Chapter 7

Romance Completed 17238

"IC," minta Farish sebaik mereka tiba di kaunter tiket Malaysia Airlines.

Kad pengenalannya ditarik keluar dari dompet birunya dan diserahkan kepada Farish.

Sepuluh minit kemudian, mereka masuk ke balai perlepasan. Flight mereka akan berlepas lagi satu jam. Irma Syazira melabuhkan duduk di kerusi panjang yang berdekatan dengan pintu perlepasan. Farish, sudah menghilang entah ke mana.

Sedang Irma Syazira khusyuk melepaskan pandangannya ke dinding kaca sambil melihat pesawat yang turun naik di lapangan luar...

"Coffee..."

Irma Syazira menoleh. Terbang aroma kopi dari cawan yang dipegang oleh Farish.

"Thanks."

Cawan bertukar tangan. Air disisip perlahan.

Farish mengambil tempat duduk selang satu kerusi dari Irma Syazira.akinya disilangkan seraya mengerling adis cantik di sebelahnya. Hai Farish... kalau benar-benar sukakan dia ni, baik mulakan operasi untuk ambil hati dia terlebih dahulu! Err... nak cakap apa ek? "Irma... selalu ke pergi ke Terengganu?"

Irma Syazira tersenyum.

"Awak janganlah senyum aje..." kata Farish, malu. Sesungguhnya dia akan cair setiap kali melihat gadis di sebelahnya itu tersenyum. Indah sungguh pemandangan ini!

Irma Syazira tergelak kecil,

"Selalu... selalu sangat! Sebab ibu saya berasal dari Terengganu," ujar Irma Syazira sambil matanya mengerling pesawat yang sedang bergerak di lapangan luar itu.

Farish mengangguk. Patutlah papa suruh Irma temankan aku, Aryan pun aku rasa dia pun sama macam aku jugak kot? Dia kan lama duduk di Perth.

Tepat jam 08.15 pagi, penerbangan Malaysia, MH1326 selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Mereka berdua terus dibawa ke tapak projek pembinaan hotel yang terletak tidak jauh dari airport.

Sebaik tiba, mereka berdua diberi topi keselamatan dan dibawa ke bangunan utama oleh penyelia tapak. Farish menebarkan pandangannya ke bangunan yang hampir 80% siap itu. Dia berpaling mencari kelibat gadis idaman hatinya, Irma Syazira yang sudah tidak kelihatan. "Where did my future wife go?"

Future wife?? Apalah aku ni...

"Encik Farish... sini!"

Sedang Farish tercari-cari gadis idaman hatinya yang hilang dari pandangan itu, tiba-tiba dia dipanggil oleh seseorang. Sepantas kilat Farish menoleh ke arah suara garau yang menampar telinganya itu. Terkebil-kebil matanya mengerling seseorang yang sedang melambaikan tangan kepadanya.

"Encik Farish, cepat datang ke sini!" panggil Encik Syamer selaku penyelia di kawasan projek itu.

Farish bergegas berlari ke arah Encik Syamer. "Ada apa Encik Syamer..." Belum habis pertanyaan Farish, pandangan matanya tertumpu kepada figura gadis yang dicari-carinya tadi. Bagaikan hendak gugur jantung Farish sebaik sahaja mendapati Irma Syazira yang terbaring tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan yang masih belum siap itu. Tanpa berfikir panjang, Farish melompat ke tingkat bawah semata-mata untuk mendapatkan Irma Syazira. Tubuh langsing gadis itu dicampung dan dibawa ke sebuah pejabat mini yang dibuat dari cabin.

"Irma?" panggil Farish sambil menampar lembut pipi gadis itu. Ayunya... Sempat dia meneliti wajah ayu gadis di dalam campungannya itu. Selepas itu dia mengerling ke arah Encik Syamer. "Err... Encik Syamer, tolong ambilkan air dan letakkan ke dalam satu bekas kecil!"

Encik Syamer mengangguk dan pergi ke arah tempat rehat pekerjaya pula seraya mengarahkan seorang pekerjanya untuk mengambil air.selepas itu dia datang semula ke arah Farish dan Irma Syazira berada.

"Macam mana dia boleh pengsan?" Farish bertanya pada Encik Syamer.

"Entahlah Encik Farish, saya pun tak tahu. Kebetulan saya lalu di kawasan tu tadi," jawab Encik Syamer risau.

Beberapa saat selepas itu, pekerja yang diarahkan untuk mengambil air tadi datang dengan membawa air di dalam satu bekas kecil.

Cepat-cepat Farish merampas bekas air itu seraya dititiskan air itu ke muka Irma Syazira. Dalam beberapa saat, gadis itu tersedar dan membuka matanya perlahan.

"Irma, awak dah sedar?" soal Farish lega.

"Hmm..." Irma Syazira mengangguk. Dia kini berada di dalam dakapan Farish. Sebaik sahaja dia mendapati dirinya berada di dalam dakapan Farish, serta-merta tubuh sasa Farish ditolaknya. Farish terduduk, manakala Irma Syazira pula terlepas dari dakapan Farish dan jatuh terjelepuk di atas lantai tanah di hadapan kabin yang dijadikan sebagai pejabat mini yang terletak di sebelah pintu masuk tapak projek itu.

"Aduh!" Irma Syazira mengaduh akibat punggungnya menjamah lantai tanah.

Farish bingkas bangun untuk membantu buah hatinya yang terbaring di hadapannya. Tangannya dihulurkan. "Awak... saya tolong awak bangun."

Irma Syazira mencapai tangan Farish dan cuba untuk bangun, namun ketika dia cuba untuk berdiri, dia berasa sakit  yang teramat di kakinya kerana terseliuh. Dia mengerling ke arah Farish dengan dahi yang berkerut. "Kaki saya sakit!"

"Oh! Takpe, awak duduk, biar saya tengok kaki awak," Farish mengarah. Dia benar-benar risau dengan keadaan gadis pujaan hatinya itu. "Betul! Kaki awak bengkak... Irma apa yang berlaku sebenarnya?"

"Saya cuma terseliuh aje tadi..." jawab Irma sambil mengerutkan dahinya  menahan sakit.

Farish bangun seraya masuk ke dalam kabin, dan selepas beberapa minit, dia keluar semula sambil membawa ice pack di tangan. "Awak... sini, saya tuamkan."

"Tak payahlah Encik Farish. Sikit aje ni..." tolak Irma Syazira.

"Dah... jangan banyak cakap, dah sampai pengsan pun masih dikata sikit?" bebel Farish dengan tegas seraya mengangkat kaki kanan Irma Syazira dan diletakkan di atas kerusi yang telah diletakkan di hadapannya. Ice pack itu diletakkan di kaki gadis itu. "Kaki dah bengkak macam ini pun kata tak sakit?!"

Irma Syazira terpaku mengerling raut wajah Farish yang jelas kelihatan bimbang itu. Ada rasa yang menjentik jiwa. Farish... Kalau betul kau sukakan aku... Aku sudi terima. Inilah kali pertama aku jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlas dan ambil berat engan keadaan aku. Hatinya terdetik untuk memulakan bicara untuk mengenali Farish dengan lebih dekat. "Encik Farish, selepas ni, Encik Farish nak pergi ke mana? Cakap aje... saya akan temankan. Lagipun Encik Farish..."

"Tak... kita balik KL terus aje..." pintas Farish.

"Tapi... Encik Farish pagi tadi cakap yang Encik Farish teringin nak jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu..." Irma Syazira mengerling Farish. Anak matanya kini merenung tepat wajah kacak jejaka di hadapannya. Jelas kelihatan raut wajah Farish yang penuh kerisauan.

"Tak Irma... takpe... awak tengok kaki awak yang bengkak ni, larat ke tak berjalan?" soal Farish dengan lembut tapi tegas.

Irma Syazira bungkam. Dia mengalihkan pandangannya ke arah tapak bangunan di mana dia terjatuh akibat kakinya terseliuh tadi. "Maaf..."

Seketika itu telefon bimbit milik Irma Syazira berdering. Cepat-cepat beg tangannya diraih dan mengeluarkan telefon bimbitnya. "Hmm... Niqisya."

"Helo Qisya, ada apa call?"

"Hehe... jangan lupa belikan aku ole-ole dari Terengganu, okey!" sahut Niqisa di hujung talian.

"Lah... ingatkan apalah. Tapi aku rasa tak dapat nak belikan apa-apa kot?" Irma Syazira berkata sambil matanya mengerling ke arah jejaka kacak di hadapannya yang sedang sibuk menuam ice pack di kaki kanannya itu.

"Alah... kenapa pulak? Takkanlah seronok berdua-duaan dengan Encik Bos yang handsome sampai tak dapat nak belikan apa-apa kot?" soal Niqisya dengan nada hampa.

"Jangan nak mengada-ngada, okey! Lepas ni kami balik... Tak sempat nak jalan-jalan... ada masalah sikit. Err... okeylah Qisya! Nanti aku call kau lagi," balas Irma Syazira sebelum menamatkan talian sambil pandangan matanya masih tidak lari dari merenung jejaka di hadapannya.

"Comel..." kata Irma Syazira perlahan.

"Huh, apa dia? Awak panggil saya ke?" soal Farish sambil merenung tepat ke arah Irma Syazira. Terkebil-kebil matanya mengerling gadis yang sedang merenung dirinya ketika ini.

"Eh! Tak... tak ada apa-apa..." Irma Syazira memberikan senyuman yang cukup manis buat Farish, dan seperti biasa, Farish akan terpaku setiap kali Irma Syazira memberikan senyuman untuknya. Farish... aku tahu kau sukakan aku. Aku pun... aku suka kau... tapi aku segan...

Farish masih terpaku kerana terpukau dengan senyuman yang Irma Syazira berikan tadi.

Irma Syazira merenung tepat ke anak mata Farish. Awak... maafkan saya sebab lempang pipi awak tempoh hari...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience