Chapter 22

Romance Completed 17238

Dua bulan berikutnya...

JAM sudah menunjukkan pukul sebelas tiga puluh lima minit malam, Farish dan Irma Syazira masih belum balik dari pejabat, Danish Rayyan pula asyik bertanya kepada Dato' Radzi Izham kenapa papanya tak balik-balik lagi?

"Atok..." Danish Rayyan memanggil Dato' Radzi Izham sambil berlari menuju ke arah atoknya itu.

"Ye... cucu atok ni nak apa?" tanya Dato' Radzi Izham seraya memangku cucu kesayangannya itu.

"Kenapa papa tak balik-balik lagi?" Danish Rayyan bertanya sambil mengerling tepat muka atoknya yang khusyuk menonton televisyen.

Sebenarnya pada malam itu, Farish dan Irma Syazira pergi menghadiri jamuan makan malam bersama rakan kongsi syarikat yang baru.

Dato' Radzi Izham tersenyum. Anak mata cucunya yang berwarna biru itu direnungnya lama. Hmm... mata dia ni sebiji macam mata arwah Sofea dan mata Farish. "Danish, malam ni papa dan mama Danish balik lewat tau... Danish tak payah tunggu, biar atok aje yang tunggu."

Danish Rayyan tidak membalas sebaliknya anak kecil itu menguap seraya memejamkan matanya di dalam pangkuan Dato' Radzi Izham.

"Eh, dah tidur? Hailah cucu... comel sungguh cucu aku ni," gumam Dato' Radzi Izham seraya bingkas bangun dari kerusi dan mendukung cucunya untuk dibawa masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat atas.

Beberapa minit selepas itu Dato' Radzi Izham turun semula ke tingkat bawah seraya memyambung aktivitinya menonton televisyen.

Selang dua minit selepas itu, telefon bimbit yang diletakkan di atas meja di hadapannya itu bergetar, ada mesej masuk melalui aplikasi WhatsApp. Dia segera menyambar telefon bimbit itu. Dibukanya terus aplikasi WhatsApp seraya tergelak.

Assalammualaukum papa, sekwjap lagi Farish dan Irma balik dalam maaa 15 minit, nak pergi office sekwjap ambil barang tertinggal. Danish buat apa papa? Dah tidur ke belum?
~Ahmad Farish Adrian.

"Farish... Farish! Patutlah ramai staff dekat office yang gelar anak aku ni King of Typo! Tapi nasib baiklah perangai typo dia ni tak mengganggu pelajaran dia dulu," monolog Dato' Radzi sambil tergelak kecil seraya jarinya menaip untuk membalas mesej anaknya itu.

Danish dah tidur, penat sangat dia menunggu. Okey... hati-hati memandu ya!
~Radzi Izham.

Okay papa. Papa tolong jaga Danish untuk Farish ye! Farish sayang sangat anak Farish tu pa... Farish jugak sayang papa. Jaga diri, tolong jaga Danish ye papa!
~Ahmad Farish Adrian.

Dato' Radzi Izham berasa pelik dengan mesej yang Farish hantar kepadanya. Anak aku ni dah kenapa hantar mesej pelik Sangat ni? Ya Tuhan... Kau lindungilah anak sulung aku dan menantu aku itu...

Sejurus selepas itu, telefon bimbit yang masih berada di tangannya itu berdering, tertera nama Aryan Syah di skrin, tanpa membuang masa, Dato' Radzi Izham segera menjawab panggilan itu.

"Helo, assalammualaikum... Ya Aryan, ada apa?" Dato' Radzi Izham bertanya.

"Helo, waalaikumsalam Dato'. Err... Dato', saya nak bagitahu yang Hareez sudah dibebaskan dari penjara hari ni Dàto'," sahut Aryan Syah di dalam talian.

"Ye ke? Macam mana awak boleh tahu?" soal Dato' Radzi Izham lagi.

"Petang tadi saya terserempak dengan dia semasa balik dari office. Mula-mulanya saya tak percaya, tapi selepas saya menghubungi kawan saya Farih, yang merupakan seorang pegawai penjara cakap Hareez memang dibebaskan hari ni... Saya cuma risau dia akan ganggu Farish lagilah Dato'. Tadi pun saya tengok dia asyik bawa sebatang tukul besi yang panjang ke hulu ke hilir..." cerita Aryan Syah panjang lebar.

"IMA, abang nak pergi ambil hadiah untuk birthday anak abang dalam office sekejap, Ima nak ikut abang masuk office ke tak?" Farish bertanya kepada isterinya, Irma Syazira sedang melayan matanya yang layu di tempat duduk sebelah.

"Hmm... rasanya tak kot, Ima mengantuk sangat," balas Irma Syazira sambil menggeliat.

"Okey... kalau macam tu, Ima tunggu abang dalam kereta ni ajelah ya?"

Irma Syazira mengangguk.

Farish segera mengucup pipi Isterinya lama, Irma Syazira terkejut. Selepas itu Farish menarik pinggang isterinya seraya dipeluk dengan erat. Bibirnya dirapatkan dengan telinga isterinya. "Abang sayang isteri abang. Sayang sangat-sangat, sayang nanti tolong jaga Danish untuk abang ya!"

Pada masa itu juga Farish juga sempat menyarungkan seutas rantai emas berserta dengan loket berbentuk hati yang terukir ayat Farish Love Irma Forever di loket berbentuk hati itu. "Ini hadiah untuk Ima, terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup abang."

"Terima kasih abang... Ima sayang dan cinta abang forever and ever and ever!" ucap Irma Syazira seraya memaut tubuh suaminya dan dipeluk. Farish membalas pelukan isterinya dengan lebih erat dan kuat seolah tak nak dilepaskan.

Irma Syazira tergamam sebaik sahaja mendapati air mata suaminya mengalir di pipi. Beberapa saat selepas itu Farish menapak keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah tangga.

Ketika hendak melangkah untuk menaiki tangga tiba-tiba bahu Farish disentuh oleh seseorang dari belakang , sepantas kilat Farish menoleh. "Hareez? Kau buat apa di..."

Bukk!!

Belum sempat Farish menghabiskan soalannya, dengan pantas Hareez melepaskan tumbukan tepat ke arah muka Farish. Farish jatuh terduduk di tepi tangga itu.

"Di sebabkan kau, bapak kau dan adik kau, aku meringkuk di dalam penjara! Aku takkan lepaskan kau! Aku bunuh kau!" tengking Hareez seraya mengangkat sebatang tukul besi yang dibawanya dan dengan serta-merta tukul besi itu dilepaskan tepat di sebelah kiri kepala Farish.

"Allahu akb..." Belum habis laungan itu, pandangan mata Farish serta-merta menjadi gelap. Dia terbaring tidak sedarkan diri dengan kepalanya berlumuran dengan darah.

"Sekarang baru puas hati aku! Matilah kau mat saleh sial! Hahahaha!!" laung Hareez puas hati seraya melepaskan tukul besi dari genggamannya dan segera melarikan diri sebaik sahaja mendapati Farish sudahpun terkulai layu bermandikan darah disisi tangga itu.

"Mana suami aku ni? Takkan lama sangat dia ambil hadiah tu..." gumam Irma Syazira yang setia menunggu suaminya itu. Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya itu dikeluarkan dan nombor suaminya didail, namun tiada jawapan. "Abang... mana dia ni?"

Irma Syazira segera membuka pintu kereta, dengan tiba-tiba dia hatinya berasa tidak tenang. "Takkan lama sangat dalam office?"

Irma Syazira menapak keluar dari perut kereta dan segera berjalan menuju ke arah tangga kecemasan. Setibanya dia di bahagian tangga yang bersebelahan dengan pintu lif itu, dia merasakan jantungnya gugur dengan serta-merta sebaik sahaja pandangan matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri dan berlumuran dengan darah. Baju kemeja berwarna cream yang dipakai suaminya kini sudah bertukar ke warna merah darah.

"Abang!!" Serta-merta tubuh Farish diraih dan dipeluknya erat. Tatkala itu tangan Farish disentuh perlahan, namun ianya mendatangkan kejutan buat Irma. Tangan suaminya sejuk, mukanya juga pucat dan sedikit membengkak. "Abang... bangunlah abang...!!"

Tubuh Farish digoncang seraya pipi suaminya ditampar perlahan. Irma Syazira cuba untuk merasai hembusan nafas Farish, namun tiada tanda-tanda hembusan nafas daripada suaminya itu.

"Abang... Bangunlah!!" Suara Irma Syazira mula berubah cuak yang teramat. Air matanya mula merembes di situ. Kini pandangan matanya tertumpu di bahagian kiri kepala suaminya.

"Allahu!!" Itu sahaja yang mampu Irma Syazira laungkan sebaik sahaja melihat kecederaan yang amat teruk di bahagian kiri kepala suaminya itu. Darah masih deras mengalir keluar, selepas itu pandangan matanya tertumpu pula pada sebatang tukul besi yang panjang terletak tidak jauh dari Farish dan ada kesan darah di bahagian hujung tukul besi itu.

Irma Syazira menangis di sisi Farish dengan sendunya yang semakin kuat kedengaran.

"IRMA! Kenapa dengan anak papa?" soal Dato' Radzi Izham yang bergegas mendapatkan Irma Syazira. Begitu cuak dengan panggilan telefon dari Irma Syazira secara tiba-tiba berserta dengan esakan menantunya itu tadi.

"Papa, Abang Farish cedera pa... Abang Farish kena pukul di kepala!" Irma Syazira berkata dalam esakannya itu.

Pada masa yang sama juga Dato' Radzi Izham mengerling baju di tubuh menantunya itu juga ada kesan darah.

"Ya Tuhan, anak aku..." Dato' Radzi Izham tidak dapat menahan sebak, serta-merta dia jatuh terduduk di atas lantai.

"Kenapa nasib anak aku selalu malang?! Apa kesalahan dia Ya Tuhan... jika dia pernah buat kesalahan padamu, kau hukumlah aku sekali kerana aku gagal, aku tak sempat mengajar dan membesarkan dia dengan ajaranmu." laung Dato' Radzi Izham dalam tangisannya itu.

Datin Amie Hamiza segera mendapatkan suaminya. "Abang, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Sama-sama kita berdoa agar Farish selamat."

Danish Rayyan juga turut dibawa oleh atok dan neneknya ke Hospital kerana semasa mereka berdua bersiap-siap untuk keluar tadi, cucunya itu tiba-tiba menjerit dan menangis semasa tidur.

"Mama, papa mana?" soal Danish Rayyan seraya melabuhkan duduknya di dalam pangkuan Irma Syazira.

Irma Syazira tidak menjawab pertanyaan anak kecil itu sebaliknya dia memeluk Danish Rayyan erat berserta dengan esakannya yang semakin kuat.

Selang satu minit berikutnya pintu bilik kecemasan itu terbuka. terpacul figura Doktor Hazrin berdiri di sebalik pintu. "Maafkan saya, saya Doktor Hazrin, saya nak tanya siapa ahli keluarga dan waris Encik Farish Adrian?"

Dato' Radzi Izham segera bingkas bangun. "Saya, Doktor... Macam mana keadaan anak saya?"

"Dato' Radzi Izham ye?"

"Ya saya."

"Kecederaan di kepala Encik Farish agak serius, Dato'. Kami dapati sebelah kiri tengkorak dia retak, dan kekurangan banyak darah. Saya perlukan darah jenis B+ dengan segera," tegas Doktor Hazrin.

"Kalau macam tu, Doktor boleh ambil darah saya! Darah kami sama," balas Dato' Radzi Izham pada Dokor Hazrin.

"Baiklah, Dato' Sila ikut saya," arah Doktor Hazrin, Dato' Radzi mengikut arahan.

Datin Amie Hamiza melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan menantunya, Irma Syazira yang sedang memeluk erat Danish Rayyan. "Irma, mama harap Irma kuat dan banyakkan berdoa agar Farish selamat ye? Orang tua Irma dah tahu ke?"

"Dah mama, mereka dalam perjalanan ke sini," balas Irma Syazira bersama esakannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience