Chapter 12

Romance Completed 17238

PETANG ini, Dato' RIadzi Izham dan Datin Amie Hamiza baru sahaja balik dari bertemu dengan kedua ibu dan ayah Irma Syazira, Encik Ahmad Nizam dan Puan Zarena.

Duduknya dilabuhkan di atas sofa Fabrik berwarna biru dengan corak bunga lavender di ruang tamu banglonya itu. Dato' Radzi Izham menarik nafas lega kerana lamarannya diterima oleh Encik Ahmad Nizam dan Puan Zarena. "Alhamdulillah, syukur... nampaknya anak sulung abang tu akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya jugak nanti."

"Saya harap dia akan terima keputusan abang tu," jawab Datin Amie Hamiza seraya melabuhkan duduk di sebelah suaminya itu.

"Abang yakin dia akan terima, Amie. Dalam satu bulan ni abang perhatikan si Farish tu, beriya-iya benar dia dengan si Irma tu. Kesian abang tengok dia cuba mengorat si Irma tu, tapi asyik tak berjaya aje dalam misinya." Dato' Radzi Izham berkata sambil tersenyum.

"Kalau dah macam itu, baguslah..." sahut Datin Amie Hamiza sambil mengerling suaminya yang khusyuk bermain dengan telefon bimbitnya itu. "Abang bermesej dengan siapa tu?"

"Aryan, pembantu peribadi Farish." jawab Dato' Radzi Izham ringkas. "Katanya ada kekecohan berlaku di pejabat masa selepas lunch tadi. Anak tiri kakak awak tu datang buat kacau semasa Farish sedang memberi bunga kepada Irma, tiba-tiba dia muncul buat onar!"

"Ye ke?" soal Datin Amie Hamiza.

Dato' Radzi Izham hanya mengangguk.

"Apa nak jadilah dengan budak tu? Kak Long ni pun satu, perangai sama aje, tak ubah! Kekadang Amie boleh terfikir yang Aliza tu seolah-olah anak kandung Kak Long sendiri ajelah..." marah Datin Amie Hamiza.

Jeda buat seketika.

"Abang, Amie nak minta maaf, kalau tak disebabkan Amie dan Kak Long dua puluh enam tahun yang lalu, abang pasti masih bersama dengan Akak Sofea dan abang pasti dapat membesarkan Farish di depan mata abang sendiri. Maafkan Amie ye abang. Amie berjanji akan layan Farish macam anak kandung Amie sendiri sama macam layanan Amie pada Daniel. Amie janji," ujar Datin Amie Hamiza panjang lebar.

Dato' Radzi hanya mengeluh dan menarik nafas panjang seraya menyandar di sofa itu, matanya sudah menampakkan pantulan cahaya dari air matanya. Sofea... maafkan abang. "Takpelah Amie, perkara dah lepas dan suratan takdir untuk abang bersama Sofea tidak berpanjangan. Abang terima dengan redha. Lagipun abang bersyukur, satu-satunya anak abang dengan arwah Sofea sekarang sudahpun kembali bersama dengan abang. Abang bersyukur sangat."

Beberapa minit selepas itu, Range Rover Velar milik Farish berhenti di garage serta diikuti kereta Honda accord milik Daniel Rafeeq dan beberapa saat selepas itu Farish dan Daniel Rafeeq sudahpun berdiri tegak di hadapan pintu.

"Assalammualaikum. Selamat petang papa, mama!" ucap Farish seraya melabuhkan duduk di hadapan papa dan mamanya itu. Bukan ke pagi tadi papa cakap dia outstation ke? Takpelah, baguslah kalau papa ada kat rumah.

Daniel pula melabuhkan duduk di sebelah papanya.

"Papa, bukan ke pagi tadi papa cakap hari ni papa outstation ke?" Faris bertanya sambil mengerutkan dahinya.

Dato' Radzi tersenyum mendengar pertanyaan anak sulungnya itu. "Tak, sebenarnya papa tak outstation pun. Sebenarnya papa dan mama hari ni pergi jumpa orang tua Irma."

Farish terlopong.

"Papa dan mama buat apa jumpa Encik Ahmad Nizam dan isteri dia?" Daniel Rafeeq pula bertanya ingin tahu.

"Sebelum itu, papa nak tanya dulu, apa cerita office hari ni? Macam mana budak tu boleh masuk office?" Dato' Radzi bertanya dengan tegas.

Daniel Rafeeq sudahpun menggaru kepalanya yang tidak gatal, sesungguhnya dia tidak tahu kerana ketika kejadian itu, dia tiada di pejabat. Hai si gedik tu datang buat onar lagi ke?

"Takpe... papa dah tahu apa yang berlaku... Aryan dah ceritakan semuanya pada papa," ujar Dato' Radzi Izham kepada dua anak bujangnya itu.

"Papa, so... papa dan mama buat apa pergi jumpa orang tua Irma?" Farish bertanya.

Dato' Radzi mengerling Farish lama dan selepas itu dia tersenyum.

Dah kenapa dengan papa aku ni?

"Farish, papa dan mama pergi meminang Irma untuk Farish..." ujar Dato' Radzi Izham sambil memberikan senyuman buat anak sulungnya itu.

Farish terlopong.

"Dan kedua-dua orang tua Irma jugak dah setuju... majlis perkahwinan kamu berdua pulak... kami berempat sudahpun sebulat suara akan melangsungkannya dalam masa sebulan dari sekarang." Datin Amie Hamiza pula mencelah.

Kali ini senyuman terus terukir di bibir Farish. "Betul ke ni papa, mama?"

Farish bingkas bangun dan terus mendapatkan papa dan mamanya itu. Dia memeluk kedua orang tuanya dengan erat. "Terima kasih papa! Terima kasih mama!"

"Macam mana papa dan mama tahu yang Farish sukakan Irma?" soal Farish pada papa dan mamanya pula.

"Papa sebenarnya dah lama tahu yang anak papa ni dah lama jatuh hati dengan Irma tu. Lagipun papa nampak Farish dan Irma memang cukup sepadan. Irma tu suka dekat Farish, dia pernah terlepas cakap di hadapan papa tempoh hari. Sebab tu papa suruh dia temankan Farish pergi ke Terengganu dulu tu... papa sengaja nak bagi korang berdua berkenalan dengan lebih rapat lagi," cerita Dato' Radzi Izham panjang lebar.

"Betul ke ni papa? Terima kasih papa! Terima kasih mama!" balas Farish gembira.

"Wah, tahniah ye abang! Tercapai jugak cita-cita abang untuk memiliki Irma tu ye," usik Daniel Rafeeq seraya menepuk bahu Farish.

"Err... Papa, mama, abang, Daniel nak naik ke atas dulu ya, nak mandi. Makan malam nanti panggil Daniel tau!" ujar Daniel Rafeeq seraya berlari anak memanjat tangga untuk ke biliknya di tingkat atas.

"EEE... sakitnya hati aku! Berani dia tampar anak aku!" marah Puan Zuria sebaik sahaja anak tirinya  mengadu tentang kejadian di pejabat Mahligai Sakti petang tadi.

"Mommy! I tak peduli! I akan dapatkan Farish jugak nanti!" balas Aliza sambil memuncungkan bibirnya itu.

"Ada idea ke?" soal Puan Zuria pada Aliza yang sedang duduk di sebelah Hareez.

"Mak Cik, kali ni saya yakin Aliza akan dapat rampas si Farish tu dari Irma. Saya ni jugak akan pastikan Irma akan menjadi milik saya semula Mak Cik!" Hareez berkata.

"Bila korang nak mula?" soal Puan Zuria. Kau tunggulah Radzi, aku akan rampas segala kekayaan kau!

"Tunggu masa yang sesuai Mak Cik," balas Hareez ringkas.

"Tapi, I nak sekarang!" Aliza mencelah.

"Tunggu, aku ada rancangan! Kalau korang nak, korang kena ikut rancangan aku!" Puan Zuria pula mencelah.

"Kenapa boleh jadi macam ni? Ayah dan ibu ni... aku baru aje nak mulakan sesi mogok aku taknak tegur Encik Farish tu. Tengok-tengok sekarang dia dah jadi bakal laki aku pulak!"Irma bermonolog seraya menghempaskan tubuhnya di atas katilseraya menyambar bantal dan sepantas kilat dia menumbuk-numbuk bantal itu. "Benci... benci... benci!!"

Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil di sebelah katilnya itu disambar dan aplikasi Whatsapp dibuka. Ada lima mesej dari Farish, bakal suaminya menubggunubtuk dibuka.

Assalammualaikum Irma... awak okay ke?
~Ahmad Farish Adrian.

Awak, saya ihlas bagi bunga untuk awak... saya harap awak terima saya. Saya dah lama sukakan awak Irma.
~Ahmad Farish Adrian.

Awak... terima kasih sebab parent awak sudy terima saya...
~Ahmad Farish Adrian.

Awak... hmm... senyap aje? Okaylah mungkin awak marahkan saya. Saya harap awak tak percaya dengan apa yang Aliza chakap di pejabat siang tadi. Percayalah... saya tak buat seperti apa yang dia cakap!
~Ahmad Farish Adrian.

Irma, takpelah. Saya faham, mesti awak bencikan saya. Maaflah kalau saya ganggu hidup awak. Selamat malam. ????
~Ahmad Farish Adrian.

Irma memuncungkan bibirnya seraya telefon bimbitnya diletakkan semula di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya itu. "Merajuklah konon! Lantak kaulah sana malas aku nak layan! Menaip ayat pun banyak yang typo!"

Comforter ditarik seraya matanya dipejam, cuba untuk tidur.

FARISH melabuhkan duduk di birai katil, jarinya sibuk menguis skrin telefon bimbitnya menunggu balasan mesej dari insan yang disayangi, bakal isterinya. matanya mengerling tepat ke arah skrin telefon bimbit itu.  "Mana Irma ni? Takkan dia masih marahkan aku lagi? Aku bukannya ada buat kesalahanapa-apa pun. Yang dia mudah sangat nak percaya dengan kata-kata perempuan tu dah kenapa?"

Beberapa saat selepas itu, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada panggilan masuk, berkerut dahi Farish semasa mengerling nombor si pemanggil. "Siapa pulak yang call ni? Lain yang aku tunggu, lain pulak yang datang."

"Helo, siapa di sana?" soal Farish ingin tahu.

"Helo Encik Ahmad Farish Adrian bin Dato' Radzi Izham. Mungkin kau kenal jika aku cakap aku adalah bekas Assistant Manager di Syarikat Mahligai Sakti Holdings," sahut si pemanggil.

"Encik Hareez?" soal Farish ringkas.

"Tepat sekali. I've something to discuss with you.. Jemputlah datang ke rumah aku sekarang, lepas ni aku share location kat kau," balas Hareez di sana.

"Kau nak bincangkan apa? Cakap sajaah..." ujar Farish malas.

"Urgent! Kalau kau tolak, kau akan rugi besar! Aku tunggu kau!"

Apa sebenarnya rancangan kau ni Hareez?

"Okey, sekejap lagi aku datang sana..." balas Farish seraya mematikan talian.

Kunci Range Rover Velar diambil seraya bingkas bangun dari katil, baju T-shirt berwarna biru disarungkan ke tubuhnya seraya menapak keluar dari biliknya. Semasa dia sedang menuruni tangga, dia berselisih dengan papanya.

"Farish nak pergi ke mana malam-malam ni?" Dato' Radzi Izham bertanya.

"Farish nak pergi jumpa seseorang sekejap, papa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience