BAB 59

Action Completed 78235

Lia sedang duduk berehat sambil mata menonton kaca televisyen. Tiba tiba telefonnya menjerit nyaring. Nama pemanggil dilihat. Mama?

"Hello ma..."

"Hello Lia...kamu apa khabar? sihat? Lama mama tak tanya khabar kamu.."

Kata Mama Arfan dihujung talian.

"Alhamdulillah sihat ma...ehh lama ke?? Bukan tempoh hari mama ada call Lia juga ke?"

Tanya Lia. Mama terdiam sejenak.

"Heheheh..maaf laa..orang tua..mudah lupa..."

"Haha tak apalah ma..Lia faham je...ni ada apa mama call? Macam ada sesuatu je nak cakap..."

"Haish kamu ni macam tahu tahu je...Tak ada lah , mama cadang nak ajak kamu dengan Arfan dinner dekat sini...itu pun kalau kamu free laa.."

Lia diam.

"Err tentang tu , nanti Lia bincang dengan Arfan k...apa apa nanti Lia call mama balik.."

"Hmm kalau boleh kamu pujuk la Arfan tu ya...mama rindu...mama tahu mama banyak buat salah pada dia.."

Lia pejam mata. Mula dah haish. Sabar Lia. Mak mertua kau ni , kena sabar. Layankan je kerenah dia k.

"Insyaallah ma..."

Talian dimatikan. Lia letak kembali telefonnya diatas meja. Mata pandang sekeliling rumah. Alang alang tu , senyap je. Ada orang ke tak dalam bilik tu haish.

Tok!tok!tok!

"Arfan!?"

Panggil Lia. Tiada sahutan dari dalam bilik. Lia segera mencari kunci pendua.

Klak!

Aikk kosong. Bila masa nya dia keluar? Lia masuk ke dalam bilik Arfan. Fuh kemas. Gempak laa mamat ni.

Langsir bilik ditarik. Lia pandang ke arah luar. Tiba tiba pinggangnya di peluk oleh seseorang dari arah belakang. Lia membiarkannya.

"Sayang cari apa ni dalam bilik biy?"

Soal Arfan dari belakang.

"Cari kau...."

Badan menghadap ke arah Arfan. Mata bertentang mata.

"Aik kenapa sayang cari biy? Rindu ke?"

"Pergi mana??"

"Biy keluar sekejap...beli bahan bahan nak masak tengahari nanti...sorry la kalau buat sayang risau..."

"Lain kali bagitahu la dulu...mesej ke apa ke...ni tak..main pakai blaa je.."

Arfan segera mengangkat Lia. Akibat daripada itu Lia menjerit kuat. Badannya dihempas ke atas katil. Jantung Lia berdegup laju.

"Ok sayang...sorry k. Lepas ni kalau biy nak pergi mana mana..biy bagitahu sayang.."

Kata Arfan sambil mencuit hidung Lia. Jari jemari bermain disekitar bibir Lia. Lia biarkan. Cup. Bibir dicium sekilas.

"Sayang izinkan tak?"

Lia diam. Melihat Lia tidak membantah , Arfan meneruskan ciumannya. Tangan nya pula mula merayap disegenap tubuh Lia. Buat kali pertamanya , Lia merelakan tubuhnya diperlakukan semahunya oleh Arfan.

"Biy..."

Panggil Lia lembut.

"Ya Sayang..."

Tangan Arfan masih berada dipinggang Lia. Lia biarkan kerana dia rasa cukup selesa dalam keadaan begitu.

"Tadi mama call...dia ajak kita dinner rumah dia malam ni..."

Raut wajah Arfan serta merta berubah. Rangkulan dileraikan. Arfan bangun dari duduknya.

"Sayang jawab apa?"

"Tak jawab pun...Sayang cuma cakap...sayang nak bincang dengan Biy dulu..."

Arfan mengambil gelas. Diteguk air sekilas. Lia pula bertindak memeluknya dari belakang.

"Jom la kita pergi...mama rindu biy tu..."

Pujuk Lia.

"Rindu? Huh baru sekarang nak rindu rindu bagai? Selama ni , anak dia hidup entah mati..ada dia kisah!? Yang dia tahu , kerja kerja kerja!!!!"

Marah Arfan. Lia masih memeluknya.

"Biy...apa cakap macam ni...haish cuba la bagi peluang dekat mama tu untuk berubah..mana la tahu mama dah sedar atas perbuatan dia tu.."

Pujuk Lia lagi. Arfan diam. Gigi diketap kuat.

"Jom la biy....kasihan mama...tak baik tau hampakan perasaan seorang ibu...teruk mana pun dia , dia tetap ibu biy..dia yang lahirkan biy..biy kena ingat tu..."

Arfan menunduk. Ada butiran jernih membasahi kedua belah pipinya. Lia menarik wajah Arfan pandang ke arahnya.

"Biy pun rindukan dia kan? Jom la kita pergi..."

Pujuk Lia. Arfan terus memeluk tubuh Lia. Lia cuba untuk menenangkannya. Aku memang kejam , tapi kalau tentang seorang ibu...maaf aku kalah.

===

Along dan Angah sedang berdiri tegak dihadapan pintu rumah , sepertinya mereka sedang menunggu kedatangan seseorang. Tidak lama kemudian , sebuah kereta memasuki perkarangan rumah.

Tangan kedut itu diraih dan dicium penuh hormat. Lelaki tua itu kemudiannya masuk.

"Mana Papa kamu!?"

"Papa keluar sekejap..."

Lelaki tua itu tersenyum nipis.

"Asal aku datang je , banyak alasan nya ya..keluar la..kerja laa..apa laa..."

Along dan Angah terdiam. Lelaki tua itu mengeluarkan cerut. Dibakar dan dihisap.

"Adik kamu mana?"

"Er dia dekat rumah dia..."

Jelas Along.

"Dengan Arfan?"

Angguk. Air yang terhidang dibiarkan. Mata beralih ke arah Kak Hanum yang turut berada disitu.

"Apa khabar Hanum? Sihat?"

"Alhamdulillah sihat Tuan...."

Balas Kak Hanum. Lelaki tua itu senyum.

"Puan tak ikut sekali?"

Geleng.

"Aku tak bagi dia ikut...lagipun aku balik sini sekejap je...tak lama.."

Kak Hanum angguk faham.

"Apa cerita dengan perempuan tu?"

Tanya Lelaki tua itu kepada Along dan Angah.

"Perempuan mana ni tok?"

Tanya Angah seakan tak faham. Lelaki tua itu pandang Angah menggunakan ekor matanya. Tajam. Angah menunduk.

"Er kami pun tak pasti dekat mana dia berada...tiba tiba lesap..."

Kata Along.

"Lesap? ke...dah ada orang buat kerja dalam diam??"

"Er tak pasti la tok..."

Lelaki tua itu merenung ke arah Kak Hanum. Kak Hanum menunduk.

"Bagi aku cakap berdua dengan Hanum sekejap!"

Arah lelaki tua itu tegas. Masing masing mula meninggalkan ruangan.

"Kau tahu Maria dekat mana , Hanum?"

Tanya Lelaki tua itu. Kak Hanum angguk perlahan.

"Lia..."

Mendengar jawapan yang diberikan , lelaki tua itu tersenyum puas. Sering tak tumpah macam kamu , Syirah. Tak tunggu lama , dapat peluang terus gunakan sebaik mungkin. Bagus bagus.

===

MALAM.

Kereta milik Arfan tiba diperkarangan rumah keluarganya. Lia terlebih dahulu keluar dari dalam perut kereta. Kelihatan Papa dan Mama mertua nya sudah pun menunggu mereka di muka pintu. Arfan menarik nafas dalam dalam. Marah macam mana sekalipun , mereka tu tetap mama papa kau fan. Tak akan ubah sampai bila bila!

"Ha sampai pun...."

Sapa Mama. Lia terus memeluk mama mertuanya itu. Papa pula melemparkan senyuman manisnya.

"Sorry la ma , lambat...tiba tiba traffic jam pula hahahaha.."

Perli Lia kepada Arfan. Arfan pandangnya tajam.

"Eh masuk la..tak akan nak bersembang dekat luar ni pula..."

Pelawa Mama. Lia mengekori langkah Mama mertuanya itu.

"Lia sihat?"

"Sihat ma..."

"Tu perut tu..dah ada isi ke?"

Tanya Mama. Mereka berdua saling berpandangan. Adoi soalan.

"Ehh belum lagi ma...lagipun nak dekat Spm ni..nanti kalau mengandung , banyak alahan payah pula nak fokus hehehe.."

"Haish yalah..tapi kalau boleh usahakan la cepat sikit ya..kami bukan apa , kami nak juga merasa macam mana perasaan bila dapat cucu hehehe..."

Kata Mama lagi. Lia dan Arfan serentak tersengih.

"Insyaallah , kami akan usahakan secepat yang mungkin..kan sayang?"

Usik Arfan. Tidak semena mena perut Arfan dipulas.

"Jangan nak mengada ya biy...tunggu sayang habis exam dulu!"

"Auuuww sakit laa sayang...."

Rintih Arfan. Lia tersenyum ke arah papa dan mama Arfan.

"Er Arfan macam mana? Sihat?"

Pertanyaan Mama dibiarkan berlalu. Arfan sengaja melihat telefon pintarnya.

"Ish mama tanya tu...jawab laa.."

Marah Lia.

"Ooo sorry..tak dengar...apa dia tadi? Sihat? Dah kalau ada depan mata ni ha..bermakna sihat la..lain la dah duduk dalam liang kubur tu.."

Kata Arfan kasar. Lia mencubit peha kanan Arfan.

"Sakit laa sayang..."

"Cakap elok elok laa..mama tu kan!"

Marah Lia lagi sambil diketap giginya.

"Tak apalah Lia..mama faham. Mungkin ni balasan daripada Allah sebab Mama abaikan amanah yang dberi ni...."

Ujar Mama mertuanya sayu.

"Ehh apa kata macam tu..setiap orang pasti melakukan kesalahan ma , tak ada pun yang tak buat kesalahan..."

Mama senyum.

"Ha ni Mama masak apa??"

"Masak lauk kegemaran Arfan je Lia...tapi belum dihidangkan tu...jom tolong mama hidangkan.."

Kata Mama seraya ingin bangun tapi dihalang kembali oleh Lia.

"Mama duduk , biar Lia yang hidangkan..."

"Apa pula macam tu , kamu kan tetamu mama..."

"Alaa tak apalah Ma , mama dengan Papa borak borak la dulu dengan Arfan ya...Lia ke dapur dulu tau.."

Lia terus berlari anak tanpa menunggu balasan daripada mama mertuanya. Mama tersenyum memandang Lia. Syukur dikurniakan seorang menantu yang sangat memahami.

"Arfan? Kamu masih marahkan kami ke?"

Tutur Mama memulakan perbualan. Arfan pula masih merenung telefonnya. Ditarik atas dah ke bawah secara berulang ulang. Lia yang melihat dari jauh itu segera datang kembali ke arahnya. Telefon dirampas kasar. Mata dijengilkan ke arah Arfan.

"Heheh borak la dulu ya..."

Kata Lia. Mama senyum kelat. Hatinya sedikit terguris dengan tindakkan anak lelaki nya itu.

"Tak apalah bang , saya pergi tolong Lia dekat dapur tu laa.."

Ujar Mama. Arfan masih kaku disitu.

"Seorang anak , memerlukan kasih sayang daripada dua orang insan yang bergelar papa dan mama. Tapi kalau keluarganya tu mementingkan dunia , macam mana ya? Apa kena mengemis , minta kasih sayang daripada orang lain ke macam mana??"

Sindir Arfan. Mama duduk kembali. Butiran jernih sudah mulai bergolek dipipi Mama Arfan.

"Mama tahu , mama banyak buat salah dengan kamu fan...mama kejar dunia , siang malam cari duit macam orang gila sampaikan anak pun terabai. Mama tahu tu...dan Mama sedar..."

"Sedar? Baru sekarang nak sedar? Ni nasib baik hidup lagi..kalau dah mati? Hahahaha!!"

Meledak ketawa Arfan disitu.

"Terpulang la fan , nak marah kami sepuas hati kamu..marah la...kami tahu kami salah..."

Sambung Mama lagi. Air matanya diseka perlahan.

"Salah apa tu?? Cuba jelaskan..tak berapa nak faham la tentang maksud salah tu...."

Kata Arfan sinis. Mama pandang Papa Arfan.

"Fan , tak boleh ke beri kami berdua peluang untuk tebus balik kesalahan kami ni?"

Giliran papa pula bersuara selepas lama mendiamkan diri disitu. Dia melihat raut wajah anak lelaki nya itu. Jauh disudut hatinya , dia rindu.

"Huh peluang?? Selama ni Arfan pernah je bagi peluang...kadang hujung minggu tu , balik sini dengan segunung harapan yang tinggii....sampai sampai rumah , kosong!! Dapat pula pesanan , mama papa ada urusan dekat luar negara selama beberapa hari...terus pufff berderaii macam tu je...So , nak peluang macam mana lagi?? Cuba cakap?"

Mereka berdua kehilangan kata kata untuk menjawab.

"Tak minta banyak pun pa , ma...Arfan hanya nak masa mama papa je...tapi apa yang Arfan dapat? Debu hahaha..."

Arfan seka air matanya.

"Haish tak apalah...nak marah pun benda dah lepaskan..."

Arfan bangun meninggalkan mereka berdua. Langkahnya diatur menuju Lia yang sedang sibuk itu.

"Nak biy tolong tak?"

Sapa Arfan. Lia pandang pelik.

"Aik , kenapa dekat sini? Kenapa tak borak dengan mama papa tu..."

"Dah habis dah...Meh sini air tu..biar biy bawa..."

Kata Arfan. Lia pandangnya penuh curiga. Ya ke ni dah habis? Macam pelik je.

Selang beberapa minit , mereka berempat menikmati lauk pauk yang tersedia itu. Arfan pula sudah menambah beberapa kali nasi ke dalam pinggannya. Mama tersenyum puas.

"Malam ni tidur sini ya..."

Kata Mama. Lia pandang Arfan.

"Yang tu mama kena tanya orang sebelah ni...Lia ok je mana mana.."

Arfan diam lantas senyuman diberikan kepada Lia bermakna setuju untuk bermalam disitu.

"Tapi maaf laa , rumah ni tak sebesar rumah Lia..."

"Eh apa mama ni...Lia mana mana pun ok la..Kecil ke besar ke..ok je...yang penting selesa..."

Jawab Lia bersahaja. Walaupun dia lahir dari keturunan yang kaya raya tapi sedikit pun dia tidak pernah meninggi diri. Tetap bersederhana walau apa pun jua keadaan.

Selesai segalanya , Arfan datang mendekati Papa dan Mamanya. Tangan Papa dan Mama diambil dan digenggam lantas dicium lama.

"Ampunkan Arfan pa , ma...Maafkan segala kata kata yang pernah keluar dari mulut ni...hiks hiks..."

Lia perhati tiga beranak itu. Haish tiba rindu suasana macam ni. Tapi tulah , orang tua bodoh tu pergi percaya pula si sundal bolong tu haish.

Mereka bertiga berpelukkan disitu. Lama. Melepaskan kerinduan yang sekian lama tersimpan. Ha kan elok macam ni , lepas ni dah tak perlu nak bermasam muka lagi. Elok macam ni sampai ke liang lahad nanti. Dalam diam Lia tersenyum puas.

*MAAF , ANDAI CERITA NI SEMAKIN BERBELIT. BILA BADAN TAK SIHAT , PAKSA JUGA MENULIS MEMANG MACAM NI LAA HASILNYA ..HEHEHEH...BACA LA K...TAPI KALAU RASA MAKIN MENGARUT KE..TERKELUAR DARI LANDASAN KE..ATAU APA PUN LAA..MAAF YA... MASYEH ;)*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience