Chapter 5

Romance Completed 17238

IRMA SYAZIRA keluar dari bilik air, segar rasanya selepas mandi dan membasuh rambut. Pagi ini dia hendak mengenakan sepasang baju kurung. Entah kenapa tiba-tiba pagi ni rasa nak mengenakan baju kurung untuk ke pejabat, kalau betul dia berminat dekat aku, aku nak uji dia... adakah dia masih berminat dengan aku jika aku mengenakan baju kurung? Kemudian dia mengeringkan rambutnya dengan pengering rambut. Dia melabuhkan duduk di sisi katilnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar, satu mesej masuk melalui aplikasi WhatsApp. Cepat-cepat dia mengambil telefon bimbitnya yang sudah disimpan di dalam beg tangannya itu, dengan pantas jarinya membuka aplikasi WhatsApp.

"Err... Nombor siapa pulak ni? Unknown number..."

Hi si cantek manis, selamat pagi! ?
~ Unknown Number.

"Eja cantik pun tak betul!" gumam Irma Syazira sambil ketawa kecil. Dia tidak membalas mesej itu sebaliknya dia bingkas bangun dan meraih kunci kereta MyVii yang diletakkan di dalam beg tangannya seraya menapak keluar dari biliknya. "Dah pukul tujuh suku! Aku dah lewat ni! Harap-harap Dato' Radzi tak marah!"

"Irma..."

"Ye, maaf ibu! Ima dah lewat sangat ni! Tak sempat sarapan!" laung Irma Syazira sambil berlari anak untuk mendapatkan ibu dan ayahnya yang sedang duduk bersarapan.

"Kalau ye pun... jamahlah sikit minuman ni hah... kesian ibu kamu tu bangun pagi-pagi menyediakan sarapan untuk kamu tu Irma..." omel Encik Nizam, ayah Irma Syazira.

"Yelah..." balas Irma Syazira ringkas. Dia mengambil cawan yang sudah diisikan dengan air milo panas seraya terus dihirupnya. "Okeylah ayah, ibu, Irma pergi kerja dulu, jumpa lagi petang nanti!"

"Yelah... Hati-hati memandu..." pesan Encik Nizam kepada anaknya perempuannya itu.

"Baiklah ayah. Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam..." balas Encik Nizam dan Puan Zarena serentak.

Ketika Irma hendak memulas kunci untuk menghidupkan keretanya, telefon bimbitnya bergetar sekali lagi, Irma segera mencapai beg tangan yang di letakkan di tempat duduk sebelah. Siapa pulak yang ringan jari sangat hantar mesej pagi-pagi ni? Punat power ditekan dan aplikasi WhatsApp dibuka.  Sekali lagi mesej dari nombor yang sama.

Awark... Selam berkanalan dari saya!
~ Unknown number.

Saya nak kenal dengan awark lebih dekat lagi, boleh ke?
~ Unknown number.

Irma Syazira tergelak kecil sekali lagi sebaik sahaja membaca mesej itu. "Apalah orang ni... Asyik typo aje dia ni! Siapa dia ni? Baik aku tanya siapa dia..."

Belum sampai satu minit Irma membalas mesej itu, sekali lagi telefon bimbitnya bergetar. Sepantas kilat rampas telefon bimbitnya itu disambar.

Selam?? Salam* bukan Selam!
~Irma Syazira

*

AWAK ... bukan awark...  by the way, Boleh saya tahu siapa di sana?
~Irma Syazira.

Peminat awak. ?? okay, kita jumpa di office. Bye.
~Unknown number.

Irma Syazira terlopong. "Jumpa di office? Siapa dia ni??" Dia tertanya-tanya sebelum pandangan matanya tertumpu pada gambar profil milik si penghantar mesej itu.

"What?!  O.M.G! Encik Farish?!" Dengan serta-merta rona kulit wajah Irma Syazira dari putih gebu bertukar kemerah-merahan. Dari mana dia dapat nombor aku? Siapa yang bagi? Kenapa mat saleh tu nak kenal lebih rapat dengan aku? Rasanya aku ni tak ada daya penarik untuk lelaki pun... Ah! Lantaklah malas aku nak fikir, yang penting bagi aku sekarang, kerja... kerja dan kerja! Tak ada masa la nak fikir pasal lelaki! Lagipun aku dah lambat, malas nak melayan! Nanti tak pasal-pasal Dato' Radzi pulak yang datang office dulu dari aku.

Irma Syazira bermonolog sambil kakinya menekan pedal minyak. Dia harus cepat, kalau terlambat, nanti pasti akan tersangkut dengan kesesakan jalan raya.

"ENCIK FARISH ADRIAN... Wah, tak sangka my best friend ni sekarang dah jadi Assistant Manager!" ujar Aryan Syah yang baru sahaja melaporkan diri untuk memulakan tugasnya sebagai pembantu peribadi kepada Farish terus memuji sahabat baiknya itu.

"Jangan puji aku lebih-lebih... okey? Semua ni pun sebab company papa aku, kalau tidak, jangan harap aku nak dapat jawatan ni," Farish berkata.

"Yelah... anak Dato' katakan..." Sengaja Aryan Syah mengusik bos selaku sahabat baiknya itu.

"Baiklah Aryan, apa aktiviti aku untuk hari ni?" Farish bertanya sambil duduk menyandar di kerusi kerjanya itu dan jarinya sibuk menekan keyboard komputer di meja kerjanya.

Aryan Syah segera memeriksa jadual untuk Farish yang sudah disediakan di dalam memo tablet yang diserahkan kepadanya sebentar tadi. Hmm... Bertuah betul kau Farish. "Err... Bos, sebentar lagi, bos ada meeting dengan pengurus Impiana Holdings pukul sembilan setengah pagi, dan selepas itu... bos free sehingga tamat waktu pejabat."

"Aryan, boleh tak jangan panggil aku bos? Aku rasa tak selesa... Panggil aku Farish aje, ataupun kalau nak lebih formal, panggil Encik Farish... Itu pun okey," kata Farish sambil tersegih menayangkan barisan giginya yang putih itu.

"Oh, okey... Farish, eh! Encik Farish!" balas Aryan Syah sambil tersengih.

"Aryan..."

"Ye?"

"Lepas aku habis meeting nanti, aku nak kau tolong aku, boleh?" Farish bertanya sambil tangannya menunjukkan isyarat supaya Aryan Syah mendekatkan jaraknya.

"Tolong apa?" 

"Kau ada idea ke tak?"

"Idea apa?"

"Idea untuk pikat hati gadis melayu," jawab Farish perlahan.

Membulat besar mata dan tersenyum lebar Aryan Syah mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut sahabat baiknya itu. "Wah, kalau yang itu senang aje! Boleh... boleh! Aku boleh tolong!" jawab Aryan Syah berseloroh.

Farish tersengih macam kerang busuk kerana sahabatnya Aryan Syah sudi membantu.

SEMASA Farish dan Aryan Syah berjalan menuju ke bilik meeting, kebetulan pada masa yang sama juga Dato' Radzi Izham diiringi oleh Irma Syazira sedang menuju ke destinasi yang sama.

Serta-merta langkah kaki Farish terhenti dan menyebabkan Aryan Syah yang berjalan di belakangnya secara tidak sengaja terlanggar belakang Farish.

Bukk!!

"Aduh!" Aryan Syah mengaduh sebaik sahaja terlanggar belakang bosnya itu sambil tangannya pantas membetulkan cermin mata miliknya. "Kenapa tiba-tiba berhenti?" Aryan Syah bertanya sambil itu dia mengerling tepat ke arah hadapannya. Seorang gadis cantik, ayu dan manis bertudung dan mengenakan baju kurung berwarna biru, sedang berjalan sambil membawa file di belakang Dato' Radzi Izham. Kini pandangan matanya beralih kepada Farish yang masih berdiri kaku di hadapannya. "Farish? Encik Farish... bos!"

"Ah, ya! Hah... apa?" jawab Farish terkejut.

"Siapa gadis cantik tu?" Aryan Syah bertanya.

"Dia... PA papa..." jawab Farish ringkas.

"Cantiknya awek tu..." puji Aryan Syah sambil anak matanya mengekori gadis di hadapannya itu.

Serta-merta bahu Aryan Syah ditepuk oleh Farish. "Hey! She's mine, okay!"

"What??" Aryan Syah terloppng.

"Dah! Tak payah buat muka macam tu, jom masuk!" Farish mengarah.

Jadi, awek tu ke... yang dimaksudkan oleh Farish tadi? Takpelah... mereka berdua memang cukup sepadan... Farish handsome, tinggi lampai, baik hati... awek tu pulak cantik, ayu, manis, lawa huh! Perfect!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience