Chapter 9

Romance Completed 17238

"MOMMY! Kenapa mommy tak cakap yang suami Mak Su Amie tu dah jumpa anak dia?" Aliza berjalan sambil menghentak kakinya dengan kuat sebaik sahaja Puan Zuria melabuhkan duduk di sofa ruang tamu rumahnya tengah hari ini.

"Kau jangan nak menambahkan lagi serabut di kepala otak aku ni! Dah elok-elok bekerja dalam company si Radzi tu, kau berhenti. Kononnya tak nak berjauhan dengan boyfriendlah konon! Last-last, kau tinggalkan jugak si Hareez tu! Lain yang aku suruh, lain kau buat!" marah Puan Zuria sambil menghadiahkan cerlungan maut untuk Aliza.

Aliza mencebik seraya menghampiri Puan Zuria. Dia mengurut lembut mengurut bahu ibu tirinya itu. "Alah... mommy. Janganlah marah..."

"Dah, pergi jauh-jauh sana! Benci aku menengok muka kau. Aku suruh kau goda si Daniel! Lepas tu kahwin dengan dia! Cerahlah masa depan kau, aku jugak yang senang hati!" Puan Zuria masih bengang dengan anak tirinya itu.

"Daniel tu tak handsome,"ujar Aliza sambil memuncungkan bibirnya.

"Itu aje yang kau fikir, nak yang handsome saje! Mommy tengok si Daniel tu okey aje, boleh tahan... Hey Aliza, sekarang ni... rupa paras dah tak penting! Yang penting poket penuh! Banyak harta! Itu yang penting!" ujar Puan Zuria masih tidak berpuas hati dengan alasan anak tirinya.

Aliza mengeluh seraya tersenyum sinis mengerling Puan Zuria. "Kalaulah Daniel tu handsome macam abang dia tu, grrrrr... mommy, si Farish Adrian tu handsome, kan? I akan dapatkan dia! Tak kira dengan cara apa sekalipun. Lagipun dia jugak kan anak sulung Pak Su Radzi... dah tentu dia akan mewarisi tahkta dan harta pak su!"

Puan Zuria mengerling Aliza lama. "Berguna jugak otak kau ni ye?" 

"Off courselah... Ini Aliza Zuraisyalah mommy... I sanggup buat apa saja untuk capai matlamat I, You pun tahu kan, kalau I dah berkehendak?" Aliza berkata dengan megah diri.

"Ha... dah mulalah tu! Ber I, You... You dengan mommy!" bebel Puan Zuria.

Kau tunggulah nanti Irma! Aku akan pastikan Farish akan jadi hak milik aku. Hanya aku yang layak untuk dia, bukan kau Irma!

TUBUHNYA dilabuhkan di atas katil, kakinya yang membengkak itu masih berdenyut diurut dengan lembut bahagian yang membengkak itu. Otaknya ligat berfikir kenapa Farish tiba-tiba mendiamkan diri.

Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya itu disambar. Mana dia ni? Biasanya waktu-waktu macam ni, ada-ada aje mesej typo dia masuk.

Irma Syazira membuka aplikasi WhatsApp dan serta-merta senyumannya terukir di bibir sebaik sahaja membuka mesej-mesej yang dihantar oleh Farish sebelum ini.

Sepamat pagi Irma...
~ Ahmad Farish Adrian.

Selamat* bukan sepamat...
~ Irma Syazira.

Sorry. Harinie tak perlu datang office, saya datang ambil awark dekat rumah then kita terus ke Airport. Okay?
~ Ahmad Farish Adrian.

Okey, saya tunggu Encik Farish sampai, by the way...
Hari ini* bukan Harinie
Awak* bukan awark!!
~ Irma Syazira.

Okay... Thanks!
~ Ahmad Farish Adrian.

"Farish, kalau awak marahkan saya... saya nak minta maaf."  Galeri foto telefon bimbitnya dibuka. Gambar-gambar yang diambil semasa bersama dengan Farish di Terengganu siang tadi direnungnya lama. Hai Irma... sebenarnya kau sukakan Encik Farish, kan? Tapi tak nak mengaku!

Tombol pintu biliknya dipulas seraya daun pintu ditarik ke dalam. Terpacul figura orang tuanya di hadapan pintu.

"Farish, boleh papa masuk?"

"Papa, masuklah," balas Farish sambil memberikan senyuman kepada papanya, Dato' Radzi Izham.

Farish melabuhkan duduk di birai katil manakala Dato' Radzi pula melabuhkan duduk di sofa bilik anak sulungnya itu.

"Farish..."

"Ye papa?"

"Macam mana projek pembinaan hotel di Terengganu tu? Papa tunggu Farish dari tadi, tapi tak keluar-keluar dari bilik," soal Dato Radzi Izham pada anaknya.

"Oh, maafkan Farish, papa... projek tu dah 80% siap  dan semuanya berjalan dengan lancar," balas Farish sambil. Mengerling Dato' Radzi Izham yang duduk bersandar di sofa.

"Oh, baguslah kalau macam tu... papa dengar, Irma tercedera, kenapa boleh jadi macam itu pulak?" soal Dato' Radzi Izham lagi.

"Entahlah papa, Farish pun terkejut jugak tengok dia tiba-tiba aje pengsan dan kaki dia membengkak... nasib baik Farish cepat-cepat tuamkan dengan ais, kalau tidak, semakin membesarlah bengkak dia..."

"Oh, baguslah Farish cepat bertindak. Ni tak nak turun makan malam ke? Jomlah... papa tunggu dari tadi Farish tak turun-turun." Dato' Radzi berkata seraya bingkas bangun dari sofa itu.

"Baiklah papa, Farish pun dah lapar ni," balas Farish pula seraya bangun dari katil dan terus mengekori papanya keluar dari biliknya untuk turun ke tingkat bawah.

"SELAMAT pagi Encik Bos! Apa cerita semalam?" Aryan Syah bertanya kepada Farish yang baru sahaja melabuhkan duduk di kerusi pejabatnya itu.

"Aryan..."

"Ye Encik Bos?"

"Kau tak payahlah nak panggil aku dengan gelaran Encik Bos bagai... macam pelik aje bunyinya..."

Aryan Syah tersengih di hadapan Farish. "Alah... okeylah tu, dah kau tu sekarang ni kan dah jadi bos aku..." 

"Air aku mana?" soal Farish sambil menaikkan kening kirinya.

"Oh ya, terlupa... kejap ye Encik Bos, aku pergi buatkan air khas untuk Encik Bos Farish ni," jawab Aryan Syah seraya menapak keluar dari bilik Farish untuk ke pantri.

Farish tersenyum dan menggelengkan kepalanya sambil membuka butang coat hitamnya dan memulakan tugasnya.

Tidak lama selepas itu, pintu dikuak dari luar oleh seseorang. Farish mengerling ke arah pintu dan figura seorang gadis yang berpakaian yang menjolok mata. Rambut panjang berwarna merah dengan berbaju ketat, skirt hitam paras peha sedang berjalan menuju ke arahnya. Dia tergamam selepas gadis itu dengan selamba melabuhkan punggungnya di atas meja kerjanya seperti aksi menggoda sambil tangannya mengurut pehanya yang gebu itu.

"You?! What are you doing here?!" marah Farish dengan nada yang agak meninggi. Perempuan semalam ni... apa dia buat dekat sini?

"I'm here sebab nak jumpa you, handsome young man..." balas gadis itu sambil menarik tali leher Farish dan dengan serta-merta bibir mereka bertemu.

Pada masa yang sama juga Aryan Syah hendak membuka pintu pejabat Farish dengan membawa mug yang berisi hot chocolate khas untuk bosnya yang juga merupakan sahabat baiknya itu. Niqisya juga pada masa yang sama hendak berjumpa dengan Farish.

"Aryan!"

"Ye Niqisya?"

"Encik Farish ada di dalam bilik dia tak?"

"Ada, jomlah masuk," ajak Aryan Syah seraya memulas tombol pintu.

Sebaik sahaja mereka berdua menapak masuk ke dalam bilik Farish, kedua-duanya terkejut dan terlopong menyaksikan apa yang sedang berlaku di hadapan mata mereka berdua di mana seorang gadis yang sangat Niqisya kenal sedang berkucupan dengan Farish. Sambil tangannya menarik tali leher Farish untuk merapat dengannya.

Buntang mata Farish terkejut dengan apa yang berlaku. Sepantas kilat dia menolak dengan kuat kepala gadis itu ke tepi dan...

Panggg!!

"Auch!! Kenapa You tampar I?!"

"Perempuan yang tak bermaruah seperti kau ni memang patut aku bagi penampar! Get out from my office, NOW!!" tengking Farish sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah pintu. Merah padam mukanya akibat marah dan juga malu.

"No! I takkan keluar selagi You tak terima I jadi girlfriend You!"

Farish terlopong dengan ayat-ayat gadis sexy itu. What?!

Niqisya bengang dengan mulut manis gadis itu dan sepantas kilat dia mendapatkan gadis itu yang juga merupakan musuh ketatnya bersama dengan Irma Syazira dan Nadia di dalam Syarikat Mahligai Sakti Holdings sebelum gadis itu meletak jawatannya.

Niqisya menarik rambut panjang gadis itu menyebabkan gadis itu terjatuh dari meja kerja Farish.

"Woi, pelacur! Kau jangan nak cari pasal dekat sini! Kau ingat, muka kau ni laku lagi ke dalam company ni? Kau silap Aliza!" marah Niqisya sambil tangannya masih tidak lepas dari menarik rambut panjang Aliza itu.

"Niqisya! You lepaskan I! Sakit tahu tak?! I dah lamalah kenal dengan Farish, dia tu boyfriend I!" laung Aliza sambil meronta untuk dilepaskan.

"Jangan nak buat lawaklah betina... aku tahu niat sebenar kau!" Niqisya berkata. Kali ini genggaman tangannya semakin kuat menarik rambut gadis gedik itu.

"Hmm... nama dia ni Aliza ye? Jadi perempuan inilah PA yang sebelum ni?" Aryan Syah pula bersuara.

"Ye, dia ni la orangnya... si minah gedik ni." sahut Niqisya sambil tangannya tak lepas dari menarik rambut Aliza.

Aryan Syah merapatkan dirinya dengan Aliza seraya merapatkan bibirnya ke arah telinga gadis itu. "Cik Aliza, saya nak tanya, kalau betullah Encik Farish ni boyfriend awak seperti yang awak cakap sebentar tadi, boleh awak cerita sikit, macam mana awak kenal dengan Encik Farish? Dan Encik Farish membesar di mana?"

"I dah lama kenal dialah! Empat bulan yang lepas di New Zealand! Now lepaskalah I! You tak ada hak nak seksa I!"

"Hahaha! You're wrong Aliza. Satu pun jawapan kau tak tepat.  Aku membesar di Perth, Western Australia, bukan New Zealand! And, you know what? Dalam tempoh tujuh bulan ni, cuma Aryan seorang ni saja sahabat aku dari Malaysia yang aku kenal, sebelum aku buat keputusan untuk balik ke Malaysia untuk berjumpa dengan papa aku!" Farish berkata dengan nyaring sambil ketawakan Aliza.

Aliza sudah terlopong. Selepas itu dia menarik rambutnya yang digenggam oleh Niqisya dengan kuat menyebabkan genggaman itu terlepas. "I tak peduli! I akan pastikan yang You akan tetap menjadi milik I."

Aliza menghentak kakinya dengan kuat semasa keluar dari bilik Farish dan seterusnya beredar keluar dari menara itu.

"Dasar pelacur tak malu! Kalau sekali lagi aku jumpa kau, aku belasah kau dengan kapak!" Niqisya bermonolog sambil matanya mengerling ke arah pintu.

Farish dan Aryan Syah yang berdiri di belakang Niqisya itu terlopong sebaik sahaja kata-kata yang diucapkan oleh gadis cantik di hadapan itu menampar telinga mereka berdua.

Aryan Syah menjarakkan dirinya dari Niqisya. Ganasnya dia ni...

Seram sejuk pulak aku dengan dia ni... bahaya tu nak belasah dengan kapak, gumam hati Farish pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience