Chapter 46

Romance Completed 17238

HARI yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Tengah hari ini, tepat jam dua belas sepuluh minit, Irma Syazira telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram.

Farish bergegas ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan dari Doktor Hazrin mengenai hal isterinya bersalin. Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia membebel seorang diri semasa memandu. Dia marahkan kedua-dua mertuanya kerana tidak menghubunginya untuk memberitahu isterinya hendak  bersalin.

Farish segera menghubungi kedua orang tuanya dan menyatakan Irma Syazira sudahpun selamat melahirkan bayi perempuan.

Sebaik sahaja tiba di hospital, Farish segera berlari anak menuju ke kaunter pertanyaan. Selepas itu dia segera berlari ke arah wad di mana Irma Syazira ditempatkan.

"Farish!"

Farish memberhentikan langkahnya seraya menoleh kearah datangnya suara yang memanggilnya.

"Hazrin, eloklah aku jumpa kau. Isteri dan anak aku di mana?" dalam keadaan termengah-mengah, Farish bertanya.

"Tahniah, kau dapat anak perempuan. Maknanya sekarang kau dah ada seorang putera dan seorang puteri," ujar Doktor Hazrin sambil tersenyum.

"Aku tahulah bayi perempuan, bukan ke kau dah bagitahu aku tadi?" jawab Farish dengan senang hati.

"Jom ikut aku," pelawa Doktor Hazrin.

Farish segera berjalan  membuntuti doktor Hazrin yang juga merupakan sahabat baiknya itu.

Di dalam bilik Irma Syazira pula, kelihatan Puan Zarena sedang mencium pipi gebu cucu pertamanya itu dengan penuh manja. Hidung mancung cucunya itu dicuit-cuitnya lembut. "Comelnya cucu nenek ni... Mancung hidung dia!" 

"Kulitnya putih, mata biru, Ini dah pasti dia ikut  papanyalah ni. Mancung macam hidung mat saleh!" Encik Ahmad Nizam mencelah pula sambil tersenyum.

Puan Zarena mengerutkan dahinya sebaik sahaja suaminya, Encik Ahmad Nizam menyampuk . "Eh abang ni, ke situ pulak dia! Tak naklah saya samakan cucu saya dengan budak jahanam tu!" 

Irma Syazira dan Encik Ahmad Nizam tergamam mendengar kata-kata Puan Zarena itu.

Tanpa mereka sedari, Farish sudahpun berdiri terpacak di belakang puan Zarena yang sedang leka duduk sambil mengendong cucunya itu.

"Ada apa-apa masalah ke dengan baby ni, mak cik?" Farish bertanya sambil tangannya menghulurkan salinan surat dari peguamnya.

"Ah! Farish, bila Farish sampai?" Encik Ahmad Nizam bertanya seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan menantunya itu.

"Mak cik kau panggil aku?!" marah Puan Zarena.

"Ops! Maaf. Tapi aku tertanya-tanya, siapa budak jahanam yang Mak Cik maksudkan tadi tu?" balas Farish dengan tegas.

"Farish, tolong maafkan Ibu. Dia tak sengaja tu..." pinta Encik Ahmad Nizam. Dia kesal dengan perangai isrerinya itu.

"Maaf ayah, Farish datang ni, sebab Farish nak ambil hak Farish... seperti yang telah Farish cakap tujuh bulan yang lepas," kata Farish sambil menyerahkan salinan surat dari peguamnya kepada Encik Ahmad Nizam.

Encik Ahmad Nizam memejamkan matanya. Ada aliran air mata menyusuri pipinya ketika ini. "Baiklah Farish, ayah izinkan. Tapi, kalau ayah nak melawat cucu ayah, boleh ke?" 

"Tak pasti lagi ayah. Lagipun Farish dah buat keputusan, Farish akan bawa anak-anak Farish berpindah."

"Hah? Pindah? Hey, kau ingat aku benarkan kau bawa lari cucu aku ke?!" tiba-tiba sahaja Puan Zarena bersuara dengan agak kuat.

Farish tersenyum sebaik sahaja Puan Zarena bersuara.
"Hey perempuan tua! Sedar diri tu sikit, bayi tu anak aku, bukan anak kau! Kau tu cuma nenek dia aje! Aku tak izinkan anak aku membesar di bawah didikan kau dengan anak kesayangan kau tu! Aku tak nak anak aku ikut perangai korang berdua!" marah Farish dengan suara yang tinggi juga. 

Irma Syazira hanya mampu berbaring, dia malas nak masuk campur berdebat kerana dia tahu, dia tetap akan kalah dengan Farish. Hatinya kecewa dengan perubahan pada sikap suaminya. Berat hatinya untuk berpisah dengan anak yang baru dilahirkan itu.

"Aku memang dah agak yang mak cik tua ni akan bersikap macam ni. Tergamak dia tidak menghubungi aku bahawa Irma ni dah nak melahirkan!" Farish berkata dengan nada tidak puas hati.

Encik Ahmad Nizam terkejut dengan kata-kata menantunya itu seraya mengerling tajam ke arah isrerinya, Puan Zarena. "Eh, betul ke apa yang abang dengar ni Zarena? Bukan ke pagi tadi abang dah suruh hubungi Farish?" 

Puan Zarena tidak menjawab pertanyaan suaminya itu.

Pada masa yang sama juga, Dato' Radzi Izham dan Datin Amie Hamiza juga datang untuk melawat cucu terbaru mereka. Datin Amie Hamiza segera mendapatkan bayi yang baru lahir itu.

"Jangan berani sentuh cucu aku!" tengking Puan Zarena dengan tiba-tiba.

Puan Zarena seperti tidak dapat mengawal dirinya. Dia bertindak menolak bahu Datin Amie Hamiza sehingga menyebabkannya hampir-hampir jatuh tersungkur sambil mengendong cucunya yang baru lahir itu.

Disebabkan tingkah Puan Zarena sudah seperti tidak siuman itu, Dato' Radzi Izham dan Encik Ahmad Nizam terpaksa mengarahkan Datin Amie Hamiza membawa keluar cucunya yang baru lahir itu.

"Jangan bawa lari cucu aku!" jerit Puan Zarena lagi.

Pang!!

Berpinar pandangan Puan Zarena sebaik sahaja pipinya  menerima tamparan kuat dari suaminya, Encik Ahmad Nizam.

Akibat tamparan kuat itu juga Puan Zarena jatuh terduduk di atas lantai.

"Awak ni dah kenapa Zarena? Tak habis-habis nak memalukan abang! Selama ni abang diam dan perhatikan aje perangai awak. Sekarang baru abang faham, kenapa menantu kita buat keluarga kita macam ni! Memang patut dia buat macam ni. Sekarang awak jangan nak masuk campur urusan anak dan menantu kita! Mak dan anak sama aje perangai!" tegur Encik Ahmad Nizam sambil menggenggam buku limanya. Kalau nak diikutkan hatinya, nak saja dia membelasah isterinya itu. Dia kecewa. "Farish, sekarang baru ayah faham kenapa Farish buat keputusan macam ini. Ayah dah buat keputusan, ayah setuju dan ayah relakan Farish jaga dan membesarkan cucu ayah. Biar perempuan dua ekor ni meroyan." 

"Dato', maafkan saya, saya malu dengan perangai isteri dan anak saya... saya harap Dato' dan Datin maafkan mereka berdua," sambung  Encik Ahmad Nizam lagi.

"Takpalah Nizam, saya maafkan," jawab Dato' Radzi Izham ringkas.

Datin Amie Hamiza sudahpun  keluar dari bilik wad itu sambil mengendong cucunya. Dia risau apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku. "Sebelum ada apa-apa yang berlaku pada cucu aku ni, lebih baik aku bawa keluar dari bilik tu," 

Farish menapak menghampiri Isterinya seraya memegang erat pergelangan  tangan isterinya. "Maaf... abang terpaksa." .

Pergelangan tangan isterinya dikucup lembut. Jauh di sudut hatinya, dia nak sangat membesarkan anak-anaknya bersama Irma Syazira, isteri kesayangannya. Namun hatinya sakit bila teringatkan isterinya melayan lelaki lain. Dia juga masih menunggu isterinya menceritakan apa hubungannya dengan lelaki yang sering datang melawat isterinya itu. Farish sengaja duduk lama di kerusi bersebelahan dengan katil itu. Wajah isterinya direnungnya lama. Matanya berkaca-kaca merenung isterinya yang memandang ke arah lain.

Ima, tolonglah pandang abang... kenapa keras sangat hati Ima? Abang tak marah kalau Ima berterus terang. 

Irma Syazira mengalih pandangannya ke arah suaminya. Wajah suaminya, Farish direnung lama tetapi mulutnya terasa berat untuk berkata-kata.

Farish pula merenung isterinya dengan penuh harapan agar isterinya menceritakan perkara yang sebenarnya. Dia tewas, air matanya tumpah di hadapan isterinya. Ima... cepatlah ceritakan pada abang, please...

Irma Syazira segera melepaskan pegangan tangan suaminya seraya menoleh semula ke arah ibunya Puan Zarena dan selepas itu dia berkata. "Saya tak nak jumpa siapa-siapa."

Farish tergamam. Begitu juga dengan papanya Dato' Radzi Izham dan juga ayah mertuanya, Encik Ahmad Nizam.

Puan Zarena pula tersenyum sebaik sahaja Irma Syazira berkata.

Farish bingkas bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah untuk keluar. "Papa, jom kita balik. Dah tak ada gunanya kita di sini. Biarlah dia dengan dunianya. Dia dah pilih jalan hidup dia." 

"Baiklah," sahut Dato' Radzi Izham pula.

Sebaik sahaja Farish dan papanya, Dato' Radzi Izham keluar dari bilik itu. Encik Ahmad Nizam telah melafazkan ayat yang benar-benar mengejutkan Irma Syazira dan ibunya, Puan Zarena.

"Sekarang puaslah hati korang berdua, kan? Zarena, jangan ingat aku tak tahu semua ni rancangan kau! Kau sengaja suruh anak rakan baik kau tu... budak Uzair tu pergi jumpa Irma. Semuanya kau rancang, kan?! Selama ni aku diamkan aje. Aku tak sangka, selama ni isteri aku ni adalah iblis bertopengkan manusia!" marah Encik Ahmad Nizam.

Irma Syazira terkejut dengan apa yang ayahnya luahkan. "Ibu, betul ke semua ni?"

Puan Zarena tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum.

"Sampai hati ibu! Tergamak seorang ibu sanggup meroboh masjid anak ibu sendiri! Ibu jenis apa ni?!" Irma Syazira bertanya sambil menangis dengan kuat. "Ibu tahu tak,  disebabkan tindakan ibu ni...  Ima merana!  Ima terseksa! Ibulah punca keretakan rumahtangga Ima!"

Encik Ahmad Nizam menghampiri isterinya yang asyik tersenyum sambil memeluk tubuhnya itu. 

"Zarena Binti Arsyad, aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience