Chapter 33

Romance Completed 17238

USAI makan malam bersama semua ahli keluarganya malam ini, seperti biasa, Dato' Radzi Izham dan anak-anaknya menghabiskan masa berbual di ruangan keluarga di tingkat dua.

"Farish, Daniel... papa ada sesuatu nak diberitahu ni..." Dato' Radzi Izham berkata kepada kedua-dua anak lelakinya itu.

"Apa dia papa?" soal Farish sambil mengerling tepat ke arah papanya itu.

"Yelah... macam serius  aje bunyinya tu," ujar Daniel Rafeeq pula.

Dato' Radzi Izham tersenyum. "Petang tadi papa dah bersemuka dengan Tengku Rashdan. Dia mengaku dia telah mengarahkan anaknya Tengku Qaira untuk curi maklumat dan data-data syarikat," 

"HAH???"

Farish dan Daniel Rafeeq terlopong serentak, begitu juga dengan Irma dan Datin Amie Hamiza turut serta melopong.

Dato' Radzi Izham menjongketkan kening kirinya sebaik sahaja mendapati keempat-empat manusia di hadapannya itu sedang melopong.

"Danish," 

"Ya atok," sahut si cucu yang sedang khusyuk menonton Oggy And The Cockroaches.

"Tolong ambilkan atok spray lalat dekat dapur tu! Kalau tak jumpa, tanya dengan Mak Minah." Dato' Radzi Izham mengarah cucunya sambil tergelak kecil.

"Hah?" Danish Rayyan pula melopong seraya menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Alah... papa ni, nak buat apa dengan spray tu? Mana ada serangga dalam rumah ni..." Farish mula bersuara setelah melopong dari tadi.

Daniel Rafeeq pula sudah mengekek ketawa diikuti oleh Irma dan Datin Amie Hamiza.

"Dah tu, kamu semua melopong aje, risau pulak papa, takut nanti ada nyamuk atau lalat masuk ke dalam mulut korang semua..." jawab Dato' Radzi Izham sambil ketawa. 

"MAAF cik, cik datang nak cari siapa?" Fahrin selaku pengawal keselamatan di banglo Dato' Radzi Izham bertanya kepada seorang gadis sexy yang datang untuk memasuki perkarangan rumah banglo itu.

"Hey! You siapa nak halang-halang I? I nak jumpa boyfriend I, Or should I say, my future husband! Farish!" balas gadis itu dengan angkuh.

"Maaf ye, Encik Farish tak nak diganggu, cik boleh balik sekarang," ujar Fahrin seraya mengangkat tangannya untuk gadis itu pergi.

Gadis itu tetap berdiri sambil memeluk tubuhnya enggan beredar.

"Cik..."

"You, shut up!! You tak ada hak nak halau I," tengking gadis itu.

"Farish!! I tahu you ada dekat dalam!!" tiba-tiba sahaja gadis itu menjerit memanggil nama Farish.

Farish yang sedang bersembang dan bergurau senda dengan keluarganya di ruangan keluarga di tingkat dua rumah itu terdengar suara perempuan menjerit memanggil namanya. Ahli keluarga yang lain juga turut sama mendengar teriakan gadis itu. Mereka semua segera turun ke tingkat bawah untuk meninjau apa yang berlaku.

Fahrin, pengawal keselamatan yang berjaga juga sudahpun berdiri di muka pintu sambil tangannya megusap pipi kirinya.

"Fahrin, apa yang berlaku dekat luar tu? Ini dah kenapa pegang pipi dari tadi ni?" Dato' Radzi Izham bertanya seraya menurunkan tapak tangan Fahrin dari pipinya.

Dato' Radzi Izham terkejut sebaik sahaja mendapati pipi kiri pengawal keselamatan yang berkawal di pintu pagar utama rumahnya itu tercedera.

"Ini dah kenapa sampai luka-luka pipi kau ni Fahrin?" Daniel Rafeeq pula bertanya sambil mencapai kedua bahu Fahrin.

"Perempuan gila tu datang lagi, Tengku Isma," balas Fahrin seraya mengerutkan mukanya menahan sakit. "Dia serang saya dengan kunci kereta," 

"Betina tak sedar diri tu lagi," gumam Daniel Rafeeq seraya menapak keluar untuk bersemuka dengan
Tengku Isma.

Farish yang berdiri di sebelah papanya dari tadi mengerling ke arah isterinya, Irma Syazira yang berdiri di sebelahnya sebaik sahaja mengetahui Tengku Isma berada di luar rumah itu.

Irma Syazira kelu lidah untuk berkata-kata. Hatinya kuat menjerit agar suaminya, Farish tidak melangkah keluar untuk berjumpa dengan Tengku Isma.

"Ima... sayang, abang nak keluar. Abang nak selesaikan semuanya sekarang jugak," ujar Farish seraya menapak ke arah pintu.

Irma Syazira kaku. Abang, tolong janganlah pergi! Hatinya menjerit. Ada genang di tubir matanya ketika itu.

"SAYANG, mana you pergi selama ni? Penat I cari you..." Tengku Isma Fatieha bertanya dengan suara menggoda seraya memeluk pinggang Farish dengan erat.

"Don't... Please don't touch me!" tegas Farish seraya melepaskan pelukan Tengku Isma Fatieha.

"But... but why darling?"

"Tak payah kau nak berdarling-darling dengan aku. Aku jijik dengan makhluk keji macam kau," ujar Farish  dengan nada suara yang agak meninggi.

Tengku Isma Fatueha mengerling ke arah pintu utama banglo mewah itu dan mendapati Irma Syazira baru sahaja menapak keluar. Sepantas kilat jari telunjuknya diarahkan ke arah Irma Syazira. "Ini mesti disebabkan oleh perempuan itu, kan?! Perempuan tu yang menyebabkan You tinggalkan I. Perempuan tu rampas You dari I."

"Dia rampas aku dari kau? Jangan nak buat lawaklah bodoh! Isteri aku tak rampas aku, tetapi kau tu yang sebenarnya rampas hak dia! Isteri aku tak ada kena mengena dengan hal ni, kau jangan nak tuduh sembaranganlah betina!" tengking Farish.

"What?!"

" isteri You? You berkahwin dengan perempuan kolot ni? How come? Look at her... She's nothing! I tak peduli, I nak You ceraikan dia sekarang!"

Pang!!

Kepala Tengku Isma Fatieha terteleng saat pipinya dijamah dengan tamparan maut dari Farish.

"Itu ganjaran untuk kau sebab kau berani memaksa aku ceraikan isteri yang paling aku sayang... yang paling aku rindu selama ni. Tiga tahun aku terpisah dengan isteri aku gara-gara kau!" melantun tinggi suara Farish menengking Tengku Isma Fatieha ketika ini.

Irma Syazira erus mengatur langkah berjalan menghampiri Tengku Isma Fatieha, hatinya terasa sakit sangat bila mendengar permintaan gadis yang berpakaian tak cukup kain itu.

Pang!!

Kini kepala Tengku Isma Fatieha terteleng ke kiri pula akibat tamparan maut dari Irma Syazira pula.

Pijar kedua-dua belah pipinya dek tamparan ganas dari pasangan suami isteri itu.

"Itu pula bayaran dan ganjaran untuk perangai bangsat kau yang merampas suami aku. Ada hati nak kahwin dengan suami aku! Apa, dah tak ada jantan lain lagi ke dekat dunia ni kau nak ambil buat suami, hah? Suami aku jugak yang kau nak?! Selama ni aku berdiam diri, aku tengok aje sebab aku tahu dah tentu Farish marahkan aku jika aku sakitkan kau, sebab masa tu dia tak ingat aku!" Irma Syazira pula meninggikan suaranya pada Tengku Isma Fatieha.

"Hahahaha!" Tengku Isma ketawa besar selepas mendengar kata-kata dari Irma Syazira.

Pang!! 

Sekali lagi tamparan maut dari Irma Syazira mengena sasarannya iaitu tepat di bibir Tengku Isma Fatieha. Sekelip mata ketawa Tengku Isma Fatieha yang menggila itu tadi terhenti. Tak kurang dari itu, tangan Irma Syazira bergerak dengan pantas menyentap seraya menarik dengan kuat rambut panjang mengurai milik Tengku Isma Fatieha menyebabkan gadis itu menggelupur menahan kesakitan.

"Hey! Apa ni main tarik rambut I? Lepaskanlah... sakit!" adu Tengku Isma Fatieha.

"Oh... tahu pulak kau rasa sakit? Tapi kesakitan kena tarik rambut macam ni, tak adalah sesakit yang aku tanggung selama tiga tahun ni," Irma Syazira berkata seraya menggenggam dengan lebih kuat rambut tengku Isma Fatieha.

Keadaan itu berlarutan selama tiga minit.

Semasa kejadian Irma Syazira membelasah Tengku Isma Fatieha itu, tiba-tiba sahaja kereta perodua Myvii milik Niqisya berhenti di hadapan gate utama banglo itu.

Sebaik sahaja Niqisya mendapati sahabat baiknya, Irma Syazira sedang bergelut dengan Tengku Isma Fatieha sambil disaksikan oleh Farish, Daniel Rafeeq, Dato' Radzi Izham dan Datin Amie Hamiza, juga beberapa orang jiran-jiran Dato' Radzi Izham, Niqisya segera menapak keluar dari perut kereta seraya terus menagtur langkah ke arah Irma Syazira dan Tengku Isma Fatieha.

Bukk!!

Serta-merta satu tumbukan padu dari Niqisya dilepaskan tepat ke arah muka Tengku Isma Fatieha menyebabkan hidung gadis itu berdarah.

Semua manusia yang berada di situ terlopong.

"Itu ganjaran untuk kau dari aku, Nurul Niqisya Asyikin, kau ingat aku percaya ke dengan mesej yang kau hantar tu, hah?!"

Bukk!!

Sekali lagi tumbukan padu dilepaskan, kali ini di bahagian perut tengku Isma Fatieha pula.

Berkerut dahi Daniel Rafeeq menyaksikan kekasih hatinya yang juga merupakan bakal isterinya membelasah Tengku Isma Fatieha persis seorang bintang WWE!

"Dan itu ganjaran untuk kau kerana mereka-reka cerita yang kononnya, sekarang kau sedang mengandungkan anak Daniel!" tengking Niqisya lagi.

"What?!"

Daniel Rafeeq melopong besar akibat terkejut dengan ayat-ayat yang baru sahaja menumbuk gegendang telinganya. "Bila masa pulak aku ni boleh bersama dengan Tengku Isma? Bila masa pulak aku tidur dengan perempuan ni?!" 

"Hoi, betina! Kalau betul kau sedang hamil anak Daniel sekarang, dah tentu sekarang ni kau sudah tumpah darah! Tapi mana darahnya? Takkan mengandung tiga bulan kena tumbuk kena belasah masih tak gugur lagi kot?! Hebat dan kuat jugak anak dalam kandungan kau ni ye!" Niqisya berkata. Buku limanya digenggam kuat seperti sedang bersedia untuk melepaskan satu tumbukan sekali lagi.

Tengku Isma Fatieha kelu lidah untuk berkata dan dia perasan akan hal itu seraya bingkas bangun dan berlari menuju ke arah keretanya.

Cepat-cepat pintu kereta dihempas kuat seraya memandu meninggalkan manusia-manusia yang berkerumun di hadapan banglo mewah milik Dato' Radzi Izham itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience