Chapter 34

Romance Completed 17238

"SELAMAT pagi Tuan Farish! Wah, lamanya tak jumpa... Aku rindu kau, bro!"

"Selamat pagi jugak Aryan. Kau rindu aku ke?" sahut Farish sambil menaikkan kening kirinya.

"Mestilah aku rindu best friend yang juga selaku bos aku ni kot. Kau pergi bercuti dekat mana wey? Puas aku contact kau, satu pun tak layan. Sedih!" Aryan Syah berkata dengan nada kesal.

"Maaf, aku sengaja tak balas mesej-mesej kau tu... aku nak luangkan masa dengan anak aku aje. Bawa dia jalan-jalan satu Australia," jawab Farish.

"What?? Australia? Patutlah tak jumpa-jumpa! Aku ingatkan kau cuti-cuti dalam Malaysia ni aje," bebel Aryan Syah terkejut.

Farish melabuhkan duduk di kerusi seraya memeriksa fail-fail projek. Aryan Syah masih berdiri di hadapan meja Farish.

"Aryan, air aku mana?" Farish bertanya.

"Ha... Finaly! Dari tadi aku tunggu soalan tu terkeluar dari mulut sahabat baik aku ni," sahut Aryan Syah dengan senang hati.

Farish menjongketkan kening kirinya sambil mengerling ke arah sahabat baik selaku PAnya itu.

"Okey, aku pergi buatkan special hot chocolate khas untuk kau," sambung Aryan Syah lagi seraya berlalu keluar dari bilik pejabat itu.

Sedang Farish khusyuk memeriksa fail-fail yang tersusun di atas meja kerjanya itu, tiba-tiba daun pintu bilik pejabatnya dikuak dari luar.

"Main terjah masuk sesuka hati, tak reti nak ketuk pintu dulu ke?!" bebel Farish sambil matanya khusyuk mengerling isi kandungan dalam fail projek itu.

"Hai sayang..."

Berderau darah Farish sebaik sahaja mendengar suara manja menggoda yang menumbuk gegendang telinganya itu. Sepantas kilat Farish mengalih pandangannya ke depan. Serta-merta juga darahnya menggelodak sebaik sahaja mendapati figura gadis yang mengenakan skirt pendek paras peha berwarna hitam serta berbaju ketat menonjolkan bentuk tubuhnya yang langsing itu.

"Kau?! Kau buat apa datang ke sini?! Dah tak serik-serik lagi ke lepas kena belasah dua hari lepas? Sebelum aku hubungi pihak polis, lebih baik kau keluar!!" Melantun tinggi suara Farish ketika ini.

"Alah... sayang, I miss you so much, tau! Sampai hati You lempang I malam tu. Pasal perempuan tu, I tak kisah... kalau You tak nak ceraikan dia, itu urusan You," ujar Tengku Isma Fatieha sambil mengurut bahu Farish.

Farish bingkas bangun dari kerusi itu seraya menjauhkan dirinya dari Tengku Isma Fatieha. Pada masa yang sama, Irma Syazira, Aryan Syah dan Niqisya bergegas masuk ke dalam bilik Farish selepas terdengar lantunan suara Farish yang tiba-tiba meninggi sebentar tadi.

"Walau apa pun yang berlaku, aku takkan ceraikan isteri aku. Kau takde hak nak paksa aku! Baik kau berambus sebelum aku belasah kau cukup-cukup!" tengking Farish. Dia bengang. 

Tengku Isma Fatieha tidak peduli dengan amaran Farish, sebaliknya dia semakin berani menghampiri dan memeluk Farish sebaik sahaja mendapati Irma Syazira turut berada di dalam bilik pejabat Farish.

Farish cepat-cepat melepaskan pelukan Tengku Isma Fatieha seraya menolak dengan kasar tubuh ramping gadis itu.

Pang!!

Terasa bagaikan hendak tercabut kepala Tengku Isma semasa menerima tamparan keras dari Farish hinggap di pipinya. Sepantas kilat tubuh gadis itu terjelepuk jatuh terhempap di atas lantai.

"Kau nak sangat dengan aku kan, Hah?!" Farish segera menarik rambut Tengku Isma Fatieha dengan kasar seraya satu tumbukan padu di lepaskan tepat di muka Tengku Isma Fatieha. Serta-merta juga darah mengalir dari hidung dan bibir gadis itu.

"Kalau Kau nak sangat dengan aku? Kau kena biasakan diri kau kena belasah macam ni, kalau kau nak sehidup semati dengan aku," ujar Farish lagi seraya mencekik leher Tengku Isma Fatieha dengan kuat.

Irma Syazira dan Niqisya segera menghampiri Farish supaya melepaskan Tengku Isma Fatieha dari seksaannya itu.

"Abang, sudahlah... bawa mengucap, abang, istighfar... lepaskan dia, abang... tolonglah!" Irma Syazira merayu pada suaminya itu.

"Betul tu Farish. Mati perempuan ni nanti, Farish sendiri yang susah!" Niqisya pula mencelah.

"Lebih baik perempuan ni mati! Baru aman hidup aku!" tengking Farish bengang.

"Abang, please stop! Ingat anak abang, Danish perlukan abang. Ima juga perlukan abang," pujuk Irma Syazira sambil menangis merayu pada suaminya itu.

Sebaik sahaja mendengar nama anaknya, Farish segera melepaskan tengku Isma Fatieha. Serta-merta gadis itu jatuh terduduk di atas lantai sambil mengurut lehernya dan terbatuk-batuk.

Aryan Syah segera mendapatkan Tengku Isma Fatieha seraya memapah gadis itu keluar dari bilik Farish. "Awak okey tak ni?" Dia bertanya walaupun dia sedar keadaan Tengku Isma Fatieha ketika ini.

"I nak balik," jawab Tengku Isma Fatieha sambil menangis di hadapan Aryan Syah.

"Okey... saya hantar awak balik. Tak sampai hati nak biarkan awak memandu dengan keadaan macam ni," ujar Aryan Syah. Dia tidak sampai hati membiarkan Tengku Isma Fatieha berseorangan.

"Astarghfirullahaladzim..." Farish beristighfar berulang kali seraya melabuhkan duduk di sofa di dalam bilik pejabatnya itu. Irma Syazira juga turut melabuhkan duduk di sebelah suaminya seraya menghulurkan minuman hot chocolate kegemaran suaminya itu.

"Sayang..."

"Ye."

"Maaf... maafkan abang, abang tak sedar yang abang boleh bertindak kejam pada perempuan tu tadi. Abang seolah-olah macam kena rasuk. Maafkan abang ye," Farish berkata dengan nada kesal.

Irma Syazira tersenyum.

"Eh, senyum pulak dia, tapi takpe, abang suka tengok senyuman isteri abang ni," kata Farish seraya memaut bahu isterinya. 

Irma Syazira menyandarkan kepalanya di bahu Farish. "Abang nak tahu kenapa Ima senyum?"

"Mestilah," pantas Farish menjawab.

"Ima rasa happy sangat, abang dah tunjukkan pada Tengku Isma yang abang seorang yang ganas. Ima faham abang buat-buat aje kan tadi? Abang bukannya seorang yang macam tu pun..." Irma Syazira berkata sambil tergelak kecil.

"Ye?"

"Yelah..." jawab Irma Syazira ringkas.

"Abang rasa... abang nak cuba ganas-ganas manja dengan isteri abang ni malam nantilah..." balas Farish selamba.

"Eee... abang ni. Gatal!" marah Irma Syazira seraya mencubit pinggang suaminya itu.

"Aduh! Apa ni sayang, main cubit-cubit pinggang abang... Sakit tau!"

"Ha... itulah... siapa suruh gatal sangat," jawab Irma Syazira sambil ketawa.

Farish juga turut ketawa seraya mengucup lembut pipi isterinya itu.

IRMA syazira masih terkebil-kebil memandang siling bilik, dia mengantuk tapi tak dapat tidur. Sedang dia leka mengelamun memandang siling bilik itu, dia terkejut tiba-tiba tangannya terasa disentuh, segera dia menoleh ke sisi.

"Ima Sayang, tengah fikirkan apa tu?" Farish bertanya dengan suara serak.

"Ima fikirkan abang..." jawab Irma Syazira ringkas. Matanya kembali semula ke depan. Terlepas keluhnya.

"Fikirkan abang? Ima fikirkan pasal apa tentang abang?" soal Farish ingin tahu. "Abang harap, Ima lupakan segala kesalahan abang pada Ima dalam tempoh tiga tahun tu. Abang sendiri pun, kalau boleh nak lupakan. Abang banyak buat salah pada sayang, pada Danish." 

"Bukan pasal yang tu... Kalau pasal kesalahan abang tiga tahun ni, Ima tak kisah sebab Ima faham, abang tak ingat langsung pada Ima dan Danish. Tapi..."

"Tapi apa sayang?" pintas Farish seraya mengusap pipi isterinya itu.

"Pasal hubungan abang dengan Tengku Isma..." sambung Irma Syazira, terasa sakit hatinya bila menyebut nama gadis yang cuba merampas suaminya itu.

Farish terus diam membungkam. Bagi Farish, jika boleh dia tak nak langsung ada kaitan dengan gadis itu. Dia tak nak ingat langsung pasal Tengku Isma Fatieha.

"Abang, Ima ada sesuatu nak cakap."

"Esok. Abang pun ada benda nak cakap," jawab Farish bersahaja padahal tak ada apa pun yang dia nak cakapkan.

Irma Syazira terdiam. Nada suara suaminya tiba-tiba dingin.

"Dah, tidur... Meh sini..." Farish mengangkat kepala Irma Syazira yang sudah elok di atas bantal, kini berpindah ke dadanya.

"Tidurlah... Jangan banyak fikir, esok kita cakap ye?" Farish berkata seakan-akan memahami apa yang sedang berlegar di minda isterinya itu.

"Good night my wife, I love you!" bisik Farish tepat di telinga isterinya itu seraya mencium lembut ubun-ubun si isteri.

"I love you too..." sahut Irma Syazira. 

"I know," Farish membalas laju seraya membelai lembut rambut isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience