Chapter 8

Romance Completed 17238

TEPAT jam 5 petang, penerbangan Malaysia MH1335 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Irma Syazira terpaksa bergerak dengan bantuan kerusi roda disebabkan keadaan kakinya yang semakin membengkak ketika ini. Farish menolak kerusi roda yang diduduki oleh gadis itu menuju ke balai ketibaan. Farish terpaksa membeli kerusi roda khas untuknya semasa dalam perjalanan untuk ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu tadi. Irma Syazira menolak, namun Farish tetap berkeras untuk membeli kerusi roda untuknya.

Setibanya mereka berdua di pintu balai ketibaan, pandangan mata Irma Syazira terpandang figura gadis gedik sedang merenung ke arahnya dengan renungan yang tajam seraya berjalan menuju ke arah mereka berdua. "Aliza? Dia buat apa dekat sini?" soal Irma pada dirinya sendiri. Namun soalannya juga singgah di cuping telinga Farish yang sedang menolak kerusi rodanya itu.

"Siapa? Awak bertanya pasal siapa?" Farish bertanya sambil bibirnya dirapatkan dengan telinga Irma Syazira.

Irma Syazira terkejut. "Ah, tak... tak ada apa-apa."

Aliza menghampiri mereka berdua. Dia mengatur langkahnya ala-ala model sedang memperagakan pakaian terbaru.

"Wah... wah... wah... kita tengok siapa di sini. Betina murahan yang tak sedar diri..." Belum sempat Aliza menghabiskan kata-katanya, Irma Syazira terus memintas.

"Amboi... sedapnya mulut tu mengata orang! Kau ada cermin tak? Aku rasa... kata-kata yang kau lafazkan tadi tu lebih sesuai ditujukan khas buat diri kau sendiri kot?" pintas Irma Syazira tegas sambil mencerlung tajam tepat ke muka Aliza. Suka mak bapak dia aje mengata orang!

"Hey betina! Yang murah tu You! Dulu You kecewakan Hareez, sekarang mat saleh mana You kutip?! Dasar betina murahan," balas Aliza dengan angkuh sambil berdiri memeluk tubuh. Dalam masa yang sama juga, matanya khusyuk mengerling susuk tubuh Farish yang berdiri di sebelah kerusi roda Irma Syazira. Direnungnya jejaka di hadapannya itu dari atas ke bawah. Wow! He's hot! Handsome! Cute! Body tough, tinggi lampai!... I like...

"Enough! Cukup. Jaga mulut tu! Saya rasa memang betul apa yang Irma cakapkan, awak tengok diri awak tu... pakaian tak ada ciri-ciri gadis melayu langsung!" sampuk Farish. Dia bengang gadis idamannya dituduh murahan oleh Aliza. Tak sedar diri betullah. Perasan I... I... You... You! Aku yang datang dari negara luar pun tak nak speaking...

Aliza terkejut. Dia terlopong sekejap. Oh... berani dia tinggikan suara! "How dare You talk to me like that! Binatang macam You tak layak bercakap dengan I!You siapa nak tegur I?!"

"Yes I do! She is my future wife! And you should stay away from her! Mark my words!! And... saya bukan binatang, binatang tu kau! Tak ada adab melayu langsung!  Saya ada nama. Ahmad Farish Adrian Bin Dato' Radzi Izham! That's it! Bye!" balas Farish seraya menolak kerusi roda Irma Syazira dan berlalu meninggalkan Aliza yang terlopong sebaik sahaja Farish memperkenalkan dirinya sebentar tadi.

"Bin Dato' Radzi Izham? Jangan-jangan dia..." Aliza terus menoleh ke arah Farish dan Irma tadi namun kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan. "Hmm... Takpe, Irma. Aku takkan biarkan kau maju selangkah dari aku!  Lagi satu, lelaki tadi tu, aku yakin itu adalah anak yang Dato' Radzi sibuk cari selama ni! Hmm... boleh tahan handsome jugak anak Dato' Radzi tu, kalau nak dibandingkan dengan Daniel. Takpe, aku akan pastikan dia akan jadi milik aku! Ahmad Farish Adrian, you're mine!" Langkah kakibya diatur  kembali menuju ke balai ketibaan untuk menunggu ketibaan teman lelakinya Hareez yang juga bekas penolong pengurus Mahligai Sakti Holdings.

"IRMA, siapa gadis berlagak tadi tu?" Farish bertanya sambil matanya ditumpukan pada pemanduan.

Irma Syazira memdiamkam diri semenjak dari terminal lapangan terbang tadi lagi. Farish yang bertanya di sebelahnya itu pun tidak dilayan.

"Irma?" Farish mengalihkan pandangan matanya ke arah gadis cantik di sebelahnya. Kenapa dengan dia ni? Aku ada buat salah apa-apa ke?

"Awak..."

"Encik Farish, apa tujuan Encik Farish? Kenapa Encik Farish cakap saya adalah future wife Encik Farish di hadapan perempuan tu tadi?" soal Irma Syazira dengan tegas.

Farish terdiam.

"Saya dan Encik Farish baru aje  kenal dua minggu, saya ni hanya pekerja, Encik Farish adalah majikan saya, itu saja dah cukup," sambung Irma Syazira lagi.

Farish terpempan. "Maaf..." Ucapnya perlahan. Susahlah kalau macam ni... Farish, silap kau jugak... betul kata dia ni... better aku kenali Irma ni dengan lebih rapat dulu, lepas itu baru aku boleh putuskan. "Okey... Irma, maafkan saya, memang betul cakap awak tu. Kita kenal pun belum sampai satu bulan. Mungkin saya terlalu ikutkan perasaan saya yang sukakan awak. Tapi takpe, awak jangan risau, ianya tak akan berlaku. Sekali lagi maafkan saya."

Irma Syazira merenung ke arah Farish yang sedang memandu di sebelahnya dengan renungan yang sayu. "Tapi..."

Belum sempat Irma Syazira berkata-kata, Farish sudahpun memberikan isyarat senyap kepadanya.

Dia tersentap.

Maaf... Farish, saya tak bermaksud nak marahkan awak. Irma Syazira mengerling ke bawah sambil jari jemarinya bermain dengan seat belt.

Suasana sepi sehinggalah mereka tiba di hadapan rumah keluarga Irma Syazira.

Farish segera menapak keluar dan mengambil kerusi roda untuk Irma yang dilipat dan diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta Range Rover velar miliknya, selepas itu dia cepat-cepat membuka pintu di sebelah penumpang hadapan. Tubuh irma dicampung dan direbahkan di atas kerusi roda seraya menutup pintu kereta.  Baru sahaja dia hendak menolak kerusi roda itu, tiba-tiba Puan Zarena menapak keluar dari pintu utama dan mendapatkan anaknya.

"Irma... Kenapa boleh jadi macam ni?" Puan Zarena bertanya sambil memeriksa kaki anak perempuannya yang membengkak itu.

"Tak... tak ada apa-apalah ibu. Cuma terseliuh aje..." balas Irma Syazira seraya mengerling ke arah Farish di belakangnya. "Ibu, kenalkan ini Encik Farish, Assistant Manager Mahligai Sakti Holdings, juga merupakan anak sulung Dato' Radzi Izham."

"Assalammualaikum mak cik..." ucap Farish sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Zarena.

"Waalaikumsalam... Ni tak nak masuk ke dalam rumah dulu ke?"

"Errr... Rasanya tak kot..." balas Farish sambil matanya mengerling ke arah Irma Syazira.

"Alah... kenapa pulak?" soal Puan Zarena hampa.

"Saya kena balik ke office untuk mengambil barang saya yang tertinggal," Farish berkata.

Irma Syazira mengerling Farish. Pelik, setahu aku... pagi tadi dia cakap hari ni tak perlu masuk office. Balik tadi pun  mana ada singgah ke office.

"Kalau macam itu, takpelah... nanti kalau ada masa, Encik Farish datang sajalah ke sini lagi," balas Puan Zarena lagi.

"Insyaallah mak cik..." sahut Farish seraya meloloskan iri masuk semula ke dalam perut kereta Range Rover velar yang dihadiahkan oleh papanya minggu lepas.

"Maaf mak cik... Farish terpaksa berbohong dengan mak cik... kalau Farish masuk rumah tu, pasti Irma tak selesa dan marah, jadi...  lebih baik Farish balik rumah aje."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience