Chapter 38

Romance Completed 17238

PANDANGAN matanya merenung seraut wajah comel anaknya yang kelihatan pucat lesu itu. Tangannya tak lepas dari menggenggam erat pergelangan tangan si kecil yang baru berusia tujuh tahun dua bulan itu.

Farish amat rindukan gelak tawa dari anaknya, Danish Rayyan yang disahkan menghidap penyakit leukemia tahap pertama. Tubuh anaknya yang dahulunya agak montel kini susut, pipinya yang bulat dan gebu sebelum ini, kini kelihatan agak cekung.

"Danish, papa tahu, anak papa ni seorang yang kuat... lawan sakit tu ya." Farish berkata dalam sendunya. Besar sungguh dugaan yang diberikan untuk anakku ini. Ya Tuhan... aku mohon padamu, kau pindahkanlah penyakit yang anakku hidapi ini kepada aku. Aku tak sanggup melihatnya begini ya Tuhan. 

Pergelangan tangan anaknya dikucup berkali-kali, deraian air matanya mengalir tanpa henti. Jika semalam Danish Rayyan masih mampu berbicara, namun hari ini dia langsung tidak membuka mulutnya, hanya matanya sahaja yang terbuka dan sentiasa mengalirkan titisan air jernih.

"Danish, kuatkan semangatmu, anakku. Papa tak sanggup kehilangan Danish. Jangan tinggalkan papa, sayang..." Farish berkata bersama esakannya  sambil tangannya tak lepas dari menggenggam dan mengucup pergelangan tangan Danish Rayyan.

Sedang Farish melayan perasaannya, dia tidak perasan akan kehadiran adiknya Daniel Rafeeq bersama dengan  Encik Wildan, ayah kepada arwah isteri pertamanya, Hanna. Yang kini sudah berdiri di sebelah dirinya.

"Farish."

Farish menoleh ke arah datangnya suara itu. Serta-merta tubuhnya dipeluk dengan erat oleh Encik Wildan, ayah mertuanya juga merupakan atok kepada Danish Rayyan. Danish Rayyan adalah satu-satu cucunya. Satu-satunya pewaris Encik Wildan yang tinggal.

"Ayah, bila ayah sampai? Maafkan Farish, ayah. Farish gagal..."

"Tak, Farish dah lakukan yang terbaik. Ayah percayakan Farish. Sama-sama kita berdoa agar Danish selamat. Ayah baru aje sampai." Encik Wildan berkata sambil memeluk erat tubuh Farish.

Walaupun arwah Hana telah lama pergi meninggalkan mereka, hubungan Farish dengan Encik Wildan tetap tidak akan terputus.

Daniel Rafeeq pula kelihatannya seperti sedang membisikkan sesuatu di telinga Danish Rayyan. "Danish, pak su percaya, Danish boleh lawan sakit ni... Danish kena kuat, demi papa Danish tu... Kesian dia, pak su tahu, Danish mesti tak nak tengok papa Danish menangis, kan?" 

Daniel Rafeeq juga tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat perubahan pada wajah anak buahnya itu.

"Encik Farish."

Gegendang telinga Farish diketuk oleh satu suara yang pernah dia dengar satu masa dahulu. Sepantas kilat Farish menoleh ke arah datangnya suara itu. Dia mengerling dari bawah hingga ke atas figura gadis ayu yang sentiasa membantunya menguruskan Danish Rayyan semasa dia masih bayi lagi. "Fazreena..."

Fazreena segera mendekati Farish. Air mata Farish segera disekanya dengan lembut. Pilu hatinya melihat lelaki yang pernah hadir dan hampir-hampir menjadi miliknya sebelum Farish bertemu dengan kenalan lamanya tiga tahun yang lalu.

Fazreena juga merupakan sahabat baik kepada arwah isteri pertama Farish, Hanna. Arwah Hanna pernah berkata kepada Farish sehari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir,

"Abang, jika apa-apa yang akan berlaku pada Hanna nanti, Hanna harap abang terima Fazreena. Hanna tahu dia layak gantikan tempat Hanna untuk abang."

Kata-kata arwah Hanna kini berlegar kembali di fikiran Farish. Terbayang di mindanya saat-saat menjaga Danish Rayyan semasa bayi tujuh tahun yang lalu. Fazreena sanggup mengambil cuti kecemasan gara-gara Danish Rayyan demam.

"Awak, sama-sama kita berdoa, kita berdoa agar Danish sembuh... saya sayang Danish, saya dah anggap Danish tu macam anak saya sendiri. Saya faham dan saya jugak  dapat merasakan kesakitan yang Danish lalui sekarang ni. Awak, ini semuanya ujian dan dugaan untuk awak. Tuhan takkan bagi ujian jika umatnya tidak kuat, Tuhan uji awak dengan memberi dugaan dan ujian ni sebab dia tahu awak kuat dan awak dapat melaluinya," ujar Fazreena panjang lebar dengan lembut.

Farish diam membungkam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata namun mindanya ligat berfikir. Awak terlalu baik Faz, benar kata arwah Hanna, Faz sangat istimewa. Kenapa aku bodoh sangat? Kalau aku ikut cakap arwah Hanna, dah tentu hidup aku tak macam ni. Empat tahun aku duduk di Cameron Highland, satu masalah pun tak timbul, aku bahagia masa tu. Faz, kalaulah awak sudi menjadi suri hidup saya... tapi... Irma... Irma tak pernah! Irma tak pernah tunjukkan pada aku perasaan cintanya pada aku! Aku sendiri tak tahu sama ada Irma betul-betul cintakan aku atau tak? Adakah Irma benar-benar mencintai aku sama seperti cinta aku pada dirinya? Tapi...

"Takpe abang... cinta boleh datang selepas kahwin..."

Sekali lagi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh arwah isterinya berlegar di mindanya kembali. Tiba-tiba telefon bimbit Farish yang diselit di dalam poket seluarnya itu bergetar, cepat-cepat Farish mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia terpaku sebaik sahaja melihat nama si pemanggil di skrin. Irma?

Farish sebenarnya sudahpun tawar hati dengan isterinya itu. Dengan berat hati, dia menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum ab... abang..." ucap Irma Syazira di dalam talian.

Farish tidak menjawab, bibirnya seolah-olah  digam. Abang? Kenapa dia tiba-tiba panggil aku abang semula? Kenapa? 

"Abang, maafkan Ima, abang... Tadi Hareez datang jumpa Ima, dia dah ceritakan segala-galanya pada Ima. Semua ini disebabkan oleh isteri dan mak mertua dia... Aliza dan Puan Zuria. Mereka berdua curi-curi ambil gambar semasa abang keluar lunch bersama dengan Aryan dan Tengku Isma. Ima tak tahu yang Tengku Isma tu sekarang bersama dengan Aryan. Maafkan Ima, abang. Ima tahu abang sekarang berada di hospital. Ima juga sekarang sudah sampai di hospital juga... abang..."

Farish segera mematikan panggilan. Hatinya sakit bila memikirkan isterinya yang suka bertindak tanpa berfikir dan suka membuat keputusan terburu-buru.

"Abang, siapa yang call?" Daniel Rafeeq bertanya sebaik sahaja mendapati riak wajah abangnya seperti gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletus.

"Orang gila," jawab Farish ringkas seraya kembali menghampiri Fazreena seraya berkata sesuatu. "Faz, awak ingat lagi tak apa yang arwah Hanna cakapkan sehari sebelum dia meninggal dunia tujuh tahun yang lalu?" Farish bertanya dengan lembut, matanya mengerling tepat ke anak mata Fazreena.

Fazreena terkejut dengan pertanyaan Farish itu. Dia juga turut ada bersama ketika arwah Hanna menyatakan hasratnya jika ada apa-apa berlaku semasa dia melahirkan Danish Rayyan tujuh tahun yang lalu.

Fazreena mengangguk.

Tiba-tiba pintu bilik wad itu dikuak dari luar. Farish menoleh ke arah pintu, serta-merta pandangan matanya tertumpu kepada figura isterinya, Irma Syazira dan juga ibu mertuanya Puan Zarena.

Irma Syazira segera mendapatkan Farish seraya melutut di hadapan suaminya itu. "Abang... maafkan Ima, abang... Ima banyak bersalah dengan abang... Ima tak patut layan abang dengan teruk macam tu. Maafkan Ima, abang..." 

Irma Syazira menagis semahu-mahunya dan memeluk peha Farish.

Puan Zarena pula menghampiri Farish seraya menghulurkan telefon bimbit milik Irma Syazira kepadanya.

Berkerut dahi Farish melihat gambar-gambar yang dihantar oleh Aliza kepada isterinya, juga mesej-mesej fitnah yang tak masuk akal itu.

Farish membaca mesej-mesej itu dengan tenang. Dia sendiri merasakan tiada sebab untuk dia berasa marah. Hatinya betul-betul sudah tawar dan kecewa dengan sikap Irma Syazira. Telefon bimbit itu diserahkan semula kepada Puan Zarena.

"Farish... ibu juga nak minta maaf, ibu terlalu ikutkan perasaan marah setelah membaca mesej-mesej tu." Puan Zarena berkata.

"Maaf? Senang aje kan, minta maaf, rasanya ini bukan kali pertama, dah banyak kali dah kan? Lepas minta maaf, lpas tu buat lagi! Berapa kali nak minta maaf? Buat keputusan terburu-buru. Berbincang, jangan harap! Macam mana nak selesaikan masalah? Hati ni... hati ni sakit! Apa korang ingat Farish ni tak ada hati dan perasaan?! Irma, sakit hati kan, selepas menerima mesej-mesej macam tu? Tapi hati aku ni? Kau tahu tak apa yang aku rasa, hah?!" semakin meninggi suara Farish ketika ini.

Irma Syazira dan ibunya, Puan Zarena terpempan, terkejut dengan tindakan Farish. Sebelum ini, Farish tidak pernah meninggikan suaranya kepada mereka berdua.

Daniel Rafeeq segera mendapatkan Farish. Dia tau abangnya menderita kerana sikap Irma Syazira.

"Abang... sabar, Danish tak sihat tu, abang..." Dany cuba memujuk Farish dengan menyebut nama Danish Rayyan. Dia tahu kemarahan abangnya akan cepat reda setiap kali nama anaknya disebut di hadapannya.

"Maaf," ucap Farish ringkas seraya menghampiri katil di mana anaknya sedang terbaring. Pergelangan tangan anaknya diraih seraya dikucup lembut. "Maafkan papa sayang..."

"Abang..." panggil Irma Syazira.

"Cukup. Jangan panggil aku abang. Sebab mulai dari saat ini, aku sudah tiada apa-apa hubungan dengan kau lagi."

Irma tergamam dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Farish ketika itu. Serta merta juga air matanya mengalir dengan deras. "Apa maksud abang?!"

"Aku teringat dengan permintaan kau semalam. Aku dah puas berfikir."

"Tid... tidak! Abang tol... tolonglah ja... jangan abang." Irma Syazira bingkas bangun dan menapak menghampiri Farish.

"Ya! Aku akan tunaikan permintaan kau..." Farish berkata dengan serius.

"Farish, jangan buat tu Farish... ibu merayu!" Puan Zarena mencelah.

"Maaf, aku dah penat dengan semua ni. Sekarang dengan bersaksikan adik aku, Ahmad Daniel Rafeeq, ayah mentua aku, Encik Wildan Mustaffa, sahabat baik arwah isteri pertama aku, Cik Fazreena. Dan juga bakal bekas ibu mertua aku, Puan Zarena..." Farish berkata dengan tenang tapi serius.

"Irma Shazira Binti Ahmad Nizam. Aku ceraikan kau dengan talak satu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience