Chapter 11

Romance Completed 17238

TUBUHNYA direbahkan di atas katil bersaiz king, manakala tangan kirinya mengurut pipinya yang masih berdenyut.  Aku kena kuat. Jika ini sudah tertulis untukku, aku redha. Mommy, Farish rindu mommy... Farish dah jumpa daddy... daddy nak Farish panggil dia papa... Tapi takpe, yang penting impian Farish selama ini untuk berjumpa dengan daddy dah tercapai, Farish bersyukur sangat, cuma Farish terkilan, Farish jumpa papa di saat mommy sudah tiada. Farish teringin sangat nak papa bersatu kembali dengan mommy, tapi mommy  pergi sebelum Farish dapat jumpa papa...

Telefon bimbitnya yang diletakkan di sebelah bantal diambil, aplikasi WhatsApp dibuka, ada dua mesej dari Irma Syazira. Terukir semula senyuman di bibirnya.

Assalammualaikum Encik Farish, dah sampai rumah ke belum??
~Irma Shazira.

Maaf pasal dalam kereta petang semalam, saya tak ada niat nak marahkan Encik Farish. Encik Farish rehatlah ye. Selamat malam.
~Irma Shazira.

Farish tersenyum membaca mesej itu sambil jarinya sibuk membalas mesej dari gadis idamannya itu.

Waalaikumsalam... dah tadi sampye.
~Ahmad Farish Adrian.

Okay, kaki awak macham mana? Dah okay? Awak rehat ya. Kita jumpa lagi nanti.
~Ahmad Farish Adrian.

Beberapa minit selepas itu, Irma Syazira membalas mesej Farish. Sepantas kilat Farish menyambar telefon bimbitnya dan terus membuka aplikasi WhatsApp dan membalas mesej dari gadis idamannya itu.

Sampai* bukan sampye...
~Irma Shazira.

Macam* bukan macham. Hmm... kaki dah okey, esok saya dah boleh masuk pejabat. ? okeylah Encik Farish, selamat malam. ??
~Irma Shazira.

Okay. Sweet dreams...
See you tomorrow...
~Ahmad Farish Adrian.

Pagi itu Farish bertolak awal untuk ke pejabat, dia harus cepat, jika terlambat, nanti rosak pula rancangannya. Masih awal lagi, sekarang baru je jam enam lima puluh minit pagi. Langkah kakinya dipercepatkan untuk menapak masuk ke pejabat, namun sebelum itu, dia mesti menyelesaikan satu misi.

Semakin laju langkah kakinya menuju ke bilik pejabat papanya dan selepas itu, dia berhenti di hadapan meja Irma Syazira, pembantu peribadi, PA papanya yang terletak bersebelahan dengan pintu bilik Dato' Radzi Izham.

Tanpa dia sedari ada sepasang mata sedang memerhati dan mengekorinya dari belakang.

Hehehe, harap dia sudi terima. Sejambak bunga mawar merah diletakkan tepat-tepat di hadapan komputer di atas meja Irma Syazira. "Irma, saya harap awak sudi terima bunga ni dari saya." Farish berundur sambil tersenyum sendiri, semasa dia hendak mengatur langkah kakinya untuk ke bilik pejabatnya...

"Ehemm! Encik Bos buat apa tu?" Aryan Syah tiba-tiba muncul dari arah belakang Farish.

"Huh! Apalah kau ni Aryan! Terperanjat aku. Ni... kau nampak tak apa yang baru saja aku buat?"

"Nampak Bos!" jawab Aryan Syah.

"Kalau dah nampak, habis tu kenapa tanya?" Farish bertanya sambil tersenyum.

Aryan Syah tidak menjawab, sebaliknya hanya tersengih macam kerang busuk.

"Dah, tak payah nak tunjuk gigi sangat dekat aku, buatkan hot chocolate untuk aku," ujar Farish mengarah. "Dan aku ada something nak kau tolong aku, lagipun hari ni, aku banyak masa free, kan?"

"Yes bos... okey, aku pergi buat hot chocolate khas untuk bos yang juga merupakan sahabat baik aku ni..." jawab Aryan Syah seraya menuju ke pantri.

IRMA SYAZIRA melabuhkan duduk di kerusinya, matanya terpandang tepat pada sejambak bunga mawar merah yang diletakkan di atas papan kekunci komputer di atas meja kerjanya itu. Bunga mawar... siapa yang bagi? "Hmm... wanginya, tapi siapa yang bagi? Tak ada pulak ditulis di sini siapa yang bagi!"

Sedang Irma Syazira membelek-belek mencari nama si pemberi jambangan bunga itu, Niqisya sudah terpacak berdiri di hadapan mejanya.

"Hoi! Wah, bunga mawar... siapa yang bagi?" Niqisya bertanya sambil tersengih menayangkan giginya.

"Entahlah... tak ada pulak nama si pemberi ni. Seram pulak aku nak terima bunga ni," ujar Irma Syazira sambil mengerutkan dahinya,

Dari jauh, ada dua pasang mata sedang memerhatikan Irma Syazira yang sedang leka membelek-belek bunga mawar itu.

Pap!!

Farish baru teringat sesuatu. Serta merta dia menampar dahinya sendiri. Adoi... macam mana aku boleh terlupa?

"Kau ni dah kenapa bro? Tiba-tiba menampar dahi sendiri?" soal Aryan Syah terkejut.

"Aku terlupa... terlupa nak tulis nama aku dekat situ!" jawab Farish sambil membuat muka sedih.

"Pulak dah..." sahut Aryan Syah sambil mengerling kembali ke arah meja Irma Syazira.

Aryan Syah terlopong. Farish juga terlopong.

"Betul ni, kau tak nak?" soal Niqisya sambil memegang jambangan bunga mawar itu.

"Ye, kalau kau nak, kau ambil ajelah..." jawab Irma Syazira sambil jarinya kini sudahpun sibuk menaip.

"Okey... kalau macam tu, aku ambil sajalah bunga ni, mana tahu kalau-kalau dari Prince Charming macam Encik Farish tu ke? Wanginya..." Niqisya berkata seraya mengatur langkah kembali ke meja kerjanya yang tidak jauh dari situ.

"Yelah tu... Kau ambil ajelah. Aku tak suka sangat bunga mawar merah..." gumam Irma Syazira sambil matanya kembali difokuskan pada skrin komputer.

"Alahai... Kenapa dia bagi Niqisya pulak??" Aryan Syah bertanya.

Farish pula sudah menarik nafas panjang sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kenapa dengan awak ni Irma? Awak masih marahkan saya lagi ke?

"Bos! Apa kita nak buat lagi ni bro?" Aryan Syah bertanya.

"Wait... Aryan, kau ni... mana satu kau nak panggil aku ni? Sekejap Farish, sekejap bro, sekejap bos! Panggil aku Farish sajalah," tegur Farish tegas.

Hehee yelah... Yelah... Farish," jawab Aryan Syah sambil tersengih macam kerang busuk di hadapan Farish.

"Takpe Aryan, kau ikut aku..." Farish mengarah sambil menekan butang turun di sebelah pintu lif itu.

"Ikut kau pergi mana?"

"Ikut ajelah..." balas Farish sambil menarik tangan Aryan Syah untuk mengekorinya masuk ke dalam perut lif.

Irma Syazira yang memerhati gelagat Farish dan Aryan Syah dari jauh itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Hai diorang berdua ni... Ada-ada saja projenya.

"Hai Irma, senyum aje ni, ada apa-apa ke ni?" Daniel Rafeeq bertanya dengan gadis idaman abangnya itu setelah memerhatinya dari tadi.

"Ah, tak... tak ada apa-apa Encik Daniel... Oh ya, saya nak tanya."

"Awak nak tanya apa?"

"Saya nak tanya, kenapa abang awak tu asyik salah eja saja setiap kali dia hantar mesej WhatsApp pada saya?" soal Irma Syazira sambil ketawa kecil.

Daniel Rafeeq tergelak kecil mendengar soalan Irma Syazira.seraya mengatur langkahnya untuk masuk semula ke dalam bilik pejabatnya. Selepas itu dia kembali menghampiri Irma Syazira. "Entah, better awak tanya dia sendiri. "

TENGAH hari ini suasana di pejabat Mahligai Sakti agak sunyi sepi, majoriti kakitangan keluar makan tengah hari. Pada masa ini juga Farish dan Aryan Syah curi-curi masuk ke pejabat dengan lagaknya seperti pencuri yang langsung tidak profesional. Farish menoleh ke kiri dan ke kanan, bila mendapati keadaan selamat, dia memberi isyarat kepada Aryan Syah yang mengekori di belakangnya untuk bergerak dengan pantas.

Aryan Syah pula tidak dapat bergerak dengan pantas dengan keadaan dia sekarang sedang memeluk beg plastik besar yang berisi pelbagai jenis bunga.

Pada masa yang sama juga, Niqisya baru sahaja keluar dari tandas, dia tergesa-gesa mengejar Irma Syazira dan Nadia yang sudah keluar lima minit yang lalu.

Farish dan Aryan Syah juga ketika ini sedang bergerak menghampiri Niqisya. Sebaik sahaja Farish mendapati Niqisya berada di hadapannya, dia cepat-cepat berundur dan mengatur langkah untuk berlari anak ke belakang, Aryan Syah yang masih berjalan dengan memeluk beg plastik besar di hadapannya tidak perasan akan Farish yang sedang berlari menuju ke arahnya dan...

Bukk!!

Faris dan Aryan Syah berlanggar, Aryan Syah jatuh terlentang dengan tangannya masih lagi memeluk beg pelastik besar itu, manakala Farish pula jatuh terhempap di atas badan pembantu peribadinya.

Farish bingkas bangun duduk sambil tangannya mengurut hidungnya yang mancung itu. Hidungnya yang berdenyut itu diurut lmbut. "Aduh, sakitnya hidung aku!"

"Farish, apa ni main langgar-langgar? Sakit punggung aku!" marah Aryan Syah sambil tagannya mengusap bahagian belakang punggungnya itu akibat hentakan kuat pada lantai.

Niqisya yang terkejut melihat Farish berlari sebentar tadi turut mengejar anak bosnya yang kacak itu berlari. Sebaik sahaja mendapati Farish dan Aryan Syah terjatuh kedua-duanya, dia terus terlopong dan selepas itu tergelak besar. "Hahahaha! Encik Farish dan Aryan! Awak berdua sedang buat apa tu? Main kejar-kejar ye?"

Farish dan Aryan Syah tidak menjawab pertanyaan Niqisya. Sebaliknya kedua-dua jejaka itu merenung sama sendiri seraya memuncungkan bibir masing-masing.

"Ini bunga banyak sangat ni untuk siapa? Biar saya teka, semua ni untuk Irma, kan? Hmm... wanginya!" Niqisya berkata sambil memegang satu daripada lima belas jambangan bunga itu.

"Ha'ah, ye... untuk si buah hati Encik Bos kita ni..." Aryan Syah berkata sambil menjuihkan bibirnya ke arah Farish.

Farish mengecilkan anak matanya ke arah Aryan Syah. Kepala pembantu peribadinya itu ditunjal-tunjal. "Aku dah cakap kan, jangan panggil aku Encik Boslah... panggil aku Farish atau Encik Farish aje..."

"Eh, apa ni korang berdua nak gaduh-gaduh. So sweet pulak saya tengok, hahaha! By the way, bunga-bunga ni nak letak di atas meja Irma kan? Jom kita sama-sama letak. Saya tolong sekali, tapi lepas ni Encik Farish belanja saya lunch! Lapar ni!" Niqisya berkata.

Farish mengangguk tanda setuju.

"O.M.G!! Ada lagi bunga ni? Siapa yang bagi? Sampai penuh satu meja aku!" Irma Syazira bertanya kepada Niqisya yang berdiri di hadapan mejanya sambil tersengih.

"Niqisya, baik kau cakap siapa yang bagi bunga ni?"

"Kenapa pulak kau tanya aku?" soal Niqisya seraya menyambung sengihnya itu.

"Dah kau berdiri depan meja aku ni, tersengih-sengih dah macam kerang nak kena Bakar aje aku tengok," bebel Irma Syazira dengan serius.

"Nak tahu siapa yang bagi? Siapa lagi, kalau bukan Encik Bos kita yang handsome itulah yang bagi! Bertuahnya kau Irma! Jelouse aku, kau tahu tak?" jawab Niqisya.

Irma terlopong.

Tiba-tiba ada satu tangan asing yang merampas dua jambak bunga itu.

"What?! Farish bagi bunga-bunga ni untuk You?? No! You tak layak untuk terima semua ni! Cuma I seorang saja yang layak!" Aliza tiba-tiba muncul di hadapan Irma Syazira dan Niqisya.

Niqisya seperti biasa dengan pantas tangannya menarik rambut merah panjang Aliza dengan kuat. "Hey pelacur, siapa suruh kau berani datang sini, hah?"

Nadia juga tiba-tiba menghampiri mereka bertiga seraya merampas pergelangan tangan Aliza dengan kuat. "Hey betina gila! Baik kau berambus sebelum aku karate kau!"

"Hey! Lepaskan I, I nak jumpa boyfriend I."

Farish dan Aryan Syah yang mendengar kekecohan berlaku di hadapan bilik pejabat Dato' Radzi Izham itu segera berlari ke arah Irma Syazira dan rakannya. "You?! Tak faham bahasa ke apa? Aryan, pergi panggil pengawal!"

"Farish... sayang... suruhlah perempuan-perempuan jijik ni lepaskan I!" Aliza merayu dengan suara memggoda.

"Lepaskan kau? Huh, kalau ada rantai dalam office ni, confirm aku rantaikan dan humban kau terus ke dalam lokap! Tak cukup-cukup lagi ke kau nak ganggu hidup aku?!" tengking Farish.

"Alah... darling! I masih tak puas lagi dengan service you semalam. Kali ni I akan pastikan kita sama-sama puas sayang!" ujar Aliza tanpa segan silu sambil memberikan senyuman sinis kepada Irma.

Panggg!!

Irma yang mendiamkan diri dari tadi kini sudah tidak dapat mengawal kesabarannya lagi. Sepantas kilat tapak tangannya hinggap di pipi dan mulut Aliza.

"Hey! Kenapa you tampar I?!" tengking Aliza.

Irma tidak menjawab sebaliknya dia terus beredar berlari menuju ke tandas. Air matanya juga sudah jatuh membasahi pipi.

Bukk!!

"Auchh!!"

Kini giliran Niqisya pula menumbuk tepat ke arah hidung Aliza seraya pergi mengejar Irma.

"Kau dengar sini betina, kau ingat kita orang semua ni percaya ke dengan mulut propa kau? Sekali lagi aku nampak kau ganggu Irma dan Encik Farish, siap kau aku bunuh!" Nadia pula memberi amaran.

"Security! Halau perempuan tak tahu malu ni keluar dari menara ni NOW!!" arah Farish dengan nada yang tinggi.

"Farish, apa kita nak buat lepas ni?" Aryan Syah bertanya sambil menepuk lembut bahu Farish seraya berjalan menuju ke bilik pejabatnya.

"Entahlah Aryan… aku tak tahu! Aku dah buntu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience