Chapter 47

Romance Completed 17238

Dua tahun berikutnya...

"DANISH, cepatlah... buat apa lagi dekat dalam tu?"

"Ye papa, sekejap!" sahut Danish Rayyan yang sibuk menyediakan botol susu untuk adiknya, Nurin Shazrin yang baru sahaja berusia dua tahun tiga hari itu.

Setelah dua tahun menetap di Cameron Highland, Farish membuat keputusan untuk berpindah semula ke Kuala Lumpur, atas permintaan papanya, Dato' Radzi Izham.

"Farish kena balik semula ke sini, papa dah tak berapa sihat untuk menguruskan syarikat. Lagipun papa rindukan cucu-cucu papa."

Tengah hari semalam juga Farish menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp mengenai Irma Syazira daripada sahabat baiknya, Aryan Syah.

Assalammualaikum Farish, aku ada something nak dibagitahu ni.  Merngenai isteri kau, Irma. Semalam aku terserempak dengan dia bersama dengan ayah dia di hospital. Aku rasa kau patut jumpa dia, dia tak sihat. Tubuh badan dia betul-betul susut, muka pucat dan berkerusi roda. Dia terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari melawat ibu dia di hospital bahagia, Tanjung Rambutan. Aku harap kau maafkanlah dia. Kembalilah pada dia...

~Aryan Syah. 

Waalaikumsalam Aryan... Ye ke? Ya Tuhan... kenapa boleh jadu macam tu? Bagaimana ibu boleh berada di Tanjumg Rambutan pulak? 

~Ahmad Farish Adrian. 

Eh? ?? Kau tak tahu ke? Dah dua tahun kot, ibu mertua kau sakit mental. Sebaik saja dia dicerai dengan talak tiga dua tahun yang lepas.

Oh, by the way! Kau dengan typo kau memang tak dapat dipisahkan! ??

Jadi* ??
Tanjung* ??
~Aryan Syah

Baiklah aku memang nak berpindah semula balik ke KL, papa aku nak aku uruskan syarikat semula. Kesian pulak aku dekat papa aku tu. Hotel The King ni, adik aku si Daniel dan bini dia, Niqisya boleh uruskan. Aku pun rindukan isteri aku. Cuma masalahnya... itulah dia tak nak berterus terang dengan aku, aku terasa macam aku ni tak bermakna apa-apa pada dia. Dia lebih pentingkan orang lain selain dari aku ni suami dia yang sah. Terima kasih tau sebab ceritakan pada aku... Aku harap dia akan terima aku balik lepas ni, kalau dia masih berkeras tak nak terima aku, aku tak tahulah apa lagi dan bagimana lagi cara untuk menyedarkan dia. 
~Ahmad Farish Adrian. 

Farish menoleh ke tempat duduk belakang di mana anak perempuannya, Nurin duduk sambil ditemani anak sulungnya, Danish Rayyan.

"Danish... Danish rindu tak dekat Mama Ima?" soal Farish pada anak sulungnya yang sedang bermain dengan adiknya itu.

"Rindu," jawab Danish Rayyan ringkas.

Farish tersenyum mendengar jawapan dari anaknya itu. Walaupun satu masa dahulu Irma Syazira melayan Danish Rayyan dengan teruk, tetapi dia tetap menghormati Irma Syazira sebagai ibunya. Farish sangat berbangga dengan anak sulungnya itu.

"Okey... kalau Mama Ima kembali duduk bersama kita pulak...  Danish nak ke tak nak?" soal Farish lagi. Dia sengaja menduga anak sulungnya itu.

"Mestilah nak!" dengan pantas Danish Rayyan menjawab dengan riang.

"Okey, sampai KL nanti, kita terus pergi jemput Mama Ima, nak?" tambah Farish lagi sambil tersenyum.

"Yeahh!! Seronoknya... Adik, dengar tak apa yang papa cakap tadi? Kita nak pergi jemput mama!" Danish Rayyan berkata pada adiknya yang sedang senyum dan ketawa.

"ASSALAMUALAIKUM atok, nenek! Kami dah sampai!"

"Waalaikumsalam... Wah cucu-cucu atok dah sampai..." sahut Dato' Radzi Izham sebaik sahaja cucu kesayangannya, Danish Rayyan berdiri di hadapan pintu menjerit memberi salam.

"Assalammualaikum papa, mama mana?" Farish bertanya seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan papanya sambil mendukung anak perempuannya, Nurin.

"Mama kamu ada kat dapur. Hari ni dia sendiri nak masak masakan istimewa untuk cucu dia katanya," jawab Dato' Radzi Izham sambil mencuit dagu cucunya, Nurin.

"Untuk cucu saja? Untuk Farish, tak ada ke?" usik Farish sambil ketawa kecil.

"Ada... semuanya mama dah sediakan!" sahut Datin Amie Hamiza yang baru sahaja menapak keluar dari dapur dan berjalan menuju ke arah Farish dan anak-anaknya itu.

Usai makan malam, seperti kebiasaannya, Dato' Radzi Izham mengajak Farish bersembang di ruangan keluarga di tingkat dua banglonya itu.

Danish Rayyan dan neneknya, Datin Amie Hamiza pula asyik bergurau senda dengan si kecil, Nurin.

Farish tersenyum melihat suasana riang di hadapan matanya itu. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia asyik memikirkan keadaan isterinya. Perasaan rindunya pada si isteri semakin menebal. "Papa..."

"Ye?" sahut Dato' Radzi Izham. 

"Farish nak tanya pasal Irma dan keluarga dia." Farish memulakan bicara. Dia mengerling Dato' Radzi Izham lama. Kemudian dia mengerling pula ke arah  mama tirinya,  Datin Amie Hamiza. "Betul ke ibu Irma... betul ke dia sekarang sakit mental?" 

Dato' Radzi Izham terlopong selepas mendengar pertanyaan anaknya itu. Begitu juga dengan Datin Amie Hamiza juga turut terlopong sama.

Melihatkan keadaan papa dan mamanya yang melopong itu sudah cukup untuk Farish mengandaikan yang kedua-dua orang tuanya tidak mengetahui akan hal itu.

"Semalam Aryan hantar mesej WhatsApp pada Farish, katanya Irma terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari melawat ibunya di hospital bahagia, Tanjung Rambutan." Farish berkata perlahan.

Sayu hatinya mengenangkan nasib yang menimpa isteri dan ibu mertuanya itu. Dia rasa bersalah di atas layanan yang diberikan pada ibu mertuanya dua tahun yang lalu. Ibu, maafkan Farish. Ada genang di tubir matanya ketika ini.

"Macam mana pulak si Zarena tu boleh sakit mental?" soal Dato' Radzi Izham ingin tahu.

"Dia telah dicaraikan dengan talak tiga, sebaik sahaja kita semua beredar dari bilik wad Irma dua tahun yang lepas, papa. Farish tak sangka yang ayah mertua Farish sanggup menceraikan dia sebegitu,"ujar Farish sambil menyeka air matanya yang gugur ketika itu.

"Hai, perempuan macam Zarena tu memang patut pun si Nizam tu ceraikan. Ingat tak? Hari tu dia tolak mama masa tengah mengendong si Nurin ni? Hampir-hampir nak terjatuh si comel ni masa tu. Mama pun takkan maafkan dia kalau terjadi apa-apa pada baby Nurin masa tu!" Datin Amie Hamiza mencelah.

"Yelah, nasib baik Farish sempat menahan mama dari terjatuh masa tu, kan mama?" sahut Farish pula.

"Hmm... Farish, habis tu, macam mana sekarang?" Dato' Radzi Izham pula bertanya.

"Papa, mama, Farish dah buat keputusan, Farish nak Irma duduk balik bersama-sama dengan Farish dan anak-anak. Sebab tempat dia yang sepatutnya adalah di samping Farish dan anak-anak. Farish akan jaga dia sampai akhir hayat Farish, tak kisahlah sama ada dia nak atau tak nak, Farish akan cuba bertahan. Farish akan tebus kesalahan menggantung dia tak bertali selama dua tahun ini," balas Farish panjang lebar.

Dato' Radzi Izham kagum dengan anak sulungnya itu. Sepantas kilat dipeluknya bahu Farish erat.

"Murni sungguh hatimu nak. Papa bangga memiliki seorang anak yang memiliki hati yang sungguh suci seperti Farish. Apa saja keputusan Farish, papa akan sokong," ujar Dato' Radzi Izham sambil mengesat air matanya yang gugur

Keesokan paginya, Farish berserta kedua anaknya pergi ke rumah mertuanya. Awal-awal pagi lagi selepas sembahyang subuh mereka bertiga bertolak.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah mertuanya, kelihatan Encik Ahmad Nizam sedang menghidupkan enjin keretanya. Pagi ini dia harus membawa anaknya, Irma Syazira untuk pergi ke hospital untuk pemeriksaan tulang kakinya yang patah akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu.

"Assalammualaikum ayah," ucap Farish pada ayah mertuanya, Encik Ahmad Nizam.

"Wa... waalaikumsalam, Far... Farish? Menantu ayah ke ni?" soal Encik Ahmad Nizam.

Farish yang berdiri sambil mendukung anak perempuannya yang berusia dua tahun itu tersenyum seraya mengangguk.

"Ye ayah..." jawab Farish, ringkas.

"Atok... atok rindu Danish dan adik tak?" Danish Rayyan pula mencelah setelah menyorok di belakang papanya.

"Ya Allah, cucu atok! Mestilah atok rindu..." kata Encik Ahmad Nizam seraya meraih tubuh Danish Rayyan seraya dipeluknya dengan erat. Walaupun Danish Rayyan hanya cucu tirinya, namun kasih sayang yang diberikan tetap sama.

"Ayah, Irma ada? Baby Nurin ni rindu dekat mama dia." soal Farish sambil tersenyum seraya mengejutkan si kecil itu.

"Nurin, sayang... bangunlah kita dah sampai rumah mama dah ni." Farish berkata pada si kecil itu.

"Eh? Bukan ke papa cakap masa dalam kereta tadi... Papa pun sama rindukan Mama Ima ke?" Danish Rayyan tiba-tiba mencelah.

Encik Ahmad Nizam tergelak mendengar pertanyaan cucunya itu. Manakala Farish pula sudah merah pipinya menahan malu.

"Eh, budak ni... diam-diam sudahlah," marah Farish pada anaknya itu.

"Dah, takpe...  ayah Faham. Jom masuk ke dalam. Irma ada di dalam biliknya. Farish pergilah bawa dia keluar dari bilik," Kata Encik Ahmad Nizam sambil ketawa kecil.

TERASA sesuatu yang dingin menyentuh kulit wajahnya memaksa Irma Syazira membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan seraut wajah insan yang paling dirindu dan dicintai. Suaminya, Farish sedang merenungnya dengan renungan yang sayu. Matanya bersinar.

"Ima... Kenapa boleh jadi macam ni? Maafkan abang, Ima. Abang... abanglah punca Ima jadi macam ni. Abang bersalah, abang bersalah meninggalkan Ima seorang diri."

"Abang!" Dengan spontan perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Irma Syazira segera bingkas duduk. 

Farish segera meraih tubuh isterinya dan dipeluk dengan erat. Serta-merta juga esakan isterinya bergema di dalam pelukannya.

"Abang... kenapa abang pergi tinggalkan Ima? Kenapa abang seksa Ima? Ima tak bersalah, abang... Ima tak bersalah..." Irma Syazira berkata bersama dengan esakkannya.

"Abang minta maaf, sayang... abang kejam sanggup tinggalkan Ima bersendirian... abang bersalah kerana sanggup pisahkan Ima dengan anak kita. Abang... abang minta maaf, sayang! Abang janji abang takkan tinggalkan Ima lagi. Tak kisahlah Ima tak nak ceritakan apa-apa pasal yang tu, abang dah tak kisah..."

Irma Syazira perlahan melepaskan pelukan suaminya. Wajah Farish direnung lama.

Farish juga turut merenung wajah pucat lesu isterinya itu. Jauh di sudut hatinya dia ingin sangat mengetahui apa hubungan isterinya dengan lelaki yang berani memeluk isterinya di hadapan rumah banglo milik papanya dua tahun lalu.

"Abang, Ima... Ima ada sesuatu nak cakap dengan abang..." ujar Irma Syazira perlahan sambil menundukkan kepalanya.

Farish menunggu dengan penuh debaran. Ima... tolong katakan yang Ima tiada apa-apa hubungan dengan lelaki tu... tolonglah... Sesungguhnya dia ternanti-nantikan isterinya menceritakan perkara yang sebenarnya semenjak dua tahun yang lalu. 

"Ima nak cakap apa? Abang sedia mendengarnya," balas Farish lembut. Air mata yang mengalir di pipi isterinya itu disekanya lembut.

Irma Syazira mengangkat mukanya mengerling tepat ke wajah suaminya seraya menundukkan semula kepalanya dan seterusnya dia menggelengkan kepalanya. "Tak... tak ada apa-apa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience