Chapter 6

Romance Completed 17238

"ARYAN, jom ikut aku..."

"Nak pergi mana?"

"Pergi lunch dan aku nak kau tolong aku. Jom!" arah Farish.

"Okey..." sahut Aryan Syah perlahan seraya bingkas bangun dari kerusinya. Hai... ke manalah Farish nak bawa aku lunch ni?

Tengah hari ini Farish dan Aryan makan tengah hari di restoran yang menjadi tumpuan kakitangan Mahligai Sakti Holdings untuk menjamu selera. Suasana agak sesak ketika ini. Meja makan hampir penuh. Disebabkan tubuh Farish yang tinggi lampai itu, Farish berjaya mengesan meja kosong yang berada di sudut tepi dinding yang bersebelahan dengan tiga orang gadis yang sedang duduk menunggu pesanan mereka dihidangkan.

"Farish, ada tak tempat kosong?" tanya Aryan Syah.

"Ada! Jom ikut aku!" sahut Farish.

"Okey bos!"

Ketika Farish hendak melabuhkan duduknya di kerusi itu, pandangan matanya melekat kepada gadis idamannya yang tepat-tepat duduk di sebelah tempat duduknya. Irma Syazira seperti biasa ditemani oleh Nadia dan Niqisya.

"Eh, Encik Farish!" tegur Niqisya seraya memberikan senyuman kepada Farish.

Farish tidak menjawab, tetapi dia memberikan senyuman, namun matanya tetap melekat pada Irma Syazira. "Awak bertiga dah order makanan ke belum?"

"Err... sudah Encik Farish," sahut Nadia sambil tersengih.

"Oh, okey, tengah hari ni saya belanja awak bertiga," Farish berkata sambil tersenyum.

"Wah... Betul ke ni?" sampuk Aryan Syah.

Farish mengangguk. Aryan ni... buat-buat lupa pulak? Bukankah dia yang begi idea ini tadi?! Farish mengerling Irma Syazira yang duduk ambil bermain-main dengan jari-jemarinya. "Irma, kenapa awak senyap je?"

"Yelah! Irma ni... tadi bukan main banyak celoteh," sampuk Nadia.

"Hmm...  tak... tak ada apa, terima kasih ye... sebab sudi belanja kita orang bertiga ni," jawab Irma Syazira. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Farish yang duduk di sebelahnya seraya memberikan senyuman manis buat Farish.

Farish terpaku dengan kecantikan dan senyuman yang terukir di bibir gadis itu. Cantiknya... Harapnya dia ni akan jadi milikku satu hari nanti! Farish masih terpaku dan matanya masih mengerling Irma Syazira sehinggakan pelayan restoran yang berdiri di sebelahnya untuk mengambil pesanan pun dia tidak perasan.

"Farish... Encik Farish? Bos!!" Aryan Syah memanggil Farish tetapi tiada respon sehinggalah dia menepuk bahunya barulah Farish tersedar dari lamunannya.

"Ah, ya Aryan! Ada apa?"

"Tu... Farish nak order makanan apa?" soal Aryan Syah sambil bibirnya dijuihkan ke arah pelayan restoran yang berdiri di sebelah bosnya itu. Tahulah awek cantik duduk kat sebelah tu...

"Oh, ya! Maaf. Urmm... saya nak makanan sama seperti yang mereka yang duduk di meja sebelah ni pesan," ujar Farish ringkas.

Aryan Syah terlopong. Biar betul bos aku ni? Entah apalah yang awek tiga orang ni pesan tadi? Ah, takpelah asalkan dia bayar dah le... Takpe... makan free!

"ARYAN, Farish ada di dalam bilik dia tak?" Dato' Radzi Izham bertanya. "Saya suruh dia masuk pejabat saya tadi, tapi sampai sekarang tak masuk-masuk lagi."

"Ah, Dato'... Farish... dia... dia..." Aryan Syah teragak-agak.

"Kenapa dengan Farish?" soal Dato' Radzi Izham risau. Batang hidung dia pun tak nampak ni...

"Err... Farish pergi toilet, Dato'. Dia sakit perut katanya, dah tiga kali dia keluar masuk toilet, Dato'." Aryan Syah berkata sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Pulak dah... Takpe, nanti suruh dia jumpa saya di dalam bilik saya, okey?" Dato' Radzi mengarah.

Aryan Syah mengangguk. "Baiklah Dato'."

Sebaik sahaja Dato' Radzi Izham kembali ke biliknya semula, Aryan Syah menarik nafas lega. "Fuh... nasib baik dia tak tanya macam-macam lagi tadi, kalau tak... pasti aku kena marah sebab biarkan anak dia makan makanan yang pedas-pedas masa lunch tadi... confirm!" Tangannya sibuk menyusun fail-fail yang perlu diletakkan di atas meja Farish sebentar lagi.

"Aryan!"

"Kussemangat! Terkejut aku!" Aryan Syah terperanjat sebaik sahaja melihat Farish yang tiba-tiba berdiri terpacak di hadapan mejanya itu seperti cacing kepanasan. Dia bingkas bangun seraya mengusap dahi Farish yang sudah basah lencun dengan peluh itu. "Kau okey tak ni, Farish?"

"Aku okey, cuma perut ni masih menggelodak lagi..." jawab Farish sambil tangannya mengusap perutnya.

Aryan Syah tergelak kecil. "Itulah... dah tahu diri tu tak biasa makan makanan yang pedas..."

"Aku mana tahu apa yang mereka bertiga tu pesan tadi... kalau aku tahu awal-awal, tak nak aku order tadi," pintas Farish.

"Itulah kau... Kenapa tak nak tanya dulu?" sambung Aryan Syah lagi.

"Aku tahu aku silap..." jawab Farish perlahan.

"Oh ya, sekejap tadi Dato' datang, dia cari kau," pintas Aryan Syah.

"Ye ke?"

"Yes... dia suruh kau jumpa dia di dalam bilik dia."

"Sekarang ke?" Papa nak apa e? Oh ya!  Terlupa... tadi dia ada pesan. Haish!  Macam am mana boleh lupa?

"Yes my boss."

"Okay, err... jangan lupa letakkan fail-fail tu di atas meja aku, lepas ni aku nak check. Aku nak pergi jumpa papa sekejap," ujar Farish seraya berjalan menuju ke bilik papanya, Dato' Radzi Izham.

PINTU bilik pejabat papanya diketuk tiga kali. Tangan kiri Farish masih menahan perutnya yang masih menggelodak. Berkerut dahinya menahan rasa kesakitan di perutnya itu. Harap-harap papa tak perasan!

"Masuk."

Setelah mendengar suara garau papanya dari dalam, cepat-cepat tombol pintu dipulas dan daun pintu itu dikuak ke dalam. "Papa, papa nak jumpa Farish ke?"

"Ye, eh? Farish okey ke tak ni? Muka pucat aje tu..." Dato' Radzi Izham bertanya. Risau dia melihat keadaan anaknya itu.

Farish melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja papanya. Tangannya masih menekan-nekan perutnya yang masih menggelodak. "Farish okey sajalah papa, cuma sakit perut je."

"Farish makan apa masa lunch tadi? Sampai boleh sakit perut?" soal Dato' Radzi Izham pula. Risau dengan kesihatan anak sulungnya itu.

"Lunch tadi... Farish makan nasi... lepas itu lauk ikan masak kari dan lepas itu makan ulam. Ulam apa Farish lupa dah papa... Tapi sambal dia pedas," cerita Farish panjang lebar sambil mengerutkan dahinya itu.

Dato' Radzi Izham tersenyum. "Patutlah... Farish tu bukannya biasa makan makanan yang pedas-pedas macam tu. Betul kan apa yang papa cakap ni?"

"Hehe... ye papa," jawab Farish sambil tersengih. "Tapi Farish nak cuba jugak,  papa... Tu yang Farish try order menu-menu itu tadi." Dia cuba untuk berselindung dari sebab yang sebenarnya.

"Kalau nak cuba tu boleh... tapi cuba sikit-sikit..." sahut Dato' Radzi Izham pula.

"Baiklah papa. Ni ada apa papa nak Farish jumpa papa?" Ada projek terbaru ke? Dia cuba meneka dalam hati.

Dato' Radzi berdehem kecil. "Farish, esok papa nak Farish pergi ke Terengganu. Papa nak Farish pantau satu projek yang sedang berjalan di sana... Flight pergi pagi dan balik malam."

"Okey... Maknanya esok Farish dan Aryan kena terus ke Airport ye?" Farish bertanya.

"Tak... Farish pergi bukan dengan Aryan, papa nak pinjam PA Farish tu untuk esok."

"Habis tu? Farish kena pergi seorang diri ke papa?" soal Farish kepada papanya. Dia bingung. Aduh, susah ni... aku masih belum tahu lagi selok belok negara ni!

Dato' Radzi tersenyum. "Farish tak pergi seorang diri... jangan risau, papa takkan biarkan anak papa ni pergi seorang diri. Nanti sesat pulak Farish, kan jadi satu kerja nak mencari Farish," balas Dato' Radzi Izham sambil tersenyum.

"Habis tu, Farish pergi dengan siapa, papa?" soal Farish ingin tahu.

"Irma."

Farish terlopong sebaik sahaja papanya menyebut nama gadis yang menjadi idamannya itu. Wow! Aku bermimpi ke sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience