Chapter 28

Romance Completed 17238

"TENGKU Qaira Alisya Binti Tengku Rashdan... hmm... berani betina murahan macam You ni nak rampas Farish dari I? You betina, tahu tak dengan siapa You bersaing?!" soal Emyra Syafina sambil berdiri berhadapan dengan Tengku Qaira Alisya.

"You? You siapa je? You're nobody! You ingat, I takut dengan you? Farish adalah bakal husband I. Remember that," balas Tengku Qaira Alisya dengan angkuh.

"Bakal husband You?? Huh, kesian... You ni cantik, menawan, tapi sayang, You ni bodoh! Bekas perempuan lain jugak yang You nak kebas!" sahut Emyra Syafina seraya menghampiri Tengku Qaira Alisya.

Pang!!

Tengku Qaira Alisya dengan selamba menampar pipi Emyra Syafina semasa gadis gedik itu menghampirinya. 

Emyra Syafina tidak membalas, sebaliknya dia tersenyum sinis sambil mengerling tepat wajah Tengku Qaira Alisya. "You boleh kahwin dengan Farish, tapi You hanya akan jadi wife dia di alam yang lain!" balasnya seraya mengeluarkan sebilah pisau dari beg tangannya dan dengan pantas dia menikam tepat di perut Tengku Qaira Alisya.

"Arrghhh!!" Tengku Qaira Alisya meraung kesakitan akibat kecederaan yang teruk di perutnya.

Emyra Syafina ketawa kuat melihat Tengku Qaira Alisya jatuh terduduk dan seterusnya tertiarap tidak sedarkan diri di hadapan kereta miliknya. "Tak ada siapa yang boleh rampas Farish dari I! Farish is mine, forever!! Hahah!"

Tengku Qaira Alisya tidak sedarkan dirinya di hadapan kereta miliknya itu.

USAI menziarah pusara arwah isteri pertamanya, Hana. Farish dan anaknya, Danish Rayyan kini dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

"Papa..."

"Ya?"

"Boleh berhenti sekejap tak? Danish rasa nak..."

"Kenapa..."

Belum habis soalan Farish pada anaknya itu, kini Danish Rayyan sudah tidak dapat menahan. Habis kotor bajunya kotor terkena muntah.

"Ya Tuhan... kenapa dengan anak papa ni?" soal Farish terkejut seraya memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia segera memapah Danish Rayyan keluar dari perut kereta.

"Anak papa ni tak sihat ke?" soal Farish seraya tapak tangannya mengusap lembut dahi, leher dan tubuh anaknya itu. "Panas badan Danish ni. Kesian anak papa ni demam... Takpe, lepas ni kita singgah  Ipoh, kita pergi klinik ye!"

Danish Rayyan mengangguk.

Farish segera menanggalkan baju T-shirt hitam dari tubuh anaknya yang sudah kotor terkena muntah seraya diganti dengan T-shirt yang baru. 

Semasa Farish dan anaknya berjalan kaki dari klinik untuk ke arah keretanya yang diparkir di hadapan klinik itu, tiba-tiba Farish terasa bahu kirinya di sentuh oleh seseorang. Siapa yang main sentuh-sentuh bahu ni? 

"Hai sayang! You buat apa dekat sini?"

Sebaik sahaja Farish mendengar suara yang sangat di bencinya menumbuk gegendang telinganya itu. Serta-merta perasaan benci dan marah menguasai dirinya. Perempuan ni lagi! Hai... apalah nasib aku boleh jumpa dia pulak di sini? Matanya mencerlung merenung dirinya dengan renungan maut. Nasib baiklah tempat ni ramai orang, kalau tidak, confirm  muka kau dah makan tapak tangan aku! "Kau?! Kau buat apa di sini? Boleh tak kau  tak payah muncul depan mata aku lagi?" 

"Alah sayang... inilah dinamakan jodoh, tak gitu?" jawab Syarifah Syafina dengan nada menggoda. Dia seperti biasa tanpa segan silu memaut lengan kekar Farish seraya melentokkan kepalanya di bahu Farish.

"Emyra!" panggil Farish dengan suara yang agak meninggi.

"Yes darling?" sahut Syarifah Syafina seraya merapatkan lagi bibirnya di leher Farish.

"Tolong lepaskan pegangan tangan kau! Sebelum aku datang hantu! Kau tak nampak ke anak aku dekat sebelah ni? Anak aku tak sihat!" tegas Farish.

"Alah... You ni asyik pentingkan anak You dari I. Biarlah budak tu sakit! Lebih baik budak tu mati lagi bagus! Tak adalah yang nak menyusahkan You lagi lepas ni... Dan I pun pasti akan dapat layanan istimewa dari You!" balas Syarifah Syafina selamba.

Sebaik sahaja Syarifah Syafina menghabiskan kata-katanya, sepantas kilat pegangan tangan gadis itu disentak dengan kuat menyebabkan pegangannya terlepas dan serta-merta juga Farish menolak tubuh gadis langsing itu dengan kuat menyebabkan gadis itu jatuh terjelupuk di atas lantai simen.

"Auchh!! Farish! Kenapa You tolak I?!" 

"Syafina, anak aku ni adalah nyawa aku, jantung aku. Kalau dia mati, aku jugak akan mati! Kalau aku tak mati pun, belum tentu lagi aku nak pilih untuk hidup dengan perempuan yang tak bertamadun dan tak bermaruah macam kau! Kau langsung tak layak untuk aku!" tengking Farish seraya mengatur langkah menuju ke arah kereta Range Rover Velar miliknya.

SEBAIK sahaja Farish dan anaknya Danish Rayyan meloloskan diri ke dalam perut kereta, Danish Rayyan mengerling papanya lama. Farish menaikkan keningnya sebaik sahaja mendapati dirinya direnung lama oleh anaknya itu.

"Kenapa renung papa macam tu?" Farish bertanya.

"Papa, siapa mak cik tu tadi? Kenapa dia nak Danish mati?" soal Danish Rayyan ingin tahu.

Farish tergamam mendengar soalan anaknya itu. Direnungnya wajah polos anaknya itu lama, ada genang di tubir matanya kini. Cepat-cepat tangan kirinya mencapai serta mengusap lembut kepala Danish Rayyan yang duduk di kerusi penumpang di sebelah pemandu. "Danish... dah, jangan difikirkan sangat apa yang perempuan gila tu cakapkan." 

Semasa Farish hendak menekan pedal minyak keretanya itu, telefon bimbitnya yang disimpan di dalam poket seluarnya bergetar menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi WhatsApp. Cepat-cepat Farish mengeluarkan telefon bimbitnya seraya membuka aplikasi WhatsApp dan senyuman terukir di bibirnya. Sepantas kilat Farish membalas mesej itu.

Waalaikumsalam...
Maaf, saya tak nak diganggu buat masa ni.
Tolong faham!

By the way...

Sekarang** bukan sekerang!
Kali** bukan kaki!
~Irma Syazira. 

Maafkan saya... Saya banyak buaya salah pada awak. 
~Ahmad Farish Adrian. 

Saya nak jumpa awak, saya ada surprise untuk awak... Please... 
~Ahmad Farish Adrian. 

Buaya??? Dari mana datangnya buaya pula ni? Tapi takpalah... Awak memang buaya pun sekarang ni kan?
~Irma Syazira. 

Malaslah nak jumpa awak... Tak payah nak surprise sangat! Saya dah tahu apa surprise awak tu!!
~Irma Syazira. 

Maaf, saya typo! Buat** bukqn buaya ok?
~Ahmad Farish Adrian. 

Apa maksud  Awak dah tahu? Kalau awak dah tahu, cuna awak cakap apa surprise yang saya nak bagi awak?
~Ahmad Farish Adrian. 

Kalau dah raja typo tu, memang typo jugak!
Bukan**
cuba**
~Irma Syazira. 

Tak ada maknanya saya nak cakap! Dah, jangan ganggu saya! Bye!! ??????
~Irma Syazira. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience