Chapter 41

Romance Completed 17238

SUNYI dan sepi sepanjang perjalanan. Kedua-duanya diam membisu. Irma Syazira melarikan pandangannya ke luar tingkap. Dia kelu lidah untuk berkata-kata. Kalau nak diikutkan rasa hati, dia tak sanggup untuk hidup berkongsi suami dengan perempuan lain. Kini dia terpaksa redha dengan nasib yang akan dilaluinya.

Farish memberinya amaran awal-awal lagi bahawa dia akan berkahwin dua bulan dari sekarang. Dia terpaksa terima walaupun berat dan sakit untuk dihadam. Dia bertekad untuk menguatkan semangatnya mengharungi dugaan-dugaan yang akan dilaluinya selepas ini. 

Farish pula sudah jauh berubah. Dia fokus pada pemanduannya. Pada masa yang sama juga dia sempat mengalihkan pandangan matanya ke arah Irma Syazira yang duduk di sebelahnya yang khusyuk bermain dengan jari jemarinya namun wajahnya mengerling ke luar tingkap. "Dengar sini, sekejap lagi kita akan sampai di hospital, aku nak jumpa anak aku dan jugak bakal isteri aku yang baru! Kau jangan nak mengada-ngada nak serang dia pulak, ingat tu!" 

Irma Syazira tunduk dan mendiamkan dirinya.

"Hoi! Kau dengar tak?!" tengking Farish bila mendapati Irma Syazira hanya diam menunduk.

Terangkat kedua bahu Irma Syazira sebaik sahaja suara Farish yang kuat itu menendang gegendang telinganya.

"Ya... ss... saya dengar. Abang jangan risau," sahut Irma Syazira perlahan seraya menyeka air matanya yang kini mengalir membasahi pipinya.

"Good!" balas Farish bersahaja. Dah melampau sangat ke ayat-ayat aku tadi? Hmm... rasa tak sampai hati pulak aku tengok dia menangis macam ni. 

Farish memberhentikan keretanya di bahu jalan seraya membuka pintu dan terus menapak keluar dari perut kereta. Dia meraup mukanya berkali-kali. Air matanya juga sudahpun gugur membasahi pipinya. Telefon bimbit yang diselit di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan nombor papanya, Dato' Radzi Izham didail.

"Assalammualaikum papa, papa sekarang ada dekat mana?"

"Waalaikumsalam... ni papa ada di dalam bilik wad Danish ni, kenapa? Farish ada dekat mana tu?" jawab Dato' Radzi Izham dalam talian.

"Papa boleh keluar dari bilik wad tu sekejap?" pinta Farish.

"Okey... Farish dekat mana ni?" Dato' Radzi Izham bertanya lagi.

"Farish sekarang ni... dekat tepi jalan ni. Papa... betul ke apa yang Farish buat sekarang ni?"

"Farish buat apa?"

"Farish pergi jemput Irma,  Farish nak bawa dia balik."

"Alhamdulillah... baguslah kalau macam tu, lagipun sekarang ni Irma tu mengandung anak Farish, eloklah tu."

"Lebih kurang macam tu la papa, tapi..." jawab Farish.

"Tapi apa pulak?" pintas Dato' Radzi Izham.

"Farish sebenarnya nak bagi dia pengajaran sikit... Nak bagi dia betul-betul insaf. Papa rasa patut ke Farish layan dia dengan kasar?"

"Kalau niat Farish hanya untuk menyedarkan dan menginsafkan dia, rasanya tak salah tapi kenalah tengok keadaan dia macam mana..."

"Ye, Farish tahu... tapi..."

"Farish, papa nak tanya. Sebenarnya Farish masih sayang dan cintakan Irma, kan? Jangan bohong papa."

"Ye papa! Farish mengaku, Farish masih sayang dan cintakan dia! Di mulut, Farish cakap benci dan marah tapi sebaliknya dalam hati... Farish marahkan diri Farish sebab menceraikan dia."

"Ha, tahu pun... tapi Farish jangan risau, talak Farish masih tergantung lagi tu, Farish kembalilah bersama dengan dia. Lagi-lagi dia tengah mengandung tu. Jangan lari dari tanggungjawab, Farish..."

"Masalahnya sekarang ni papa... Fazreena. Apa yang harus Farish cakapkan pada dia nanti? Takkan Farish nak batalkan?"

"Hmm... pasal yang itu, Farish bincanglah elok-elok. Papa rasa Fazreena akan faham."

"Papa, jangan bagitahu mereka semua yang Farish bawa Irma ke hospital ya! Takut pulak nanti kantoi dengan Irma yang sebenarnya Farish berkasar dengan dia hanya untuk menyedar dan beri pengajaran pada dia aje. Nanti habis rosak rancangan Farish," terang Farish pada Dato' Radzi Izham.

"Lah... begitu rupanya. Okey, papa faham dah sekarang. Tapi Farish kena ingat... Irma tu sedang mengandung, jangan diseksa sangat emosi dia! Nanti terjejas pulak anak dalam kandungan dia tu, Farish jugak yang akan berputih mata," ujar Dato' Radzi Izham serius.

"Papa ni... janganlah cakap macam tu. Cucu papa jugak tu. Err... okeylah papa, jumpa dekat hospital nanti ye, Farish nak sambung memandu, assalammualaikum."

"Berhati-hati memandu tu! Waalaikumsalam."

Sebaik sahaja menamatkan panggilan, Farish segera meloloskan diri masuk semula ke dalam perut keretanya. Dilihatnya Irma Syazira yang duduk di kerusi di sebelahnya sedang mengesat air matanya. Tak habis menangis lagi ke dia ni? 

"Kau ni dah kenapa? Teresak-esak macam ni, sakit?" Farish bertanya.

Irma Syazira menggelengkan kepalanya.

"Dah bisu ke?"

"Tak..." jawab Irma Syazira ringkas.

"Habis tu, kenapa menangis? Kau lapar?" duga Farish sambil mengerling tepat wajah pucat Irma Syazira.

Irma Syazira terus memgangguk

"Hadoi, dia ni... dekat rumah tadi kau tak makan ke?" duga Farish lagi. Dia memalingkan tubuhnya ke belakang seraya mencapai satu beg plastik yang berisi buah-buahan yang dibelinya semasa hendak pergi ke rumah mertuanya tadi. Kemudian beg plastik itu diserahkan kepada Irma Syazira. 

Bergetar tangan Irma Syazira menerima beg plastik dari Farish itu dan dia segera membuka beg plastik itu seraya mengambil buah anggur dan sebiji buah epal, selepas itu dia menoleh ke arah Farish.

"Terima kasih," ucapnya perlahan.

"Makan, jangan banyak cakap," tegur Farish seraya menekan pedal minyak dan menyambung pemanduannya.

Ucap terima kasih pun tak boleh ke? Hmm... malang betul nasib aku... sabar ajelah. Aku kena kuat! Demi anak dalam kandunganku. Ini jugak adalah balasan untuk aku, aku akan kuatkan semangatku. Ya! aku masih cinta dan sayangkan dia... tapi dia? Tolonglah jangan kahwin lagi!' 

"Makanlah... Jangan tengok aje buah tu! Nanti kebulur anak aku dalam perut tu! Kalau apa-apa terjadi pada anak aku dalam perut kau tu, siap kau aku kerjakan!" tegas Farish.

Farish sering menjeling ke arah Irma Syazira di sebelahnya sambil memandu.

"Ba... baik," sahut Irma Syazira perlahan seraya mula mengunyah buah epal hijau itu.

Maaf sayang. Abang terpaksa buat macam ni...

"ATOK... papa pergi mana?" Danish Rayyan bertanya kepada Dato' Radzi Izham yang sedang duduk di atas kerusi di sebelah katilnya itu.

"Dia keluar ambil angin sekejap katanya," sahut Dato' Radzi Izham seraya mengalih pandangan matanya ke arah Fazreena yang sedang leka membelai rambut cucunya yang masih baru tumbuh semula itu.

"Fazreena... tahukan? Farish pergi ke mana?" Dato' Radzi Izham bertanya kepada anak saudara besannya, Encik Wildan.

Fazreena mengangguk menandakan dia tahu.

"Ye Dato', saya tahu Farish pergi jemput Irma. Dia sempat menghubungi saya selepas dia keluar tadi. Saya jugak tahu Dato', Farish masih sayangkan Irma. Saya setuju jika dia kembali semula dengan Irma. Saya terima ketentuan takdir. Saya memang tiada jodoh dengan dia," luah Fazreena.

Daniel Rafeeq dan Niqisya pula tiada di dalam bilik wad  semasa Dato' Radzi Izham dan Fazreena berbual pasal rancangan Farish itu.

Beberapa minit selepas itu, pintu bilik wad itu dikuak dari luar. Serta-merta Danish Rayyan memanggil Farish yang muncul dari sebalik pintu itu. "Papa!"

"Ye... papa ada di sini... Danish nak apa?" sahut Farish lembut.

"Papa pergi mana?" Danish Rayyan bertanya.

"Tak pergi ke mana-mana pun..." jawab Farish seraya berpatah balik ke arah pintu seraya menarik dengan kuat lengan Irma Syazira supaya masuk ke dalam bilik wad itu.

"Irma..." panggil Dato' Radzi Izham.

"Err... Dato'..." sahut Irma Syazira perlahan sambil menunduk.

"Eh, apa pulak Dato'-Dato' ni? Panggil papa ajelah..." kata Dato' Radzi Izham.

"Baik papa," jawab Irma seraya menoleh ke arah Farish yang mencerlung merenung tajam ke arah dirinya. Serta-merta dia menundukkan kepalanya semula.

"Hoi, tak payah nak tunjuk bagus sangat diri tu. Ke sini cepat! Aku nak kau minta maaf dengan anak aku di atas apa yang kau dah buat pada dia selama ni! Kau jangan ingat aku tak tahu!" marah Farish. Agak tinggi suaranya ketika ini.

Irma tersentap. Dia dah tahu ke? Aduh... matilah aku kalau macam ni... Dia segera mendekati katil Danish Rayyan dan serta-merta tubuh Danish Rayyan dipeluknya dengan erat.

"Mama..." 

"Maafkan mama... Danish maafkan mama. Mama menyesal layan Danish dengan teruk selama ni. Mama tak patut buat Danish macam tu..." ujar Irma Syazira bersama esakannya sambil memeluk Danish Rayyan dengan erat.

"Pandai pulak menyesal... ingatkan tak pandai! Tapi, jangan pulak hari ni minta maaf, tapi esoknya buat lagi! Kalau aku dapat tahu kau buat anak aku menangis lagi, teruk kau aku kerjakan! Dengar tak?! Ini last warning dari aku!" bentak Farish.

Irma Syazira menoleh ke arah Farish yang berdiri di sebelah Fazreena seraya mengangguk.

"Baik... saya janji, saya takkan ulangi kesalahan yang lalu," balas Irma Syazira sambil mengesat air matanya. Hancur hatinya melihat Farish berpegangan tangan dengan Fazreena. Nak menegur, dia tak berani.

"Dah! Aku nak keluar sekejap kau tolong tengok dan jaga Danish, sekejap lagi aku datang balik!" tegas Farish sambil memberikan renungan yang tajam untuk Irma Syazira. Dia berpaling ke arah Fazreena.  Pergelangan tangan gadis itu digenggam erat. "Jom sayang, kita keluar, sakit pulak hati ni kalau lama-lama dekat dalam ni."

Sebaik sahaja Farish dan Fazreena menapak keluar dari bilik wad itu, Fazreena segera melepaskan pegangan Farish. 

Pang!!

Farish terkejut dengan tindakan Fazreena yang secara tiba-tiba menampar pipinya itu. "Faz? Kenapa awak tampar...."

"Awak sudah melampau Farish!" pintas Fazreena. "Awak tak patut layan Irma macam tu! Perempuan mengandung jangan dilayan begitu! Awak tahu tak emosi perempuan mengandung boleh mempengaruhi anak dalam kandungan?! Jangan sesekali tinggikan suara pada dia! Layan dia elok-elok, kalau ye pun awak nak bagi pengajaran pada dia, awak kena ingat jugak perasaan dia. Jangan sampai nanti kandungan dia terjejas, silap-silap gugur kandungan dia, awak jugak yang akan berputih mata! Lagi satu, awak jangan sesekali tunjukkan kemesraan awak pada saya di hadapan dia,  walaupun ianya hanya bertujuan untuk menyakitkan hati dia. Awak kena ingat, saya bukan perempuan yang suka merampas suami orang. Sekarang saya nak awak lupakan rancangan awak untuk berkahwin dengan saya. Saya tak sanggup dan saya tak nak dianggap sebagai perampas! Saya bahagia jika hidup awak bahagia!" Panjang lebar Fazreena berkata seraya mengatur langkah pergi meninggalkan Farish yang terpaku bardiri di hadapan pintu wad itu.

Hmm... apa aku dah buat ni? Tangannya ligat mengusap pipinya yang berdenyut akibat tamparan dari Fazreena tadi. Dia kembali semula menapak masuk ke dalam bilik wad anaknya itu. Perlahan daun pintu ditolak. Dia melangkah masuk dengan senyap. Diperhatinya Irma Syazira dan papanya sedang berbual sambil Irma Syazira sekejap-sekejap mengusap perutnya yang masih belum menampakkan seperti wanita mengandung itu.

Tanpa disedari air matanya gugur menyusuri pipinya. Dia ingin sangat nak memeluk tubuh itu, ingin sangat nak bermesra seperti dahulu. Namun disebabkan niat dan rancangannya untuk menyedarkan Irma Syazira, dia terpaksa menahan gelora dalam jiwanya. Ima... sayang, maafkan abang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience