Chapter 60 (Finale)

Romance Completed 17238

PAGI ini Aliza bangun seawal pukul 5:30 pagi, jauh berbeza dari kebiasaannya.

Setengah jam berikutnya, suaminya, Hareez pula baru tersedar dari tidurnya. Tangannya terkapai-kapai mencari bantal peluk yang seperti biasanya menjadi santapannya setiap pagi. "Hmm... mana pergi bini aku ni? Tak pernah-pernah dia bangun awal."

"You! hari ni you tolong jagakan anak-anak. I ada urusan yang wajib diselesaikan!" Aliza berkata seraya menyerahkan anak keduanya Muhammad Syafiq Farhan kepada Hareez, suaminya.

"Urusan? Urusan apa pulak ni? Satahu abang, awak selama ni duduk terperap aje dalam rumah ni," balas Hareez hairan seraya bingkas duduk di tengah katil itu.

"Alah. Mommy tu... nak minta I tolong dia..." ujar Aliza seraya mengatur langkah menapak keluar dari bilik.

Dua minit selepas itu, telefon bimbit Hareez yang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil itu berdering. Dengan malasnya Hareez mengambil telefon bimbit itu dan tertera nama Aryan Syah di skrin.

"Eh? Ada apa hal pula si Aryan telefon aku awal-awal pagi macam ni?" Hareez bertanya seraya menguis skrin untuk menjawab panggilan itu.

"Helo... Assalammualaikum Hareez. Kau dah bangun ke, belum?" ucap Aryan Syah seraya bertanya di hujung talian.

"Waalaikumsalam... err... kau rasa aku ni masih tidur ke atau dah bangun? Ha... ada apa kau call aku pagi-pagi ni? Ada apa-apa yang perlu aku bantu?" soal Hareez pula sambil duduk memangku anak lelakinya, Muhammad Shafiq Farhan.

"Macam ni, Hareez... kau dah buka ke belum mesej audio yang aku hantar? Oh ya! Bini kau mana?"

"Audio? Audio apa kau hantar? Aku baru aje sentuh handphone aku ni. Kau hantar dekat whatsapp ke?"

"Yelah... Hareez, jangan bagi Aliza keluar dari rumah, okey? Kami sekarang ni berada di balai polis."

"Balai polis? Korang buat apa weh?"

"Aku rasa lebih baik kau buka mesej audio yang aku hantar dekat WhatsApp kau tu dengan segera. Okeylah apa-apa hal kau contact aku segera!"

"Okey... okey!" balas Hareez seraya menamatkan panggilan itu.

Data internet segera diaktifkan dan aplikasi WhatsApp segera dibuka dan dua mesej yang dihantar oleh Aryan Syah melulu masuk.

Assalammualaikum Hareez, ni ada audio yang berjaya kami rakamkan mengenai kegiatan isteri dan mak mertua kau.

Cepat-cepat Hareez memuat turun rakaman audio yang diterimanya dan segera menekan play.

(Audio)
"Helo, Syafina. Helo? Hoi, kau dah jalankan tugasan yang aku arahkan tu ke belum?! Aku nak kau goda anak orang putih tu sampai isteri dia nampak! Kalau tak berjaya, kau guna aje pisau yang aku bagi tu, dan buat aje apa yang patut dibuat!"

"Mak Long! Apa tujuan Mak Long buat semua ni? Apa salah Farish pada Mak Long?! Apa dosa Farish? Kenapa Mak Long benci sangat dengan Farish?!"

"Wah! Aku tak sangka anak orang putih ni yang menjawab panggilan aku. Hahaha! Hey budak pembawa malang, aku memang bencikan kau dari masa kau dalam perut si jahanam Sofea tu lagi! Disebabkan Sofea, laki aku ceraikan aku! Sekarang disebabkan kau muncul, peluang untuk aku rampas harta si bodoh Radzi tu terbantut! Kau tahu tak, aku yang pisahkan Sofea dengan si Radzi tiga puluh tujuh tahun yang lalu! Lepas tu, aku paksa adik aku goda bapak kau! Tapi adik aku tu tak boleh diharap! Aku suruh goda untuk rampas harta tapi dia jatuh cinta pulak dengan bapak kau tu! Lagi satu, kau mesti terkejut kenapa mak mertua kau pun turut membenci diri kau, kan? Hahahaha! Mak mertua kau si Zarena tu memang bodoh! Cepat termakan dengan kata-kata aku. Hahahaha! Sekarang padan muka dia menetap di Tanjung Rambutan. Dan kalau kau nak tahu jugak, sekarang ni anak aku si Aliza tu dah standby untuk melawat dan menghantar mak mertua kau tu ke neraka jahanam! Hahaha!"

Sebaik sahaja rakaman itu terhenti, Hareez bingkas bangun dari katil dan segera meluru keluar dari bilik tidur untuk mengejar isterinya, Aliza.

Aliza yang bersiap sedia untuk keluar dari rumahnya itu tidak menyedari Hareez sedang mengekorinya dari belakang.

"Hai orang tua bodoh, hari ni tamatlah riwayat kau! Aku akan pastikan kau telan racun yang aku bubuh dalam minuman yang dikhaskan untuk kau! Hahaha. Mommy, I sanggup lakukan apa saja untuk mommy sebagai balasan untuk mommy yang membesarkan I selama ni." Aliza bermonolog di hadapan pintu sambil tersenyum sinis. Dia tidak mengetahui suaminya kini betul-betul berdiri di belakangnya.

Hareez dengan pantas merampas botol minuman kecil yang berada di dalam genggaman tangan isterinya itu. "Wah Aliza, air apa ni? Nampak macam sedap aje? Abang nak rasa sikit, boleh?"

"Hey! Minuman ni bukannya untuk you! Minuman ni special tau!" balas Aliza, dia terkejut Hareez tiba-tiba merampas botol minuman yang dibuat khas untuk Puan Zarena.

"Kalau special, abang pun nak jugak..."

"No! This is not for you! It's mine, okay!"

"Okey... kalau ini awak punya, abang nak awak minum air tu sekarang jugak!" Hareez berkata dengan suara yang agak meninggi.

"Hey! You tak ada hak nak tengking-tengking I."

"Yes i am! I'm your husband, remember?!" Sepantas kilat Hareez memeluk tubuh Aliza dan segera membuka penutup botol itu sambil sebelah tangannya memaksa Aliza membuka mulutnya.

"No!! Please.... I dah bubuh racun tikus dalam minuman tu! You nak I mati ke, hah?!" marah Aliza sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Oh... jadi inilah urusan yang kau nak selesaikan tu ye? Okey bagus, sekarang ikut aku, kita ke balai polis!" Hareez berkata sambil mengheret Aliza keluar dari rumah itu.

"Encik Hareez, apa yang berlaku ni?" Mak Yam pembantu rumah Hareez bertanya.

"Mak Yam, tolong jaga Dayana dan Farhan, saya nak hantar betina ni ke penjara!" jawab Hareez seraya meneruskan langkahnya dan terus melolos masuk ke dalam perut kereta.

Aliza cepat-cepat membuka pintu untuk keluar melarikan diri namun berjaya dihalang oleh suaminya itu.

"Jangan berani nak larikan diri! Kalau kau keluar, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau!" bentak Hareez dengan suara yang tinggi.

"Encik Farish, terima kasih kerana membantu kami menyelesaikan kes percubaan membunuh Tengku Isma Fatieha. Tak sangka perempuan ni agak licik, lima tahun kami cuba mengesan Syarifah Syafina ni." Inspektor Zairul berkata.

"Okey, sama-sama. Tapi macam mana pulak dengan kes saya ni? Saya takkan tenang selagi Mak Long saya tu tak ditangkap," balas Farish, risau.

"Farish... itu kau tak perlu risau, Hareez baru aje menghubungi aku, sekarang dia dalam perjalanan untuk ke sini. Aliza jugak ada bersama dengan dia. Dia berjaya menghalang Aliza untuk pergi melawat Mak Cik Zarena. Memang betul, Aliza sudah bersedia dengan membubuh racun tikus ke dalam minuman yang hendak dibawanya dan Hareez jugak terdengar Aliza bercakap pasal itu. Apa-apa nanti kita tanya dia sendiri, dia akan sampai sebentar lagi, lebih baik kita dengar dari dia sendiri." Aryan Syah mencelah.

Kesemua mereka yang berada di situ mengangguk setuju.

"MAK Cik Zuria, ada apa suruh saya datang ke rumah mak cik ni?" Uzair Nazry bertanya. "Tak pernah-pernah Mak cik suruh saya datang,"

Puan Zuria yang duduk di sofa ruang tamu rumahnya itu mengerling jejaka berkulit putih anak kepada sahabat baiknya itu dengan renungan kosong. "Kau ada bawa barang yang aku suruh bawa tu?"

"Mak cik nak suruh saya buat apa?" Uzair Nazry bertanya sambil mengerutkan dahinya.

"Kau nak si budak Irma tu, kan? Kalau kau nak... kita kena hapuskan dululah anak mat saleh tu!" balas Puan Zuria ringkas.

"Tapi... tapi! Itu dah membunuh namanya, mak cik! Saya tak sanggup membunuh!" balas Uzair Nazry sambil mengeluarkan pistol yang dibelinya dengan rakannya di selatan Thailand dua hari lepas.

"Huh, bodoh! Kalau kau tak sanggup nak bunuh orang, habis tu yang kau pegang tu apa? Pistol mainan?!" sangkal Puan Zuria sambil jarinya ditujukan ke arah pistol yang dikeluarkan oleh Uzair Nazry dari beg kecil miliknya itu.

"Err... yang ni kan mak cik yang suruh saya cari dan belikan. Penat tau mak cik, saya kena pergi ke selatan Thailand untuk carikan!" ujar Uzair Nazry dengan suara bergetar-getar.

"Dah tu... meh bagi aku pistol tu! Kau ni memang tak boleh diharap! Huh... si Aliza ni pun satu, sampai sekarang tak hubungi aku langsung!" gumam Puan Zuria.

"DAH berapa kali aku nasihatkan, jangan ulangi buat benda yang sama, kan? Tapi kau degil... nak jugak buat... tak serik-serik! Nak sangat masuk penjara, kan? Ni aku sebagai suami kau sendiri yang hantar kau masuk ke penjara buat sekali lagi!" bebel Hareez sambil berusaha menarik tangan isterinya, Aliza untuk dibawa masuk ke balai Polis itu.

"Hey! Lepaskan I, jantan tak guna! Lepaskan I!!" pinta Aliza sambil menjerit semahu-mahunya semasa masuk ke balai.

Farish segera menghampiri Aliza seraya berkata. "Kau memang tak serik-seriklah Aliza, kali ini kau akan terima balasan di atas apa yang telah kau buat pada keluarga aku!"

Aliza tidak menjawab sebaliknya dia gelak dan selepas itu dia meludah tepat ke muka Farish.

Pang!!

Satu tamparan kuat dari suaminya, Hareez hinggap di pipi Aliza, serta-merta gelak tawa wanita itu terhenti. Farish pula segera pergi membasuh mukanya yang terkena liur wanita itu.

"Aliza, kau nak aku lepaskan kau, kan? Nak sangat, kan? Okey! Sekarang bersaksikan semua yang berada di dalam balai ni. Aku Hareez Iman ceraikan kau dengan talak tiga!" Hareez berkata dengan jelas. Tiada perasaan cinta buat isterinya lagi. Yang ada kini hanyalah perasaan benci.

Semua manusia yang berada di situ terlopong sebaik sahaja Hareez melafazkan talak tiga buat Aliza.

Aryan Syah segera menghampiri rakannya, Hareez. "Hareez, kau tak menyesal ke buat keputusan macam nu? Talak tiga kot!"

"Tak Aryan, aku dah buat keputusan yang tepat. Aku tak sanggup beristerikan perempuan gila yang sanggup meletakkan racun pada minuman semata-mata untuk membantu maknya yang juga orang tua gila untuk membunuh ibu mertua Farish! Dan tak mustahil jugak satu hari nanti dia akan buat benda yang sama pada aku dan anak-anak aku!" jawab Hareez serius.

"Puan Aliza, sila bagi kerjasama pada pihak polis, di mana Puan Zuria iaitu ibu Puan Aliza berada sekarang?" ACP Areena bertanya.

"Hey! You siapa nak bertanya pasal mommy I?" jawab Aliza dengan angkuh.

"Hoi! Dah tak sedar diri ke apa minah gedik ni?! Sedar diri tu sikit, tangan dah kena gari pun masih nak ber'you... you i... i dengan aku!" tengking ACP Areena.

Aliza terdiam.

Hareez menghampiri ACP Areena. "Puan, rasanya kita tak perlu tanya perempuan gila ni. Saya baru aje menerima panggilan dari mak dia ni. Sekarang dia berada di rumahnya sedang menunggu perempuan ni tapi tak sampai-sampai."

"Okey... kalau macam tu, senang kerja kita," balas ACP Areena.

"Zairul, jom kita pergi ke rumah suspect!" arah ACP Areena kepada Inspektor Zairul dan dua orang lagi anggota polis yang bertugas pagi ini.

ACP Areena juga membenarkan Farish, Hareez, dan juga Aryan Syah turut serta pergi ke rumah Puan Zuria.

"MAK cik nak buat apa dengan pistol tu?" Uzair Nazry bertanya. "Mak cik, kalau mak cik bertujuan untuk membunuh seseorang, saya tak nak masuk campur urusan mak cik. Saya tak nak terlibat! Saya tak nak masuk penjara, mak cik!"

"Ah,kau diamlah budak! Hari ni aku akan tamatkan riwayat mat saleh tu," balas Puan Zuria bengang.

"Maksud mak cik, suami Irma tu?" soal Uzair Nazry.

"Kau ni bodoh ke apa? Dah terang-terang aku cakap hari tu, aku nak seksa mat saleh tak guna tu!"

"Tap... tapi kenapa mak cik sanggup bertindak nak membunuh pulak? Apa kesalahan dia pada mak cik?" soal Uzair Nazry ingin tahu.

"Ah diamlah! Malas aku nak layan kau!" bebel Puan Zuria lagi.

Orang tua ni, biar betul. Dahlah bayaran yang dia janjikan untuk aku tak dibayar lagi! Gilalah kau ni Uzair, sanggup bersetuju menolong orang tua psycho macam dia ni! Irma, maafkan aku... aku tak ada niat pun nak rosakkan rumah tangga kau. Aku cuma perlukan wang aje, sebab tu aku terpaksa tolong orang tua ni. Tapi... tapi dia ni macam tak nak bayar upah seperti yang dijanjikan. Aku rasa lebih baik aku bagitahu ajelah dengan kakak aku pasal rancangan gila mak cik ni. Sekurang-kurangnya aku tebus kesalahan aku yang menyebabkan Irma berpisah dengan suami dan anak dia tu. Uzair Nazry bermonolog dalam hati sambil mengerling Puan Zuria yang seperti memikirkan sesuatu itu.

Tanpa berlengah Uzair Nazry mengeluarkan telefon bimbitnya yang diselit dalam poket seluar jeans berwarna biru tua yang disarungnya itu.

Aplikasi Whatsapp dibuka segera dan terus menaip mesej kepada kakaknya.

Akak, Uzair nak bagitahu. Akak kena datang ke sini dengan segera! Akak kenal tak Mak cik Zuria? Jiran kita yang baru berpindah dua tahun yang lepas tu? Akak, Uzair rasa dia ni gila! Baik akak datang sini segera!

~Uzair Nazry.

"Kau bermesej dengan siapa tu?" Puan Zuria bertanya.

"Kawan," jawab Uzair Nazry ringkas. Fuh! nasib baik aku cakap kawan, kalau aku tercakap kakak, nanti dia syak yang aku bocorkan rahsia dia.

Beberapa saat selepas itu telefon bimbit Uzair Nazry bergetar menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi Whatsapp. Tanpa membuang masa Uzair Nazry terus membuka dan membalas mesej dari kakaknya itu.

Ada apa? Kenapa dengan mak cik tu? Akak ada kes ni.

~Aren Areena.

Akak, Mak Cik Zuria ni merancang nak bunuh anak Dato' Radzi! Uzair berada di dalam rumah dia ni! Uzair tak dapat lari dari dia ni, dia ada memiliki senjata (pistol!)

~Uzair Nazry.

?? Okay! Uzair hati-hati akak memang dalam perjalanan ke rumah orang tua tu! Apa-apa adik jangan bertindak terburu-buru. Tunggu kami sampai dalam dua minit!

~Aren Areena.

Okey... ??

~Uzair Nazry.

Selepas selesai membalas mesej dari kakaknya, Uzair Nazry segera menekan punat lock di sisi telefon bimbitnya itu.

Bang!!

"Argghhh!!"

Satu tembakan dilepaskan tepat terkena pergelangan tangan Uzair Nazry menyebabkan lelaki itu mengerang dan meraung kesakitan.

"Mak cik! Kenapa mak cik tembak saya?!" jerit Uzair Nazry seraya jatuh terduduk sambil tangan kirinya memegang pergelangan tangan kanannya yang terkena tembakan itu. Darah mengalir dengan deras dari pergelangan tangan kanan Uzair Nazry yang tercedera itu.

"Kau ingat aku tak tahu kau sedang bermesej dengan siapa? Aku boleh baca riak muka kaulah budak! Dah tentu kau akan bermesej dengan kakak kau yang pegawai polis tu, kan?!" tengking Puan Zuria seraya bingkas bangun untuk mengambil telefon bimbit Uzair Nazry yang terpelanting di sudut dinding.

"Alahai... Screen locked pulak!" desis Puan Zuria semasa hendak mengaktifkan telefon bimbit milik Uzair Nazry.

Pada masa yang sama juga pasukan polis yang diketuai oleh ACP Aren Areena tiba di perkarangan rumah Puan Zuria. Kedatangan mereka dapat dihidu oleh orang tua itu. Dia juga perasan Farish turut ada bersama mereka, serta-merta juga Puan Zuria bersembunyi di sebalik pintu dan bucu pistol di tangannya itu diarahkan menghala ke arah Farish.

Bang!!

satu tembakan dilepaskan tepat ke arah Farish yang sedang berjalan mengiringi Inspektor Zairul itu.

Farish yang tidak menyedari akan hal itu terus menoleh kearah pintu serentak dengan tembakan itu dilepaskan.

Zupp!!

Sepantas kilat bahagian kiri dadanya terasa panas dan kesakitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata menyerbu. beberapa saat selepas itu Pandangan matanya tiba-tiba menjadi gelap.

"Farish!!" Aryan Syah berteriak dengan kuat sebaik sahaja mendapati Farish, sahabat baiknya kini jatuh terbaring dengan tubuhnya kini berlumuran dengan darah dan tidak sedarkan diri.

"Hahahaha! Akhirnya impian aku selama ini tercapai!
Sekarang matilah kau anak mat saleh tak guna!" seloroh Puan Zuria. Dia sudah tidak mempedulikan anggota-anggota polis yang sudah mengepung rumahnya. Hatinya begitu puas setelah melihat Farish jatuh dan tidak sedarkan diri.

Bukk!!

Satu tendangan kuat dari ACP Aren Areena dari arah sisi telah menyebabkan Puan Zuria terhantuk kepalanya ke daun pintu dan menyebabkan pistol yang digenggamnya terlepas.

Bukk!!

Pang!!

Satu tumbukan kuat dilepaskan oleh menantunya, Hareez tepat ke muka Puan zuria. Dan satu tamparan maut dari ACP Aren Areena hinggap di pipi Puan Zuria.

"Tumbukan itu satu ganjaran untuk orang tua kerepot macam kau yang telah menghancurkan rumah tangga Dato' Radzi Izham dan memisahkan dia dengan isteri dan anaknya! Kau tak layak jadi mak mertua aku, dan tak layak untuk jadi nenek kepada anak-anak aku!" tengking Hareez pada Puan Zuria.

"Dan tamparan maut itu juga aku hadiahkan pada kau orang tua, sebab kau mencederakan satu-satunya adik aku!" ACP Aren Areena pula mencelah.

"Zairul, cepat bawa pergi bawa orang tua ni ke balai!" ACP Aren Areena mengarah seraya menapak menghampiri adiknya, Uzair Nazry. "Uzair, jom kita pergi. Tangan aje yang cedera, kan?"

Uzair Nazry hanya mengangguk. Air matanya mengalir di pipi.

"Hai, menangis pulak dia... Dah, tak payah nangislah! Akak tahu adik akak ni kuat! Setakat kena tembak dekat tangan aje tu, apalah sangat!"

"Akak ni..."

Pada masa yang sama juga, Farish telah dikejarkan ke hospital. Aryan Syah menekan pedal minyak sekuat hatinya. Dia tak nak kehilangan sahabat baiknya itu. Di tempat duduk belakang pula Hareez sedang memangku Farish yang terbaring tidak sedarkan diri. Darah masih mengalir dengan deras dari dadanya. Hareez menekup dada kiri Farish dengan tapak tangannya untuk menghalang darah keluar. Denyutan nadi Farish juga semakin lemah.

"Farish, kau kena kuat dan lawan kesakitan ni, Farish... kau kena hidup! Isteri dan anak-anak kau sangat perlukan kau!" kata Hareez sambil memeluk erat Farish yang masih tidak sedarkan diri itu.

SEMUA ahli keluarga Dato' Radzi Izham bergegas ke hospital sebaik sahaja mendapat berita menganai Farish cedera ditembak. Mereka semuanya kini sedang berkumpul di hadapan bilik kecemasan.

Irma Syazira yang terkejut sebaik sahaja dimaklumkan suaminya ditembak di bahagian dada kiri terus jatuh terjelepuk tidak sedarkan dirinya. Dia pengsan kerana terkejut. Danish Rayyan pula menangis dengan kuat sambil memeluk pinggang atoknya, Dato' Radzi Izham. Dia tak nak kehilangan papanya.

"Atok... Danish tak nak papa mati, atok... mama kandung Danish pun dah tak ada. Danish tak nak kehilangan papa jugak, atok..." Danish Rayyan berkata bersama dengan esakannya.

Dato' Radzi Izham tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja cucu kesayangannya berkata tentang nasibnya.

"Danish, jangan fikir macam tu. Papa Danish akan selamat, percayalah pada atok, papa danish tu kuat!" pujuk Dato' Radzi Izham sambil membalas pelukan cucunya itu.

Pintu bilik kecemasan itu dikuak dari dalam. Doktor Hazrin yang kebetulan on call pagi ini mengerling ke arah manusia-manusia yang berkumpul di hadapan bilik kecemasan itu. "Err... Farish sekarang ni... kecederaan dia agak serius... peluru tu hampir-hampir terkena jantung dia. Dia bernasib baik kerana dibawa ke hospital dengan segera." Dengan berhati-hati Doktor Hazrin menceritakan kondisi Farush ketika ini kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan Farish. "Err... saya nak tanya, siapa-siapa yang ada di sini memiliki darah jenis B+? Kami kekurangan darah jenis itu."

Dato' Radzi Izham melepaskan pelukan Danish Rayyan dan mengesat air matanya seraya menghampiri Doktor Hazrin. "Saya, darah saya jenis B+ sama macam anak saya."

Doktor Hazrin mengerling ke arah Dato' Radzi.

"Maaf Dato', bukan saya tak bagi Dato' dermakan darah Dato', cuma saya risaukan kesihatan Dato'," ujar Doktor Hazrin dengan lembut.

"Habis tu, macam mana ni?" soal Dato' Radzi Izham, risau.

"Darah saya jenis O, saya sanggup dermakan darah saya untuk selamatkan nyawa sahabat saya."

Tiba-tiba satu suara garau memecah kebuntuan mereka. Semua yang berada di situ segera menoleh ke arah datangnya suara garau itu.

Hareez yang berdiri di sudut dinding sambil berpeluk tubuh itu kelihatan seperti mengalirkan air matanya. "Doktor, darah saya jenis O, dan saya nak selamatkan nyawa Farish. Dan Dato', saya sangat menyesal di atas apa yang telah saya lakukan pada anak Dato' beberapa tahun sebelum ni. Sekarang biarlah saya tawarkan diri saya untuk membantu selamatkan anak Dato' tu."

Dato' Radzi Izham mengangguk.

"Baiklah, terima kasih Hareez! Terima kasih sangat-sangat," balas Dato' Radzi Izham sambil tangannya menggenggam kuat pergelangan tangan Hareez.

"Okey, Encik Hareez, sila ikut saya," Doktor Hazrin mengarah.

Hareez menurut perintah dan segera berjalan membuntuti Doktor Hazrin.

Dato' Radzi Izham segera menghampiri cucunya, Danish Rayyan yang sedang duduk sambil menangis di dalam pangkuan Daniel Rafeeq.

"Danish... sudahlah tu, Danish lelaki kan? Orang lelaki tak elok menangis. Papa Danish akan selamat, Uncle Hareez akan tolong papa Danish tu," pujuk Dato' Radzi Izham.

"Danish dengar tak apa yang atok cakap tu?" Daniel Rafeeq pula mencelah.

Dainsh Rayyan menganggukkan kepalanya seraya berhenti menangis.

"Okay good boy!" kata Daniel Rafeeq sambil menyeka air mata anak saudaranya itu.

Enam bulan berikutnya...

"DANISH, buat apa lagi dekat dalam tu? Cepatlah, kalau lambat Danish kena tinggal."

"Ye papa, sekejaplah..."

Pagi ini Farish dan keluarganya pergi menghadiri majlis akad nikah Encik Ahmad Nizam bersama bekas isterinya Puan Zarena. Encik Ahmad Nizam sebelum ini telah berkahwin dengan wanita sama satu kampung dengannya tetapi jodohnya dengan wanita itu tidak berpanjangan, cuma bertahan lima bulan kerana wanita itu bermain kayu tiga di belakang Encik Ahmad Nizam.

Begitu juga dengan Puan Zarena, Puan Zarena telah berkahwin dengan kenalan Encik Ahmad Nizam, tetapi perkahwinan mereka cuma bertahan selama satu minggu sebaik sahaja suami baru Puan Zarena itu mendapati isterinya pernah mengalami gangguan mental sebelum ini, dia telah diceraikan dengan talak tiga.

Disebabkan itu juga, hari ini Encik Ahmad Nizam dapat kembali bersama dengan bekas isterinya, Puan Zarena. Puan Zarena pula kini sudah pulih sepenuhnya dan itu juga sangat menyenangkan hati Farish dan Irma Syazira.

Danish cepat-cepat berlari keluar dan segera menutup pintu dan terus mendapatkan kedua orang tuanya, Farish dan Irma Syazira yang sedang berdiri di hadapan pintu lif untuk turun ke bawah.

"Adik, nah susu untuk adik," ujar Danish Rayyan sambil menghulurkan botol susu kepada adiknya, Nurin yang berdiri sambil memeluk kaki mamanya, Irma Syazira.

"Tak nak... adik dah kenyang. Tunggu abang lama sangat," jawab Nurin sambil memuncungkan bibirnya.

Farish dan Irma Syazira tergelak melihat kerenah anak-anak mereka.

"Ima, abang nak tanya sesuatu, boleh?" Farish bertanya sambil mengerling tepat mata isterinya.

"Abang nak tanya apa?" soal Irma Syazira sambil tersenyum.

"Abang rasa... abang nak tambah lagi seoranglah..." jawab Farish sambil tersenyum nakal pada isterinya.

"Abang jangan nak macam-macam!" Irma Syazira menjawab dangan geram. Pantas jarinya mencubit pinggang suaminya menyebabkan suaminya mengaduh kesakitan.

"Aduh!! Apalah sayang abang ni. Maksud abang... abang nak anak lagi seoranglah..." jawab Farish dengan pantas seraya satu kucupan lembut hinggap di pipi Irma Syazira.

"Abang ni... Nakal dia bukan main ek sekarang? Ima okey aje, abang... asalkan abang sanggup jaga anak ramai-ramai..." jawab Irma Syazira pula.

"Betul ni?"

"Ye abang sayang... demi abang, Ima sanggup.

"Wah... ke abang salah dengar ni?"

"Ye abang..."

"Hai bahagianya hati ni. Terima kasih sayang!"

*** TAMAT ***

*
* *
* *

Puan Suria didapati bersalah diatas tuduhan percubaan membunuh Ahmad Farish Adrian Bin Dato' Radzi Izham, dia telah dijatuhi hukuman penjara empat puluh tahun dari tarikh tangkapan.

Aliza Zuraisya pula telah didapati bersalah di atas tuduhan percubaan membunuh Puan Zarena Binti Arsyad. Dia telah dijatuhi hukuman penjara lima puluh tahun dari tarikh tangkapan.

Manakala Cik Syarifah Emyra Shafina Binti Syed Syukri pula didapati bersalah diatas percubaan membunuh
Tengku Isma Fatieha Binti Tengku Rashdan, dan juga didapati bersalah menceroboh masuk ke dalam rumah
Encik Ahmad Nizam Bin Roslan. Beliau dijatuhi hukuman penjara enam puluh tahun dari tarikh tangkapan.

********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience