Chapter 1

Romance Completed 17238

SETELAH enam bulan kematian ibunya, dia merasakan sudah tiba masanya untuk pergi menemui ayah kandungnya nun jauh di Kuala Lumpur, Malaysia. Disebabkan itu juga Ahmad Farish Adrian, atau lebih dikenali dengan nama Farish terpaksa mencari tempat untuk mempelajari bahasa melayu terlebih dahulu, sehinggalah dia berjumpa dengan Aryan Syah, seorang warga Malaysia yang menetap di Perth. Banyak yang Farish dapat belajar tentang negara Malaysia dari Aryan Syah.

Selepas tiga bulan, kini Farish boleh bertutur dalam bahasa melayu tetapi ada sesetengah perkataan yang agak sukar untuk dia menyebutnya, namun Farish sangat bangga dengan kebolehan terbarunya ini. Hari ini juga, Farish mengikuti Aryan Syah balik ke Malaysia. Dia sangat teruja kerana sejak dari kecil lagi dia sudahpun memasang niat untuk mencari dan berjumpa dengan ayah kandungnya Encik Radzi Izham.

Boarding pass untuk penerbangan MH126 dari Perth ke Kuala Lumpur diserahkan kepada Farish dan Aryan Syah.

"Farish, memandangkan You sudah boleh bertutur dalam bahasa bahasa melayu. So... from now on, You must speak in malay! Seriously!" Aryan Syah berkata sambil mengatur langkah kakinya menuju ke balai perlepasan. Selamat datang dan selamat menjadi warganegara Malaysia, kawan!

"Okay, no problem my friend! Terima kasih!" balas Farish seraya meraih bahu Aryan Syah sambil berjalan bersama ke balai perlepapsan. Tapi kalau kau tak suruh pun... aku memang dah bersedia.

Semasa duduk menunggu untuk masuk ke dalam perut pesawat, Aryan Syah sempat bertanya kepada Farish. "Farish, kalau kau tak keberatan, aku teringin sangat nak mendengar cerita kau... Mengenai diri kau dan kenapa kau beriya-iya sangat nak berpindah ke Malaysia?"

Farish diam sejenak. Aryan Syah pula sedia menunggu Farish membuka mulutnya.

"Aryan, sebenarnya tujuan utama aku berpindah ke Malaysia. Aku nak cari daddy kandung aku. Daddy and mommy... mereka bercerai semasa mommy mengandung. Aku belum lahir lagi masa tu. Mommy mengandungkan aku empat bulan masa tu." Farish mula bercerita.

Aryan Syah pula khusyuk mendengar.

"Semasa usia aku lima tahun, mommy sering menceritakan... daddy aku bukan berasal dari Australia. Dah lama aku pasang niat untuk mencari Daddy..."

"Oh... macam tu."

"Ye, Aryan! Kalau kau tak keberatan, aku nak menumpang di rumah kau dululah sehingga aku berjumpa dengan Daddy aku, boleh?" soal Farish sambil membuat muka kesian. Aku terpaksa menumpang buat sementara waktu. Kalau duduk hotel untuk jangka masa yang lama, dah tentu wang simpanan aku akan berkurangan. Aku sendiri pun tak yakin berapa lama proses pencarian daddy akan berhasil?

Aryan Syah tersenyum dan mengangguk setuju.

"Okey bro, boleh aje... Nanti aku tolong kau carikan daddy kau tu ye!" balas Aryan Syah seraya bingkas bangun dan menarik tangan Farish untuk masuk ke dalam perut pesawat.

"Rasanya tak perlu cari lagi, aku dah jumpa dia di Fac, hari tu aku add tapi dia belum approved," balas Farish semasa berbaris untuk masuk ke dalam perut pesawat Malaysia Airlines itu.

"Kalau macam tu... baguslah, senang sikit kerja kau," balas Aryan Syah.

Kedua-dua jejaka itu kini sudahpun masuk ke dalam perut pesawat.

PENERBANGAN yang mengambil masa selama lima jam tiga puluh lima minit itu terasa begitu lama bagi Farish, ini disebabkan keterujaannya untuk berjumpa dengan ayah kandungnya. Siapa saja yang mengalami nasib yang sama, pasti faham apa yang Farish rasa masa ini.

Setibanya mereka berdua di rumah keluarga Aryan Syah di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Aryan Syah bertanya tentang ayah kandung Farish sekali lagi. "Bro, macam mana kau boleh tahu orang yang kau jumpa di Fac tu daddy kau? Apa kau betul-betul yakin? Boleh aku tengok?" Aryan Syah menghulurkan tangannya untuk Farish menghulurkan telefon bimbit miliknya. Aku risau ni... mana tahu kot-kot orang lain! Manusia dalam fac tu bukannya boleh percaya 100%!"

Sebaik sahaja telefon bimbit itu bertukar tangan, Aryan Syah terlopong sebaik sahaja melihat profil milik lelaki yang didakwa Farish itu adalah ayah kandungnya. Dia terkejut. "Farish, kau biar betul bro! Dato' Radzi Izham ni ayah kandung kau? Wey! Ini bukan calang-calang orang bro."

"Kenapa? Kau tak percaya ke?" soal Farish pelik. "Kalau tak percaya sudah! Tapi aku ada bukti."

"Ye ke? Mana buktinya? Aku nak tengok." Aryan Syah bertanya, dia masih tidak percaya.

Farish mengambil sekeping gambar dan juga passport antarabangsa miliknya seraya memberikannya kepada Aryan Syah.

Sekali lagi Aryan Syah terlopong semasa merenung gambar itu sambil matanya beralih arah pada skrin telefon bimbit yang pada masa itu juga menunjukkan gambar yang serupa dengan gambar yang berada di tangannya itu. Selepas itu, dia mengambil passport antarabangsa milik Farish. Ditelitinya nama penuh Farish. "Ahmad Farish Adrian Bin Radzi Izham."

Aryan Syah membaca nama penuh Farish berulang kali.

"So, Macam mana? Masih tak percaya? Kalau tak percaya lagi, aku sanggup buat ujian DNA," kata Farish serius sambil berdiri berpeluk tubuh dan menjongketkan kening kirinya. Aku yakin, dia daddy kandung aku.

"Okey... okey bro! Aku percaya kau. Bila kita nak mula?" soal Aryan Syah inginkan jawapan.

"Petang ni. Aku dah hantar mesej messanger pada dia, sekarang cuma tunggu dia balas aje..." Farish berkata.

Beberapa saat selepas itu.

Ting!!

Ada mesej masuk melalui aplikasi messanger milik Farish.

"Wah, panjang umur daddy kau bro! Baru aje sebut nama dia. Ini dia balas mesej kau!" ujar Aryan Syah seraya menyerahkan semula telefon bimbit itu kepada Farish.

Farish segera membuka mesej itu. Serta-merta senyuman lebar terukir di bibirnya sambil membalas mesej ayah kandungnya itu.

Hi, do you remember my mom? Her name is Sofea Alaisya Abdullah. I'm her son. She's dead about nine month ago.
~ Ahmad Farish Adrian.

Hi! Yes... Sofea is my ex wife, and you must be my son? Oh my god! You know what? I really want to see and meet you my son, but I dont know where and how? Where are you now?
~Radzi Izham

Daddy... I'm here now, in Kuala Lumpur. I'm looking for you... I really need and want to see you, my real daddy! I'm alone now dad... :(
~Ahmad Farish Adrian.

Okay then, come to my office if you want, anytime.
~Radzi Izham

Really?? Okay, I will! Thanks dad.
~Ahmad Farish Adrian.

"Aryan! Daddy suruh aku datang jumpa dia!" kata Farish berseloroh.

"Wah, baguslah kalau macam tu Farish, makin senang kerja kau... tapi, kau tahu ke di mana office dia?" soal Aryan pula. Syukur!

"Sekejap, aku nak tanya di mana lokasi office daddy..." balas Farish sambil jarinya sibuk menaip mesej. Hai... gembiranya hati ni!

"Okey bro!" jawab Aryan ringkas bersama dengan senyuman senang hati.

Beberapa saat selepas itu telefon bimbit Farish berdering. Cepat-cepat Farish membuka aplikasi messanger itu. "Okey, Daddy dah balas dan dia dah share location office dia!" Okey jom kita pergi sekarang! Aku dah tak sabar nak jumpa Daddy aku!" sambung Farish lagi seraya bingkas bangun dari kerusi dan menarik tangan Aryan Syah untuk pergi bersama dengannya.

"Sekarang ke bro?" soal Aryan Syah yang masih teragak-agak untuk pergi.

"Yes, Now!"

"Okay..." sahut Aryan Syah perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience