"Pewiiiittt...berdua je ke? Nak abang teman tak?"
Panggil Amir ke arah dua orang pelajar perempuan menengah rendah yang melalui kawasan itu.
"Jalan elok elok dik...jangan sampai terlanggar tiang..terlanggar hati abang tak apa , abang boleh sambut hahahahah!!"
Usik Hakim nakal. Masing masing berdekah. Dua orang pelajar tersebut semakin memperbesarkan langkah.
Pap!
Pisau belati tertancap diatas meja. Mereka berdua terkedu. Air liur yang terasa pahit itu ditelan keras.
"Seronok!?"
Tanya Lia serious. Amir dan Hakim menoleh ke arah Lia.
" Ehh Lia.."
Sapa Amir lembut. Lia senyum setelah itu wajahnya tegang kembali. Punggung dihenyak diatas kerusi batu disitu.
"Kau cari Arfan ke? Dia tak ada dekat sini....dia dekat bilik mesyuarat tu ha.."
Kata Hakim pula.
"Aku tahu Arfan tak ada...aku datang sini bukan cari dia...aku cari korang dua!"
"Eh kenapa tiba tiba cari kami pula ni?"
Tanya Amir pelik. Ke minah dua ekor tu ada cerita apa apa dekat dia ni?
"Saja..nak borak..."
Dalih Lia. Dia mencabut kembali pisau tersebut lantas disimpan ditepi kakinya.
"Ke-kenapa bawa barang terlarang ke sekolah?"
Tanya Hakim gagap. Air liur ditelan berkali kali. Lia senyum nipis.
"Ehh terlarang ke? Hahaha bagi aku tak pun , pisau ni ibarat sahabat baik aku dah..kemana mana aku pergi , aku mesti bawa dia... "
Hakim diam. Amir pandang Lia atas bawah. Huh ni kalau nampak cikgu disiplin ni memang mendapat kau. silap silap kena gantung sekolah hahah.
" Er hubungan korang dua macam mana? dah ok?"
Topik sengaja diubah apabila Amir melihat badan Hakim yang semakin mengigil disitu.
"Alhamdulillah ok.."
Mata Lia mencerlung tajam ke arah Hakim yang semakin gelisah itu.
"Ooo bagus la macam tu...aku bukan apa Lia , Arfan tu masam je kalau datang sekolah..bila ditanya apa masalah..jawapannya bini. Tu jelah , tak ada benda lain...hahaha."
Balas Amir panjang. Lia berdecit kecil.
"Kau ok tak ni kim? Gelisah semacam je..tak sihat ke?"
Tanya Lia berpura pura ambil berat. Hakim sengih kelat
"A-aku ok je..si-sihat je..err ko-korang berdua bo-borak la dulu..aku nak pergi tandas jap.."
Kata Hakim lantas bangun.
"Duduk la sekejap....nanti nanti la pergi tandas tu...tahan sikit.."
Ujar Lia lembut. Hakim pejam mata. Adoi macam mana ni. Mata memandang ke arah Amir. Amir membulatkan mata mengisyaratkan kepada Hakim supaya duduk kembali.
"Kelas kau tak ada cikgu ke?"
"Ada je...tapi aku curi curi keluar.."
"Ishh apalah curi curi keluar , nanti nama kau buruk tau..."
"Huh nama aku dah sememangnya buruk mir...."
Amir terdiam. Hakim pula masih bisu disitu. Sedaya upaya dia cuba sorokkan ketakutannya.
"Halaa nanti lama lama ok la...pelajar sini pun ramai yang dah tahu kan tentang status sebenar kau..."
"Setengah je tahu...tak semua.."
"Ooo ea..."
Amir mengosok kepala belakangnya. Fikiran Lia menerawang jauh. Dia teringat akan kata kata Sara dan Iman. Keluhan berat dilepaskan.
"Haish macam mana ea..."
"Kenapa tu Lia? Ok tak ni?"
Lia pandang Amir dan Hakim silih berganti.
"Aku nak korang berdua bertanggungjawab"
Kata Lia bersahaja. Mata mereka berdua membulat besar , terutama Hakim. Badannya semakin menggeletar kuat.
"So , dah tahu la ni?"
Tanya Amir sinis. Hakim pandangnya pelik. Mak ai jantan ni , dia tak rasa seram sejuk ke dengan si Lia ni. Hadoi. Lia angguk perlahan.
Amir mengeluarkan telefonnya. Gambar bogel Sara dan Iman disuakan ke arah Lia. Lia senyum senget. Dah agak dah. Memang tak ada benda lain selain gambar haish.
"Kau nak ke aku viral kan gambar diorang ni? Nak!?"
Ugut Amir. Lia bangun.
"Sebarkan la ,, tapi jangan tanya aku kenapa.. kalau mak ayah kau balik dalam keadaan tak bernyawa!"
Kata Lia serious. Hakim tersentak dengan kata kata Lia. Amir pula sudah berdekah disitu.
"Hahaha kau nak buat apa? Macam la kau tahu alamat rumah kami...hahah lawak ah.."
Lia senyum sinis lantas beredar. Ketawa Amir semakin kuat disitu. Hakim pula memikirkan sesuatu. Boleh percaya ke kata kata Lia tu? tapi kalau betul macam mana? aku tak nak hilang family aku. ta-tapi..bertanggungjawab atas semua ni..haishh serabutnya kepala aku!
"Ehh tak akan blaa macam tu je..Jawab ah dulu hahahahaha!"
Sambung Amir lagi kepada Lia yang semakin jauh itu. Bodoh! Kau sedar tak kau tengah bermain dengan siapa sekarang ni!? Huh tak nak tanggungjawah an? so terima la k 'hadiah' daripada aku.
===
Khairi duduk di sebuah meja makan yang agak terpencil kedudukkannya. Jam ditangan dilihat. Haish macam ni la kalau berurusan dengan melayu! tak pernah nak tepati masa! Khairi mengambil air minumannya dan dihirup perlahan.
"Sorry boss , jalan jem"
Kata seorang lelaki yang baru tiba disitu. Khairi pandangnya tajam. Lelaki yang berada di depannya menunduk.
" Tak ada alasan lain ke untuk kau guna? asyik alasan yang sama je.."
Lelaki itu diam.
" Kau tahu mana Haikal menghilang?"
Geleng.
Dahi Khairi berlapis. Haish mana pula jantan ni pergi!Aku call bukannya nak angkat! Tanpa Khairi sedar lelaki yang berada di depannya itu tersenyum nipis. Tak payah bazir masa untuk kau cari orang suruhan kau tu lah. Lebih baik kau balik rumah berkasih sayang dengan si sundal tu hahaha.
" Aku nak kau cari Haikal secepat mungkin! apa apahal bagitahu aku.."
Kata Khairi lantas beredar. Lelaki itu mengangguk faham. Mata memerhati gerak geri Khairi sehingga hilang dari pandangan matanya. Sebenarnya aku kesian dengan kau ni. Terlampau percayakan seseorang tu sampai tak sedar , diri sendiri kena khianat. Topi diperbetulkan. Giliran dia pula meninggalkan kedai tersebut.
===
Loceng panjang telah pun dibunyikan. Arfan duduk disuatu kawasan terpencil. Raut wajahnya tegang. Betul ke apa yang aku dengar pagi tadi? Tergamak ea korang buat Sara dan Iman macam tu.
Amir dan Hakim menghampirinya. Arfan diam disitu. Mereka berdua pandang Arfan.
"Wei kau ok tak ni?"
Sapa Amir. Mata menikam tajam ke arah Amir dan Hakim. Arfan bangun lantas menciptakan jarak.
"Ha apahal kau nak jumpa kitorang dekat sini?"
Sambung Amir lagi. Arfan terus menerpa ke arahnya. Kolar baju Amir dicengkam lantas buku lima nya memakan pipi Amir berkali kali. Mulut Amir berdarah. Ada beberapa batang gigi yang patah akibat daripada pukulan tersebut.
Arfan pergi pula ke arah Hakim yang masih terkejut dengan tindakkan Arfan itu. Tanpa berkata apa apa , Arfan terus menumbuk perut Hakim. Pipinya juga menjadi sasaran amarah Arfan.
"ARRRGGGHHHHH!!!!",
Jerit Arfan sekuat hati. Amir mengelap darah yang keluar menggunakan baju sekolahnya.
"Apa yang korang dua dah buat!?"
Mereka berdua diam. Hakim masih terduduk diatas tanah menahan kesakitan. Amir pula sudah berdiri sambil memandang ke arah Arfan.
"Buat apa?"
"Ehh tak payah buat buat tak tahu ah!!"
"Huh , kaki mengadu rupanya bini kau ni ek.."
Perli Amir. Arfan ke arah Amir. Matanya menikam tajam ke arah Amir.
"Dia tak mengadu apa apa dekat aku ah mir! Aku dengar perbualan korang bertiga pagi tadi. Huh aku tak sangka ah mir..kim...tergamak korang buat diorang macam tu..."
"Demi kenikmatan yang sementara bro...hahahaha!!"
Jawab Amir bersahaja. Arfan mencengkam kolar Amir lagi.
"Ehh bodoh!! Kenikmatan sementara kau tu akan bawa korang dua ni ke dalam la sial! Kau boleh fikir tak pasal benda ni!!?"
Hambur Arfan geram. Amir tertawa sinis.
" Tak akan punya...kalau diorang nak terkenal , buat la report...kita tengok siapa yang malu...hahaha!"
Kata Amir penuh keyakinan.
"Ehh sial! Setakat ugutan bodoh macam tu tak menjaminkan apa apa ah! Sampai masa korang dua akan ke dalam juga cibai!"
"Hahaha aku tahu la apa yang aku buat fan...kau relax jelah..."
Kata Amir lagi. Arfan duduk disebuah kerusi. Dia menunduk memandang permukaan tanah.
"Selama ni , korang berdua rapat dengan diorang sebab nak kan badan diorang je ke mir , kim??"
"Ha betul la tu...sekarang dah dapat...kena ah buang , tak akan nak simpan pula an hahaha!!"
Arfan terdiam. Amir bangun lantas mengambil begnya. Sementara Hakim pula masih duduk disitu.
"Huh! Aku betul betul tak sangka ah..."
Giliran Arfan pula mengambil begnya. Sebelum beredar dia melepaskan keluhan berat.
"Nasihat aku....bertanggungjawab lah atas apa yang korang dah buat"
"Wow wow bertanggungjawab ea? Kau nak kitorang ni nikah dengan diorang tu ke?"
"Habis tu!? Kau dah rosakkan dia kan...so kau ah kena tanggungjawab!"
Amir berdekah.
"Perjalanan aku masih panjang lagi bro...tak puas enjoy lagi...dan tak fikir la nak berbini seusia ni...lain la kau hahaha."
Arfan mengepal penumbuk. Gigi diketap rapat. Sungguh dia tersangat geram dengan sikap Amir. Hakim pula sudah berada ditengah. Menahan Arfan daripada terus melukai tangannya.
"Kalau ni jalan yang kau pilih mir , selamat berehat dekat tirai besi!! Dan kau kim! Fikir la masak masak. Sama ada kau nak bertanggungjawab atau kau nak ikut jantan ni sekali ke dalam sana!"
Hakim diam. Fikirannya tersangat la kusut.
"Setakat ni je aku mampu tolong.. Lepas ni kalau korang kena tangkap dengan polis , pandai pandai ah. Berani buat berani tanggung! "
Habis saja ayat yang terakhir , Arfan terus beredar. Giliran Hakim pula terduduk disitu. Perasaan nya diketika itu berbelah bagi sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak.
Share this novel