Chapter 36

Romance Completed 17238

FARISH balik lewat malam ini. Selepas tamat waktu pejabat, dalam perjalanan balik ke rumah, dia melencong pula ke kedai buku untuk membeli alat-alat tulis untuk anaknya, Danish Rayyan.

Semasa dalam perjalan balik ke rumah pula, Farish menerima panggilan dari Dato' Aliff Fikri. Farish terlupa bahawa dia adalah tetamu VIP untuk majlis makan malam yang  dianjurkan oleh Dato' Aliff Fikri sempena majlis cukur jambul anak ketiga beliau. Semasa Dato' Aliff Fikri menghubungi Farish, bateri telefon bimbitnya sudahpun tinggal nyawa-nyawa ikan, dua peratus.

Bila Farish menghubungi isterinya untuk memaklumkan dia balik lewat kerana terpaksa meneruskan perjalanan ke rumah Dato' Aliff Fikri, talefon bimbitnya mati. "Hmm... macam mana ni? Kalau tak bagitahu, nanti risau pulak diorang kalau aku balik lewat. Tapi dah alang-alang setengah jalan dah ni... ah! Takpelah... nanti aku cakaplah kenapa lewat balik. Maaf sayang, abang tak dapat nak bagitahu... handphone ni mati pulak."

Kunci Range Rover Velar diletakkan di atas meja seraya melabuhkan duduknya di sofa ruang tamu. Matanya mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul dua belas empat puluh minit tengah malam.

Farish menyandar di sofa itu sambil merenung potret keluarga di dinding. Dia tersenyum melihat gambar anaknya, Danish Rayyan yang nampak comel mengenakan baju melayu berwarna biru laut itu.

"Baru sampai ke Farish? Lewatnya balik."

Lamunan Farish terhenti sebaik sahaja suara garau Dato' Radzi Izham  menerjah telinganya. 

"Ah, ye papa. Maaf Farish balik lewat. Farish pergi ke rumah Dato' Aliff Fikri tadi, Farish nak call tapi handphone ni kehabisan bateri pulak," jawab Farish sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang sudahpun mati ke arah papanya itu.

Dato' Radzi Izham menghampiri Farish seraya melabuhkan duduk di sebelah anaknya itu.

"Papa, kenapa papa tak masuk tidur lagi?" Farish bertanya.

"Saja papa tunggu Farish balik."

"Kenapa?" Farish dapat rasakan papanya seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu kepadanya. "Papa, papa ada apa-apa nak ditanya dekat Farish ke?"

Dato' Radzi merenung anaknya itu, lama.

Kenapa dengan papa aku ni? 

"Farish, papa nak tanya..." Dato' Radzi memulakan soal siasatnya. "Farish dan Irma ada apa-apa masalah lagi ke?"

"Masalah? Masalah apa pulak ni,  papa?" soal Farish pula. Berkerut dahinya mendengar pertanyaan dari papanya itu.

Dato' Radzi Izham bingkas bangun dan berjalan ke arah dapur.

Farish mengerling papanya dengan seribu persoalan.

Beberapa saat selepas itu, Dato' Radzi Izham datang semula dari arah dapur sambil membawa telefon bimbitnya. Duduknya dilabuhkan semula bersebelahan dengan anaknya itu.

"Farish tolong baca mesej WhatsApp ni," pinta Dato' Radzi Izham seraya menghulurkan telefon bimbitnya kepada Farish.

Assalammualaikum papa. Maafkan Irma papa, Irma tak jadi balik rumah, Irma nak stay rumah ibu buat sementara waktu. Tolong bagitahu Farish, Irma tak nak diganggu. ~Irma Syazira. 

Waalaikumsalam... Eh, kenapa? Irma dan Farish ada masalah lagi ke? Farish ada buat masalah lagi? Kalau anak papa ada buat masalah lagi, tolong bagitahu papa.  ~Dato' Radzi Izham. 

Tak... maaf papa, Irma cuma tak nak diganggu. Maafkan Irma, papa. Assalammualaikum. ~Irma Syazira (Menantu) 

Okay... Waalaikumsalam. ~Dato' Radzi Izham. 

Farish terlopong sebaik sahaja membaca isi kandungan mesej-mesej itu.

"Farish, papa harap Farish dan Irma..." kata-kata Dato' Radzi terhenti.

Farish bingkas bangun berdiri seraya berlari ke arah tangga untuk naik ke biliknya di tingkat dua.

Dato' Radzi terkedu dengan tingkah anak sulungnya itu. Farish, papa harap Farish dan Irma tak ada apa-apa masalah. 

Tombol pintu dipulas seraya daun pintu ditolak ke dalam. Bilik tidurnya gelap. Farish segera menekan suis lampu yang terletak bersebelahan dengan pintu itu. Bilik tidur itu kosong. Tiada figura isteri tersayang. Katil pula nampak cukup kemas.

Farish keluar semula dari bilik tidurnya seraya mengatur langkah menuju ke arah bilik tidur anaknya, Danish Rayyan.

Tombol pintu bilik anaknya dipulas seraya daun pintu ditolak perlahan. Sebaik sahaja menapak masuk ke dalam bilik itu, pendengaran Farish dijamah dengan suara tangisan Danish Rayyan. Dia segera mendapatkan anaknya itu. "Danish, kenapa menangis ni?"

Cepat-cepat Farish menyeka air mata anaknya itu.

Danish tidak menjawab, sebaliknya anak comel itu terbatuk-batuk. Farish segera menyentuh dahi Danish Rayyan. "Panas, anak papa demam ni..."

Farish mengerling muka anaknya yang kelihatan agak pucat. Danish akhir-akhir ini kerap demam. Diusapnya lembut dahi anaknya itu. "Anak papa dah makan ubat ke belum ni?" 

"Belum..." jawab Danish Rayyan perlahan kemudian dia terbatuk-batuk. "Papa, mama mana? Danish tunggu mama dari petang tadi..." 

"Mama Ima ada dekat rumah Nenek Zarena. Dia tak balik malam ni... Kenapa Danish tak makan ubat? Tak minta dengan atok atau nenek?"

Danish menggelengkan kepalanya perlahan. "Tak... Danish nak tunggu mama."

"Astaghfirullahaladzim... Jadi, atok dan nenek tak tahulah ni yang anak papa ni tak sihat?" Farish bertanya sekali lagi.

"Tak... Danish tak nak atok dan nenek risau."

"Okey, takpe... Esok papa ambil cuti dan esok papa bawa Danish pergi jumpa doktor," sambung Farish seraya mencampung  tubuh anaknya itu dan dibawa masuk ke dalam biliknya. "Malam ni Danish tidur dalam bilik papa ye. Risau pulak kalau biarkan Danish berseorangan macam ni. Lepas ni makan ubat dan tidur ye." 

Usai memberi Danish Rayyan makan ubat, kini dia sudah kembali tidur. Farish melabuhkan duduk di sisi katil seraya tangan kanannya mencapai telefon bimbitnya yang sedang dicas. Punat power ditekan. Beberapa saat selepas itu aplikasi WhatsApp dibuka. Tiada mesej-mesej dari isterinya masuk.

Otaknya ligat memikirkan apa yang menyebabkan isterinya tiba-tiba tak nak diganggu? Farish segera melajukan jarinya untuk menaip mesej untuk bertanyakan kepada isterinya.

Assalammualaikum satang... Kenapa tak nak balik rumah? Boleh terangkan pada abang kenapa? Kalau abang ada buat salah, abang nak minta maaf.  ~Ahmad Farish Adrian. 

Selang dua minit selepas itu telefon bimbit Farish bergetar, ada mesej masuk melalui aplikasi Whatsapp.

Ada apa mesej? Aku tak nak diganggu!

*SAYANG bukan satang! ?? ~Irma Syazira. 

Kenapa ni? Abang ada buat salah apa-apa lagi ke? Boleh tak Ima ceritakan apa yang menyebabkan Ima tiba-tiba berubah macam ni? Please.... ??  ~Ahmad Farish Adrian. 

Aku cakap aku taknak diganggu! Tak faham bahasa ke?? ~Irma syazira. 

Tapi.... APA SALAH ABANG?!
sampai hati Ima buat abang macam ni... Danish demam ni sayang. Ima baliklah. Please... kalau Ima marah dan bencikan abang, abang tak kosah, tapi abang mohon... Sayang balik untuk Danish...  ~Ahmad Farish Adrian. 

Itu anak kau! Bukannya anak aku! Dah... jangan ganggu aku lagi!??

Dasar Raja Typo!

*KISAH bukan kosah!

Bye! ~Irma Syazira. 

Astaghfirullahaladzim sayang! Apa yang sayang merepek ni??  ~Ahmad Farish Adrian. 

Irma Syazira tidak membalas mesej terakhir dari Farish itu sebaliknya gambar profilnya juga tidak kelihatan seperti sebelum ini.

Farish terpempan, terkejut dan tidak percaya. Apa yang menyebabkan isterinya tiba-tiba berkasar dengannya pun dia tak pasti. Malah panggilan 'abang' yang digunakan oleh irma sebelum ini juga berubah dengan serta-merta.

Farish mengesyaki nombor telefonnya sudah disekat oleh Irma Syazira dalam aplikasi WhatsApp, mesej terakhir yang dihantarnya tadi pun masih dalam status pending, last seen dan gambar profil isterinya juga turut tidak kelihatan.

Farish segera mendail nombor isterinya beberapa kali namun tetap tidak dijawab. "Ima, sampai hati buat abang macam ni. Apa salah abang, sayang?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience