Chapter 19

Romance Completed 17238

TEPAT  jam dua belas lima minit tengah malam, kereta Range Rover Velar tiba dan diparkir di dalam garage, dua minit selepas itu Farish masuk ke dalam rumah sambil mendukung anaknya, Danish Rayyan yang sudah terlena.

"Farish, baru balik?" tanya Dato' Radzi Izham yang duduk di ruangan keluarga sambil menonton nightline di TV3 itu bertanya.

"Err...  ye papa. Maaf terlewat," jawab Farish sambil menoleh ke arah papanya itu. Kalaulah papa tahu apa yang berlaku di Alamanda tadi... pasti dia sedih dan risau.

"Okey takpe... Papa tak marah. Err... Farish, lepas ni, boleh papa bincang dengan Farish tak?" Dato' Radzi bertanya.

"Boleh aje papa, tapi tunggu sekejap ye, Farish nak hantarkan Danish ni ke dalam bilik dulu ya," jawab Farish dengan tenang.

Dato' Radzi Izham mengangguk setuju.

Farish segera memanjat tangga untuk ke biliknya di tingkat atas untuk membaringkan anaknya yang sudah terlena itu di atas katil di dalam biliknya. Setibanya dia di dalam bilik tidurnya, dengan perlahan Farish membaringkan Danish Rayyan di atas katil bersaiz king itu seraya dahi anaknya itu dikucupnya lembut. "Selamat malam sayang," ucapnya sebelum keluar dari bilik tidurnya itu untuk turun ke tingkat bawah di mana papanya sedang menunggu.

Duduknya dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan papanya yang sedang menonton televisyen itu. "Papa..."

"Farish, betul ke hari Ahad minggu depan... Farish nak balik ke Cameron Highland?" soal Dato' Radzi Izham serius.

Farish terdiam dan terus tertunduk.

"Papa tanya ni sebab... semasa Farish bawa Danish pergi jalan-jalan tadi, papa sempat menghubungi adik kamu si Daniel. Kata dia, urusan Hotel The King, semuanya sudahpun selesai, dia boleh handle. Lagipun hari Sabtu minggu depan, Daniel dan ayah mertua Farish balik Kuala Lumpur," cerita Dato' Radzi Izham panjang lebar. "Kalau Farish ada masalah dengan Irma, boleh Farish ceritakan dekat papa? Mana tahu papa boleh tolong..."

Farish masih mendiamkan dirinya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Matanya juga sudah berkaca ketika ini.

Dato' Radzi Izham perasan dengan riak wajah anak sulungnya itu. Cepat-cepat tangannya meraih bahu Farish seraya dipeluknya dengan erat. Serta-merta juga esakan dari anaknya itu kedengaran didalam pelukannya. Diusap-usapnya belakang badan Farish."Nak, kalau ada masalah, luahkan saja pada papa, papa sedia mendengar."

"Papa, kenapa Farish tak mati aje empat tahun yang lepas, papa? Semasa Farish kena langgar tu? Apa guna Farish hidup di dunia ni, papa... apa guna Farish hidup jika orang-orang yang Farish sayang pergi tinggalkan Farish?" luah Farish bersama esakannya itu.

"Farish... Tak baik cakap macam tu. Ajal maut itu ketentuan Tuhan..." Sesungguhnya Dato' Radzi Izham berasa sangat bersalah kepada anak sulungnya itu.

"Mula-mula mommy, lepas tu Atok Stefan, dan Auntie Jessica. Mereka pergi tinggalkan Farish... Farish rindu mereka bertiga... Terutamanya mommy... Kalau Farish mati empat tahun yang lalu, mungkin Farish sudah berjumpa dengan mereka.  Sekarang isteri Farish jugak turut pergi tinggalkan Farish..." luah Farish lagi di dalam pelukan papanya itu.

Dato' Radzi Izham juga sudah mengalirkan air matanya sambil memeluk anaknya dengan lebih erat. Dia juga kelu lidah untuk berkata dan menjawab pertanyaan anaknya itu.

"Papa, apa salah Farish, pa? Kenapa ramai yang benci dengan Farish? Mak Long bencikan Farish, apa salah Farish pada Mak Long? Sekarang ibu dan ayah Irma, mereka jugak bencikan Farish... Apa salah Farish?! Farish terkilan. Empat tahun yang lalu, mereka tak pernah buat Farish macam ni... Farish tahu mereka marahkan Farish sebab kejadian malam tu, tapi Farish tak buat semua tu. Farish kena perangkap! Sekarang Irma pulak tipu Farish, dia kata dia tunggu Farish selama ni. Tapi, kenapa sekarang dia tiba-tiba nak berkahwin dengan orang lain? Kenapa bukan Farish! Farish sedar, Farish ni seorang yang bodoh! Lurus bendul... adakah Farish lahir di dunia ni hanya untuk dibenci!? Farish juga ingin di kasihi, ingin dicintai!"

Farish meluahkan semua isi hatinya yang disimpannya selama ini di dalam pelukan papanya sehinggakan Dato' Radzi Izham tidak tahu nak berkata apa-apa, kini cuma esakan berbalas esakan sahaja yang kedengaran. Terhenjot-henjot bahu Farish di dalam pelukan Dato' Radzi Izham ketika ini.

Melihatkan keadaan anaknya seperti itu, Dato' Radzi Izham terpaksa membuat keputusan untuk menyampaikan berita gembira untuk anaknya itu. Kesian anak aku... Tak sanggup rasanya biarkan dia dibelenggu kekecewaan seperti ni.  "Farish, dengar apa yang papa nak cakapkan ni, kalau nak diikutkan... kami nak buat surprise untuk Farish."

Farish masih lagi melayan perasaannya di dalam pelukan papanya itu.

"Farish... yang sebenarnya, hari Ahad minggu depan tu..." Dato' Radzi Izham berhenti dari berkata-kata kerana melihatkan keadaan Farish yang mesih melayan perasaan sendunya sambil menguatkan pelukannya pada dirinya.

"Papa, janji dengan Farish, pa... jangan tinggalkan Farish lagi, papa... Sekarang Farish cuma ada papa sorang saja di dunia ni. Cuma papa satu-satunya tempat untuk Farish berpaut." Kata Farish di dalam esakannya itu. "Farish sedih sangat masa papa halau Farish empat tahun yang lalu, Farish tak ada tempat untuk di tuju masa tu. Farish..." kata-katanya terhenti.

"Papa janji, papa takkan ulangi kesilapan lama papa. Kali ni, cuma ajal saja yang dapat memisahkan papa dengan anak papa ni." pintas Dato' Radzi Izham. "Dah, jangan diungkit kisah lama. Kita buka buku baru ya?"

"Hmm..." balas Farish sambil menganggukkan kepalanya yang masih kemas di dalam dakapan papanya itu.

"Farish... Sebenarnya kami sudah membuat keputusan untuk mengahwinkan Farish dengan Irma pada hari Ahad minggu depan. Bakal suami Irma tu adalah Farish... bukannya orang lain..." Dato' Radzi Izham tidak sanggup melihat anaknya bersedih dan disebabkan itu juga, dia terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Farish  pada malam itu juga.

Farish terkejut mendengar kenyataan papanya itu dan serta-merta pelukannya dilepaskan. Papanya direnung lama.

Dato' Radzi tersenyum sambil menyeka air mata yang membasahi pipi anaknya itu.

"Papa, bet... betul ke apa yang papa cakap ni?" soal Farish inginkan kepastian.

"Ye... betul, petang tadi mesti Farish pelik, kan? Encik Nizam dan Puan Zarena langsung tak nak bersalaman dengan Farish dan Danish?" Dato' Radzi Izham bertanya.

Farish menganggukkan kepalanya.

"Itu semua adalah gimik yang kami semua rancang," sambung Dato' Radzi Izham sambil tersenyum.

"Sampai hati papa..." ujar Farish sambil tertunduk. "Tapi, Farish risau. Bagaimana kalau mereka berdua teringat kisah empat tahun yang lalu tu macam mana papa? Nanti tak pasal-pasal mereka membenci Farish sekali lagi."

"Pasal yang tu, Farish tak perlu risau... Farish perasan tak, kenapa Mak Long dan Aliza tak muncul-muncul setelah Farish kembali pada kami?" Dato' Radzi Izham bertanya.

"Ya... mana mereka pergi pa?" Farish pula bertanya.

"Yang sebenarnya, satu minggu selepas kejadian Farish kena perangkap tu, pihak Hotel yang menjadi tempat untuk Aliza, Mak Long dan Hareez mendajalkan Farish tu ada menghubungi papa, pengurus hotel tu cakap, mereka bertiga telah menggunakan nama Farish untuk mendaftar tetapi pembayaran bilik hotel masih tertunggak. Papa tak percaya lepas tu papa minta bukti, dan selepas itu, mereka meminta papa dan Daniel pergi berjumpa dengan pengurus Hotel tu, mereka menunjukkan rakaman CCTV yang sangat mengejutkan papa. Tergamak mereka bertiga sanggup memapah Farish yang dalam keadaan tidak sedarkan diri masuk ke dalam bilik hotel itu."

Semasa menceritakan kebenaran itu, Dato' Radzi Izham tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak sulungnya itu.

"Selepas itu, apa yang terjadi papa?" Farish bertanya lagi.

"Papa buat report polis dan minta salinan rakaman CCTV dari pihak hotel untuk dijadikan bahan bukti. Mereka bertiga dijatuhi hukuman penjara empat tahun.. Sebulan selepas itu pula, Aliza disahkan mengandung. Aliza kuat mengatakan itu adalah anak dia bersama dengan Farish. Pada mulanya Papa dan Dany percaya jugak, sehinggalah bayi itu lahir, untuk mendapatkan kepastian, papa arahkan doktor membuat ujian DNA terhadap bayi yang baru lahir tu. kami terpaksa geledah bilik Farish, nasib baik ada rambut Farish yang melekat pada bantal tidur Farish masa tu. Papa gunakan rambut tu untuk diuji. Keputusannya negative! Papa bersyukur sangat, Farish bercakap benar," ceritanya panjang lebar.

"Habis tu, bayi tu anak Aliza dengan siapa pulak, papa?" soal Farish lagi.

"Bayi tu anak dia dengan si Hareez!" jawab Dato' Radzi Izham dengan senang hati.

"Lega rasa hati ni, papa... akhirnya kebenaran sudah terbukti," ujar Farish dengan senang hati juga.

"Semenjak dari itu, setiap bulan papa dan mama pergi ke Perth untuk mencari Farish... tetapi tak jumpa-jumpa, sehinggakan papa dah berputus asa. Tak sangka Farish masih berada di bumi Malaysia!" sambung Dato' Radzi Izham sekali lagi seraya memeluk kembali anak sulungnya itu.

"Farish, maafkan papa ye nak. Papa dah buat kesalahan yang sangat besar pada anak papa sendiri," kata Dato' Radzi sambil memeluk erat anaknya itu.

Farish membalas pelukan papanya dengan erat. "Papa, Farish dah maafkan papa, cuma satu saja yang Farish harapkan dari papa, tolong jangan pergi tinggalkan Farish lagi."

"Baiklah anakku... papa janji! Papa sayang anak papa!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience