Chapter 35

Romance Completed 17238

"SELAMAT pagi papa, selamat pagi mama," ucap Danish Rayyan kepada papa dan mamanya, Farish dan Irma Syazira.

"Selamat pagi jugak sayang," sahut Irma Syazira seraya melabuhkan duduk di kerusi.

"Wah, handsome betul anak papa pagi ni. Nanti dengar cakap cikgu, tau... jangan lawan cakap cikgu," nasihat Farish pada anak kesayangannya itu.

"Baiklah papa!"

"Ingat nasihat papa tu Danish?" Dato' Radzi Izham pula mencelah.

"Baiklah atok."

Irma Syazira menapak menghampiri Farish yang sedang duduk bersebelahan dengan Danish Rayyan. "Abang..."

"Ye sayang?"

"Ima... Ima nak tanya pasal... Pasal hubu..." kata-kata Irma Syazira terhenti kerana jari telunjuk Farish hinggap di bibirnya.

"Ima, abang tak nak Ima ungkit pasal benda ni lagi, abang tak nak dengar nama tu lagi. Tolong jangan sebut nama tu depan abang lagi ye," pintas Farish panjang lebar seraya mengerling tepat ke arah mata isterinya itu.

"Tapi..."

"Abang dah cukup bahagia dengan kehidupan abang sekarang. Ada Ima dan Danish anak abang. Ini dah cukup membahagiakan abang," ujar Farish dengan nada lembut.

Danish Rayyan dan Dato' Radzi Izham yang turut berada berhampiran dengan Farish turut tersenyum.

Farish bingkas bangun dari kerusi itu seraya mengarahkan anak dan isterinya agar bersiap dengan cepat. Jam tangan dikerling. "Baiklah, cepat-cepat sikit makan tu... Kita dah lambat dah ni, nak hantar Danish ke sekolah lagi ni." 

"Okey bos," sahut Danish Rayyan seraya menghabiskan sarapannya.

Irma Syazira pula tersenyum dan menggelengkan kepalanya melihat telatah anak tirinya yang taat pada arahan suaminya itu.

"SELAMAT pagi bos!"

"Selamat pagi jugak Aryan. Eh, apa ni? Kan aku dah cakap jangan panggil aku bos. Lupa ke?" Farish berkata seraya memulas tombol pintu bilik pejabatnya itu.

Aryan Syah tersengih mengerling Farish. Jarinya sibuk menaip mesej di skrin telefon bimbitnya. "Alah... sekali-sekala takpe kan?" 

Farish memerhati gelagat pembantu peribadinya itu seperti seorang yang sedang dilamun cinta. "Aryan..."

Aryan Syah tidak menjawab sebaliknya asyik tersenyum merenung skrin telefon bimbitnya.

"Aryan?" Farish memanggil buat sekian kalinya namun tetap tiada respon.

Farish menjulingkan matanya ke atas, meluat. "Aryan Shah!" 

Farish menghampiri pembantu peribadinya itu seraya merampas telefon bimbit dari pegangan Aryan Syah. Berkerut dahinya sebaik sahaja membaca mesej di skrin telefon bimbit sahabat baiknya itu.

Hai awak, hari ni kita lunch sama-sama ya? Saya tunggu awak dekat depan menara Mahligai Sakti Holdings.

~Tengku Isma Fatieha. 

Okay, boleh aje, so... apa jawapan awak tentang pertanyaan saya semalam? 

~Aryan Syah. 

Awak, saya dah fikir masak-masak, dari malam tadi saya fikir, ada betulnya apa yang awak cakapkan tu, saya rasa... saya akan cuba terima kenyataan ni.

~Tengku Isma Fatieha. 

Saya pulak macam mana? Yang saya luahkan pada awak semalam tu? 

~Aryan Syah. 

Okay, saya akan cuba... tapi biar kita mula sebagai kawan dulu?

~Tengku Isma Fatieha. 

Maknanya? 

~Aryan Syah. 

Ye... saya akan cuba terima awak. Semalam baru saya nampak, awak seorang yang caring, baik hati, saya tak sangka selama ni awak suka dekat saya. Maafkan saya ye awak. Awak jugak ada paras rupa yang menarik...

~Tengku Isma Fatieha. 

Maksud awak?

~Aryan Syah. 

Ye. Saya terima.

~Tengku Isma Fatieha. 

Farish terlopong selepas membaca mesej-mesej perbualan diantara Aryan Syah dan Tengku Isma Fatieha.

"Farish?" Aryan Syah memanggil. "Ish, dah kenapa bos aku ni? Terlopong. Aku panggil pun tak dengar! Tuan Ahmad Farish Adrian Bin Dato' Radzi Izham!"

"Hah, ya? Kau panggil aku ke?" Farish bertanya sebaik sahaja tersedar.

"Yelah... aku panggil kaulah, siapa lagi? Bak sini handphone aku!" pinta Aryan Syah sambil tangannya pantas merampas telefon bimbitnya dari tangan Farish.

"Wait-wait! Can you explain... Apa yang berlaku? Kau dengan perempuan tu ada apa-apa ke sebelum ni?" Farish bertanya serius.

Aryan Syah mendengus perlahan.

Farish pula sudah menjongketkan keningnya di hadapan sahabat baiknya itu.

"Err... Setahu aku, semalam kau cakap kau tak nak ambil tahu dan dengar nama dia lagi, tapi kenapa..."

"I just want to know... That's all!" tegas Farish sambil mengerling tajam ke arah sahabat baik yang juga selaku pembantu peribadinya itu.

"Hmm... Macam inilah, masa lunch nanti aku ceritakan," ujar Aryan Syah perlahan.

"Okay good! Lagipun aku memang bercadang nak bawa kau lunch bersama-sama hari ni, memandangkan Irma masuk kerja setengah hari saja hari ni..." kata Farish sambil tersenyum.

"Alamak! Aku terlupa."

"Apa lagi kau ni?" Farish bertanya seraya menaikkan kening kirinya.

"Aku lupa... aku dah janji dengn Tengku Isma untuk keluar lunch  bersama-sama..." ujar Aryan Syah sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

"So? Apa masalahnya?" Farish bertanya sambil memeluk tubuhnya dan bersandar di tepi pintu pejabatnya.

"Takpe ke?" soal Aryan Syah, dia masih ragu-ragu dengan Farish. "Takut pulak aku nanti kau belasah girlfriend aku tu macam semalam."

"Ah, tak adalah. Aku okey aje ni... Dah, cepat pergi buatkan hot chocolate untuk aku," Farish mengarah seraya masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Okay bos!"

TENGAH hari ini, Farish, Aryan Syah dan Tengku Isma Fatieha menjamu selera di Suria KLCC.

"Jadi, begitulah ceritanya? So... Isma, kau seriouslah ni? Betul kau nak berubah? Betul kau tak nak ganggu hidup aku lagi?" Farish memberi soalan bertalu-talu Kepada Tengku Isma Fatieha.

Tengku Isma Fatieha yang sedang menghirup jus tembikai itu segera menghentikan aktivitinya seraya mengangguk kepalanya. Kemudian dia tertunduk. "Ye Encik Farish, maafkan saya. Saya tak patut merosakkan hubungan Encik Farish dengan isteri Encik. Lagipun berdosa besar merobohkan masjid yang orang lain bina. Saya rasa lebih baik saya bina masjid saya sendiri selepas ni. Saya dah faham dan mengerti perasaan Encik Farish. Sekali lagi, maafkan saya."

Tahu pulak dia ni berdosa besar meroboh masjid yang aku bina! Farish mengalihkan pandangannya pada sahabat baiknya, Aryan Syah yang duduk di sebelah Tengku Isma Fatieha. Aryan Syah mengerutkan dahinya. "Kau ni dah kenapa Aryan? Dah macam kucing nak beranak aje aku tengok?" 

"Err... aku nak ke toilet sekejap. Korang sembanglah dulu, kejap lagi aku datang balik. sahut Aryan Syah. 

Farish terlopong.

Tengku Isma Fatieha pula sudah tergelak melihat ragam teman lelaki terbarunya yang berlari anak menuju ke arah tandas dengan muka berkerut.

Farish yang duduk berhadapan dengan Tengku Isma Fatieha itu segera mengalihkan pandangan. Tengku Isma Fatieha juga berbuat perkara yang sama. Suasana menjadi janggal, tidak seperti semasa mereka berhubungan dahulu.

Tenpa mereka sedari ada tiga pasang mata sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari meja yang Farish dan Tengu Isma Fatieha duduki.

"Mommy... mommy fikir tak apa yang Aliza fikirkan ni?"

 "Tak payah kau nak tanya, kau tak nampak apa yang aku buat ni?"

"Liza, mommy, korang berdua jangan nak buat hal lagi, dah tak serik lagi ke masuk penjara empat tahun tu? Liza, maaf... abang tak nak masuk campur cukuplah abang dah dapat balasan selepas membelasah Farish tiga tahun yang lalu. Terseksa tau kalau masuk dalam tu lagi," ujar Hareez panjang lebar cuba menasihati isteri dan ibu mertuanya itu.

"Ah, kau diamlah Hareez, aku kali ni nak seksa anak mat saleh tu! Biar dia berpisah dengan bini dia!" Puan Zuria pula berkata.

"Yelah, kan mommy kan? Kau tunggulah, lagipun aku ada save nombor bini kau! Tunggu ajelah Farish!" Aliza pula berkata sambil ketawa.

Hareez pula segera membawa puterinya Dyana Batrisya berjalan meninggalkan isteri dan ibu mertuanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience