Chapter 21

Romance Completed 17238

"SELAMAT pengantin baru bos!"

"Terima kasih Aryan," sahut Farish sambil bersalaman dengan pembantu peribadinya itu.

"Bos..."

"Aryan, aku kan dah cakap, jangan panggil aku bos..." tegur Farish yang sedang memeluk erat pinggang Irma Syazira.

Aryan Syah mengerling ke arah Irma Syazira, masih jelas kelihatan di pipinya kesan dari tamparan gadis gedik itu tadi. "Apa kita nak buat dengan perempuan yang tak cukup kain tu?"

"Eee... aku rasa nak smackdown ajelah betina gila tu... rugi betul aku lambat sampai! Kalau aku sampai awal sikit tadi siaplah dia!" Niqisya pula mencelah. "Kesian best friend forever aku ni."

"Takpe Qisya, perkara dah jadi. Tapi aku terkejut," ujar Irma Syazira seraya menyeka air matanya yang masih mengalir keluar ketika ini.

"Aryan, Niqisya, aku nak korang berdua kosongkan bilik pejabat si gedik Syafina tu hari ini jugak! Aku tak nak lihat dia berada di dalam company aku lagi," tegas Farish.

"Wow! Maknanya betina tu dipecat?" Niqisya terkejut.

Farish menganggukkan kepalanya. "Minggu depan, isteri aku, Irma akan ambil alih jawatan Assistant Manager Mahligai Sakti Holding," jawab Farish dengan tegas.

Irma terlopong mengerling suaminya. Begitu juga Aryan Syah dan Niqisya turut serta melopong dan mengerling tepat muka Farish.

"Korang bertiga ni dah kenapa? Handsome sangat ke aku ni?" soal Farish sambil menaikkan kening kirinya.

Aryan Syah mencebik. Kemudian Farish ketawa.

Sedang mereka berempat berdiri di hadapan pelamin mini itu, Danish Rayyan berlari menuju ke arah papanya sambil membawa sejambak bunga mawar putih. "Papa... selamat pengantin baru!"

"Terima kasih, sayang anak papa!" sahut Farish seraya memeluk anak kesayangannya itu.

"Mama Ima, selamat menjadi mama Danish!" ucap Danish Rayyan seraya menghulurkan jambangan bunga mawar putih untuk mama barunya itu.

"Amboi... Terima kasih sayang, mama janji akan jadi mama yang terbaik buat Danish ye!" ujar Irma Syazira sambil membelai rambut ikal Danish Rayyan seraya mencium manja pipi gebu anak kecil itu.

IRMA Syazira melabuhkan duduk di birai katil bersaiz king itu seraya mengerling ke arah suaminya, Farish yang sedang berbaring sambil bergurau manja dengan Danish Rayyan. Dia tersenyum gembira melihat gelagat dua beranak itu. "Awak..."

"Ye," sahut Farish seraya bangun duduk mendapatkan anaknya seraya ditarik ke dalam pangkuannya itu.

"Saya nak tanya awak sesuatu... boleh?"

"Nak tanya apa?"

"Betul ke awak nak saya pegang jawatan Assistant Manager tu?" soal Irma Syazira, kini matanya tepat merenung ke arah suaminya itu.

"Ye, betul," Jawab Farish ringkas.

"Tapi, saya rasa..." kata-kata Irma Syazira terhenti kerana pintu bilik tidur mereka diketuk dari luar.

"Danish..." Dato' Radzi memanggil cucunya.

Danish Rayyan segera pergi menapak ke arah pintu dan membuka pintu bilik itu. Kelihatan Dato' Radzi Izham sudah terpacak berdiri di hadapan pintu itu.

"Farish, Irma, maafkan papa ye... papa nak ambil cucu kesayangan papa ni dan nak bawa dia masuk ke bilik... Danish tidur dengan atok dan nenek," kata Dato' Radzi Izham sambil tersenyum.

Farish dan Irma tersenyum sambil memandang satu sama lain. "Baiklah papa," jawab Farish seraya bingkas bangun untuk mendapatkan anaknya yang sudah berdiri di sebelah daun pintu itu. Dia mengusap lembut kedua belah bahu anak kesayangannya itu. "Danish, mulai malam ni, Danish dah tak boleh tidur bersama dengan papa lagi tau..."

"Alah... tak boleh? Kenapa papa?" soal Danish Rayyan dan memuncungkan bibirnya, kecewa sambil menundukkan kepalanya.

Farish mengerling ke arah isterinya yang sedang duduk di birai katil dan selepas itu berpaling semula ke arah anaknya yang seperti sedang merajuk itu.

Pada masa yang sama juga Daniel Rafeeq menapak keluar dari bilik tidurnya yang bersebelahan dengan bilik Farish. "Abang, Daniel nak bawa Danish tidur sama dengan Daniel malam ni, boleh tak? Esok dah nak balik ke balik Cameron Highland..."

"Danish tak nak... Danish nak papa!!" Danish Rayyan berkeras seraya menangis di hadapan papanya. Farish segera memeluk anaknya itu. "Danish, anak papa ni kan dah besar... Danish kena biasakan diri tau!"

Sesungguhnya anak kecil itu tidak pernah berenggang dengan papanya semenjak dari bayi lagi sehingga sekarang.

"Danish, jom tidur sama dalam bilik Pak Su, nak? Nanti Pak Su belikan hadiah istimewa untuk birthday Danish bulan depan. Danish cakap aje nak hadiah apa, nanti Pak Su belikan!" Daniel Rafeeq cuba memujuk anak buahnya yang comel itu.

"Danish, dengar tu apa yang Pak Su Daniel cakap? Dah, jangan menangis lagi ya," pujuk Farish sambil menyeka air mata anaknya itu.

"Betul ni?" soal Danish Rayyan bersama esakannya.

"Ye sayang... betul, kalau tak percaya, Danish tanya Pak Su Daniel tu," jawab Farish sambil mengerling tepat anak mata Danish Rayyan.

"Danish tak nak percaya pak su ke?" Soal Daniel Rafeeq hampa.

"Okey, Pak Su janji tau!" jawab Danish Rayyan seraya menghulurkan tangannya kepada Daniel Rafeeq, minta didukung.

Daniel Rafeeq segera meraih tubuh anak buahnya itu seraya didukung. "Ye, pak su janji!" Kemudian dia mengerling ke arah Farish. "Abang..."  Dany.

"Ya?" sahut Farish.

Daniel Rafeeq mengerling ke arah Irma Syazira yang masih duduk di birai katil itu seraya menoleh ke arah  Farish, direnungnya lama wajah abangnya itu.

"Kau ni dah kenapa Daniel?" Farish bertanya.

"Selamat melayari bahtera malam pertama ye abang!" usik Daniel Rafeeq seraya berlari sambil mendukung Danish Rayyan melolos masuk ke dalam biliknya, Danish Rayyan tergelak riang.

"Bertuah punya adik!" bebel Farish sambil ketawa di hadapan papanya yang turut tergelak di hadapan pintu itu.

"Korang berdua ni. Tak habis-habis! Okeylah Farish, Irma, papa nak masuk bilik tidur dulu. Selamat malam ye? Farish, jangan gelojoh sangat tau!" usik Dato' Radzi Izham pula sebelum mengatur langkah menuju ke arah biliknya.

"Ish, papa pun sama jugak?" gumam Farish sambil menggelengkan kepalanya seraya menutup daun pintu biliknya itu.

KEESOKAN paginya, suasana di pejabat Mahligai Sakti Holdings seperti biasa. Aryan Syah pagi ini agak lapang kerana Farish menyatakan dia akan masuk office lewat sedikit, mungkin tengah hari. Semasa dia sedang duduk sambil melayan perasaannya membaca novel di tabletnya, Niqisya secara tiba-tiba datang menerjah.

"Hoi! Kau layan apa tu? Sampai mengalir air mata aku tengok!"

"Ish... kau ni Niqisya, terperanjat aku. Aku tengah melayan perasaan ni... baca novel dalam aplikasi . Banyak cerita-cerita yang best kau tahu tak? Aku rasa aku ni dah ketagihlah dengan aplikasi dunia oren ni. Tak payah nak pergi kedai untuk beli buku!" ujar Aryan Syah panjang lebar sambil menunjukkan skrin tablet yang sedang memaparkan koleksi cerita-cerita romantis itu.

Niqisya terlopong.

"Yang kau dah melopong tu kenapa? Aku cucuk mulut kau dengan pen ni karang..." sambung Aryan Syah.

"Kau ni biar betul Aryan! Muka macho, body tough macam ni... aku tak sangka kau layan novel cinta sampai menangis macam ni? Hahahahahaha!" seloroh Niqisya.

"Apa, kau ingat orang lelaki tak boleh baca novel cintan-cintun ke?" Aryan Syah sudahpun memuncungkan bibirnya.

Sedang Aryan Syah dan Niqisya bersembang di meja kerja Aryan Syah yang bersebelahan dengan pintu bilik CEO itu, tiba-tiba mereka berdua didatangi oleh Syarifah Syafina dengan perasaan bengang.

Pappp!! Dia menghentak meja Aryan Syah dengan kasar.

"Hoi! Kau ni dah kenapa perempuan? Dah gila ke apa? Main hentak-hentak meja aku!" marah Aryan Syah seraya bingkas berdiri, buku limanya sudah sedia untuk dilepaskan.

"Mana semua barang-barang I?! Kenapa bilik pejabat I kosong?!" tengking gadis gedik itu.

Niqisya yang berdiri di sebelah Syarifah Syafina yang sebelum ini menunggu peluang untuk melepaskan geramnya pada gafis gedik it. Sepantas kilat dia menarik telinga gadis gedik di sbelahnya itu. "Hey, betina. Khidmad kau dah tak diperlukan lagi di dalam company ni, sekarang sebelum aku belasah kau, baik kau keluar!"

Pangg!!

Sepantas kilat tapak tangan Syarifah Syafina hinggap pipi kiri Niqisya. "You... You jangan nak memandai-mandai suruh I keluar!"

Bukk!! Kini Niqisya pula bertindak menumbuk tepat hidung mancung Syarifah Syafina seraya menarik rambut berombak gadis itu dengan kuat.

Aryan Syah hanya melopong menyaksikan aksi dua orang gadis di hadapannya itu. Dahsyatnya Niqisya... baik aku tak payah masuk campur, nanti tak pasal-pasal muka aku pulak yang kena penumbuk dia.

Semasa pertelingkahan di antara Niqisya dan Syarifah Syafina berlaku, Farish dan Irma Syazira baru sahaja menapak masuk ke dalam pejabat dan menyaksikan adegan tarik rambut di antara Syarifah Syafina dan Niqisya di hadapan pintu bilik pejabatnya.

"What's going on here?!" soal Farish dengan suara yang agak meninggi.

Serta-merta adegan tarik rmbut di antara Niqisya dan Syarifah Syafina terhenti sebaik sahaja mendapati Tuan CEO Ahmad Farish Adrian berdiri terpacak di hadapan mata.

"Farish... sayang! Betina ni tiba-tiba tumbuk muka I! Lepas tu dia rosakkan fashion rambut I," adu Syarifah Syafina kepada Farish dengan suara menggoda seraya memaut lengannya.

Irma Syazira yang berdiri di sebelah Farish terlopong terkejut dengan tingkah gadis gedik itu yang tanpa segan silu memaut rapat lengan suaminya.

Farish menyentak dengan kuat sehingga pautan tangan Syarifah Syafina terlepas. "Don't touch me! And for your information, you're fired! Jangan sesekali kau berani muncul di hadapan aku, begitu jugak di dalam company aku! Now, get out!!"

"What? ini mesti disebabkan oleh betina murahan dekat sebelah You ni, kan?" jawab Syarifah Syafina seraya menghampiri Irma Syazira.

Pang!!

Syarifah Syafina dengan beraninya menampar pipi Irma Syazira di hadapan mata Farish. Farish segera merapatkan dirinya dengan gadis gedik itu.

Pang!!

Kini giliran Farish pula menampar tepat pipi Syarifah Syafina sehingga terkeluar darah di bibir gadis gedik itu untuk membalas tamparan bagi pihak isterinya. Farish segera mengeluarkan telefon bimbitnya yang diselitkan di dalam poket seluarnya. "Baik kau keluar sebelum aku buat report polis!"

"Baiklah! I akan keluar! Tapi ingat ye, perempuan murahan yang You buat bini tu nanti akan I hapuskan!" ugut Syarifah Syafina seraya berlalu pergi ke arah pintu lif.

"Langkah mayat aku dulu kalau kau berani!" tengking Farish pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience