Khairi melihat setiap saat yang ditayangkan dalam video tersebut. Api kemarahannya kembali menyala.
"Dasar sundal! Memang patut kau mati!"
Terpapar disitu video Syirah sedang bermanja manja dengan lelaki yang amat dia kenali iaitu Norman. Apabila video tersebut menunjukkan babak 18 ke atas , Khairi terus menutupnya. Tidak sanggup untuk melihat.
"Kau nak nafikan apa lagi man? Dah terbukti Lia tu bukan darah daging aku , tapi kau masih juga nak kata Lia tu anak aku..hahahah."
Kata Khairi seorang diri sambil menatap gambar Norman. Khairi tersenyum puas apabila bukti yang selama ini dia inginkan akhirnya terungkai jua. Kau dengan betina tu boleh masuk neraka bersama sama dengan anak korang nanti.
===
"Ain!!"
Jerit Hanis. Ain melihatnya.
"U dah kenapa terjerit jerit , dah macam baru lepas nampak hantu je.."
Sindir Ain. Sungguh dia tidak menyukai suara Hanis ketika dia menjerit. Nyaring mengalahkan pontianak mengilai. Sikit lagi dia dah boleh ganti tempat pontianak hahah.
"Badnews for you babe..."
Terang Hanis tatkala punggungnya selamat mendarat diatas kerusi. Ain hanya fokus mengasah kukunya.
"Apa dia?"
"Arfan dan Lia tengah couple. Satu sekolah ni dah kecoh wei diorang berpegangan tangan."
Perbuatan Ain terhenti. Matanya memandang tajam ke arah Hanis.
"Couple? Sejak bila?"
"Yang tu i tak tahu. Tapi yang i tahu , diorang memang ada hubungan yang special."
Terang Hanis lagi.
"Hubungan yang bakal terkubur tak lama lagi!"
Balas Ain sinis. Kau memang buta , Arfan! Perempuan murahan tu juga kau nak. Aku ni yang suci bersih , belum pernah ada mana mana lelaki sentuh kau tak nak. Tapi tak apa , nikmatilah kebahagiaan korang tu dulu k.
"U nak buat apa , Ain?"
"I tak akan benarkan mana mana perempuan merapat dengan Arfan! Kalau ada , tu bermaksud diorang menempah kubur sendiri."
Jelas Ain seraya terus keluar dari dalam kelas. Dia terasa terbakar jika duduk lama lama disitu.
Pandangan dihalakan ke arah tempat duduk Lia. Huh miskin! Ada hati nak kan anak jutawan. Pandangannya dihalakan semula ke arah depan. Kepala otaknya ligat memikirkan pelbagai cara untuk melenyapkan Lia dari dunia ini.
Share this novel