Chapter 37

Romance Completed 17238

ITU semua gambar-gambar Farish Adrian yang cukup mesra bersama dengan bakal isteri kedua dia Tengku Isma. ~Unknown Number. 

Siapa tu?? Jangan nak buat fitnah boleh tak? ~Irma Syazira. 

Terpulang pada You, Irma... percaya atau tak, yang penting I dengar dengan jelas apa yang mereka berdua bincangkan. ~Unknown Number. 

So, apa yang laki aku bincangkan dengan betina tu? ~Irma Syazira. 

Actually... I dengar Farish melamar Tengku Isma... Tengku Isma terima lamaran Farish. Kalau tak silap dengar I tadi... mereka rancang nak kahwin hujung minggu ni. I terdengar Tengku Isma tanya pasal You,  Farish cakap dia akan ceraikan You sebelum akad nikah.  I jugak dengar Farish mengadu yang You tak pandai layan suami... ~Unknown Number. 

Aku tak percayalah!! Ini semuanya bohong! ~Irma Syazira. 

Terpulang pada You, Irma... I cuma nak sampaikan aje... Tapi bukti-bukti kan dah ada tu, takkan You tak percaya? Orang lelaki ni pantang nampak perempuan sexy! You wajib tahu tu! Okay bye... ~Unknown Number. 

Aplikasi Whatsapp ditutup seraya telefon bimbit dihempas kuat ke atas tilam. Hatinya sakit. "Dasar lelaki munafik, cakap sayanglah!"

Gambar perkahwinan yang diletak di atas meja solek itu diambil seraya dilempar kuat ke arah dinding sehingga hancur berkecai bingkainya.

Pintu bilik itu dikuak dari luar. Puan Zarena menapak masuk ke dalam bilik lantas mendapatkan anaknya, Irma Syazira yang kelihatan sugul dengan wajah yang masam mencuka. "Irma... Kenapa?"

"Dia buat hal lagi ibu!"

"Siapa?" Puan Zarena bertanya.

Irma Syazira mengambil semula telefon bimbit yang dilemparnya di atas tilam tadi dan terus membuka aplikasi Whatsapp. Dia menunjukkan gambar-gambar yang diterimanya petang tadi. Berserta mesej-mesej yang dihantar oleh orang yang tidak dikenalinya itu.

"Astaghfirullahaladzim. Apa jenis menantu macam ni!" marah Puan Zarena.

Irma Syazira diam membisu.

"Macam inilah Irma, Irma jangan balik, jangan sesekali jumpa jantan tu! Kalau Irma balik dan jumpa budak tu lagi, Irma jangan panggil ibu lagi! Ibu malu bermenantukan syaitan bertopengkan manusia macam tu! Ingat tu, jangan jumpa dia! Tak serik-serik buat perangai!" arah Puan Zarena seraya berlalu keluar dari bilik itu.

~~~

"FARISH, kau tak pergi lunch ke? Jomlah... aku
takde teman lunch hari ni. Isma temankan mommy dia pergi Singapore..."

Badan disandar sekejap ke kerusi. Tengkuk yang sengal diurut sekejap. Langsung tak sedar dah berapa jam dia menghadap kerjanya. Kerja yang dah tergendala  satu minggu kerana Farish sibukmenjaga anaknya, Danish Rayyan yang dirawat di hospital. Ditambah pula dengan masalahnya dengan isteri yang tak tahu apa puncanya.

"Nak makan dekat mana?" soal Farish seraya ligat membuka butang lengan dan disinsing hingga ke siku.

"Tempat biasalah, dekat mana lagi? Jom!'

"Okey..." Farish mengemas mejanya ala kadar. Telefon bimbit di atas meja diambil dan diselike dalam poket seluar.

Farish dan Aryan Syah segera berjalan beriringan keluar.

"Keadaan anak kau macam mana?" Aryan Syah bertanya.

"Doktor sahkan Danish leukemia tapi masih diperingkat awal. Hari ni papa aku yang jaga dia... Hari ni pun aku ingat nak balik awal. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan anak aku. Dialah satu-satunya zuriat aku," ujar Farish panjang lebar sambil tertunduk. Ada genang di tubir matanya.

"Aku harap kau sabar dan kuatkan semangat kau untuk harungi semua ni. Si Irma pulak apa cerita?"

Farish tidak menjawab, sebaliknya dia leka membelek-belek gambar-gambar di dalam galeri telefon bimbitnya itu.

Aryan Syah sempat menoleh ke arah Farish. Kelihatannya Farish sedang merenung gambar semasa majlis akad nikahnya tiga tahun yang lalu. Dia perasan Farish mengusap-usap gambar wajah isterinya.

"Aku tak fahamlah dengan perangai Irma tu. Bukan sekali, tapi dah banyak kali dah buat perangai macam ni. Kalau ada masalah tu bawalah berbincang... ini tak, main tinggal aje! Nasib baiklah kawan aku ni yang juga selaku bos aku ni baik hati dan penyabar orangnya. Kalau terkena pada aku perempuan macam tu, confirm aku buang jauh-jauh!" Aryan Syah melepaskan geramnya seolah-olah tidak peduli dengan keberadaan Farish di sebelahnya ketika ini.

Farish menoleh ke arah Aryan Syah, sahabat baiknya itu. "Aryan, patut ke aku lepaskan Irma? Aku sebenarnya dah penat nak lalui semua ni lagi.  Aku kecewa... aku kecewa dengan diri aku sendiri.  Aku tak sangka Irma, insan yang paling aku sayang selain dari anak dan keluarga aku. Dia sanggup layan aku seperti binatang." 

Aryan Syah memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia tak sampai hati melihat keadaan Farish yang sudah pun mengalirkan air mata di sebelahnya. Ini adalah kali kedua Aryan Syah melihat sahabat baiknya itu menangis. "Okey, cuba kau cerita dekat aku, apa sebenarnya yang berlaku semasa kau pergi jumpa dia tempoh hari?"

~~~~

Sebelum Farish membawa Danish Rayyan pergi ke klinik hari ini, dia pergi ke rumah mertuanya semata-mata untuk berjumpa dengan Irma Syazira.

Pada mulanya, Farish fikir tunggu selepas balik dari klinik barulah dia nak pergi berjumpa dengan isterinya itu namun disebabkan anaknya, Danish Rayyan yang rindukan Irma Syazira dan juga Nenek Zarena. Dia terpaksa singgah dahulu ke rumah mertuanya. Ketika ini, pintu pagar terbuka dengan luas. Farish segera memberhentikan keretanya seraya menapak keluar dari perut kereta. Pada masa yang sama juga kelihatannya ibu mertua Farish, Puan Zarena sedang sibuk menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumahnya.

"Assalammualaikum ibu..."

"Waalaikumsa... hah, kau? Nak buat apa datang sini?"

Farish terpempan sebaik sahaja Puan Zarena meninggikan suara kepadanya.

"Ibu, Farish nak jumpa Irma, dia ada?" Farish sengaja bertanya padahal Irma Syazira juga turut berada di sudut patio rumah itu.

"Irma tak ada! Kalau dia ada pun, kau kena menghadap aku dulu sebelum jumpa dia!" tegas Puan Zarena.

"Ib... ibu, kenapa ibu layan Farish macam ni? Apa salah Farish, ibu? Kenapa Irma taknak jumpa Farish? Farish call banyak kali dia tak jawab, WhatsApp dan Fac Farish dia block, Farish tak tahu apa sebab Irma..." Belum sempat Farish menghabiskan kata-katanya, Irma Syazira tiba-tiba muncul di hadapan Farish seraya berkata dengan kasar pada suaminya itu. "Hoi! Kau buat apa datang ke sini? Apa, kau datang sebab nak ceraikan aku? Boleh... boleh! Silakan! Cepatlah alang-alang ibu aku ada ni jadi saksi!" 

"Astaghfirullahaladzim Ima... Apa yang ima...  sayang merepek ni? Abang datang ni sebab nak jumpa sayang... Danish tak sihat dia rindukan sayang... Abang jugak nak tahu ap..."

"Hey! Jangan kau berani nak bersayang-sayang dengan anak aku! Geli aku dengar. Dah, pergi jauh-jauh. Shuhh... Shuhh!" Puan Zarena berkata sambil tangannya dihayunkan seolah-olah memburu binatang.

Pada masa yang sama juga telefon bimbit Irma Syazira berdering dan dengan pantas dia menjawab panggilan itu.

Farish memerhati tingkah isterinya yang tersenyum dan tergelak semasa menjawab panggilan itu. Dia juga perasan Irma Syazira sempat melarikan pandangan matanya ke arah dirinya. Farish cuba menahan dirinya dari tolakan ibu mertuanya itu. Habis kotor bahagian dada bajunya kerana Puan Zarena sengaja mengotorkan tangannya sebelum menolak dada bidang Farish supaya keluar dari perkarangan rumah itu.

Farish terpaksa mengalah. Dia kena pergi ke klinik dengan segera. Dia risaukan kesihatan anaknya. Dia berundur seraya berjalan dan masuk semula ke dalam perut keretanya.

"Papa, mama mana?" Danish Rayyan bertanya. Dia mengerling papanya lama. "Kenapa baju papa kotor?" 

"Mama Ima lagi ada urusan yang nak diselesaikan bersama dengan Nenek Zarena," jawab Farish seraya menekan pedal minyak.

Di klinik pula Farish dikejutkan dengan khabar dari doktor yang merawat anaknya meminta Farish membawa anaknya buat pemeriksaan di hospital. Manakala di hospital pula, Farish dikejutkan pula dengan keputusan ujian kesihatan anaknya. Doktor telah mengesahkan anaknya, Danish Rayyan menghidap leukemia tahap satu. Dia merasakan seolah-olah jantungnya sudah terhenti sebaik sahaja menerima perkhabaran itu. Oleh sebab itu juga Danish Rayyan dimasukkan ke dalam wad.

"Papa, Danish takut. Jangan tinggalkan Danish pa..." pinta anaknya itu.

Farish tidak dapat menahan sebak, serta-merta air matanya jatuh di hadapan anak kesayangannya itu. "Danish jangan takut ye, papa ada di sini, papa takkan pergi tinggalkan Danish."

Dahi anaknya dikucup lembut, pergelangan tangan anaknya digenggam erat. Ya Tuhan... berat sungguh dugaan kau berikan padaku... 

Setengah jam berikutnya Dato' Radzi Izham dan Datin Amie Hamiza datang melawat cucu kesayangan mereka.

"Farish... kuatkan semangatmu anakku, anggap semua ini ujian..." ujar Datin Amie Hamiza sambil mengusap belakang tubuh Farish.

Farish diam membungkam. Dia kelu lidah untuk berkata, terlalu banyak masalah yang dilaluinya kini. Dengan masalahnya dengan Irma Syazira lagi, kini ditambah pula dengan masalah kesihatan anaknya pula. Kalaulah arwah Hanna masih hidup, aku yakin dia akan tetap bersamaku tak kira walau dalam apa keadaan sekali pun. Hanna... kenapa Hanna pergi tinggalkan abang? Abang tak kuat, Hanna... 

"Irma mana Farish? Takkan dia tak nak tengokkan Danish ni..." Dato' Radzi Izham mula bertanya setelah mendiamkan dirinya dari tadi.

"Atok..."

"Ye, ye sayang cucu atok..."

"Danish takut, tok..." kata Danish dengan suaranya yang serak.

"Takpe, atok ada di sini... Dah, Danish jangan takut ya? Atok tahu cucu atok ni kuat. Lawan rasa sakit tu ya!" ujar Dato' Radzi Izham sambil mengurut dahi cucunya itu.

Dato' Radzi Izham juga mengalirkan air matanya di hadapan cucunya.

"Kenapa atok nangis?"

Dato' Radzi Izham tidak menjawab pertanyaan cucunya itu sebaliknya menggenggam pergelangan tangan Danish Rayyan seraya mengucup pergelangan tangan kecil cucunya itu.

Farish hanya memerhatikan pemandangan hiba di hadapan matanya itu seraya bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah pintu.

"Farish nak pergi mana?" Dato' Radzi Izham bertanya.

"Farish nak pergi jumpa Irma, Farish ni suami dia, tempat dia yang sepatutnya berada disisi Farish, bukan disisi ibunya!" tegas Farish sebelum menarik daun pintu dan menapak keluar dari bilik wad itu.

"Ima, abang tak tahu apa masalah Ima, apa yang menyebabkan Ima berubah sikap dengan tiba-tiba, sekurang-kurangnya kita kena berbincang. Abang dah bosan hidup macam ni. Farish bermonolog sambil memandu menuju ke kawasan perumahan di mana rumah mertuanya terletak.

Sebaik sahaja Farish tiba tidak jauh dari pintu pagar rumah mertuanya. Pandangan mata Farish tertumpu pada satu figura lelaki yang tidak dikenalinya keluar dari perut kereta seraya memegang tangan Irma Syazira lalu dibawanya masuk ke dalam kereta itu. Irma Syazira tersenyum semasa menoleh ke arah kereta Farish yang betul-betul berhenti di belakang kereta milik lelaki itu tadi.

"Ya Tuhan! Ujian apa lagi kau berikan padaku?" bisik Farish sebaik sahaja mendapati kereta yang dinaiki oleh Irma Syazira dan lelaki itu tadi bergerak ke hadapan.

Farish terus beredar dari kawasan perumahan itu, kalau nak diikutkan hati nak saja Farish kejar ke mana kereta itu pergi, tetapi dia mesti berpatah balik ke hospital, kesihatan anaknya kini lebih penting dari segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience