PROLOG

Romance Completed 17238

TELEFON bimbitnya dihempas kuat di atas lantai. Hatinya sakit, geram semua ada.

"Farish, kenapa hempas handphone tu? Kan hancur lebur dah skrin tu..." tegur Datin Amie Hamiza.

Farish mengerling ke arah mama tirinya yang berdiri tidak jauh daripadanya yang kebetulan baru menapak masuk ke dalam rumah. "Ah! Takpe mama, lebih baik Farish takde benda ni lagi bagus!"

"Kenapa ni? Cuba cerita pada mama." Bahu anak tirinya itu dipeluk seraya ditepuk perlahan. Datin Amie Hamiza membawa Farish ke dapur dan melabuhkan duduk di kerusi. "Mak Minah! Sediakan makan malam untuk Farish ni... dia belum makan lagi!"

"Baik Datin," sahut Mak Minah seraya pergi menyediakan makanan untuk Farish.

"Mama, apa salah Farish, mama? Kenapa semua orang tak percayakan Farish? Adik Daniel pun sekarang dah tak percayakan Faris. Farish dah terangkan pada papa dan Daniel... Farish tak buat semua tu! Mama, Farish kena perangkap, mama! Farish sedar... Farish akan berkahwin bulan depan. Tapi percayalah mama, Farish tak buat!" ujar Farish panjang lebar sambil mengurut pelipis dahinya.

"Kalau Farish tak buat, macam mana Farish boleh tidur sama satu katil dengan Aliza? Perempuan tu siap tangkap gambar sambil cium pipi Farish?"

"Farish tak tahulah mama... sedar-sedar aje Farish dah ada di dalam bilik hotel bersama dengan perempuan tu! Malam tu memaang dia ada jumpa Farish, tapi bukan di bilik hotel. Tapi di rumah Hareez, mama... di rumah Hareez!" jawab Farish perlahan tapi tegas seraya mendiamkan diri seketika. Dia mengerling tepat wajah Datin Amie Hamiza. "Mama... Farish risaukan Irma... mesti dia marahkan Farish, kan mama?"

"Hmm..." Datin Amie Hamiza mengeluh. "Farish, yang sebenarnya... tengah hari tadi, kedua orang tua Irma ada datang untuk putuskan pertunangan Farish dengan Irma..."

Farish terpempan dengan kenyataan mama tirinya itu. Matanya sudahpun mula berkaca, terus tertayang semula di mindanya betapa sukar untuknya melalui saat-saat untuk merapatkan dirinya bersama dengan Irma Shazira sebelum mereka berdua diikat dengan ikatan tali petunangan.

Beberapa saat selepas itu, Dato' Radzi Izham tiba bersama dengan anak bongsunya, Daniel Rafeeq. Mereka berdua terus mengatur langkah menuju ke arah dapur di mana Farish duduk bersama dengan Datin Amie Hamiza.

Semasa Farish baru sahaja hendak menyuap nasi ke dalam mulutnya, tiba-tiba tangannya direntap oleh adiknya, Daniel Rafeeq dengan kasar. "Abang, sorry... papa ada something untuk Abang Farish."

Dah la hari ni aku langsung tak jamah satu makanan pun, hai... sabarlah Farish!

"Papa, Far..." Belum sempat Farish menghabiskan kata-kaatanya, Dato' Radzi Izham terus melemparkan sepucuk sampul surat tepat ke arah muka Farish. Kenapa nasib aku begitu malang hari ni? Ya Tuhan, bantulah hambamu ini. Direnungnya wajah bengis papanya itu seraya bertanya, "Papa, surat apa ni, pa..."

"Itu bukan surat! Itu tiket flight untuk kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi... aku malu mengaku kau anak aku, aku nak... aku nak kau pergi balik ke negara asal kau!" Belum sempat Farish menghabiskan kata-katanya, Dato' Radzi Izham terus memintas dengan suara yang kuat dan lantang.

Farish terkejut. Kedua bahunya terangkat sebaik sahaja Dato' Radzi Izham meninggikan suara padanya. Inilah kali pertama papa meninggikan suaranya padaku. Papa... kenapa papa benci sangat dengan Farish? Sedangkan papa tak nak dengar apa pun yang Farish ceritakan, Farish kena perangkap, papa! Dia bingkas bangun dari kerusi seraya merebahkan dirinya melutut dan bersujud di kaki papa kandungnya itu. Dia merayu. "Papa, Farish anak papa... dah lama Farish menunggu masa untuk berjumpa dengan papa... Farish dah tiada siapa-siapa lagi di dunia ni pa... Please papa. Jangan halau Farish. I'm begging you, papa... please..."

"No! you're not my son anymore!" balas Dato' Radzi Izham seraya menyepak kakinya tepat-tepat terkena bibir dan hidung Farish.

Berdesing telinga Farish sebaik sahaja kata-kata itu menumbuk telinganya. Sampainya hati papa. 15 tahun Farish menunggu masa untuk bertemu dengan papa!

Farish segera menekup mulut dan hidungnya setelah mendapati darah yang mengalir keluar dari hidungnya dan luka di bibirnya. Kemudian dia bingkas bangun berdiri di hadapan orang tuanya itu. Air matanya tumpah di hadapan ayah kandungnya tidak dipedulinya.

Farish cuba untuk membuka mulut untuk bersuara walaupun bibirnya kini berasa perit akibat terkena sepakan Dato' Radzi sebentar tadi. "Baiklah, jika itu keputusan papa, Farish terpaksa ikut. Maafkan Farish sebab telah memalukan papa dan keluarga papa! Farish terpaksa mengaku walaupun Farish tak bersalah, mungkin papa akan berpuas hati selepas Farish pergi... Farish terpaksa pergi walaupun hati Farish berasa sangat berat untuk pergi meninggalkan papa. Sekarang baru Farish faham kenapa mommy tinggalkan papa! Goodbye papa... I will always love you forever!" Sepantas kilat dia merampas sampul surat yang berisi tiket penerbangan dari tangan adik tirinya, Daniel Rafeeq seraya mengatur melangkah pergi meninggalkan rumah banglo milik Dato' Radzi Izham. Dia terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience