Chapter 31

Romance Completed 17238

TELEFON bimbit yang diletakkan di dalam dashboard keretanya itu berbunyi menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi WhatsApp. Farish segera mengambil telefon bimbitnya itu seraya membuka aplikasi WhatsApp. Tertera mesej yang di terimanya itu adalah mesej dari papanya, Dato' Radzi Izham. Farish segera membuka mesej yang di hantar oleh papanya itu.

Farish nak pergi mana?

~Papa. 

Entahlah papa... Farish dah buntu! Irama langsung tak percayakan Farish, Farish rasa elok Farish perigi buat sementara waktu. 

~Ahmad Farish Adrian. 

Habis tu, Danish ni macam mana? Anak Farish ni asyik menangis panggil kamu aje dari tadi ni. Kalau Farish nak pergi tenangkan diri pun, baliklah ke rumah sekejap. Papa tak halang Farish nak pergi mana-mana, tapi anak Farish ni... jangan abaikan dia.

Oh! By the way. Papa nak bagi pembetulan typo Farish tu...

Irma* isteri Farish tu Irma bukan Irama ??
Pergi* bukan perigi tau...

~Papa. 

Sebaik sahaja Farish membaca mesej dari papanya itu, dia segera memberhentikan keretanya di bahu jalan. "Apa aku buat ni?" Farish bertanya pada dirinya sendiri seraya menghantuk kepalanya pada stereng kereta. Terbayang wajah comel anak kesayangannya yang tidak sihat ditinggalkan. Dia meraup mukanya berkali-kali.

"Aku tak patut tinggalkan anak aku sendirian! Danish... maafkan papa!" Farish bermonolog seraya menekan pedal minyak kereta. Kini dia memandu keretanya menghala ke arah pusat bandar semula. "Danish, tunggu papa tau! Papa janji takkan tinggalkan anak papa lagi!" Dia nekad untuk membawa anaknya bersama ke mana sahaja dia akan pergi.

"Farish..."
    
"Ye papa?" sahut Farish seraya melabuhkan duduk di sofa ruang tamu itu.

"Farish okey ke tak ni? Papa tengok muka Farish pucat..." Dato' Radzi Izham bertanya.

"Farish okey aje ni pa..." balas Farish ringkas.

"Hmm... papa tahu, Farish penat... betul kan?" soal Dato' Radzi Izham lagi seraya melabuhkan duduk di sebelah anak sulungnya itu.

Farish hanya mengangguk seraya menundukkan kepalanya merenung lantai.

"Hmm... Papa faham, jadi... keputusan yang Farish ambil untuk bercuti di Perth ni sangat tepat. Jadi, berapa lama Farish nak stay di Perth tu?"

"Tak tahu lagi papa, kalau Farish dah rasa tenang nanti... Farish baliklah," jawab Farish seraya menyandarkan tubuhnya di sofa.

Suasana sepi seketika.

"Tapi, papa... Farish nak minta tolong dari papa satu perkara, boleh tak?" Farish berkata seraya mengerling tepat ke arah papanya itu.

"Apa dia? Papa akan cuba tolong anak papa," balas Dato' Radzi sambil memegang bahu anaknya itu.

Farish menarik nafas panjang. "Papa, tolong rahsiakan pada semua orang yang Farish pergi bercuti... Farish tak nak ianya sampai ke pengetahuan Tengku Isma, Farish tahu perempuan tu sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Farish, pa...  Irma juga, Farish tak nak dia tahu di mana Farish berada, Farish betul-betul nak tenangkan diri dan nak bersendirian bersama dengan anak Farish. Lagipun Irma sekarang jauh berbeza dari Irma yang Farish kenal dahulu, Farish tak sangka dia langsung tak percaya dengan apa yang Farish terangkan... Farish tak sangka dia sanggup tinggikan suara pada Farish, suami dia yang sah. Farish kecewa sangat. Farish takut jika dia dapat tahu di mana Farish berada, dia akan bagitahu pada Tengku Isma... Farish tak nak itu berlaku!" 

"Baiklah, papa janji papa akan rahsiakan," balas Dato' Radzi Izham dengan tenang.

"Papa, Farish nak papa tahu, mungkin Farish tak lama stay di Perth, mungkin jugak Farish akan ke Sydney, Melbourne, Adelaide, Brisbane dan Darwin jugak. Jadi... Farish tak pasti berapa lama Farish akan pergi. Maafkan Farish, papa... dalam tempoh tu, Farish tak dapat uruskan pejabat. Harap papa..." kata-katanya terhenti.

"Takpe... papa faham, pasal urusan di pejabat, Farish jangan risau, papa ada, papa boleh uruskan. Yang penting Farish balik, jangan langsung tak balik pulak," pintas Dato' Radzi Izham.

"Terima kasih, papa!" Farish bangun seraya memeluk tubuh papanya dengan erat.

Beberapa saat selepas itu, Datin Amie Hamiza datang bersama dengan cucunya, Danish Rayyan dari tingkat atas membawa beg bagasi.
 
"Papa... atok dan nenek tak ikut sekali ke?" Danish Rayyan bertanya seraya melabuhkan duduk di riba Farish.

Farish tersenyum mendengar pertanyaan anak kesayangannya itu. "Danish, atok dan nenek tak dapat ikut, nenek kena jaga rumah ni. Atok pulak kena jaga pejabat, atok kan big boss!"

"Danish jangan nakal-nakal tau! Dengar cakap papa Danish tu!" Dato' Radzi Izham berkata pada cucu kesayangannya itu.

"Hai... belum puas lagi ke nak bersembang tu? Daniel tak dapat lama-lama ni, malam ni ada date! Hehehe... lepas hantar abang ke airport, Daniel akan terus pergi jemput Niqisya!" Daniel Rafeeq yang berdiri terpacak di muka pintu itu menyampuk sambil tersengih menayangkan giginya.

Farish bingkas bangun dari sofa seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan papa dan mamanya seraya diikuti oleh anaknya, Danish Rayyan."Papa, mama, Farish pergi dulu ye!" 

"Baiklah. Jaga diri baik-baik... ingat, solat jangan lupa tau!" Datin Amie Hamiza mengingatkan.

"Bye-bye atok... Danish nak pergi dah ni!" Danish Rayyan pula berkata seraya memeluk peha Dato' Radzi Izham.

"Baiklah.. Danish cakap dengan papa, jangan pergi lama sangat! Nanti atok rindu cucu atok ni!" ujar Dato' Radzi Izham sambil mengusap rambut ikal cucunya itu. "Farish, jaga cucu papa ni baik-baik tau, sampai nanti jangan lupa call papa!" 

"Baiklah papa!" sahut Farish sambil menarik beg bagasi beroda untuk diletak di dalam kereta.

PENERBANGAN Malaysia MH127 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Perth, Australia memakan masa lima jam  dua puluh lima minit itu bagaikan tidak terasa lama. Sepanjang penerbangan itu, Farish hanya mengelamun memikirkan nasib yang menimpa dirinya semenjak tujuh tahun yang lalu. Danish Rayyan pula tidur sepanjang penerbangan itu.

Semasa Farish menunggu teksi di Perth Airport untuk ke hotel penginapannya, Farish sempat menghubungi papanya di Kuala Lumpur.

"Assalammualaikum papa..." Farish memberi salam kepada papanya di dalam talian.

"Waalaikumsalam... Farish dah sampai Perth dah?" Dato' Radzi Izham bertanya.

"Ye papa... baru aje dua puluh minit yang lepas, sekarang tengah tunggu teksi untuk ke hotel."

"Oh... ye ke? Cucu papa macam mana? Dia okey?"

"Danish okey saja ni pa... Happy aje dia. Dalam flight tadi pun dia tidur. Sekarang nampak segar je dia."

"Alhamdulillah... baguslah kalau macam tu. Eh... Farish, papa ada sesuatu nak cakap ni..."

"Apa dia pa?"

"Dua jam yang lepas, Irma ada datang rumah ni... Dia nak jumpa Farish, papa tengok mata dia sembam, mungkin dia lepas menangis agaknya."

"Ye ke? Habis tu, papa cakap apa dekat dia?"

"Papa cakap, petang tadi Farish balik rumah sekejap lepas tu terus keluar bawa Danish sekali, papa sendiri pun tak tahu Farish pergi mana..."

"Lepas tu dia cakap apa?"

"Dia tak percaya, sebab kereta Farish ada di garage, so papa bagi dia masuk rumah periksa sendiri. Kesian pulak papa dengan dia. Benar cakap Farish, dia tak percaya yang ingatan Farish dah pulih. Sehinggalah papa menghubungi Doktor Hazrin, suruh dia datang ke rumah ni dan bawa sekali file rekod kesihatan Farish."

"Lepas tu? Dia masih tak percaya lagi ke?"

"Dia diam, lepas tu menangis. Pada mulanya papa rasa macam nak bagitahu aje dekat dia yang Farish dan Danish pergi Australia, tapi disebabkan papa dah berjanji, papa batalkan niat tu."

"Oh, baguslah, terima kasih papa, Farish memang tak nak siapa-siapa ganggu Farish buat masa ni... Farish kecewa pa, hati Farish sakit, biarlah Farish tenangkan diri ni dulu."

"Baiklah, papa percaya anak papa... Farish jangan tinggal solat, ingat pada Tuhan selalu, nescaya dia akan sentiasa ada bersama dengan kita."

"Baiklah papa, terima kasih! Err... okeylah papa, Farish nak gerak dulu... Assalammualaikum pa..."

"Okey... waalaikumsalam. Jaga diri ya!"

"Okey..."

Talian diputuskan seraya telefon bimbit disimpan semula ke dalam poket seluar jeans hitam miliknya.

Kini Farish dan anaknya, Danish Rayyan dalam perjalanan menuju ke hotel Pan Pacific Perth, Western Australia. Farish melarikan pandangan matanya ke luar tingkap, mindanya menerawang memikirkan si isteri yang ditinggalkan jauh nun di Kuala Lumpur. Ima, maafkan abang. Abang terpaksa pergi buat sementara waktu, abang harap Ima faham abang... 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience