Chapter 20

Romance Completed 17238

TELEFON bimbit yang diletakkan di atas meja solek di hadapannya itu berbunyi menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi Messanger, dengan pantas tangannya mengambil telefon bimbit itu. Terukir senyuman di bibirnya sebaik sahaja membaca nama si pengirim. "Mesti banyak typo ni"

Assalammualaikoom awak... Selamay makam.
~Ahmad Farish Adrian Bin Radzi Izham.

"Hahahaha! Aku dah agak dah! Pasti ada typo!" Irma Syazira tergelak besar. "Kenapalah bakal suami aku ni? Perangai typo dia memang sukar untuk dipisahkan!"

Waalaikumsalam awak.
By the way...
Assalammualaikum. Bukan Assalammualaikoom!
Selamat... bukan selamay.
Malam... bukan makam.

Butang hantar ditekan seraya melabuhkan tubuhnya di atas katil. "Farish, saya sayang awak..."

Irma Syazira merenung gambar Farish yang diambil semasa berada di Cameron Highland dua minggu yang lalu. Beberapa saat selepas itu, sekali lagi dia menerima mesej mlalui aplikasi Messanger dari Farish.

Okay... Maaf asyik silap type mesej. Awak baut apa?
~Ahmad Farish Adrian Bin Radzi Izham.

Nak tidur sebenarnya. Ada silap lagi tu awak...
Buat... bukan baut.
Eh awak, ahad minggu depan jangan tak datang tau!
~Irma Syazira Binti Ahmad Nizam.

Ada lagi silat??
~Ahmad Farish Adrian Bin Radzi Izham.

Saya tak pasty lageelah awak. Kalau saya datang pun, bukannya dapat kahwin dengan awak poon! Maaf...??
~Ahmad Farish Adrian Bin Radzi Izham.

Silap... bukan silat.??
Pasti... bukan Pasty.
~Irma Syazira Binti Ahmad Nizam.

Alah... sedihlah saya kalau awak tak nak datang. Kawan-kawan yang lain semua confirm datang. Awak janganlah tak datang... Please Farish.... Im begging you! Please come.??

And by the way... lagi bukan lagee.
Pun... bukan poon.
~Irma Syazira Binti Ahmad Nizam.

Awak jangan tak datang tau! Kalau awak tak datang, saya tak nak kawan dengan awak lagi.
~Irma Syazira Binti Ahmad Nizam.

Insyaallah awak... Okeylah, im sleepy... Good night. ??
~Ahmad  Farish Adrian Bin Radzi Izham.

Good night.??
~Irma Syazira Binti Ahmad Nizam.

Farish tersenyum sabaik sahaja selesai mengusik bakal isterinya itu. Dia melabuhkan tubuhnya di atas katil bersaiz king seraya meletakkan kedua tapak tangannya di belakang kepalanya. Senyuman bahagia terukir di bibirnya seraya mengiring menghadap anaknya, Danish Rayyan yang sudah lena diulit mimpi. Diusapnya lembut pipi anak kecil itu. Dia tersenyum. "Danish, tak lama lagi Danish akan dapat mama baru. Papa yakin, mama Irma akan menyayangi Danish sama macam papa sayang Danish jugak."

KINI tiba hari yang ditunggu-tunggu. Farish berpura-pura enggan turut bersama untuk hadir ke majlis pernikahan Irma, cuma papanya, Dato' Radzi Izham sahaja yang mengetahui lakonan anaknya ini. Pintu biliknya diketuk dari luar, pantas saja Farish membuka pintu dan papanya sudahpun  terpacak berdiri di hadapan pintu dengan mengenakan baju melayu berwarna cream.

"Papa, masuklah."

Dato' Radzi segera menapak masuk dan melabuhkan duduk di birai katil anaknya itu sambil tangannya membawa sepasang baju melayu berwarna cream berserta kain samping berwarna coklat keemasan. "Farish, ini baju yang papa dan mama tempah khas buat Farish untuk hari bahagia Farish hari ni."

  Baju melayu itu diserahkan kepada Farish.

"Terima kasih papa," ucap Farish gembira.

"Farish nak bertolak ke sana pukul berapa?" Dato' Radzi Izham bertanya.

"mungkin dalam masa satu jam dari sekarang kot?" jawab Farish sambil matanya sibuk mengerling ke arah jam di dinding biliknya itu.

Sebaik sahaja Dato' Radzi Izham turun dari bilik Farish di tingkat atas, Datin Amie Hamiza segera mendapatkan suaminya yang kelihatan agak risau dengan keadaan anaknya itu.

"Abang, macam mana? Farish setuju ke tidak hadir ke majlis nikah dia?" Datin Amie Hamiza bertanya.

"Masih macam tu jugak nampaknya, Amie...  serabut kepala abang ni memikirkannya. Abang berharap dia akan ubah fikiran dalam masa satu jam lagi..." jawab Dato' Radzi Izham seraya mengatur butang baju melayunya yang tertanggal. Maafkan abang, Amie, abang terpaksa berbohong dengan Amie. Yang sebenarnya Farish dah mengetahui rancangan kita ni.

SETIBANYA Farish di perkarangan rumah Encik Ahmad Nizam, Dia disambut oleh Encik Ahmad Nizam dan Isterinya. Seperti yang diduga, Encik Ahmad Nizam dan Puan Zarena akan memberikan layanan yang sama seperti di rumah papanya minggu lepas. Encik Nizam mengerling tepat ke arahnya dengan renungan yang maha tajam manakala Puan Zarena pula akan berlakon seolah-olah Farish tidak wujud di hadapannya.

Farish hanya tersenyum. Eleh... macamlah aku tak tahu Pak Cik dan Mak Cik berdua ni hanya buat gimik yang sengaja dilakonkan. Aku dah tahulah. Hehehe! Dia meneruskan langkahnya ke arah pelamin mini untuk upacara akad nikah.

Farish melabuhkan duduknya tidak jauh dari tempat duduk Tok Kadi. Satu minit selepas itu pandangan matanya tertumpu pada figura gadis yang sangat dikenali dan dicintainya sedang berjalan menuju ke arah yang bertentangan, Irma Syazira juga mengenakan baju kurung berorak bunga berwarna cream, dan mengenakan tudung berwarna coklat keemasan.

Tidak lama selepas itu, Encik Ahmad Nizam menghampiri Farish seraya menyambar tangannya supaya Farish mengekorinya. Ketika ini, Farish berasa sangat bahagia, impiannya untuk memperisterikan Irma Syazira menjadi kenyataan, dan selepas itu dia mengarahkan Farish  untuk duduk di hadapan Tok Kadi seraya itu Tok Kadi menyambar tangan Farish dengan segera melafazkan...

"Ahmad Farish Adrian Bin Dato' Radzi Izham, Aku nikahkan dikau dengan Irma Syazira Binti Ahmad Nizam dengan mas kahwinnya RM250 tunai..."

"Aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut." Maka dengan sekali lafaz, Farish dan Irma Syazira kini sah bergelar suami dan isteri.

Upacara membatalkan air sembahyang segera dijalankan. Ketika Farish dan isterinya sedang bersalaman, tiba-tiba...

"Tunggu! Sila batalkan pernikahan ini!"

Tiba-tiba gegendang telinga Farish dan Irma Syazira diterjah oleh suara yang sangat mereka berdua kenali. Sepantas kilat mereka berdua menoleh ke arah datangnya suara itu serentak.

"I nak You all batalkan pernikahan ini! Farish hanyalah milik I seorang!  Bukan milik perempuan murahan macam Irma! Irma tak layak untuk Farish!!"

"Syafina?!" berkerut dahi Farish dan Irma Syazira sebaik sahaja lantunan ayat-ayat mengarut yang dikatakan oleh Syarifah Syafina menampar telinga pasangan pengantin baru itu.

Syarifah Syafina tanpa segan silu berlari ke arah Farish dan Irma Syazira.

Pang!!

Terteleng ke kiri kepala Irma Syazira sebaik sahaja tapak tangan gadis gedik itu hinggap di pipinya. Syarifah Syafina bertindak agresif dengan menampar pipi Irma Syazira dengan kuat sehingga dia jatuh terduduk.

"Irma!" panggil Farish seraya memegang kedua belah bahu isteri yang baru sahaja dinikahinya itu.

"You all dengar sini! I tak akan benarkan mana-mana perempuan low class macam dia ni, kahwin dengan Farish! Dan jugak I sekarang ni sedang mengandungkan anak Farish!" jerit Syarifah Syafina dengan angkuh.

Seperti biasa Farish tetap dapat mengesan senyuman sinis yang terukir di bibir gadis gedik di hadapannya itu, serta-merta dia bingkas bangun  seraya menghampiri Syarifah Syafina.

Panggg!!

Farish sudah tidak dapat menahan amarahnya pada gadis gedik itu. Sepantas kilat pipi dan bibir Syarifah Syafina ditamparnya dengan kuat sehingga gadis itu jatuh terjelepuk terduduk. Ada darah mengalir dari bibir dan hidung Syarifah Syafina.

"Kau ni memang perempuan yang tak tahu malu! Tak ada adab! Murahan! Kau jangan nak memperbodohkan semua tetamu majlis ni! Aku ni kenal kau baru aje satu minggu... satu minggu!! Entah anak siapalah yang ada dalam perut kau tu?! Mulai dari saat ni, aku tak nak lihat muka perempuan macam kau! Kau dipecat! Jangan berani datang dan munculkan diri kau di hadapan aku!" tengking Farish bersama amarahnya.

Farish kembali mendapatkan isterinya yang masih terduduk di belakangnya. Pipi isterinya yang ditampar oleh Syarifah Syafina tadi masih menampakkan kesan merah. Dia segera memeluk tubuh isterinya itu, serta-merta juga  esakan si isteri terus bergema dari dalam pelukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience