Chapter 25

Romance Completed 17238

"PAPA!" Danish Rayyan segera bingkas bangun dan berlari mendapatkan Farish. Dia sangat merindui papanya, sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan papanya itu. Dipeluknya pinggang papanya dengan erat seraya menyembamkan mukanya tepat di bahagian perut papanya. Kini esakan kuat kanak-kanak itu kedengaran. "Papa, Danish rindu papa... Kenapa papa tak pernah datang jumpa Danish? Papa dah bencikan Danish ke? Danish tak nak berjauhan dengan papa lagi. Kalau Danish ada buat salah dengan papa, Danish harap, papa maafkan Danish!"

Farish terpaku. Direnungnya lama anaknya itu yang sedang memeluk pinggangnya, semakin kuat esakan dan semakin kuat juga pelukan Danish Rayyan padanya.

Daniel Rafeeq bangun dari kerusi seraya menuju ke arah Farish. "Abang, dia ni anak abang, Danish. Sempena cuti sekolah hujung tahun ni, Daniel bawa Danish dan Irma balik sini... lagipun malam ni birthday Danish yang ke tujuh tahun."

Farish tergamam. Lidahnya kelu. Perlahan dia membuka mulutnya. "Danish?"

Daniel Rafeeq mengangguk.

Farish diam seraya memicit pelipis di dahinya seperti menahan sakit. Arghh!  Dari tadi kepala asyik berdenyut!

"Awak... awak... awak nak pergi ke mana?"

"Awak, saya tanya ni, awak nak pergi mana?"

"Awak... awak tak boleh ikut dia. Tempat awak bukan di situ..."

"Awak... tolong jaga Danish untuk saya!"

"Awak... Danish sangat perlukan awak..."

"Maafkan saya, awak... saya tak dapat temankan awak jaga dan membesarkan Danish."

Sekali lagi kata-kata yang dilafazkan oleh gadis berjubah putih di dalam mimpi setiap malamnya itu berlegar di mindanya. Danish...  budak ni ke yang dia maksudkan tu? Tanpa Farish sedari, kedua belah tangannya kini sedang mengusap lembut rambut anaknya. Begitu juga dengan air matanya sudahpun mengalir di pipi.

Pemandangan itu disaksikan oleh papanya, Dato' Radzi Izham dan juga adiknya, Daniel Rafeeq.

Farish merebahkan dirinya duduk mencangkung di hadapan Danish Rayyan. Diusapnya lembut pipi gebu anaknya itu manakala tangan kirinya menyeka air mata Danish Rayyan. "Nama siapa, boleh bagitahu tak?"

"Danish Rayyan Bin Ahmad Farish Adrian," jawab Danish Rayyan bersama esakannya.

Sebaik sahaja Farish mendengar nama penuh anaknya itu, dengan tiba-tibanya dia memeluk anaknya itu dengan erat. Ken... kenapa aku rasa... Farish sendiri berasa pelik dengan tingkah dirinya. Air matanya juga semakin deras mengalir di pipinya. Kepala aku... sakitnya... Sedang Farish memeluk Danish Rayyan, dengan tiba-tiba sahaja pelukannya semakin lemah dan pelukan itu terlepas sejurus itu dia terbaring kaku tidak sedarkan dirinya di hadapan anaknya.

FARISH berjalan menyusuri cahaya putih yang bersinar terang sambil ditemani oleh anaknya Danish Rayyan di sebelahnya. Langkahnya terhenti sebaik sahaja gadis berjubah putih sekali ldatang menghampirinya. Gadis itu tersenyum seraya menghampiri Danish Rayyan dan membelai rambut ikal kanak-kanak itu. Diusapnya pipi Danish Rayyan dengan lembut.

"Papa, siapa orang tu?" Danish Rayyan bertanya.

Farish hanya menggelengkan kepalanya. Dia mengerling tepat ke arah wanita berjubah putih itu. "Tak, tak tahu," jawab Farish ringkas. "Danish ini ke yang awak maksudkan tu?"

Wanita berjubah putih itu tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.

"Danish ni... papa dan adik saya cakap, Danish ni anak saya... betul ke?" Farish bertanya lagi.

Wanita itu segera menghampiri Farish seraya menyembamkan kepalanya ke dada sasa Farish. Farish terpaku.

"Abang, maafkan Hana, abang..." ucap wanita berjubah putih itu dengan tenang.

"Hana?" Farish bingung.

"Maafkan Hanna kerana tak dapat membahagiakan hidup abang. Tak dapat bersama abang membesarkan Danish. Abang, Danish ni anak kita. Maafkan Hana... Hana tak dapat bersama dengan abang dan Danish..." ujar wanita berjubah putih itu seraya menghilangkan dirinya.

"Hana... jangan pergi,  Hana... jangan tinggalkan abang, Hana!" Dengan spontan  Farish mengucapkan kata-kata yang langsung  tidak pernah dia terfikir untuk ucapkan dan serta-merta Farish terasa seperti kepalanya dihantuk dengan benda keras, agak lama dia berdiri kaku sambil memegang kepalanya. "Ya, aku... aku dah ingat! Aku dah dapat ingat semuanya!" Dia teringatkan isterinya yang telah pergi menghadap sang pencipta semasa melahirkan anaknya, Danish Rayyan.

Betul, aku sebenarnya dah berkahwin, Danish ni anak aku dengan isteri pertama aku... Farish mm mengerling ke arah Danish Rayyan yang berdiri di sebelahnya sedang memerhatikan dirinya dari tadi. Kemudian dia teringat akan seseorang yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya, isterinya yang dicintai.

Kini ayat-ayat yang pernah diungkapkan di saat-saat sebelum dia dicederakan oleh Hareez tiga tahun yang lalu berlegar semula di minda dan telinganya

"Abang sayang isteri abang... sayang sangat-sangat. Ima, nanti tolong jaga Danish untuk abang ya!"

Pada masa itu juga Farish juga sempat menyarungkan seutas rantai emas berserta dengan loket berbentuk hati yang terukir ayat Farish Love Irma Forever di loket berbentuk hati itu. "Ini hadiah untuk Ima, terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup abang."

"Terima kasih abang... Ima sayang dan cinta abang forever and ever and ever!" 

"Irma... Irma, isteri aku! Apa aku dah  buat pada dia? Kenapa aku boleh lupakan dia? Sayang!!". Sedang Farish mengelamun teringatkan isteri yang dicintai, tiba-tiba dia merasakan ada tangan kecil sedang memaut pergelangan tangannya, cepat-cepat dia menoleh ke arah itu.

"Papa, bangunlah jangan tinggalkan Danish lagi pa... jangan tinggalkan Danish dan mama Ima lagi!" rayu Danish Rayyan sambil menarik tangan Farish dengan kuat dan menangis meminta papanya sedarkan diri.

Matanya dibuka perlahan namun masih sukar untuknya membuka mata. "Ir... Irma, Irma!!" Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Farish. Agak kuat suaranya memanggil nama si isteri, namun keadaannya masa ini seperti seorang yang mengalami mimpi ngeri, terbaring sambil meronta-ronta di atas katil. "Ima... Maafkan abang, maafkan abang... Ima!!"

Ahli keluarga yang turut berada di dalam bilik itu tergamam dan terkejut semasa Farish menjerit melolong dengan kuat secara tiba-tiba.

Danish Rayyan pula tidak lepas memegang pergelangan tangan papanya dari tadi. Dia menangis ketakutan melihat keadaan papanya yang menggenggam tangannya dengan kuat secara tiba-tiba, dicuba untuk melepaskan pergelangan tangannya yang digenggam kuat oleh papanya itu namun Farish seperti tidak mahu melepaskannya.

Dato' Radzi Izham segera mendapatkan anaknya yang sedang meronta-ronta di atas katil itu. Daniel Rafeeq pula terpaksa menahan kedua belah kaki abangnya. Manakala Datin Amie Hamiza juga turut menggenggam pergelangan tangan Farish ketika itu.

"Farish, bertenang nak..." pujuk Dato' Radzi Izham sambil mengurut dahi Farish yang kini sudah dibasahi dengan peluh. Direnungnya mata anaknya itu lama.

Beberapa saat selepas itu, Farish kembali tenang seraya membuka matanya perlahan. Dia mengerling ke arah papanya yang sedang duduk bersebelahan dengan Danish Rayyan. Seketika itu dia mengerling ke arah Daniel Rafeeq dan Datin Amie Hamiza pula.

Kini dia tercari-cari Figura insan yang paling disayangi. "Irma... mana Irma? Papa, mana Isteri Farish?"

Dato' Radzi Izham tidak menjawab soalan anaknya itu, sebaliknya dia  memeluk Farish dengan erat.

"Abang, abang dah ingat? Abang dah ingat dengan isteri abang, dengan anak abang?" Daniel Rafeeq bertanya.

Farish mengerutkan dahinya.  Dia rasa pelik mendengar pertanyaan adiknya itu. "Daniel ni dah kenapa? Takkanlah abang sanggup lupakan isteri dan anak abang..."

"Jadi, abang memang betul-betul dah ingatlah ni?" soal Daniel Rafeeq lagi.

"Eh, kenapa dengan Daniel ni papa, mama? Pelik-pelik aje soalannya," adu Farish pada papa dan mamanya itu.

"Jadi, maknanya abang kenallah dengan budak ni? Budak yang menangis dari tadi ni?" soal Daniel Rafeeq sekali lagi seraya menarik tangan Danish Rayyan untuk mendekati Farish.

Farish terdiam, dia tergamam melihat tubuh anaknya itu sudah membesar. "Danish? Danish anak papa ke ni?" soal Farish, terkejut. Dengan pantas air matanya tumpah membasahi pipi.

Danish Rayyan mengangguk dan segera menghampiri papanya seraya memeluk erat papanya itu. Farish membalas pelukan anaknya berserta dengan esakan antara papa dan anaknya. Keadaan itu berlarutan selama tiga minit.

"Papa, Danish rindu papa!" kata Danish Rayyan di dalam pelukan papanya itu.

"Anak papa ni... kenapa badan cepat membesar macam ni?" soal Farish bingung.

"Farish, syukur alhamdulillah, akhirnya Farish berjaya mendapatkan semula ingatan Farish... Sebenarnya Farish Amnesia untuk kali yang kedua, akibat kecederaan yang teruk di sebelah kiri kepala Farish. Dan jugak gangguan sistem saraf otak Farish akibat kecederaan tiga tahun yang lalu." Doktor Hazrin yang turut berada di dalam bilik itu menerangkan apa yang berlaku pada Farish.

"Amnesia lagi?! Tiga tahun?!" Farish tergamam seraya mengerling ke arah anaknya yang sedang melayan perasaan sendu di dalam pelukannya itu. Patutlah anak aku ni menangis dan dah membesar. Maknanya sekarang umur Danish sekarang sudah tujuh tahun. Maafkan papa, sayang...

"Irma mana?" sekali lagi soalan itu keluar dari mulut Farish.

"Abang, yang sebenarnya, baru sekejap tadi Aryan call, katanya tadi Irma ada datang office, dan pada masa yang sama jugak, girlfriend abang tu, si Tengku Isma Fatieha turut datang ke office untuk berjumpa dengan abang. Pada masa tu, Tengku Isma announced kepada semua staff yang abang akan berkahwin dengan dia dalam masa satu bulan...  Irma terus berlari keluar sambil menangis... Daniel ada jugak cuba call dia tapi semua panggilan tak berjawab, Daniel try call ayah dan ibu dia, diorang cakap  Irma masih belum balik lagi," cerita Daniel Rafeeq panjang lebar.

Farish terdiam, kelu lidah untuk berkata. Tengku Isma Fatieha? Apa aku buat ni... Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa aku sanggup menduakan Irma?

Farish cuba untuk bangun dari katil itu. "Papa, Farish nak... Farish nak pergi cari Irma! Farish nak jumpa dia, Farish rindu dia..."

"Farish, dengan keadaan Farish sekarang ni, papa tak benarkan Farish pergi ke mana-mana dulu... Biar Daniel dan Aryan pergi cari Irma." tegas Dato' Radzi Izham seraya menahan anaknya itu dari bangun dari katil itu.

Farish menurut perintah. Kini tubuhnya dilabuhkan semula di atas katil seraya tangannya memegang bahu anaknya dan mengusap pipi gebu anaknya itu. "Danish, maafkan papa ye... Papa dah mengabaikan anak papa selama ni. Papa ni jahat, kan?" lembut suaranya bertanya pada anaknya itu,

"Tak!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience