PROLOG

Action Completed 78235

Adelia memandang ke arah cermin. Seawal usia 17 tahun aku dipaksa berkahwin dengan orang yang aku tak kenal? Sungguh kejam!

Air mata segera diseka tatkala pintu dibuka oleh seseorang. Mamanya , Syirah memandang ke arah anak perempuannya itu.

"Jom...pengantin lelaki dah sampai."

Ujar Syirah lembut. Langkah lemah mengekori langkah mamanya. Perasaan gembira dan sedih bercampur. Gembira yang penuh kepura puraan. Dan kesedihan meratapi segalanya.

Lia memandang ke arah bakal suaminya itu. Hensem tapi sayang , masing masing tak ada perasaan suka sama suka. Yang ada hanyalah dipaksa dan terpaksa.

Dengan sekali lafaz Adelia sah menjadi isteri kepada lelaki asing itu. Lia menunduk memandang lantai. Mampukah aku jadi seorang isteri untuk dia?

Arfan memandang ke arah wajah Adelia. Cantik. Satu perkataan yang dapat diungkapkan tatkala mata merenung raut wajah tersebut.

Adelia tersenyum kelat memandang ke arah tetamu yang hadir. Bukan ini yang aku nak , tapi apa aku boleh buat selain terima segalanya. Lia melepaskan keluhan beratnya itu.

"Hey..kenapa dekat sini? Arfan mana?"

Tanya mama. Mata Lia sedikit membulat apabila ditanya soal suaminya itu.

"Er entah la ma , tak perasan pula dia pergi mana."

"Ishh kamu ni...suami sendiri pun tak perasan pergi mana. Silap silap kena culik macam mana.."

Dah besar panjang kan. Nak kena culik ke kena bunuh ke bukan urusan aku. Lia hanya mempamerkan giginya.

"Dah pergi cari Arfan...mama nak ambil gambar keluarga ni.."

"O-ok.."

Balas Adelia. Dah jadi satu hal aku untuk cari malaun ni haish. Bangun lia , tolong sedar yang kau tu dah berlaki. Adelia mengatur langkah untuk mencari Arfan.

===

Lima bulan telah berlalu , Adelia dikejutkan dengan berita kehilangan Mamanya. Kematian yang sungguh tragis dan kejam. Sekujur tubuh yang kaku itu dipandang sepi oleh Adelia. Tidak setitik pun air mata membasahi kedua belah pipinya. Kenapa Ma? Mama boleh lawan kenapa Mama pilih jalan macam ni!? Muncul pelbagai persoalan di dalam kepala otak Adelia.

Mata menatap tajam ke arah Papanya. Hutang darah dibayar dengan darah tidak kira kau siapa pada aku! Arfan disebelah Lia hanya fokus membacakan surah yassin kepada arwah.

"Lia..."

Sapa Nenek , Lia tersenyum.

"Sabar k..Lia kena kuat"

Lia tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum nipis. Memang daripada sekarang aku kena kuat. Kau ambil nyawa orang yang paling aku sayang! aku tak akan benarkan kau bahagia!

"Salam Takziah Lia...Makcik harap kamu kuat tempoh apa yang jadi selepas ni ya..."

kata Makcik Nora , Sahabat kepada Mamanya.

"Terima Kasih"

"Makcik balik dulu ya..."

Lia memeluk tubuh Makcik Nora lama. Nenek dan Atuknya hanya memerhati dari jauh begitu juga Arfan. Pelukkan dileraikan , perpisahan akan tetap terjadi walau apa pun halangannya.

"Petang ni aku nak balik KL...dan macam yang aku cakap...kau buat haluan kau , aku buat haluan aku. Depan diorang je kita ni suami isteri. kau faham?" kata Arfan sedikit berbisik.

"Jangan risau , Aku ingat."

Arfan tersenyum puas. Bagus! Tak banyak songeh. Arfan terus meninggalkan Lia disitu. Huh pandai pandai kau laa perempuan. Siapa suruh kau setuju berkahwin dengan aku , huh orang kampung semua perangai sama je. Terdesak nak cepat kaya suruh anak anak dia orang kahwin dengan anak orang kaya Hahahahahahah senteng noh fikiran! Apa kau orang ingat kau orang boleh tumpang kesenangan ke!? Dalam mimpi la!

Orang yang sama(GADIS HITAM). ACC sana tak lepas nak buka. Jadi Syaa buat kisah seterusnya berkenaan dengan tajuk ISTERI MISTERI disini. tq:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience