Chapter 2

Romance Completed 17238

"IRMA, selepas masa lunch ni, saya nak awak batalkan semua appointment saya."

"Baiklah Dato', tapi... maaf, boleh saya tahu kenapa Dato'?"

"Saya nak jumpa seseorang." Dato' Radzi Izham melabuhkan duduk di sofa bilik pejabatnya sambil mendail nombor telefon seseorang. Alhamdulillah... Tak sangka pencarian selama ni berakhir jugak hari ni. Tak sangka anak aku sendiri yang datang cari aku. Terima kasih Sofea kerana membesarkan anak abang. Dia bermonolog dalam hati sambil menunggu panggilannya dijawab.

"Helo, Farish... Wah, tak sangka anak papa yang dicari-cari selama ni berada di KL! Dan boleh bercakap dalam bahasa melayu pulak, bangganya papa!" ujar Dato' Radzi Izham sambil tersenyum lebar.

"Daddy, Farish dah nak sampai office daddy, maybe dalam masa tiga minit lagi Farish sampai," sahut si anak dalam talian.

"Papa... Farish panggil papa saja," pinta Dato' Radzi Izham sambil tersenyum. Betapa gembira dan bersyukurnya papa dapat mendengar suara anak sulung cari selama ni...

"Okey papa," sahut Farish.

"Okay good. Papa tunggu Farish di lobi ye," balas Dato' Radzi Izham lagi sebelum menamatkan talian.

Dato' Radzi Izham tergesa-gesa keluar dari bilik pejabatnya sebelum ditegur oleh anak bongsunya, Daniel Rafeeq.

Daniel Rafeeq menghampiri papanya yang tergesa-gesa berjalan menuju ke arah pintu lif. "Papa? Nak pergi ke mana tergesa-gesa aje nampaknya?"

Dato' Radzi memegang kedua bahu anaknya Dany. "Papa dah jumpa... papa dah jumpa anak sulung papa! Daniel tahu kan selama ni papa cari dia?"

Daniel Rafeeq mengangguk dan tersenyum. Dia mengerling Dato' Radzi Izham lama kemudian kembali mengukirkan senyuman di bibirnya. "Betul ke ni papa? Maknanya, Daniel betul-betul boleh jumpa dia? Anak sulung papa tu perempuan ke lelaki?"

"Lelaki. Papa tak sangka bekas isteri pertama papa tu menamakan dia dengan nama yang papa pernah cadangkan semasa dia baru disahkan mengandung dahulu!" Dato' Radzi Izham mula bercerita, ada genang di tubir matanya.

"Siapa nama dia, papa?" Dany bertanya.

"Farish, Ahmad Farish Adrian," jawab Dato' Radzi Izham ringkas.

"Okey papa! Jom kita turun bersama-sama, tunggu Abang Farish!"

"Okey, jom!"

Dua beranak itu kini bersama-sama meloloskan diri masuk ke dalam perut lif untuk turun ke lobi.

IRMA SYAZIRA tergesa-gesa turun ke lobi, disebabkan lama menunggu pintu lif terbuka, dia terpaksa turun ke lobi dengan menggunakan tangga.

Sedang Irma Syazira berjalan kaki di hadapan pintu masuk utama lobi, dia mengambil telefon bimbitnya untuk membuka aplikasi WhatsApp. Pada masa yang sama juga, Farish sedang berlari anak kerana dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan papa kandungnya yang sedang menunggu di dalam. Akibat terlampau dahaga, Farish sempat singgah membeli minuman yang dijual oleh peniaga di bahu jalan yang tidak jauh dari menara pejabat milik papa kandungnya, Dato' Radzi Izham.

Pandangan mata Farish tertumpu kepada gadis yang sedang asyik menaip mesej sambil berjalan menuju ke arahnya. Eh... kenapa dengan perempuan ni berjalan mata tak pandang depan. Asyik merenung handphone aje! Gadis itu langsung tidak memandang hadapan, malah semakin asyik merenung skrin telefon bimbitnya. Farish cuba mengelak, namun...

Bukkkk!!

"Auch!" Gadis itu menjerit kuat.

Farish terkejut akibat dilanggar dan mendengar jeritan gadis itu. Kuat giler suara dia ni... berdesing telinga aku! Dengan tidak sengaja air jus yang dibelinya tadi terlepas dari pegangan dan jatuh tertumpah terkena lengan baju gadis itu.

Pangg!!

Tiba-tiba sahaja Irma Syazira menampar pipi Farish dengan kuat.

"Huh?" Farish terpinga-pinga dan sepantas kilat tapak tangannya mengusap pipinya yang ditampar gadis itu. Tiba-tiba aje! Nasib baik kau perempuan... "Sorry! Saya tak sengaja."

"Lah... pandai cakap melayu rupanya! Di mana awak letak mata semasa berjalan, hah?! Main langgar aje... Buta ke apa! Harapkan muka saja lawa, handsome! Tapi mata tu buta!" marah Irma Syazira.

Farish terlopong mendengar kata-kata gadis cantik di hadapannya itu. Dihulurnya tangan untuk membantu gadis itu bangun, namun tangannya ditepis kuat oleh gadis itu. Sepatutnya aku yang marah... tapi dia ni pulak yang lebih-lebih.

Irma Syazira bingkas bangun dan terus berlari masuk semula ke dalam lobi.

Dia yang langgar aku, aku pulak yang kena marah, gerutu hati Farish. Senyuman terukir di bibirnya sambil menggelengkan kepala.

"Farish, kau okey ke? Maaf aku lambat sikit, susah pulak cari tempat parking!" Aryan Syah berkata sambil mulutnya tercungap-cungap.

"Aku okey, jom masuk... papa aku dah menunggu."

Sebaik sahaja mereka berdua menapak menapak masuk ke dalam lobi itu, ramai mata sedang memerhatikan Farish.

"Bro, kau perasan tak? Semua orang memandang ke arah kitalah!" Aryan Syah bertanya. Oh, patutlah! Aku terlupa... patutlah mereka semua memandang ke arah ni. Ni, lelaki yang berjalan di sebelah aku ni mat saleh manalah agaknya?

"Ahmad Farish Adrian."

Tiba-tiba satu suara garau memanggil nama Farish. Serta merta langkah Farish terhenti sebaik sahaja suara garau itu menampar telinganya.

Seorang lelaki dalam lingkungan pertengahan umur berbaju coat hitam cukup kemas memanggil sambil berjalan dengan laju ke arah Farish.

Farish kaku. Matanya sudah mula berkaca. Dia... dia ni papa aku? Ya! Muka dia sebijik! Sama dalam gambar!

Dato' Radzi Izham terus memeluk erat anak yang langsung tidak pernah dijumpainya itu. "Maafkan papa. Farish maafkan papa, nak... papa dah abaikan Farish, papa tak patut lepaskan Sofea disaat dia mengandungkan kamu... Maafkan papa!"

"Papa..." panggil Farish perlahan sambil membalas pelukan papanya. Akhirnya air matanya tewas lalu tumpah jua membasahi pipinya. "Papa... Farish dah lama cari papa, ingin sangat nak jumpa papa..."

Drama pertemuan buat pertama kali di antara dua beranak itu disaksikan oleh Daniel Rafeeq, Aryan Syah dan beberapa orang kaki tangan yang turut berada di lobi ketika ini.

Irma Syazira yang kebetulan baru sahaja menapak keluar dari tandas lobi itu juga turut terpandang big boss Dato' Radzi Izham sedang memeluk lelaki yang dilanggarnya sebentar tadi. "Err... apa yang dah berlaku?" Buntang matanya menyaksikan pemandangan di hadapan matanya itu. "Kenapa Dato' Radzi memeluk lelaki mat saleh tu? Dato' menangis? Hmm... sesuatu ni! Encik Daniel Rafeeq pun ada jugak?"

Setelah hampir lima minit, Dato' Radzi melepaskan pelukannya, disekanya air mata yang mengalir di pipi Farish. "Dah... Farish, dont cry my son! I'll never leave you anymore! Mulai dari saat ini, Farish stay dengan papa, okey?"

Farish hanya mengangguk setuju.

"Attention everyone! Di sini, saya nak memperkenalkan kepada anda semua... anak sulung saya yang saya cari selama ini... Farish, Ahmad Farish Adrian bin Dato' Radzi Izham yang telah dijaga dan dibesarkan oleh arwah bekas isteri pertama saya."

Irma Syazira terlopong semasa mendengar Dato' Radzi Izham memperkenalkan anak sulungnya itu. Biar betul?! Maknanya lelaki yang aku marah dan lempang tadi tu... aduh! Matilah aku kalau diberitahunya dengan Dato' Radzi! Monolog Irma dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience