Chapter 45

Romance Completed 17238

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM, Farish... kenapa boleh jadi macam ni? Papa tak sangka betul la... tergamak Irma menduakan Farish!" Dato' Radzi Izham terkejut mendengar luahan hati anak sulungnya itu.

Pagi ini, Dato' Radzi Izham dan isterinya, Datin Amie Hamiza datang melawat ke kondominium anaknya. Mereka berdua terkejut sebaik sahaja mendapati Farish yang kelihatan sugul dan tidak terurus serta  menantu mereka, Irma Syazira tidak kelihatan.

Pada mulanya Farish berkeras untuk tidak menceritakan masalah yang dihadapinya ketika ini kepada kedua orang tuanya itu. Namun, setelah dipaksa oleh papanya, Farish terpaksa mengalah dan menceritakan semuanya kepada kedua orang tuanya itu.

"Papa, mama, Farish tak tahu dimana lagi silap Farish kali ni. Farish betul-betul sayang dan cintakan dia, tapi kenapa dia tak percayakan kasih sayang dan kesetiaan Farish pada dia? Apa lagi kekurangan Farish ni?" Farish bertanya pada kedua orang tuanya itu. Air matanya kini sepertinya sangat murah, cepat gugur membasahi pipinya,

"macam ni la, papa serahkan pada Farish. Semua keputusan berada di tangan Farish, sebab ini keluarga Farish. Apa-apa keputusan yang Farish buat, papa dan mama akan ikut," Dato' Radzi Izham berkata.

Datin Amie Hamiza pula menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Farish mengerling ke arah anaknya, Danish Rayyan yang sedang duduk di pangkuan papanya itu. Kesian anak aku, dia tak pernah mendapat kasih sayang sepenuhnya dari insan bergelar ibu. Bersabarlah anakku. 

Telefon bimbit yang diselit di dalam poket seluarnya itu dikeluarkan. Dia sendiri tidak pasti apa tujuan dia mengeluarkan telefon bimbitnya itu. Dah alang-alang aku pegang handphone ni, baik aku buka Whatsapp ajelah. 

Aplikasi WhatsApp dibuka namun dia tak tahu nak berhubung dengan siapa, nak berhubung dengan rakan baiknya Aryan Syah, dia mungkin sekarang ni sedang sibuk melayan Tengku Isma Fatieha... Farish betul-betul buntu. Seketika ini, hatinya terdetik untuk menyentuh ruangan status. Dengan pantas jarinya menyentuh status dan serta-merta matanya terpandang status isterinya yang baru sahaja diupdate sepuluh minit yang lalu.

Hmm... Apa agaknya yang dia post? Harap-harap dia hantar status supaya aku datang.  Farish tersenyum kecil. Namun selepas itu, dahinya berkerut sebaik sahaja membuka status isterinya itu.

'Life is so unfair!' ??

Apa maksud dia buat status macam ni?  Farish tertanya-tanya dalam hatinya.

"Farish, papa nak pergi melawat Irma ni," Dato' Radzi Izham berkata setelah mendiamkan diri seketika.

"Baiklah papa, Farish pun ingat nak pergi tengok dia sekejap," sahut Farish sambil menyelitkan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya.

Walaupun amarahnya pada si isteri masih bersisa, namun ada satu nyawa yang lebih penting dari nyawanya sendiri yang perlu diambil kira. Dia risaukan keadaan anak yang berada dalam kandungan isterinya itu. Baginya kini Danish Rayyan dan bayi dalam kandungan Irma Syazira adalah segala-galanya.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, Datin Amie Hamiza mencadangkan Farish supaya membeli sesuatu untuk isterinya. "Farish belikanlah apa-apa untuk Irma. Mama ni bukan apa, kesian  jugaklah dengan dia, Kan dia tengah mengandung tu..." 

Farish buat acuh tak acuh saja dengan permintaan mama tirinya itu. Dia malas nak bercakap pasal isterinya ketika ini. Yang berlegar di mindanya kini hanyalah keselamatan anaknya sahaja. "Malaslah mama, nak buat apa bagi dekat dia, entah-entah, sekarang ni jantan tu ada jaga dia dalam wad tu!" 

"UZAIR?! Awak buat apa datang sini?" Irma Syazira bertanya. Dia terkejut sebaik sahaja mendapati figura lelaki itu menapak masuk ke dalam biliknya.

"Saya datang sebab nak melawat awaklah! Kenapa? Tak boleh ke?" jawab Uzair Nazry seraya bertanya dan menyerahkan sejambak bunga mawar kapada Irma Syazira.

Irma Syazira menyambut bunga pemberian Uzair Nazry tanpa berfikir panjang.

"Terima kasih awak," ucap Uzair Nazry seraya melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil itu.

"Terima kasih? Untuk apa?" soal Irma Syazira, pelik.

"Sebab awak sudi terima bunga pemberian dari saya," jawab Uzair Nazry ringkas sambil mencapai tangan Irma Syazira seraya dikucupnya lembut. Irma Syazira segera melepaskan tangannya dari pegangan lelaki itu.

"Awak, tolonglah jangan ganggu saya! Macam mana awak boleh tahu saya berada di sini?!"

"Awak sendiri yang bagitahu. Status awak di Fac."

"Awak tolonglah jangan muncul dalam hidup saya! Awak tahu tak disebabkan awaklah hidup saya merana sekarang, awak tahu tak?! Disebabkan perbuatan awak tengah hari semalamlah suami saya membenci diri saya! Please awak pergi jauh-jauh dari hidup saya!"  kata Irma dalam sendunya itu. "Saya pelik... macam mana awak tahu status Whatsapp saya?  Saya tak simpan pun nombor awak!"

"Tak, saya tak akan pergi! Saya tak akan tinggalkan awak. Baguslah kalau dia dah tahu hubungan kita," ujar Uzair Nazry sambil tersenyum sinis. Memang niatnya untuk memisahkan Irma Syazira dengan suaminya.

Sekali lagi pergelangan tangan Irma dicapai, kali ini ianya digenggam dengan erat seraya dikucup agak lama oleh Uzair Nazry. Irma Syazira sedaya upaya untuk melepaskan genggaman tangan lelaki itu, tetapi tidak berjaya.

Tanpa disedari, aksi itu telah disaksikan oleh Farish, Dato' Radzi Izham dan Datin Amie Hamiza yang kebetulan baru sahaja masuk ke dalam bilik wad itu.

Irma Syazira terlopong sebaik sahaja mendapati suami dan kedua mertuanya berdiri terpacak di hadapan mereka berdua di saat Uzair Nazry mengucup pergelangan tangannya.

Datin Amie Hamiza berasa malu serta-merta menekup mulutnya dan berlalu keluar dari bilik itu. Dato' Radzi Izham pula sudah mengelengkan kepalanya. Dia betul-betul tidak menyangka menantunya sanggup menduakan anaknya.

Farish pula mengerling isterinya sambil memberikan senyuman sinis. Namun tidak berkata apa-apa. Sangkaannya semasa dalam perjalanan tadi tepat sama sekali. Dia langsung tiada perasaan untuk cemburu, marah dan sakit hati. Hatinya betul-betul sudah tawar sepenuhnya dengan isterinya itu. Ya Tuhan... aku harap keputusan aku ni tepat. Kau kuatkanlah semangatku untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Kau jauhkanlah aku dari orang-orang yang menyesatkanku.

"Ehem! Takpe, korang berdua teruskanlah. Aku tak kisah. Aku takkan biarkan korang berdua dapat hidup bersama. Sebab sampai mati pun aku takkan lepaskan betina ni, dan kau betina... jangan pulak kau lupa, aku berpegang pada kata-kata aku, dalam masa tujuh bulan dari sekarang, aku akan tuntut hak aku. Aku akan tuntut anak aku, betina macam kau tak layak untuk jadi ibu kepada anak-anak aku! Mulai dari saat ni, kau dah tak ada dalam kamus hidup aku!"

"Abang, tolonglah jangan buat Ima macam ni." Irma Syazira merayu namun Farish langsung tidak mempedulikan rayuannya itu.

"Aku jijik dengan betina macam kau!" Farish berkata dengan suara yang agak tinggi dan selepas itu dia terus menapak keluar dari bilik wad itu.

Semasa mengatur langkah keluar, langkah Farish terhenti sebaik sahaja mendapati ayah dan ibu mertuanya sudahpun berdiri terpaku di hadapan pintu itu. Kedua-duanya sedang melopong. Encik Nizam dan Puan Zarena mendengar dengan jelas apa yang Farish ungkapkan sebentar tadi.

"Maaf," ucap Farish seraya meneruskan langkahnya pergi meninggalkan kedua mertuanya yang masih berdiri terpaku di hadapan pintu wad itu.

"PAPA, mama, Farish dah buat keputusan... sebaik sahaja anak kedua Farish lahir nanti, Farish nak bawa anak-anak Farish berpindah semula ke Cameron Highland." Farish berkata dengan serius di hadapan kedua orang tuanya. 

"Hah? Maksud Farish?" Dato' Radzi Izham bertanya.

"Maksud Farish, selepas anak kedua Farish lahir nanti... Farish nak bawa anak-anak Farish berpindah..." ulang Farish lagi.

"Habis tu, company  kita tu macam mana?" soal Dato' Radzi Izham lagi.

Farish tersengih menayangkan giginya di hadapan papanya itu. "Papa masih boleh menguruskannya, kan?" 

Dato' Radzi mengangguk seraya mengeluh perlahan. "Nampaknya terpaksalah papa menguruskan syarikat semula. Rosak plan nak bersara."

Datin Amie Hamiza sudah tegelak melihat reaksi suaminya itu. Kemudian dia mengerling ke arah Farish. "Farish, mama nak tanya, hubungan Farish dengan Irma macam mana? Farish betul-betul ke nak tuntut anak tu nanti?" 

"Hmm... mama, Farish dah buat keputusan, Farish akan membesarkan dan mendidik kedua-dua anak Farish sendirian. Pasal perempuan tu. biarlah dia digantung tak bertali. Farish dah malas nak fikir pasal tu lagi. Farish betul-betul dah tawar hati untuk hidup beristeri. Biarlah farish macam ni saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience