Chapter 44

Romance Completed 17238

JAM sudah menunjukkan pukul dua tiga puluh lima minit pagi, Irma Syazira tidak dapat memejamkan matanya. Otaknya ligat berfikir tentang suaminya di bilik tidur utama di sebelah. "Abang betul-betul dah berubah. Ima rindukan Farish Adrian yang dulu. Abang, dulu abang tak sensitif dan selalu marah-marah macam sekarang ni. Semua ni terjadi pun disebabkan oleh aku jugak! Dia berubah pun disebabkan oleh perangai aku. Aku rasa dia nampak apa yang berlaku siang tadi. Arghh!! Uzair! Kenapa kau muncul tika aku baru nak mengecapi kebahagiaan bersama insan yang paling aku sayang? Kenapa?!" 

"Lebih baik aku ceritakan semuanya pada suami aku dengan segera. Aku tak sanggup nak tanggung derita dilayan sebegini rupa!"  Irma Syazira bingkas bangun dari katil dan terus menapak keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja keluar dari bilik tidurnya, Irma Syazira mendapati pintu bilik tidur utama tidak ditutup rapat. Dia sempat mengintai suami dan anak tirinya yang berada di dalam bilik itu.

Danish Rayyan sudahpun tidur dengan nyenyaknya di sebelah Farish, manakala Farish pula nampaknya masih belum tidur. Dia khusyuk merenung skrin tablet anaknya. Suami aku buat apa dengan tablet Danish? Khusyuk benar nampaknya. 

Selepas itu pendengaran Irma Syazira menangkap bunyi muzik dari tablet itu. Lah... dia sedang bermain game rupanya... 

Farish sempat menjeling anak matanya ke arah pintu yang masih terbuka sedikit itu. Dia bingkas bangun seraya mengatur langkah berjalan ke arah pintu itu.

Irma Syazira yang mendapati Farish semakin menghampiri pintu itu segera berundur dan kembali masuk semula ke dalam biliknya. Selepas itu, dia cuba mengintai semula namun pintu bilik itu sudahpun tertutup dengan rapat.

"Adoi... kenapa dia tutup pintu tu pulak? Macam mana aku nak masuk?" soalnya sambil meraup mukanya di sebalik pintu itu.

"Takpelah... esok ajelah aku bagitahu dia..." Irma Syazira berkata seraya menolak daun pintu biliknya namun ketika daun pintu itu ditolak, Farish sudah pun berdiri terpacak di sebelah pintu itu sambil tangannya menahan daun pintu itu.

"Ab... abang?" Bergetar-getar suara Irma Syazira melihat wajah Farish yang masam mencuka.

"Kau nak apa, main intai-intai bilik aku? Nak kena rogol ke apa, Hah?!" Farish bertanya sambil matanya  merenung tajam ke arah isterinya. "Atau kau nak bagitahu dekat aku yang kau nak balik ke rumah orang tua kau?!" 

"Ttt... tak! Apa yang abang cakapkan ni?" balas Irma Syazira perlahan. Air matanya juga sudahpun membasahi pipi.

"So? Habis tu... kau nak apa?" soal Farish tegas.

"Tak... tak ada apa-apa," jawab Irma Syazira sambil menundukkan kepalanya.

Farish curiga dengan jawapan isterinya itu. Dia tahu isterinya mesti nak menyatakan sesuatu, jika tidak, isterinya tak akan sanggup mengintai dirinya di bilik sebelah. Ima, sayang... tolonglah ceritakan pada abang, siapa lelaki tu? Kenapa Ima tak nak berterus terang dengan abang? Abang wajib tahu siapa lelaki tu. Apa hubungan dia dengan Ima? Kenapa dia sanggup memeluk dan... arghhh! Sayang!! Kenapa buat abang macam ni?? Tak cukup lagi ke kasih sayang dan kesetiaan yang abang curahkan selama ni?

"Pergi buatkan aku air. Aku dahaga, cepat!" Farish mengarah. Sakit hatinya semakin menjadi-jadi kerana isterinya tetap tidak mahu menceritakan kepadanya siapa lelaki yang dengan beraninya memeluk dan mencium mulut isterinya tengah hari tadi.

"Bb... baik," sahut Irma Syazira seraya pergi membuatkan minuman untuk Farish,

Farish juga turut mengikuti isterinya ke dapur seraya melabuhkan duduk di kerusi. Dia memerhatikan isterinya yang khusyuk menyediakan minuman hot chocolate kegemarannya.

Setelah itu, irma Syazira meletakkan mug yang berisi hot chocolate untuk suaminya di atas meja. 

Farish menghadiahkan cerlungan maut kepada isterinya itu. "Macam itu ke caranya nak bagi minuman untuk suami? Main letak macam tu aje? Tak nak cakap apa-apa?" .

"Mm... maaf," ucap Irma Syazira sambil tangannya laju mengambil mug berisi hot chocolate itu.

Baru sahaja Irma hendak menyerahkan mug panas itu kepada suaminya. Farish dengan tiba-tiba menepis tangan Irma dengan kuat dan menyebabkan isi kandungan dalam mug itu tertumpah keluar dan terkena tepat-tepat di bahagian perut isterinya. Serta-merta Irma Syazira menjerit kesakitan.

Farish terkejut dengan tindakan bodohnya itu menyebabkan isterinya yang sedang mengandung itu menggelupur kesakitan.

"Sakitnya!! Sampai hati abang buat Ima macam ni! Apa salah Ima, abang?" jerit Irma Syazira bersama tangisannya itu. Tangannya juga asyik mengurut serta mengusap perutnya yang sudah melecur itu.

Farish pantas bangun dari kerusi dan cepat-cepat mendapatkan isterinya.

"Sayang!! Mm... maafkan abang! Maafkan abang! Abang tak sengaja!" laung Farish dengan nyaring seraya cuba membuka baju isterinya itu, namun tindakannya itu dihalang oleh Irma Syazira.

Farish segera berlari ke bilik air dan selepas itu dia keluar semula sambil membawa gayung dan segera menuang air itu ke bahagian perut isterinya yang melecur itu.

Danish Rayyan yang sedang nyenyak tidur terjaga setelah mendengar teriakan papanya di dapur segera berlari keluar dari biliknya. "Papa! Kenapa dengan mama?"

"Danish cepat siap, kita pergi bawa mama ke hospital."

"Okey"

Farish mencampung tubuh isterinya seraya dipeluk dan dahi isterinya dikucup banyak kali.

"Maafkan abang, sayang. Abang tak ada niat nak buat sayang sampai macam ni sekali," Farish berkata. Serta-merta juga air matanya menitis keluar.

Irma Syazira masih menangis dan mengusap perutnya. "Argghh! Sakit!!" Dia menjerit semahu-mahunya dan selepas itu dia terus tidak sedarkan diri.

"Ya tuhan! Apa aku dah buat pada isteri aku ni?!" Farish segera mencampung tubuh isterinya seraya dibawa keluar dari kondominium mewah itu.

"HAZRIN, macam mana keadaan isteri aku?" Farish bertanya kepada Doktor Hazrin yang juga merupakan rakan baiknya dan arwah isteri pertamanya, Hanna.

Doktor Hazrin melabuhkan duduk di kerusi. Farish direnungnya lama. "Farish, kenapa boleh jadi macam ni?" 

"Macam mana apa maksud Kau?" soal Farish pula.

"Maksud aku... bagaimana isteri kau boleh melecur macam ni? Di bahagian perut pulak tu, ditambah dia sedang mengandung," soal Doktor Hazrin lagi.

Farish yang sedang duduk memangku Danish Rayyan yang sudah terlena itu kelu lidah untuk berkata. Macam mana ni? Takkan aku nak cakap yang aku menyebabkan Irma melecur! "Err... Masa tu, dia buatkan aku air, lepas tu tertumpah pulak..." 

Maaf Hazrin, aku terpaksa berbohong, takkan aku wajib ceritakan perihal rumah tangga aku pada orang lain? Papa dan mama aku pun tak tahu pasal ni. 

"Oh, macam itu ke? Isteri kau melecur di bahagian perut dia. Nasib baik kau cepat bertindak dengan membasuh dengan air. Dia pengsan disebabkan tekanan darah dia naik dengan mendadak," jawab Doktor Hazrin.

"Kandungan dia macam mana?" soal Farish ingin tahu. Dia betul-betul risaukan keadaan anak di dalam kandungan isterinya itu.

"Kau bernasib baik, Farish... bayi dalam kandungan dia juga selamat. Cuma..."

"Cuma apa??" pintas Farish. Bagaikan hendak terputus urat jantungnya melihat riak wajah Doktor Hazrin ketika ini.

"Kandungan dia masa ini sangat lemah, kau bernasib baik, kalau terlambat dalam masa lima minit, kemungkinan bayi dalam kandungan itu tak dapat di selamatkan. Syukur kau cepat bertindak bawa isteri kau ke hospital," ujar Doktor Hazrin. "Farish, kami terpaksa pantau bayi dalam kandungan isteri kau tu, ini bermakna, kami terpaksa masukkan isteri kau ke dalam wad." 

Farish terlopong mendengar kata-kata dari Doktor Hazrin yang juga merupakan sahabat baiknya selaku doktor keluarganya itu.

"Farish, kau okey tak ni?" Doktor Hazrin bertanya bila mendapati Farish melopong juga sedang mengalirkan air mata.

"Aku okay, terima kasih Hazrin, aku nak jumpa isteri aku, boleh aku tengok dia?" Farish bertanya.

"Boleh, sekarang Isteri kau sudahpun dipindahkan ke dalam bilik wad, kau boleh tengok dia bila-bila masa saja," balas Doktor Hazrin sambil memberikan senyuman untuk sahabat baiknya itu.

Wajah putih mulus isterinya itu dipandang sayu. Pergelangan tangan isterinya digenggam erat seraya dikucup lembut.

"Sayang, maafkan abang... Abang terlampau ikutkan perasaan cemburu abang. Abang bodoh sebab tak bertanya dengan Ima siapa lelaki itu. Abang cemburu... abang cemburu sebab abang tersangat sayangkan Ima. Abang tak mahu kehilangan Ima lagi... Ima umpama jantung abang," Farish berkata sebaik sahaja isterinya membuka matanya.

"Ima, abang marah, abang cemburu... abang marah sebab Ima tak nak ceritakan pada abang siapa lelaki yang berani memeluk Ima isteri abang... Insan yang paling abang sayang, nasib baik papa dan mama dah masuk semula ke dalam rumah masa tu, kalau mereka nampak, abang tak tahulah apa yang akan mereka fikir. Kalau Ima tak keberatan, abang sedia mendengar. Tolong ceritakan pada abang, siapa lelaki tu? Please sayang?"

Irma Syazira hanya diam membisu. Dia langsung tiada hati untuk menjawab pertanyaan dari suaminya itu.

"Sayang..."

"Pergi."

Farish terpempan dengan respon dari isterinya itu.

Irma Syazira menoleh ke arah dinding, dia tidak mahu mengerling ke arah suaminya yang duduk di sebelah katil itu. Pergelangan tangannya yang digenggam oleh suaminya juga dilepaskan dengan kasar.

"Ima... Apa maksud Ima ni..."

"Aku cakap pergi, pergilah! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!!" tengking Irma Syazira.

Farish terpempan seraya bingkas bangun dari kerusi. "Okay! Baiklah, sekarang memang sudah terbukti kau memang ada hubungan dengan lelaki tu, kan?! Baiklah... aku akan pergi, tapi jangan harap aku nak lepaskan kau! Aku akan pastikan kau digantung tak bertali! Dan lagi satu, aku takkan biarkan kau jaga anak aku, aku akan tuntut anak aku sebaik sahaja anak aku lahir nanti! Puas hati kau, kan?! Mulai dari saat ni, aku haramkan kau pijak kaki ke rumah aku! Ingat kata-kata aku ni, Irma Syazira. Aku takkan benarkan kau jaga dan besarkan darah daging aku! Assalammualaikum!"

Farish segera mendukung anaknya, Danish Rayyan seraya menapak keluar dari bilik wad itu tanpa menoleh ke belakang.

Irma Syazira menangis semahu-mahunya di atas katil itu namun suaminya langsung tidak mempedulikan dirinya. Sebaliknya meneruskan perjalanannya meninggalkan dirinya yang menangis teresak-esak mengenang kesilapan tutur katanya itu. Apa yang aku cakapkan ni?! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience